Komuniti iluvislam.com : Adakah Iskandar Zulkarnain dan Alexander The Great Orang yang Sama? - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 4 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Adakah Iskandar Zulkarnain dan Alexander The Great Orang yang Sama?

#31 User is offline   labah2 

  • Group: Members
  • Posts: 1,043
  • Joined: 27-August 08

Posted 18 January 2009 - 06:02 AM

Quote

AsNiza wrote:

Quote

94. Mereka berkata: “Hai Zulkarnain, sesungguhnya Ya’juj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?”
ada cerita pasal yajuj n majuj.. off topik sikit,sorry..tp betul ke apa yg sy dengar, puak2 tu sentiasa menggali dinding yg dibina tu.. tp setiap kali azan,dinding tu akan terbina semula.. derang gali lagi n terbina lg setiap kali azan.. ...
Penah baca jugak kat poster bilik kawan ana, waktu kat koleh 12, tentang yakjuj dan makjuj. Tapi yang muzik tu takde la pulak.
0

#32 User is offline   adisarwajagat 

  • Group: Members
  • Posts: 14
  • Joined: 09-December 07

Posted 20 January 2009 - 04:15 AM

Gw pernah baca mengenai buku "yajuj dan majuj akan muncul di Asia" di Gramedia, penulisnya orang timur tengah namanya gw lupa. Yang intinya penulisnya berkesimpulan menyatakan bahwa Zulkarnain itu adalah Akhnaton ( bukan Alexander The Great) salah satu dari pharaoh mesir yang bergelar amenhotep/Amnihotib IV, anak dari Amenhotep/amnihotib III (Firaun yang yang ditenggelamkan di laut Merah oleh Allah waktu mengejar nabi musa dan bani israil, bukan Ramses II yang selama ini diyakini sebagian orang). Akhnaton disebutkan dalam alquran sebagai orang yang beriman dalam keluarga Firaun yang selalu membela nabi Musa as dalam berdakwah.Mungkin teman2 bisa baca kisah nabi Musa dengan Firaun di berbagai surat al-qur'an di surat qs:40 ayat 27 dan almu'min:28 Akhnaton yang menjadi pengikut Nabi Musa As, ini akhirnya keluar dari Mesir untuk mencari tempat tersendiri, agar bisa beribadah dengan tenang kepada allah, tanpa diganggu oleh kaki tangan Firaun. Setelah itu, akhnaton bersama istrinya ratu Nefertiti melanjutkan perjalannya ke Negeri tempat Matahari terbenam dan Negeri tempat matahari terbit, penulisnya menyimpulkan negeri tempat matahari terbenam itu Maladewa, sedangkan negeri tempat Matahari terbit itu kepulau Kiribati. Kenapa Zulkarnain melakukan perjalanan yg oleh alquran disebut2 tempat matahari terbenam dan matahari terbit, mungkin ini ada hubungannya dengan kepercayaan bangsa Mesir yang menuhankan "Ra" dewa Matahari sebagai Tuhan. Kemudian setelah itu Zulkarnain melanjutkan perjalanannya ke suatu tempat di antara 2 bukit yaitu Cina. Nah di sinilah Zulkarnain diminta bantuannya untuk membuat suatu tembok sebagai penghalang kaum Yajuj dan Majuj. Menurut Penulis itu, ada kemiripan struktur dan bahan tembok Cina dengan Piramida Mesir, yang artinya semakin menguatkan bahwa Zulkarnain itu Akhnaton, karena berdasarkan pengetahuannya tentang tata cara membuat piramida, maka dia bisa membuat tembok pemisah itu. wallahu' alam. klu teori ini ade kebenarannya maka ia akan ada link dgn thread asal usul melayu Islam oleh tarzanmalaya di link ini di mana asal usul raja-raja berasal usul dari keturunan Iskandar Zulkarnain berjurai keturunan Maharaja China terus ke Merong Mahawangsa di mana sulalatus salatin atau sejarah melayu meringkas sejarahnya hingga kelihatan hilang puncanya. seterusnya dikaitkan dengan kedatangan ajaran Nabi Allah Muhammad SAW. yang turut menyembunyikan kedatangan ahlu bait ke tanah melayu dan perselisihan antara penganut syiah dan sunni di alam Melayu. di samping kedatangan bangsa Naga yakni Melayu yg berasal usul dari keturunan Nabi Allah Ibrahim as dari isterinya yg ketiga, Siti Qanturah dari HiMalaya (Tanah Tinggi Malaya) yg dikenali Melayu Deutro selepas Melayu Proto dari keturunan Nabi Allah Nuh as slp Bah Besar. Akhir sekali, pertembungan tiga generasi Melayu bersama-sama bangsa Yahudi kaum yg ke-13 (bangsa Afghan) akan melahirkan Gerakan Panji Hitam dari sebelah Timur utk membaiah Imam Mahdi di suatu masa nanti di mana al-Masih Dajjal kini berada di akhir pemerintahannya selama sebulan (zaman pemerintahan Amerika Syarikat) setelah memerintah selama setahun (zaman penjajahan Inggeris). Mungkin peristiwa perang di gaza adalah permulaan pemerintahan al-Masih Dajjal selama seminggu (zaman pemerintahan zionis) sebelum pemerintahan al-masih Dajjal dlm hakikat sebenarnya pada hari-hari yang selebihnya dalam masa 40 hari di mana hari pertama seumpama setahun, hari kedua seumpama sebulan dan hari ketiga selama seminggu. makna melayu sendiri itu luas spt mana maksud Aceh terangkum dari permulaan huruf, Arab + Cina + Eropah + Hindi. suatu bangsa yang bertutur bahasa melayu, pernah tinggal di alam melayu dan yg paling penting beragama ISLAM adalah MELAYU. tanpa Islam, manusia tersebut tidak boleh dikira bangsa Melayu.
0

#33 User is offline   Thuaibah 

  • Group: Members
  • Posts: 743
  • Joined: 08-January 09

Posted 20 January 2009 - 05:44 AM

Assalamualaikum wbt.. minggu lepas Astro ada siarkan filem 3 jam bertajuk Alexandr the Great, tiada banyak beza filem tersebut dgn versi biografi Alexander the Great yg kita biasa ketahui, ttp yang pastinya, ciri-ciri / characteristics Alexander the Great adalah tidak sama dgn versi Al Qur'an yang menerangkan tentang Iskandar Zulqarnain spt ayat2 dlm surah alkahfi. Banyak juga artikel yang prnah saya bc mengatakan bhw mereka bukanlah org yg sama. waAllahu'alam.*jazakallah
0

#34 User is offline   Painterman 

  • Group: Members
  • Posts: 183
  • Joined: 14-November 08

Posted 21 January 2009 - 08:26 PM

BHG 4 nota: nampaknye ada pendapat2 lain yg menarik mngenai siapakah beliau, saya akan teliti, Post saya ini cuma utk mnolak Alexander, Akidah Raja Cyrus. Dlm perjanjian lama ada menerangkan mengenai akidah Raja cyrus ini. 1. Fasal Bel - Penambahan ke3 dlm fasal Daniel. (Septuaginta @ apocrypha) Menceritakan pada awalnya Raja Cyrus adlh seorang musyrik dan menyembah berhala bernama Bel. Malah baginda juga telah mendesak seorang pemuda bernama Daniel (ada berpndapat beliau sorang Nabi) mnyembah berhala itu tetapi Daniel menolaknya . Di kuil berhala trsbt selalu disajikan makanan, kambing, tepung dan minyak dlm jumlah yg banyak. Pada mlm itu Daniel tlh masuk ke kuil dan menghamburkan debu ke lantai tempat penjamuan berhala itu. Pada esok paginya Raja Cyrus mengajak Daniel ke kuil utk menunjukkan bhw berhala tersebut itu tlh menghabiskan semua sajiannya. Namun Daniel tlh berdakwah dgn menunjuk ke lantai, pada abu itu telah terdapat kesan2 tapak kaki rahib berhala dan keluarganya, yg sebenarnya tlh msuk ke kuil melalui jln rahsia utk mencuri sajian2 itu. Raja Cyrus pun insaf dan murka lalu memrintahkan rahib berhala dan keluarganya dihukum bunuh serta kuil berhala itu dimusnahkan. Nota: berkenaan Septuaginta/apocrypha: suatu bhg isi perjanjian lama yg dipertikaikan kesahihannya oleh sesetengah aliran agama yahudi dan kristian akibat daripada percampurannya dgn kisah2 lain yg meragukan hingga bahagian tersebut disembunyikan oleh mereka. Rujuk surah Al An'am, ayat 91.
0

#35 User is offline   Painterman 

  • Group: Members
  • Posts: 183
  • Joined: 14-November 08

Posted 21 January 2009 - 08:29 PM

BHG 4 (b) 2. 587sm bani Israel tlh ditawan dan dibawa ke Babilon, haikal Sulaiman jg telah dirobohkan, inilah akibat sikap engkar mereka sendiri. Dlm keadaan putus asa itu Nabi Isy'sya tlh mbawa berita kpd mrk, tersebut dlm fasal Isaiyah: a. "ALLAH lah yg mgutuskan Raja Cyrus mbebaskn bngsanya & kamu akan lihat pmbebasan yg baru keluar dr negara trsbt dan kmbali ke bumi yg dijanjikan, krn ALLAH lah yg yg mncipta alam ini dan DIA berkuasa mberitahu hal ini dan merealisasikan peristiwa ini. Adapun tuhan2 bangsa lain tidak akan dpt mnewasknnya ". b. Isy'sya 13- "I have raised him up in righteousness, and I will direct all his ways: he shall build my city, and he shall let go my captives, not for price nor reward, saith the LORD of hosts." c. Dlm rekod saudara Azad - fasal Yashu'ya: " Sesungguhnya dlm soal Khorsh (Cyrus) Aku mngatakan bhw Aku adlh penyeru kpdnya dan ia mlengkapkan keredhaanku sepenuhnya. Tuhan berkata mgenai utusannya Khorsh bhw Aku tlh mngambil tangan kanannya utk Aku jadikan umat2 drpd lingkarannya, dan dicabut drpd lengan raja2 itu kekuasaan mereka. Aku juga bukakan pintu demi pintu utknya, ya: sesungguhnya Aku brjalan di antara kedua tanganmu, dan Aku membetulkan apa yg serong dlm perjalananmu..." Ini agak selari dgn ayat Al Quran, surah Al Kahfi, ayat ke 84-85; "Sesungguhnya Kami telah berikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi dan Kami berikan kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya; Lalu ia menurut jalan." Bersambung lagi le....
0

#36 User is offline   celan82 

  • Group: Members
  • Posts: 25
  • Joined: 10-June 08

Posted 13 February 2009 - 04:04 AM

Assalammualaikum. Seronok membaca forum berilmiah ini. Saya dapat tahu akan terbit buku itu. Minggu ini adalah minggu terakhir tayangan di ASTRO OASIS, katanya akan ada cover dan promosi berkenaan buku Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain. Ini covernya, http://pts.com.my/index.php/buku/2957/ Jangka berada di pasaran awal Mac ini. Moga bermanfaat.
0

#37 User is offline   saifuddin 

  • Group: Members
  • Posts: 814
  • Joined: 05-July 07

Posted 13 February 2009 - 05:33 AM

Quote

Balakdurjana wrote: Pendapat yg mgatakn bhw Alexander the Great atau Iskandar itu sbg Zulkarnain sbenarnya adalah tidak tepat. Selain akidahnya yg musyrik, ada hujah lain yg menguatkan penafian tersebut.
Saya cenderung untuk bersetuju bahawa Alexander itu bukan Zulkarnain. Tapi menyentuh soal akidah Alexander, benarkah beliau seorang musyrik? Bukankah beliau berguru dengan Aristotle yang berpegang dengan fahaman monotheism? Aristotle menolak kepercayaan pagan masyarakat Greek, dan beriman dengan keesaan Tuhan. Adalah mustahil anak didiknya itu seorang musyrik atau polytheist.
0

#38 User is offline   Painterman 

  • Group: Members
  • Posts: 183
  • Joined: 14-November 08

Posted 26 February 2009 - 08:50 PM

Quote

Saya cenderung untuk bersetuju bahawa Alexander itu bukan Zulkarnain. Tapi menyentuh soal akidah Alexander, benarkah beliau seorang musyrik? Bukankah beliau berguru dengan Aristotle yang berpegang dengan fahaman monotheism? Aristotle menolak kepercayaan pagan masyarakat Greek, dan beriman dengan keesaan Tuhan. Adalah mustahil anak didiknya itu seorang musyrik atau polytheist.
Sukacitanya, saya hormati pandangan saudara dan sya suka bersikap pertengahan atas pendapat saudara, cuma mungkin saudara boleh buat kajian tentang biodata Aristotle. Terdapat argumen tentang Aristotle. Berdasarkan apa yg saya tau, Aristotle ni gurunya Plato dan Platolah yg mengajar monotheisme. Beliau telah dihukum mati atas ajarannya tu. Akan tetapi terdapat pertikaian antara Plato dgn Aristotle. Aristotle berpendapat bhw Tuhan ada nisbah: tuhan kecil buat benda2 kecil dan tuhan besar buat benda2 besar. Akibatnya beliau sendiri mula tidak percaya akan ketuhanan, tetapi berpendapat dunia ini adalah logik semata2. Maka ini bercanggah dgn gurunya, Plato yg mngajarkan konsep metafizik, kewujudan Tuhan yg esa, yg menciptakan dan Dia pemilik segala idea. Akhirnya dari falsafah Aristotle wujudlah fahaman Sekularisme, Logik, Komunisme. Hal ini saya pelajari masa kuliah dulu. (Harap2 saya tak lupa...) Unsur2 falsafah Aristotle kemudian meresap masuk dlm fahaman masyarakat Yahudi, yg menjadikan mereka pentingkan dunia.
0

#39 User is offline   Painterman 

  • Group: Members
  • Posts: 183
  • Joined: 14-November 08

Posted 26 February 2009 - 09:33 PM

BHG 5 Hubungan Yahudi - Parsi & perkongsian akidah. Raja Cyrus melihat bahawa Bani Israel tersebut adalah saudara seagama. Maka Cyrus cenderung untuk mewujudkan perkongsian akidah, menyembah ALLAH yg esa. Lalu beliau telah menjalankan hubungan baik dan membenarkan mereka membina haikal Sulaiman. Terdapat salinan dokumen perjanjian antara mereka. Ralat: sya tak dapat nak sertakan isi dokumen perjanjian sebab isinya sangat panjang dan sya lupa kat mana saya simpan, cuba lihat2 kat mana2 website . Akibatnya, hubungan tersebut berlanjutan selama 1000 tahun lebih. Berlakulah penyerapan falsafah2. Dan apabila salah satu agama tersebut rosak , maka yang satu lagi pun rosak juga. Dalam tulisan seorang yg mengkaji mazhab2 ekstrim Syiah , beliau mendapati terdapatnya percampuran unsur2 akidah dari Yahudi dan Majusi dalam mazhab Syiah ekstrim seperti unsur Mazdak, inkernasi, menjunjung hukum2 nabi Daud dan beberapa lagi. Bagaimanakah baiknya hubungan mereka? Sebenarnya cukup baik. Semasa umat kaum muslimin mendapat berita bahawa tentera Rom yg beragama Nasrani telah dikalahkan oleh tentera Parsi, kaum Yahudi telah mengejek2 kaum muslimin dan bergembira dengan kemenangan Parsi. Kemudiannya ALLAH pun menurunkan Al Rum ayat 1-2 untuk sebagai berita gembira kepada kaum muslimin.
0

#40 User is offline   akrimimathwa 

  • Group: Members
  • Posts: 3,150
  • Joined: 07-November 08

Posted 26 February 2009 - 09:40 PM

*bismillah sedikit perkongsian ttg iskandar zulkarnain seperti yang ditulis oleh Fahri Abdullah al-Masri

Quote

Melayu dari titisan Iskandar Zulkarnain? Fahri Abdullah al-Masri Sun | Jan 18, 09 | 5:31:59 pm MYT 16 Januari lalu TV2 menyiarkan sebuah filem epik tentang riwayat hidup Alexander The Great. Sesetengah pihak melihat watak ini sebagai Iskandar Zulkarnain. Filem itu menggambarkan raja agung itu sebagai watak biseksual, ghairahkan kuasa, penyembah dewa dan keputusannya di bawah dibawah telunjuk ibunya, Olivia (Angelina Jolie). Raja yang agung itu menurut kacamata Barat adalah anak Raja Philips II; pemerintah Macedonia. Bapanya terbunuh, lalu Alexander jadi raja. Baginda mula menakluk Parsi di bawah pemerintahan Darius I. Setelah Parsi dijatuhkan, kembaranya diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Asia Tengah, dan Asia Selatan. Baginda dan ketumbukan tenteranya merentasi Hindu Kush iaitu kawasan banjaran gunung menuju ke India. Bagaimanapun, Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola. Kemuncaknya, Alexander dibunuh para pengikutnya dengan racun. Usianya 33 tahun saat itu. Demikian tafsiran Barat ke atas raja itu melalui filem tersebut. Sekurang-kurangnya, setakat ini, ada tiga rujukan yang boleh diangkat sebagai penilaian. Pertama, filem Alexander itu, kedua Sulalatus Salatin dan ketiga al-Quran sendiri. Lewat filem tersebut, saya membuat beberapa rumusan begini. Menurut kacamata Barat, Alexander berasal dari Rom, tenteranya Galdiators dan mungkin baginda dan tenteranya pernah bergaul, berkahwin dengan kaum China sehingga ada kalangan warga China yang mendakwa mereka sendiri adalah daripada jurai keturunan Rom. Wallahu'alam.. Kisah-kisah lain Dalam Sulalatus Salatin, turut disebutkan bahawa Iskandar Zulkarnain berasal daripada Rom. Tun Seri Lanang menyebutkan bahawa Raja Iskandar itu anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya. Maka, sudah wujud perbezaan antara catatan Melayu dan catatan Barat, iaitu perbezaan daripada sudut nama ayahnya. Tun Seri Lanang menyebutkan secara jelas bahawa catatan beliau itu diambil daripada Hikayat Raja Iskandar. Selain itu, watak-watak lain yang wujud dalam catatan beliau itu adalah Nabi Ibrahim Khalilullah sebagai imam Raja Iskandar. Bermaksud, syariat yang diamalkan oleh raja agung itu adalah syariat Nabi Ibrahim a.s. Turut disebutkan watak Nabi Khidhir a.s yang muncul ketika mahu menikahkan Iskandar dengan Puteri Syahrul Bariyah, anak Raja Kida Hindi yang jatuh dalam taklukannya. Demikian kata Nabi Khidir: "Ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Ta'ala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina. Adapun sekarang, bahawa tuan hamba ada beranak perempuan, terlalu baik parasnya; kehendaknya minta daripada tuan hamba, dan diambil Raja Kida Hindi kiranya akan menantu, supaya berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar, jangan lagi berputusan kiranya sehingga hari kiamat. Bagaimana, kabulkah? Atau tiadakah?" Maka, di sini bermulanya perkahwinan Raja Iskandar dengan seorang puteri dari belahan dunia Timur. Ada kemungkinan juga Raja Iskandar memiliki isteri-isteri di jajahan yang telah ditaklukinya untuk meluaskan pemerintahannya itu. Di dalam filem Alexander, raja agung itu memiliki dua orang isteri. Satu isteri daripada Parsi dan seorang lagi dari India. Kedua-duanya adalah hasil daripada penaklukannya. Hakikat yang sebenarnya berlaku, wallahu'alam.. Raja Iskandar berasal dari Parsi? Sementara itu, ada riwayat lain menyatakan, Khurosh Komeni, raja Parsi adalah raja yang memenuhi ciri-ciri perwatakan Iskandar sebagai yang disebut dalam al-Quran. Baginda adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar. Khurosh dikatakan berjaya menyatukan kedua-dua kerajaan ini menjadi sebuah empayar yang luas. Tapi, Khurosh juga dikatakan penganut Zoroaster atau Zarathushtra yang juga memulakan penaklukan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasanya. Pada ketika inilah beliau bertempur dengan kaum barbar yang diancam Yakjuj, Makjuj. Khurosh mengarahkan agar dibina tembok guna menghalang kemaraan kedua-dua bangsa ini. Ada riwayat menyatakan Khurosh menjadikan Nabi Daniel, sebagai penasihat. Dalam filem Alexander, penasihatnya adalah seseorang pemuda kacak yang sangat intim dengannya sehinggakan pemuda itu menjadi kekasihnya. Hal ini tentu sekali tertolak jika mahu disamakan dengan Zulkarnain dalam al-Quran itu. Bagaimanapun, catatan Melayu dan Parsi ada persamaan. Dua watak nabi diperkenalkan di sini, iaitu Nabi Khidhir dan Nabi Daniel. Satu hal yang menarik juga diperhatikan, dari manakah nama Iskandar itu didapati? Saya beranggapan, nama Iskandar itu bukan namanya yang sebenar, tetapi dinamakan begitu di India atau di Parsi setelah baginda diam seketika di sana. Iskandar bukanlah nama Rom tapi ia adalah nama bangsa-bangsa yang ada kaitan dengan India atau Parsi. Dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain, riwayat itu banyak mencatatkan hal peperangannya di India dan apakah yang telah dilakukannya di sana. Zulkarnain adalah gelaran bermaksud; seseorang yang mempunyai dua kuasa; di Timur dan Barat. Hal gelaran seperti ini dianugerahkan kepada raja-raja seperti Zulkifli. Nama Zulkifli a.s, hakikatnya bukanlah nama, sebaliknya gelaran. Menurut hemat saya, masing-masing kuasa di sebelah Timur dan Barat seperti Rom dan Parsi ini, sama-sama mendakwa bahawa sosok Iskandar itu adalah milik mereka. Namun dalam al-Quran, disebutkan baginda pergi menakluk ke arah matahari terbit dan matahari jatuh, ertinya baginda berasal dari kawasan yang berada antara Timur dan Barat. Baginda bukan milik Timur dan Barat Baginda bukan bukan milik belahan Timur dan Barat. Baginda bukan berasal dari Rom dan Parsi. Hanya, setelah melanggar Rom, maka Rom menyatakan baginda berasal dari Rom. Begitu juga setelah melanggar Parsi, baginda dianggap berasal dari Parsi. Sebaliknya, baginda mungkin daripada bangsa yang kerdil dan akhirnya keluar menjadi raja yang agung, hasil daripada kesungguhannya mahu menyatukan belahan dunia Timur dan Barat untuk setia tunduk kepada perintah Allah. Menurut hemat saya, memang ada kemungkinan baginda hidup sezaman atau hadir dalam suasana persekitaran Tauhid selepas Nabi Ibrahim a.s berhasil menumbangkan kekuasaan Raja Namrud dengan izin Allah s.w.t. Pendek kata, Iskandar sebenarnya mucul selepas beberapa ketika setelah Dinasti Namrud telah tumbang. Jadi, di negara Babylon itulah berkemungkinan besar Iskandar dilahirkan. Sama ada baginda datang daripada Dinasti Namrud atau sebaliknya, wallahu'alam.. Maka selepas itulah Iskandar meneruskan penjelajahannya untuk mengembangkan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Baginda memulakan awal penaklukannya di Barat. Mungkin di sini beliau tinggal lama untuk menyatukan Rom di bawah Tauhid. Iskandar kembali ke Timur untuk meluaskan empayarnya di sana; menaklukkan kerajaan Parsi, Asia (India) dan di sanalah baginda melaksanakan satu tugas berat, yang menjadi klimaks, puncak teragung kepada riwayat pemerintahannya, iaitu membina tembok yang memisahkan serangan Yakjuj dan Makjuj daripada sebuah kaum yang tertindas. Kaum itu, seperti yang diriwayatkan di dalam al-Quran, adalah kaum yang tidak mengerti bahasa percakapan Iskandar. Ertinya, bahasa pertuturan kaum Iskandar itu telah tidak lagi dimengertikan oleh kaum tersebut. Wilayah tersebut terletak antara dua buah gunung dan kaum tertindas oleh Yakjuj, Makjuj itu belum pernah tersua dengan budaya Iskandar. Saya mencadangkan bahawa bangsa yang tidak mengerti bahawa Iskandar dan Iskandar pula tidak mengerti bahasa percakapan mereka itu adalah bangsa Sanskrit yang mencipta bahasa Sanskrit. Wallahu'alam.. Ada kemungkinan Iskandar dan tenteranya tinggal dalam tempoh yang agak lama dengan kaum itu itu membangunkan tembok besi di kawasan antara dua gunung tersebut. Boleh jadi, hasil perkahwinan dengan bangsa tersebut, telah melahirkan jurai keturunan Melayu sepertimana yang wujud pada hari ini. Jika usul ini boleh diterima, bermaksud, Melayu itu adalah hasil jurai keturunan sebangsa dengan Nabi Ibrahim a.s yang terlepas ke Nusantara dengan pernikahan campur hasil dari titisan darah Iskandar Zulkarnain bersama bala tenteranya dahulu. Maka, sebab itulah dengan ketentuan Allah, bangsa Melayu lebih mudah menerima Islam berbanding kaum lain di Nusantara ini, kerana nenek moyang mereka memegang ajaran-ajaran Tauhid, warisan daripada Iskandar Zulkarnain. Wallahu'alam.. Mereka akhirnya diberikan perlindungan dalam bentuk sebuah negara. Seharusnya kaum Melayu itu bersyukur dengan sebab mereka terbebas daripada penjajahan Yakjuj, Yakjuj sepertimana peristiwa gelap yang telah menimpa nenek-moyang mereka dahulu. 5:10 p.m, 18 Januari Sekolah Pemikiran Kg Baru Apa-apa yang ditulis di atas ini agak longgar, maklumlah sudah pun dibincangkan orang dan kita cuma mengutuip pandangan terdahulu untuk disimpulkan semula guna mencari kebenaran sejati.
www.harakahdaily.net
0

#41 User is offline   Painterman 

  • Group: Members
  • Posts: 183
  • Joined: 14-November 08

Posted 26 February 2009 - 11:08 PM

BHG 6 Zulkarnain berasal dari mana? Dulu, seorang kristian telah mngajukan soalan dlm threadnya, yg bertujuan mngejek:

Quote

Everyone knows the sun sets over the horizon, but quran says it sets in a muddy spring. Why?
Maka saya telah menjawab soalannya itu. Dalam al Quran,Surah Al Kahfi, ayat 86:

Quote

86. Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: “Hai Zulkarnain, kamu boleh menyiksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka”.
Ada juga tafsir yg menafsir dengan : ....dia mendapati ianya terbenam ke dalam mata air hitam berlumpur ... Ini pula tafsiran dlm bahasa Inggeris yg saya temui dlm kitab tafsir al Quran brbahasa Inggeris:

Quote

“Till, when he came to the setting of the sun, It appeared to him that it was setting in a dark muddy spring…” ***
[Al Kahfi : 86] -maka tafsiran bahasa Inggeris inilah yg dia maksudkan. Adapun ayat ini tidak membuat kenyataan yg matahari terbenam ke dlm lumpur. Ianya menjelaskan tentang persepsi dari pengamatan Zulkarnain yang menyaksian matahari terbenam di ufuk barat. Ingatlah fakta ini kalau ada org bkn Islam tanya... :) Jika ianya sebuah persepsi maka wujud satu persoalan, kenapa Al Quran merakamkan pengamatan beliau ini? Pendapat saya (nota- ia mungkin kontroversi): Zulkarnain tidak pernah menggunakan sebarang kapal dlm ekspedisinya. Pada masa ekspedisinya yang pertama, beliau telah smpai ke hujung sebelah barat buat pertama kalinya. Oleh kerana beliau tidak menggunakan kapal maka beliau tidak meneruskan ekspidisi ke barat dgn lebih jauh. Semasa beliau di pantai, beliau melihat matahari terbenam dan tertarik hati hingga merasakan ianya terbenam dalam mata air yang berlumpur. Inilah persepsi oleh orang yang pertama kalinya smpai dihujung barat dunianya. Kalaulah beliau adalah Alexander maka tidaklah beliau heran sangat. Beliau sendiri tinggal di Yunani yg dikelilingi laut. Ini menunjukkan bahawa Zulkarnain berasal jauh di bahagian pendalaman, jauh dari laut, di tengah2 alam Timur Tengah. Ada satu kisah yg menyebutkan bhw pda zaman kanak2nya, Cyrus tinggal di kawasan padang berumput dan mahir menunggang kuda. Memang di sana matahari terbenam kelihatan di balik gondolan bukit2. Mungkin ada yang berkata beliau pernah ke teluk Parsi atau laut Kaspia. Tetapi semua tahu di seberang laut2 tersebut ada daratan dan tak mungkin siapa pun orang2 purba percaya matahari terbenam ke dlm laut2 itu. Asas yg saya gunakan adalah kefahaman orang2 zaman dahulu tentang geografi dan planet bumi ini, yg mereka mngatakannya rata dan matahari terbenam jauh ke laut. Dlm ayat yg selanjutnya, matahari yang terbit di sentuh secara biasa sahaja krn beliau sudah biasa dgnnya.

Quote

Al kahfi - 90. Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,...
Ada berpendapat golongan yg tidak dapat berlindung dari cahaya matahari itu adlh disebabkan mereka tinggal di gurun. Ada juga satu pendapat yg menarik yg menyatakan bahawa tentera Zulkarnain sebenarnya terhalang oleh mata air hitam berlumpur, kerana lafaz "ianya terbenam". Ini saya perolehi dari satu thread web. Sebenarnya hanya mereka yg memahami bahasa Arab sajalah yg lebih arif akan maksud sebenar ayat2 ini....
0

#42 User is offline   adisarwajagat 

  • Group: Members
  • Posts: 14
  • Joined: 09-December 07

Posted 28 February 2009 - 06:51 PM

Zulkarnain, Yakjuj wa Makjuj, Tembok dan Laut Mati Zulkarnain : Membuka Pintu Akhir Zaman Prakata Pendahuluan Pengenalan Bab 1: Raja Namrud Sejarah Sebelum Kedatangan Raja Namrud Pemerintahan dan Latar Belakang Raja Namrud Kaitan Raja Namrud dengan Nabi Ibrahim Nabi Ibrahim (sekitar kurun ke-22BC hingga 19BC) Nabi Ismail dan Penempatan di Mekah Pembinaan Kaabah Nabi Lut Peristiwa Penyembelihan Nabi Ismail Nabi Ishak Nabi Ishak dan Keturunannya Nabi Yaakub Perkahwinan Pertama Nabi Yaakub (dengan Liah) Perkahwinan Kedua Nabi Yaakub (dengan Rachel) Zuriat Nabi Yaakub dan Pembinaan Masjid al-Aqsa Nabi Yusuf (antara kurun ke 21BC dan ke 17BC) Bab 2: Raja (Nabi) Sulaiman (sekitar 1000BC hingga 928BC) Nabi Musa (antara kurun ke 16BC hingga ke 13BC) Al-Baqarah Nabi Musa dan Nabi Khidhir Nabi Yushwa’ bin Nun Nabi Syam’un Nabi Daud (sekitar 1030BC hingga 970BC) Kejatuhan Kerajaan Raja (Nabi) Sulaiman Buat Seketika Kewafatan Nabi Sulaiman Bab 3: Raja Bukhtanasar (sekitar 625BC hingga 562BC) Harut Marut Mimpi Bukhtanasar Takwil Kepala Emas Takwil Dada dan Tangan Perak Takwil Perut dan Peha Gangsa Takwil Dari Lutut Hingga ke Buku Lali Besi Nabi U’zair Bab 4: Perbincangan Iskandar bukan Zulqarnain Siapa itu Raja Iskandar? (356BC hingga 323BC) Asal-usul timbulnya cerita Zulqarnain Siapakah Raja Kurush? (576BC hingga 530BC) Ciri-ciri Zulqarnain: Perjalanan ke Arah Barat Menerima Wahyu Perjalanan ke Arah Timur Pembinaan Tembok Hujah Pertama Hujah Kedua Hujah Ketiga Yakjuj Makjuj Siapa yang Diganggu oleh Yakjuj Makjuj? Akhir kata Raja Leonidas I Penutup Nota Hujung Bibliografi Yakjuj wal Makjuj : Bencana dari sebalik gunung Daftar Isi Kata Pengantar Bab 1: Inskripsi Yahudi: Sebuah Pengantar Kenapa kita perlu menelusuri Yakjuj & Makjuj dalam Inskripsi Yahudi? Inskripsi Yahudi dan Latar Belakang Pembentukannya Septuagint: Perjanjian Lama Inskripsi karya Flavius Josephus Naskah Laut Mati ’The Dead Sea Scrools’ Talmud Carta Timeline Talmud Timeline Inskripsi Yudaisme Analisis eksplorasi Sinkronik – Diakronik tentang Yakjuj dan Makjuj Usaha mengaburkan identiti bangsa Gog Magog Usaha mencemarkan nama baik Nabi Ishaq Hubungan kait Kristian Ekstrem dan Zionis yang meletakkan posisi Gog Magog sebagai gabungan negara Islam Bab 2: Suara-suara dari Padang Gurun tentang Zulqarnain danYakjuj & Makjuj Latar belakang Pertanyaan pendeta Yahudi tentang Zulqarnain kepada Nabi Muhammad. Senandung Padang Gurun tentang Muhammad Daud menyebutnya sebagai ”Adonai” Percakapan Yahya dengan pendeta Yahudi tentang ”Nabi yang Akan Datang” Isa menyebutnya ”Terang yang Besar” Daniel menyebut Muhammad sebagai ”batu yang meremukkan patung” Muhammad, Benang Merah senandung para nabi Orang-orang Yahudi rela tinggal di padang Paran Nabi Jeremiah (Aramia) menyebutnya ”Ehmed” Talmud Babilon menyebutnya ‘Emeth’ Yakjuj & Makjuj dalam sumber Islam Yakjuj & Makjuj di dalam al-Quran dan Tafsir Seputar Asbabun Nuzul (Sebab-sebab Turun Ayat) Epistemologi bijak yang dikongkong oleh kesombongan Adakah “bangsa yang buta huruf” mampu membaca kisah Alexander? Sifat Zulqarnain Orientalis & Evangelis, Perompak teriak Pencuri Kisah Zulqarnain adalah Plagiat? Siapakah Callisthenes ? “Kambing Jantan Bertanduk Dua” dalam Kitab Daniel Sifat Yakjuj & Makjuj di dalam Tafsir Qur’an Sifat Yakjuj & Makjuj Profil Yakjuj dan Makjuj dalam sumber-sumber Hadis Islam Bab 3: Genealogi Yakjuj Makjuj dalam Inskripsi Yahudi Di dalam Bible, Yakjuj dan Makjuj disebut Gog dan Magog Garis Keturunan Yakjuj Makjuj dalam Yahudi Magog dalam Talmud Scythia Yakjuj Makjuj di dalam buku Josephus, “Antiquities of the Jews” Scythia Yakjuj Makjuj di dalam buku Josephus, ’’Jews Wars’ Al Qur’an bebas daripada unsur Plagiat Josephus Menggunakan Bahasa Yunani Bahasa Yunani baru dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Arab pada abad 9 M Scythia Yakjuj Makjuj di dalam buku Josephus, ’The Apions’ Scythia Yakjuj Makjuj di dalam Perjanjian Baru Magog di dalam Inskripsi Gulungan Laut Mati Lokasi Gog Magog Scythia Nama Gog Magog Bukti Kisah Yakjuj dan Makjuj di dalam Al Quran bukan plagiat daripada kitab sebelumnya Bab 4: Gerombolan Nomad Scythia adalah Gog Magog Tafsir al-Quran Yusuf Ali: Scythia adalah Yakjuj Makjuj Kesalahan Evangelis dan Zionis: ’Scythia’ daripada nama ’Isaac’ ‘Gog’ dalam inkripsi Cylinder Ashurbanipal Assyria Suku Scythia adalah suku pertama yang berhasil menjinakkan kuda ‘Scythia’ bererti Kuda? Menjejak serapan kata GOG atau JUJ dalam bahasa Inggeris dan Jerman Kebiadaban bangsa Yakjuj Makjuj Scythia Lokasi Kediaman Bangsa Yakjuj Makjuj Scythia Bukti Akeologi Bangsa Yakjuj Makjuj Scythia mendiami di Utara (Eurasia) Timeline Gerombolan Barbar Scythia Raja-raja Scythia Lokasi Kediaman Scythia menurut Peta Kuno Yunani Saudara sebangsa Scythia adalah suku Xiongnu, Hun, Mongol, Tartar Lagu ‘Scythian Tribe’ Republik Sacha: Munculnya negeri Scythia Moden? Bab 5: Sejarah Timur Tengah dan Yahdudi serta peranan bangsa Barbar Scythia Menelusuri jejak bangsa Yakjuj dan Makjuj Scythia dalam Sejarah Timur Tengah Timeline Timur Tengah dan Sejarah Bani Israel serta hubung kait dengan Yakjuj & Makjuj Scythia Peta Kekuasaan – Kekuasaan di Fertile Crescent – Timur Tengah tahun 700-550 SM Sinkronik-Diakronik Peradaban Timur Tengah tahun 700-550 SM Tempoh Serangan Yakjuj Makjuj Scythia Bab 6: Serangan Yakjuj & Makjuj ke Kerajaan Hitti di Urartu 743 SM Ekspedisi Assyria Memerangi Yakjuj Makjuj Scythia Suku Barbar Scythia dan Cimmeria bersaing menakluk Urartu Yakjuj & Makjuj Menerobos Pegunungan Kaukasus ‘Rab Kisir Gimirai’ pasukan khusus Yakjuj Makjuj Cimmeria Jalur sempit keluarnya Yakjuj & Makjuj Scyhtia & Cimmeria Darial Gorge (Ngarai Darial) dan Caspian Gates Yakjuj Makjuj Cimmeria menjadi perajurit upahan Kerajaan Assyria Kerajaan Scythia di Urartu tahun 700 SM Bab 7: Serangan Yakjuj & Makjuj ke Samaria, Ibu kota Kerajaan Israel Utara tahun 721 SM Zaman Keemasan Israel Kerajaan Israel berpecah-belah Israel melanggar janjinya sendiri, Mulai menyembah berhala patung-patung. Pembuangan Suku Israel Serangan Yakjuj Makjuj Cimmeria ke Samaria tahun 722 SM sebagai Hukuman Allah Penaklukan Raja Sargon II dalam Inskripsi Assyria Para nabi yang mengingatkan kerosakan akidah kerajaan Israel Bab 8: Serangan Yakjuj dan Makjuj ke Niniwe Assyria tahun 612 SM Niniwe, Ibukota Kerajaan Assyria Faktor-faktor Pendorong pemberontakan Nabopolassar terhadap Assyria Faktor-faktor Penarik pemberontakan Nabopolassar terhadap Assyria. Raja-raja Assyria dan Tempoh Kepemimpinannya Sejarah Empayar Assyria Kronologi berbaliknya Yakjuj Makjuj Scythia daripada pendukung setia Assyria, tiba-tiba berubah menjadi pemberontak Assyria. Cyaxares menjamu pasukan Scythia hingga mabuk, kemudian membunuhnya Ultimatum Raja Cyaxares I dari Media terhadap bangsa Yakjuj Makjuj Scythia Pasukan berkuda Media dan Scythia bergerak ke Niniwe Mesir datang menolong Assyria Kejahatan dan Kekejaman bangsa Assyria Para Penafsir Bible menutupi peranan bangsa barbar Scythia dalam penghancuran Niniwe Raja Assyria berputus asa dengan membakar diri dan Istananya Niniwe pun dijarah dan dibakar oleh Scythia Yakjuj Makjuj Nabi-nabi Israel yang mengingatkan kehancuran Niniwe Harta karun Emas suku Scyhtia dari Rampasan di Niniwe Kesimpulan Bab 9: Serangan Yakjuj & Makjuj ke kota Jerusalem, Ibu kota Kerajaan Yehuda tahun 587 SM Yakjuj Makjuj Scythia menyerang Jerusalem Catatan Herodotus ketika memasuki negeri Yakjuj Makjuj Scythia Nabi Jeremia pernah tampil di Jerusalem mengingatkan datangnya Gog Magog Gabungan Scythia dan Babilon inilah ‘Periuk Mendidih dari Utara’ Dan Jerusalem pun merana Ezra / Uzair memasuki Runtuhan Jerusalem Scythia, setelah kehancuran Yerusalem Gerombolan Scythia menghancurkan Babilon Bab 10: Nabi Yehezkiel memberi khabarkan datangnya Gog Magog Kesalahan Kronologi Kenabian Israel menjadikan kisah Gog Magog dalam Bibel sulit dipahami Kelalaian Editor/Penyalin Kitab Yehezkiel Kronologi Kisah dalam kitab Yehezkiel Magog dalam Yeheziel adalah bangsa Barbar Scythia Keaslian Teks Yehezkiel 38 dan 39 Bab 11: Nabi Yunus mengingatkan Kota Niniwe tentang Ancaman Yakjuj dan Makjuj Nabi Yunus memberitakan tentang Gog Magog Gerombolan Barbar Scythia keluar dari balik pegunungan Kaukasus Raja Assyria dan penduduk Niniwe patuh pada Yunus Kisah Dakwah Nabi Yunus dan Isa Usaha penyisipan teks Bab 12: Nahum mendapat penglihatan tentang dekatnya Kehancuran Niniwe Kehancuran Niniwe sebagai bentuk Murka Tuhan Bab 13: Amos dan Joel mengibaratkan keluarnya Gog Magog laksana Serangan Belalang Siapakah Amos? Bible juga mengumpamakan serangan Yakjuj & Makjuj sebagaimana serangan Belalang. Bible menyebut Gog adalah Raja Belalang. Sifat serangan Belalang dalam Bible Nabi Muhammad mengibaratkan serangan Yakjuj Makjuj seperti serangan belalang Serangan Belalang di Timur Tengah Bencana Belalang Bab 14: Pergelutan Nabi Jeremia Mengingatkan Kebebalan Kaum Israel tentang Bahaya Gog Magog Siapakah Jeremia? Malapetaka dari Utara adalah Yakjuj & Makjuj Alasan Nebukadnezar membawa pasukan Yakjuj Makjuj Scythia Jeremia diutus bagi mengingatkan tentang bahaya munculnya Yakjuj Makjuj ke atas Jerusalem Bukti Pendapat Jeremia memberitakan tentang keluarnya gerombolan Yakjuj Makjuj Scythia. Gelar pasukan Gog Magog yang dipakai Jeremia Dalam Jeremia, Gog Magog disebut sebagai gandar besi Bani Israel Judea Jerusalem berlindung pada Mesir Juj = Gog = Yoke = Joch Nabi Jeremia dipenjara oleh Bani Israel Yehuda. Jerusalem hancur secara total Scythia, setelah kehancuran Jerusalem Scythia Yakjuj Makjuj menghancurkan Babilonia Bab 15: Keluarnya Yakjuj & Makjuj Pada Akhir Zaman dalam Inskripsi Yahudi Keluarnya Yakjuj & Makjuj pada Akhir Zaman di dalan sumber-sumber Islam Keluarnya Yakjuj & Makjuj pada Akhir Zaman petanda Kiamat sudah dekat Mungkinkah Sejarah Terulang? Ramalan keluarnya Yakjuj dan Makjuj (Gog Magog) dalam Inskripsi Yahudi Ramalan Merajalelanya Gog Magog di dalam Perjanjian Lama Ramalan keluarnya Magog dalam Talmud Babilon Perjanjian Baru: Gog Magog sebagai pasukan Iblis yang terlepas. Bab 16: Jawapan atas Distorsi Evangelis Barat tentang Gog Magog Pendapat Evangelist dan Zionist tentang Gog Magog Jawapan atas Distorsi Kesimpulan Bibliografi Indeks
0

#43 User is offline   Painterman 

  • Group: Members
  • Posts: 183
  • Joined: 14-November 08

Posted 01 March 2009 - 01:51 AM

Nota: nampaknya kbtlan plk saya baru nak buat posting pasal yakjud -makjud. Posting ini bukan reaksi kpd posting saudara __ di atas. :) BGH 7a Ya'jud-Ma'jud dan lokasi benteng. Ya'jud - Ma'jud pada pandangan Abu al Kalam Azad dlm majalah al Arabi bil 184: Menurut beliau mereka ini berasal dari Mongolia dan mrk dikenali sbg Magher atau Maker di Eropah. Mrk tlh bergerak ke banjaran Caucasus hingga barat Asia dan di halang oleh Zulkarnain atas permintaan penduduk di sana. Oleh itu pendapat beliau, lokasi benteng tersebut berada di sekitar banjaran Caucasus. Saudara Ali Abdul Hamid Abu Khair bersetuju dgn pendapat Ya'jud-Ma'jud itu adlh sebangsa dgn Mongol. Telah tersebut dlm sejarah bangsa tersebut selalu mnyerang utara negeri China, yg tiada benteng semulajadi utk menghalang mrk. Oleh sb itu mereka juga tlh membina Tembok Besar China; yg ajaib; sbg satu2nya cara utk mnyekat kemaraan bangsa itu, hal yg sama yg tlh dilakukan oleh Zulkarnain. Menurut Dr Hasan Ibrahim Hasan dlm bukunya Tarikh Al Islam", halaman 133: "Kehidupan mereka adalah mundur dan gaya hidup mereka spt kabilah dan sangat taat kepada katua mereka. Sgt suka kpd peperangan, pembunuhan dan merompak. Mrk tidak mengharamkan apa saja. Mereka boleh memakan semua binatang sehingga anjing. Segalanya boleh sehingga anak tidak mengenali bapanya". Akan tetapi saudara Ali Abdul Hamid Abu Khair berbeza pendapat tentang lokasi benteng tersebut. 1. Banjaran Kaukasus bknlah benteng yg dpt menghalang kemaraan kabilah tersebut krn mrk masih boleh lagi melalui jalan lain iaitu di tepian banjaran itu yakni di tepi pantai laut Hitam dan tepi pantai laut Kaspia. 2.Sewaktu Zulkarnain sampai ke daerah di antara dua bukit, ketibanya itu adlh sbg menyambung perjalanan ke timur dan menemui satu kaum yg hampir2 tidak memahami perkataan. Padahal penduduk di Kaukasus boleh memahami bahasa Parsi dan mrk keturunan Madyan dan Parsi. Oleh kerana penduduk itu hampir2 tidak mahami bahasanya, maka lokasi tersebut tentu sja lebih jauh dari pusat kerajaan Zulkarnain dan dekat pula dgn negeri ya'jud-ma'jud. Padahal daerah Kaukasus sangat dekat dgn Parsi. rujuk wikipedia mengenai "Persian Language" dan lihatlah peta ttg pengaruh bahasa tersebut. Oley yg demikian beliau berpendapat lokasi sebenar bentang tersebut terletak di laluan Zangria iaitu di antara banjaran Tian Shian dan banjaran Taoi. Laluan ini adlh panghubung antara China dan Asia Barat dan Eropah dan merekan tak mungkin dapat melalui banjaran2 tersebut melainkan jalan tanah tendah di antara gunung2 itu. bersambung
0

#44 User is offline   Painterman 

  • Group: Members
  • Posts: 183
  • Joined: 14-November 08

Posted 03 March 2009 - 01:11 AM

BHG 7b Tembok Ya'jud-Ma'jud Sudah Pecah? Telah tersebut Al Quran, bhw tembok ini akan pecah juga akhirnya.

Quote

Surah Al Kahfi - 98. Zulkarnain berkata: “Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar”.

Quote

Hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjud dan Makjud, serta mereka meluru turun dari tempat yang tinggi. Dan hampirlah datang janji Allah yang benar. Surah Al Anbiya: 96-97
Berikut pendapat saudara Ali : Rasulullah telah menandakan pemecahan tembok tersebut spt yg diriwayatkan oleh isteri baginda, Zainab binti Jahasy r.a, dlm riwayat sahih Imam Ahmad.

Quote

Daripada Sufyan al Thauri daripada ibunya Habibah daripada Zainab binti Jahasy r.a, isteri Nabi berkata: Raulullah s.a.w terjaga daripada tidurnya dengan muka merah menyala, baginda berkata; "Celakalah orang Arab daripada kemudharatan yang telah hampir berlaku. Pada hari ini telah diselongkar timbunan Ya'jud dan Ma'jud seperti ini." Lantas baginda memusingkan ibu jari telunjuk baginda. Aku berkata; "Wahai Rasulullah, adakah kami semua akan musnah sedangkan ada di antara kami yang beramal soleh?" Rasulullah berkata;" Ya, jika banyaknya keburukan.
Menurut beliau, hadis tersebut sebenarnya telah di khususkan kepada orang2 Arab kerana sabdanya: "Celakalah bagi orang Arab daripada kemudharatan yang telah hampir..." Oleh yang demikian beliau berpendapat benteng tersebut telah pun pecah. Selepas mimpi Rasulullah itu, maka hal tersebut berlaku. Pada abad ke7 Hijrah, Daulah Abasiyyah mengalami kemerosotan yg teruk. Umat berpecah belah, kerajaan lemah dan pelbagai kekacauan dan kekalutan telah berlaku. Dari gambaran yg dicatatkan oleh ilmuan2 sejarah, boleh saya katakan seperti sekolah pada hari2 hampir tamat penggal akhir tahun. Pada masa itulah bangsa Mongol meluru keluar dari laluan Zangria (Dzungria) bagaikan arus empangan yang pecah, meluru turun dari tebing tanah tinggi itu, menuju ke tanah2 rendah, menyapu habis kota2 Islam Asia tengah iaitu Tashkent, Bukhara, Samarkhand... Kemudiannya sampai ke Iraq dan menghancurkan daulah Abasiyyah. Mereka dikatakan melakuan kemusnahan yg tidak pernah terjadi dalam sejarah. Mereka tidak kenal org tua, wanita atau anak2 kecil, malah mereka belah perut wanita2 mengandung dan membunuh bayinya. = Al Islam, feb 09. Mereka sampai ke sungai Jalud di Palestin dan disekat oleh tentera Mamalik. Selepas itu tiada lagi pemerintahan Arab di bumi Arab. Ustaz Mohammad Habsy yang menyokong pendapat ini menambah, terdapat lubang besar daripada gangsa berhampiran sungai Balkhasy. Jika masih ia masih kukuh, maka mudah benteng itu dikesan dengan satelit. Oleh itu beliau berpendapat benteng tersebut telah pun hancur dimakan zaman. http://en.wikipedia.org/wiki/Tian_Shan Begitulah pendapat saudara Ali Abdul Hamid Abu Khair, namum terdapat juga hadis yang menunjukkan bahawa Yakjud-Makjud ini belum lagi keluar, rujuk buku Mustika Hadith jilid pertama. Mungkinkah ia gelombang ke dua? bersambung..
0

#45 User is offline   Painterman 

  • Group: Members
  • Posts: 183
  • Joined: 14-November 08

Posted 03 March 2009 - 06:28 PM

Ralat Di sini saya membetulkan kembali tafsiran ayat surah Al Anbiya, 96-97:

Quote

96. Hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Ya'jud dan Ma'jud, serta mereka meluru turun dar tiap-tiap tempat yang tinggi. 97. Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar,...
sekian...
0

Share this topic:


  • 4 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic