Terima kasih kpd abg juraimi kerana membawakan isu ini.
Perhubungan muslim dengan kafir, sama ada yahudi ataupun kristian ataupun lain2, sama jelah rules dia. Kafir ada dua jenis, zimmi dan harbi. Arakian, yahudi pun ada zimmi dan harbi.
Zimmi adalah kafir yang tidak menentang Islam, tidak menzalimi Islam, boleh hidup di dalam sesebuah negara dan akur kepada pemerintah. Harbi adalah kafir yang menzalimi dan berperang dengan umat Islam, serta yang menyokong kepada penzaliman tersebut.
Baru-baru ini ada seorang dari bangsa yahudi ada berkunjung ke blog saya.
Kami bertukar-tukar pandangan mengenai artikel saya Sejarah Palestin & Israel tersebut. Walaupun kami berbeza pandangan, tetapi alhamdulillah kami decide untuk set that differences apart dan sekarang kami bersahabat. Rakan2 boleh membaca apa yang kami bincangkan dengan panjang lebar di ruangan komen artikel tersebut.
Quote
Jika anda kata Ukhuwah Islamiyah adalah alasan bagi sokongan terhadap Palestin, kenapa negeri-negeri Melayu di Selatan Thai, pulau Mindanao di Filipina, wilayah Acheh di Indonesia tidak kamu semua bela? Anda tidak sedar umat Islam di sana sangat tertekan oleh pemerintah yang kejam? Tidak ada bezanya nasib mereka (dalam mendirikan negara merdeka) dengan umat Palestine, bezanya orang ”Palestin” adalah keturunan pendatang. Jadi kenapa anda tidak membela saudara yang terlebih dekat dengan anda?
- Visitor, Sejarah Palestin & Israel, leokid.wordpress.com
Quote
Sungguh, saya pun musykil juga, kenapa ramai orang Muslim yang membenci Yahudi?
Yang lebih bermain di fikiran saya, kenapa di mana sahaja Yahudi berada, pasti ada orang yang membenci mereka? Yahudi di eropah, ditekan dengan sentimen anti-Yahudi sehingga memuncak kepada genocide. Kalau dahulu, sentimen anti-Yahudi menebal dalam kalangan orang Kristian. Dan sekarang, sentimen anti-Yahudi itu beralih kepada orang Muslim pula?
Kenapa, ya? - Leokid, Sejarah Palestin & Israel, leokid.wordpress.com
Dia banyak menceritakan kepada saya mengenai sentimen anti-semitic @ anti-yahudi, terutamanya dari kalangan Islam, Melayu khususnya. Dan saya sendiri menyedari, dalam Islam, tiada permusuhan antara kaum. Islam tidak membeza2kan kaum. Bagi Islam, semua kaum adalah sama, yang membeza2kan antara individu adalah darjat keimanan dan ketaqwaannya sahaja, regardless of race!
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Hujurat 13)
Maka berbalik kepada isu di topik ini, saya yakin mereka yang memboikot adalah berdasarkan kepada keyakinan bahawa produk/syarikat yg diboikot tersebut adalah dari golongan harbi, iaitu yang menyalurkan keuntungan kepada negara Israel untuk terus-terusan menzalimi umat Islam di sana.
Adapun bagi syarikat2/produk2 lain, mungkin sekadar dalam kategori syubhah yang mana kita pulangkan kepada Allah untuk menilainya. Kalau hendak turut diboikot atas dasar mengelak dari yg syubhah, itu lebih baik inshaAllah, namun jika tidak mahu memboikot pun tidak apa, tiada yang akan menyalahkan.
Namun momentum pemikiran terutamanya orang melayu, perlu dipacu ke arah yang lebih tepat. Bukan semua yahudi adalah harbi. Mengikut pengalaman rakan yahudi saya tersebut, beliau telah selalu sangat disisih oleh masyarakat. Even ada yang sampai terpaksa menggunakan identiti lain, demi keselamatan. Kepercayaan Judaism dengan Islam tidak banyak bezanya, kerana kedua-dua agama tersebut berasal dari sumber yang sama. Islam adalah "update/new version" yang memansuhkan agama Yahudi (yg asli), itu je yang perlu kita buatkan mereka terima untuk mereka mula memahami Islam.
Justeru saya setuju sangat dengan artikel yg bro Juraimi bawakan di atas tersebut.
Wallahua'lam.