Komuniti iluvislam.com : Kepentingan Bersukan Menurut Pandangan Islam. - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Kepentingan Bersukan Menurut Pandangan Islam.

#1 User is offline   AsNiza 

  • Sang Pencari Destinasi
  • Group: Members
  • Posts: 10,011
  • Joined: 06-May 08

Posted 03 June 2009 - 11:50 AM

Bismillahirrahmanirrahim.. Kebanyakan dari kita gemar bersukan. Apakah kebaikan bersukan? Apa pula signifikan pertandingan2 sukan seperti Sukan Olimpik, Sukan Sea, Sukan Komanwel, UEAFA, Piala FA, etc etc? Setiap perlawanan ada hadiah disediakan, di samping itu ada juga unsur-unsur perjudian. Apa pandangan anda? Bagaimana pula dari sudut pandangan Islam? Jom bincang, terima kasih.
0

#2 User is offline   halfy yusuf hevil 

  • Group: Members
  • Posts: 1,039
  • Joined: 11-April 09

Posted 03 June 2009 - 11:55 AM

klau x bersukan, badan akan sakit2, badan x mampu nk melaksankan ibadah2 khusus, ibadah umum dgn baik..Allah pon beri manusia idea2 utk cipta sukan2..so manfaatnya itu berbalik pada manusia juga.. yg gambling tuh..bila da smpai satu tahap 'obses' pada suatu2 game tuh..
0

#3 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 03 June 2009 - 01:14 PM

Aduuhh!!! Asniza!! Ko bawak topik 'berat' betul!!! Tapi aku mmg suka topik macam nie dari topik-topik bebudak... Suapay kepala hotak aku yg agak berkarat kadang-kadang nie jalan balik... Asyik keja, keja, keja jer, aktiviti dakwah dan percambahan ilmu sesama Islam pun kengkadang terabai... Sukan sperti statement halfy hafisya... Aku stuju dgn statement tue. Cuma aku nak tambah sket.. Dalam sukan nie, satu yg istimewanya adalah ia melepasi sempadan / jurang agama, kaum dan politik... Skaligus ia boleh menjadikan paltform utk perpaduan... sukan nie bagus.. Even aku nie suka gila kecuali golf jer... Silat, bolasepak, ragbi, hoki, berenang, bola tampar, badminton, tennis mmg aku main dan pernah wakil sesuatu kelompok atau organisasi... Selain dari aspek kesihatan, dari segi moral dan organisasi, sukan mengajar kita tentang:- 1. Bekerja secara 'teamwork', (utk sukan berpasukan) 2. Berdaya saing secara kompetetif 3. Cuba utk melepasi 'had diri' 4. Kestabilan emosi 5. Bertindak bijak dlm keadaan tekanan yg tinggi 6. Ketahanan mental Ada sesiapa yg boleh tambah? Bila kita kaitkan dgn agama, aku tak dapat nak ulas panjang sbb ia di luar bidang aku utk cakap bab agama.. Tapi kalau tanya pendapat peribadi aku, maka, aku akan katakan ia boleh dijadikan salah satu jalan dakwah Islam sperti aku alami dan aku usahakan sekitar tahun 2003 - 2004... Aku ada 3 org memba yg panas baran... Usik sket, penampor atau tolak-tolak.. Maklumlah ganster kampung... Walaupun aku kurang senang dgn sikap diorang tapi aku tetap kawan dgn diorang.. Aku pun sound diorang "Dari ko sibuk nak bantai org, baik ikut aku join ragbi.. Ko bantai orang apa dapat? Kalau ko join ragbi, ko 'bantai' orang, ko dapat hadiah atau duit lagi.. Silap-silap, ko ramai kawan beb!" So dalam masa setahun stengah aku usaha tarik ketiga-tiga memba aku join ragbi. Ahirnya diorang pun jadik team tetap dlm rugby team aku.. Dan diorang tahu dlm sukan ragbi, bukan diorang shja yg kuat.. Ada lagi yg 'taji'nya 'tajam'.. Akhirnya diorang skarang adalah penyabar dan 'cool' jer.. Org ejek pun dia tak kisah.. Sbb diorang tahu bantai orang tue sakit... Itu jerlah pengalaman aku. Kita boleh jadikan ia sbagai jalan dakwah ke arah Akhlaq yg lebih baik...
0

#4 User is offline   AsNiza 

  • Sang Pencari Destinasi
  • Group: Members
  • Posts: 10,011
  • Joined: 06-May 08

Posted 03 June 2009 - 03:30 PM

*assalamualaikum Panjang lebar thekatyusha..mantap~!!*tup* Bagaimana pula dengan menjadi tuan rumah untuk sukan2 besar seperti Formula 1, Monsun Cup, Letour De Langkawi, etc etc..adakah ia menguntungkan negara kita? dari aspek apa? bagaimana dengan asimilasi budaya? Adakah memberi impak yang positif atau sebaliknya? China jd tuan rumah untuk Olimpik...banyak untung ke banyak rugi?*hmm* Kadang2 berhabisan itu ini untuk jayakan sesuatu kejohanan, hasilnya pula bagaimana? Siapa mahu tolong jelaskan lagi?*help* *jazakallah
0

#5 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 03 June 2009 - 04:05 PM

Quote

Bagaimana pula dengan menjadi tuan rumah untuk sukan2 besar seperti Formula 1, Monsun Cup, Letour De Langkawi, etc etc..adakah ia menguntungkan negara kita? dari aspek apa? bagaimana dengan asimilasi budaya? Adakah memberi impak yang positif atau sebaliknya?
Pada pendapat 'peribody' aku, penganjuran sukan merupakan promosi perlancongan secara tidak langsung. Tentang pulangan keuntungan, aku tak dapat nak ulas sbb aku takder figure n fact tetapi, utk menjadik tuan rumah sesebuah acara sukan, ia hendaklah dibuat selaras dgn prestasi semasa sukan itu sendiri. Aku ambik cth, kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah dan kejohanan Hoki Piala Asia. Walaupun dlm ranking IHF Malaysia no. 16 terbaik dunia tapi Malaysia masih mampu bersaing dan seri dgn Korea Selatan (no. 5 dunia ) 1-1, menewaskan Jepun (no. 11 dunia) 4-1, dan akhirnya kalah dgn Pakistan (no. 8 dunia kalau tak silap) 4-2 dlm semi-final. Ini bermakna hoki Malaysia masih kompetetif. Sama dgn Le Tour De Langkawi. Skarang negara kita ada 2 org pelumba terbaik dunia yg mendapat tempat ke-2 dan ke-3 acara keirin... (kalau tak silap aku) dlm Kejohanan Basikal Dunia baru-baru nie... Badminton, bowling, dan squash aku tak yah crite lah sbb kita dalam kelas kita tersendiri... Secara kesimpulannya sblum sesuatu kejohanan itu dibuat, kita kena lihat prestasi atlet kita dahulu. Kewangan akan datang dgn sendirinya bila atlet kita cemerlang.. Tapi bila crite Monsuun Cup, Formula 1.. Aku tak stuju sbb ia melibatkan kos pelaburan pembangunan material.... Melainkan kalau negara kita merupakan peserta yg kompetetif, ye aku stuju... Tapi kalau Monsoon Cup & Formula 1, maaplah kalau aku katakan yg ia adalah politically oriented. Not a country oriented or business oriented.
0

#6 User is offline   halfy yusuf hevil 

  • Group: Members
  • Posts: 1,039
  • Joined: 11-April 09

Posted 03 June 2009 - 04:18 PM

bagus bukak thread ni..nak tau samada member ILI ni suka bersukan atau tidak..
0

#7 User is offline   muhammadzharif6236 

  • Group: Members
  • Posts: 11
  • Joined: 03-June 09

Posted 03 June 2009 - 04:34 PM

sukan ni best la. nabi pon suruh kita bersukan, (cth: berenang, memanah, menunggang kuda). Badan yg sihat melahirkan ibadat yg nikmat. cube kalau tgh solat jemaah, tibe2 terbersin la, batuk la... tak ke mengganggu jemaah lain. ana dah pernah kena hingus la. Jijik!
0

#8 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 03 June 2009 - 05:38 PM

statement muhammadzarief aku sokong.. bersukan dapat memberikan kita fizikal yg sihat, tubuh yg tegap serta fikiran yg mantap. Zaman Nabi dulu. Nabi jugak ada seni bela dirinya sendiri. Dari apa yg aku baca, seni bela diri zaman Arab Jahiliyah (selain menggunakan pedang dan perisai) adalah seni bela diri gusti Grecko-Roman. Nabi kita mmg handal seni bela diri nie. Dgn bersukan jugak dapat memberi fitness dan daya tahan tubuh yg tinggi.. Korang bayangkan zaman nabi... Tgn kanan pegang pedang seberat 5 - 7 kg, tgn kiri pegang perisai dgn nilai berat yg nilai berat yg sama. Baju besi korang anggarkan beratnya sekitar 7 - 9 kg. Kasut besi sekitar 2 - 3 kg... Dgn kelengkapan macam tue, korang bertempur dgn musuh secara berdepan.. Perrghhh!!! Mau tak semput kalau kita yg dah asyik dok depan komputer nie.... Betapa toughnya Nabi kita sewaktu bertempur...... So, keperluan sukan itu yg menjadi asas fizikal dalam penyebaran Islam zaman dulu kala
0

#9 User is offline   raf_03 

  • Group: Members
  • Posts: 1,992
  • Joined: 02-July 09

Posted 11 July 2009 - 09:44 AM

Quote

thekatyusha wrote: statement muhammadzarief aku sokong.. bersukan dapat memberikan kita fizikal yg sihat, tubuh yg tegap serta fikiran yg mantap. Zaman Nabi dulu. Nabi jugak ada seni bela dirinya sendiri. Dari apa yg aku baca, seni bela diri zaman Arab Jahiliyah (selain menggunakan pedang dan perisai) adalah seni bela diri gusti Grecko-Roman. Nabi kita mmg handal seni bela diri nie. Dgn bersukan jugak dapat memberi fitness dan daya tahan tubuh yg tinggi.. Korang bayangkan zaman nabi... Tgn kanan pegang pedang seberat 5 - 7 kg, tgn kiri pegang perisai dgn nilai berat yg nilai berat yg sama. Baju besi korang anggarkan beratnya sekitar 7 - 9 kg. Kasut besi sekitar 2 - 3 kg... Dgn kelengkapan macam tue, korang bertempur dgn musuh secara berdepan.. Perrghhh!!! Mau tak semput kalau kita yg dah asyik dok depan komputer nie.... Betapa toughnya Nabi kita sewaktu bertempur...... So, keperluan sukan itu yg menjadi asas fizikal dalam penyebaran Islam zaman dulu kala
wahh... anta ni bg ana mmg seorang yg luas pengetahuan dan sorang yg hebat.. anta aktif bersukan dan dlm masa yang sama juga seorang yg berani krn benar. apabila mengatakan pernah "sound" samseng kampung mcm 2 je.. mmg hebat. ciri-ciri ni mmg bagus. seorang yg memiliki byk kelebihan. berani+aktif bersukan+sedarkan orang ke jalan yg benar+bijak dlm penulisan+banyak pengalaman= itu adalah anugerah Allah... rasanya saya nk sgt ade kesemua ciri2 anta 2.. dan yg plg ssh bg saya ialah menjadi 'berani' spt anta.. huhu teruskan...*clap*
0

#10 User is offline   halfy yusuf hevil 

  • Group: Members
  • Posts: 1,039
  • Joined: 11-April 09

Posted 11 July 2009 - 10:10 AM

Quote

raf_03 wrote:

Quote

thekatyusha wrote: statement muhammadzarief aku sokong.. bersukan dapat memberikan kita fizikal yg sihat, tubuh yg tegap serta fikiran yg mantap. Zaman Nabi dulu. Nabi jugak ada seni bela dirinya sendiri. Dari apa yg aku baca, seni bela diri zaman Arab Jahiliyah (selain menggunakan pedang dan perisai) adalah seni bela diri gusti Grecko-Roman. Nabi kita mmg handal seni bela diri nie. Dgn bersukan jugak dapat memberi fitness dan daya tahan tubuh yg tinggi.. Korang bayangkan zaman nabi... Tgn kanan pegang pedang seberat 5 - 7 kg, tgn kiri pegang perisai dgn nilai berat yg nilai berat yg sama. Baju besi korang anggarkan beratnya sekitar 7 - 9 kg. Kasut besi sekitar 2 - 3 kg... Dgn kelengkapan macam tue, korang bertempur dgn musuh secara berdepan.. Perrghhh!!! Mau tak semput kalau kita yg dah asyik dok depan komputer nie.... Betapa toughnya Nabi kita sewaktu bertempur...... So, keperluan sukan itu yg menjadi asas fizikal dalam penyebaran Islam zaman dulu kala
wahh... anta ni bg ana mmg seorang yg luas pengetahuan dan sorang yg hebat.. anta aktif bersukan dan dlm masa yang sama juga seorang yg berani krn benar. apabila mengatakan pernah "sound" samseng kampung mcm 2 je.. mmg hebat. ciri-ciri ni mmg bagus. seorang yg memiliki byk kelebihan. berani+aktif bersukan+sedarkan orang ke jalan yg benar+bijak dlm penulisan+banyak pengalaman= itu adalah anugerah Allah... rasanya saya nk sgt ade kesemua ciri2 anta 2.. dan yg plg ssh bg saya ialah menjadi 'berani' spt anta.. huhu teruskan...*clap*
em, klau gi latihan berperang siap pedang perisai segala tuh kire da ckup bersukan da tuh....wuish..x sgka berat juga pedang zaman dlu.. em sukan ni boley dikatkan dgn aktiviti fizikal yg dpt keluarkan peluh..x kesah la ape2 jenis aktiviti.klau menanri mak yong tgh panas pon kire bersukan kn? hehehe
0

#11 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 13 July 2009 - 05:47 PM

Quote

wahh... anta ni bg ana mmg seorang yg luas pengetahuan dan sorang yg hebat.. anta aktif bersukan dan dlm masa yang sama juga seorang yg berani krn benar. apabila mengatakan pernah "sound" samseng kampung mcm 2 je.. mmg hebat. ciri-ciri ni mmg bagus. seorang yg memiliki byk kelebihan. berani+aktif bersukan+sedarkan orang ke jalan yg benar+bijak dlm penulisan+banyak pengalaman= itu adalah anugerah Allah... rasanya saya nk sgt ade kesemua ciri2 anta 2.. dan yg plg ssh bg saya ialah menjadi 'berani' spt anta.. huhu teruskan...
raf. aku hanya seorg umat Islam yg biasa. Takder hebatnya pun, cuma mana yg aku tahu aku suka berkongsi dgn korang semua..... Nak kata berani tu tidaklah gak.. Cuma aku berkawan dgn semua org... baik yg kaki pukul, kaki clubbing hinggalah aku ikut berziarah dari rumah ke rumah utk ajak org ke masjid.... Bila kita berkawan dgn pelbagai 'jenis' kawan, kita 'copy' kelebihan dan kebaikan yg ada pada dirinya utk diserapkan di dalam diri kita agar kelebihan dan kebaikannya boleh menjadik sebahagian daripada diri kita sekaligus melengkapkan diri kita dgn pelbagai pengetahuan dan kemahiran utk survival dlm hidup... Macam Optimus Prime diserap kuasa dan anggota badan Jet Fire.. Camtue laah..
0

#12 User is offline   raf_03 

  • Group: Members
  • Posts: 1,992
  • Joined: 02-July 09

Posted 20 July 2009 - 01:19 PM

Quote

Macam Optimus Prime diserap kuasa dan anggota badan Jet Fire.. Camtue laah..
kdg2 cite2 omputeh ni ade gak pengajaran tersirat di dalamnya..hehe
0

#13 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 20 July 2009 - 01:28 PM

Quote

raf_03 wrote:

Quote

Macam Optimus Prime diserap kuasa dan anggota badan Jet Fire.. Camtue laah..
kdg2 cite2 omputeh ni ade gak pengajaran tersirat di dalamnya..hehe
Kalau kita ambik yg positif sesuatu perkara, insya-Allah kita akan jadik org yg optimist tetapi pada masa yg sama kita kenalah berada di dlm golongan realist agar cadangan dan pandangan kita itu boleh diterima oleh org ramai.. Sukan dapat melatih mental dan fizikal kita menjadik 'tegap' dan 'mantap' dlm menghadapi kehidupan masa kini. Sukan dapat melatih kita menurut arahan dan mengutamakan kepentingan pasukan (dlm konteks dakwah, kepentingan jema'ah) melebihi kepentingan diri. Pendek kata, Spiritual, Mental, & Physical perlulah seiring dan sejalan agar kita mampu menjadik umat Islam yg berdaya saing.
0

#14 User is offline   aleya muslimah 

  • Group: Members
  • Posts: 120
  • Joined: 07-September 09

Posted 09 October 2009 - 02:08 PM

slam menggalakkan sukan berdasarkan nas2 berikut:- 1) Islam menggalakkan ummatnya untuk sihat dan kuat. Firman Allah swt: “Dan hendaklah kamu bersedia untuk berjihad semampu mungkin dengan menghasilkan kekuatan…” (60 : al-Anfal) 2. Al-Quran memuji tubuh badan yang gagah dan memanggapnya sebagai suatu kelebihan. Firman Allah swt: “Dan Allah telah menambahkan kekuatan ilmu dan tubuh badan pada diri talut.” (247 : al-Baqarah) 3) Orang yang kuat tubuh badannya lebih disukai oleh Allah. Nabi saw bersabda: المؤمن القوي خير وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف ، وفي كل خير Maksudnya: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari orang beriman yang lemah. Kedua-duanya ada kebaikan.” (Hr Muslim –sahih) 4) Nabi saw menyertai permainan dan sukan yang dimainkan sahabat-sahabatnya. Ini jelas dari hadis berikut: مر النبي صلى الله عليه وسلم على نفر من أسلم ينتضلون ، فقال النبي صلى الله عليه وسلم : ارموا بني إسماعيل فإن أباكم كان راميا ، ارموا وأنا مع بني فلان. قال فأمسك أحد القريقين بأيديهم ، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما لكم لا ترمون؟ قالوا: كيف نرمى وأنت معهم؟ فقال النبي صلى الله : ارموا فأنا معكم كلكم. Maksudnya: “Nabi saw lalu sekumpulan sahabat yang sedang memanah. Nabi saw bersabda “ Memanahlah hai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu Nabi Ismail as adalah pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah). Lalu kumpulan yang satu lagi berhenti memanah. Rasulullah saw bertanya “ Kenapa kamu tidak memanah?” Bagaimana kami hendak memanah sedangkan kamu bersama mereka?” Nabi saw menjawab “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” (Hr Bukhari – sahih) 5) Nabi saw telah bersukan dengan isterinya Aisyah ra. Aisyah ra telah meriwayatkan hadis berikut: أنها كانت مع النبي صلى الله عليه وسلم في سفر قالت : فسابقته فسبقته على رجلي ، فلما حملت اللحم سابقته فسبقني. فقال : هذه بتلك السبقة. Maksudnya: "Suatu ketika Aisyah bersama Nabi saw dalam permusafiran. Aisyah berkata “Aku berlumba lari dengannya dan aku dapat mengalahkannya. Setelah mana aku berisi, aku berlumba lari sekali lagi dan baginda dapat mengalahkanku.” Nabi saw bersabda “Kemenangan kali ini membalas kekalahan yang lepas.”(Hr Abu Daud) 6) Nabi saw menggalakkan sahabat2nya bermain dan menonton permainan mereka bersama Aisyah ra. Ini jelas dari hadis berikut yang diriwayat oleh Aisyah ra: لقد رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يسترني بردائه وأنا أنظر إلى الحبشة يلعبون في المسجد حتى أكون الذي أسامه Maksudnya: “Sesungguhnya aku telah melihat Nabi saw menutupiku dengan kain selendangnya dan aku sedang melihat orang-orang habsyah yang bermain di masjid sehingga aku membuatnya jemu.” (Hr Bukhari dan Muslim) Etika sukan dalam Islam 1. Permainan tersebut hendaklah yang dibenarkan syara’. Permainan yang haram adalah seperti melaga2kan binatang kerana Nabi saw menegah dari melaga2 binatang. (Hr Abu Daud – daif). 2. Pakaian yang digunakan hendaklah menutup aurat. Bagi Wanita hendaklah pakaian tersebut tidak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan tidak jarang. 3. Tidak ada perjudian dalam permainan. Setiap peserta mengeluarkan duit untuk diberi hadiah kepada pemenangnya adalah diharamkan. 4. Tidak melalaikan sehingga menyebabkan meninggalkan benda yang wajib seperti kewajipan solat. Firman Allah swt: “Dan celaka bagi orang yang lalai dari melakukan solatnya (sehingga solat diluar waktu.” (4 : al-Ma’un) 5. Tidak ada perkara yang membahayakan diri sendiri dan manusia lain. Nabi saw telah bersabda: لا ضرر ولا ضرار Maksudnya: “Tidak boleh melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah dan ahmad – sahih) 6. Tidak ada percampuran lelaki perempuan yang dilarang. Percampuran yang dilarang adalah yang ada sentuhan lelaki dan perempuan. Nabi saw bersabda: لأن يطعن رأس أحدكم بمخيط من حديد خير له من أن يمس أمرأة لا تحل له Maksudnya: “Dicucuk kepala seseorang dengan jarum besi lebih baik dari dia menyentuh wanita yang tidak halal baginya.” (Hr Tabrani) 7. Sukan wanita yang boleh membawa fitnah kepada lelaki seperti berenang hendaklah tidak ditonton oleh lelaki samada secara langsung atau pun tidak. Dr Yusuf Qardawi menyatakan: “Permainan yang dilakukan wanita seumpama berenang, gimnastik, luncur ais, tarian ballet, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya, harus diadakan sesama wanita dengan syarat2nya. Tidak ada lelaki yang bukan mahram melihat sukan wanita seumpama ini. Oleh kerana itu sukan-sukan wanita seumpama berenang, gimnastik dan seumpama dengannya haram disiarkan dan ditonton oleh lelaki yang bukan mahram.” ana ni aktif dalam sukan olahraga walupun penampilan ana yang bertudung labuh kelihatan tidak sesuai..... sbb kebanyakan saingan ana... mereka memakai seluar pendek paras peha.. (mungkin ringan kot meresa rase bla berlari) .... nanti di Universiti ana akan mnganjurkan Sukan kejohanan Malaysia...peringkat universiti... huhu.. ana antara atlit yang bertanding.. erm... kalu diikutkan malasnya berlari.... segan apatah lagi... tapi ana nak minta pandangan sahabat2... tentang sukan olahraga ni.. bolehkah ana mneruskan utk myertainya... atau sebaliknya? atau.. boleh cadangkan saja... pada peringkat Universiti utk mngasingkan acara ini dr dipertontonkan oleh org yang dtg mlihat n menyokong? atau... trik diri jela...huhu wallahualm...
0

#15 User is offline   VetrowenuL KareemaH 

  • Group: Members
  • Posts: 804
  • Joined: 18-September 08

Posted 09 October 2009 - 02:12 PM

sukan drift macamamana pulak ye? dan kalau sekiranya pompuan ada masuk sukan drift ni. rasa2ya terlibat tak dengan masalah hukum?
0

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic