Posted 23 October 2009 - 12:54 AM
[quote]Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.[/quote]
Kebaikan umat sejagat hidup secara harmoni telah di ajarkan oleh nabi Muhammad melalui alquran dan hadis dan konsep Tauhid. bukannya tesis PHD saudara. Dan lapan tahun bersama Yahudi itu sudah cukup matang untuk saudara berfikiran seperti mereka.( KEDUNIAAN ) mengejar dunia yang sementara.
[quote]Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.[/quote]
Tidakkah saudara tahu bahawa Allah telah mendidik Muhammad yang mulia agar seluruh manusia jagat raya ini mengikuti seperti yang di contohkan kepada Nabi muhammad dari segi adat resam , agama , persiapan awal melahirkan zuriat dan sebagainya. Yang menjadi masaalah kita ialah terlampau ingin mencari kesahihan hadis yang diajarkan pada kita. Sedangkan apa yang yahudi amalkan samaada dari hadis atau bukan hadis soheh atau tidak , maka semuanya mahu di ikuti kerana kononnya mereka berjaya. Apakah kejayaan luaran mereka yang kita lihat itu mendapat keredhaan Allah?
Mari kita lihat perbezaan nya contoh saudara yang telah lari dari amalan keislaman.
[quote]Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang si ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano.
[/quote]
Ringkasnya , dalam islam persiapan awal melahirkan zuriat ialah semasa pembenihan di semaikan di dalam rahim iaitu dengan mengucap dua kalimah shahadat ( sudah tentu ramai yang minta dalil )tapi yang yahudi contohkan kebanyakannya memuji walaupun tanpa dalil kan?
Kemudian para ibu mengandung disarankan membaca banyak ayat suci alquran dan berzikir.Bukannya menyanyi dan bermain piano yang telah menyamai amalan Kristian.
[quote]dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga dia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.[/quote]
Tiada apa apa komen untuk ini , walaubagaimanapun ibu mengandung yang membaca alquran telah cukup untuk menginiuskan anak dalam pelbagai bidang. Contohnya seorang guru Alquran yang dalam masa mengandung sering mengajarkan alquran kepada muridnya , yang mana anak yang dilahirkan itu dapat membaca alquran dengan baik ketika berusia 3tahun 8 bulan. Dan dapat menghafal satu surah ketika umur 4 tahun.
kurma bersama susu,
kurma bersama susu adalah makanan kegemaran Rasulullah, tetapi orang islam tidak mengikuti kerana terlampau menginginkan kesahihan hadis. Bila di sebut tentang ini umat islam akan bertanya siapa riwatnya dan sebagainya. Tetapi apabila yahudi mengamalkannya dan sesuatu kesan baik di temui , maka kita mengatakan ini dari yahudi.
[quote]dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang Yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan[/quote].
Ini juga adalah amalan guru guru pondok dan alim ulama dimasa lalu yang di ajarkan kepada muridnya Supaya dapat mudah menerima pelajaran dan mengekalkan hafalan kitab. Orang dulu kebanyakannya menghafal kitab.
Dan amalan ini bukannya hanya dari yahudi semata mata, tetapi juga telah di amalkan oleh bijaksana islam di malaysia di masa lalu.
[quote]Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yang sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. [/quote]
Dari awal lagi rasulullah melarang memakan ikan berserta daging kerana percampuran makanan laut dan darat tidak baik untuk kesihatan. Sila rujuk kitab ihya ulumiddin karangan al imam ghazali yang mana tesisnya telah lebih awal beratus tahun berbanding yang saudara nyatakan. ( sudah pasti ramai yang inginkan kesahihan hadis ) jika hadis tidak soheh ramai yang tinggalkan, bukankah begitu?....mengapa jadi begini hai umat.
[quote]Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.[/quote]
Rasulullah telah mengajarkan lebih detail daripada ini tetapi tiada ramai yang ingin mengamalkan kerana bersikap ....Ah itu Nabi !!!! kita tak mampu nak ikut.....Mengapa begini hai umat?....
Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang , dan juga rasulullah menyuap makanan dengan mengunakan tiga jari supaya tidak banyak makanan di suapkan. Ini termasuk juga dalam kategori akhlak ( tidak gelojoh)
[quote]Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada gen, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang gen dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)[/quote]
Mereka cipta rokok untuk orang lain mungkin!!!!
[quote]Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi
[/quote]
Nota nota musik di tiru daripada baris baris ayat ayat alquran sebagai tanda panjang dan pendek sesebuah lagu. Dan membaca Alquran akan melebihi dari itu kerana apabila di baca , maka kesempurnaannya dalam tumpuan dan membaca nota di samping gegaran berlaku dari dalam dada kerongkong dan seterusnya ke otak akan mencerdikkan akal.
Ini berlaku kepada anak sahabat saya yang tidak mahir dalam pelajaran maka apabila di ajar anaknya menghafal quran mengakibatkan anaknya lebih maju dalam pelajaran akedemik.
Di sini dunia dan akhirat dapat di seiringkan bagi umat islam. Tetapi yahudi mengajarkan hanya keduniaan yang melalaikan apabila di contohi.
[quote]Ini menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri daripada kaum Yahudi.[/quote]
Gegaran membaca alquran melebihi kegeniusan ini dan disamping itu juga baik untuk kesihatan kerana dapat membersihkan daham( kahak) dan mematikan kuman tersentu dalam otak manusia....dan banyak lagi sila selidiki.
[quote]sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari[/quote]
Rasulillah telah dari awal lagi mengalakkan sukan memanah dan sukan berkuda amat baik untuk kesihatan kelakian.
Sila selidiki,,,,,dan usah di abaikan walaupun hadis tidak soheh sekalipun dalam menyelidik......dan banyak lagi
[quote]Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti.[/quote]
Disini bukan hanya yahudi bahkan jepun juga berbuat yang sama
[quote]Satu lagi yang diberi keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ˝ perniagaan di dunia! Siapakah yang mencipta design Levis yang terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.[/quote]
Dari awal lagi rasulullah telah bersabda bahawa berniaga adalah 9/10 pintu rezeki.....sila selidiki.
[quote]Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen di kepala, banyak agama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang-orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yang pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah![/quote]
Banyak juga ahli tarikat yang berzikir sambil mengoyang kan kepala tetapi mendapat kecaman .
Dan dalam solat apabila kita bersujud ada satu urat yang kosong dari di masuki darah yangmana apabila kita bersujud barulah darah akan mengalir melalui urat tersebut untuk ke otak yang akan menjana kan kecerdasan otak.
Bukannya mengoyangkan kepala yang tidak pernah di buat oleh rasulullah.
Kalau tidak silap saya 360 urat di terangkan dalam hadis qudsi , dan apabila di buat kajian hanya orang islam yang bersolat sahaja yang lengkap pengaliran darah kesemua 360. yang tidak bersolat hanya 359 sahaja....sila kaji.
Please give the balancing la bro and not so pro.....Dimana kontranya.
[quote]Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar muzik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yang elok dan berhasiat yang baik untuk otak, menghayati muzik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yang memerlukan konsentrasi yang tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.[/quote]
Satu amalan yang menjurus kepada keduniaan semata mata dan akan membawa kelalaian kepada generasi. Seharusnya di mulai dengan azan dan iqamat serta bacaan al quran dan mendengar ayat ayat alquran yang indah indah secara konsisten dan mengikuti cara pemakanan yang di ajarkan rasulullah.makan daging yang di sembelih atas nama Allah , baca basmallah,cara duduk ketika makan dengan meninggikan lutut, ,,,,,dan banyak lagi kesempurnaannya yang boleh di petik.
Dan bukannya tesis dari Yahudi itu walaupun betul tapi Dunia dan Akhirat yang kita mahukan.
[quote]Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal agama atau bangsa, [/quote]
Soal agama lah yang perlu dititikberatkan oleh umat islam bagi jambatan menuju akhirat yang kekal.
Dan di akhir hayat Rasulullah Maka turunlah Ayat alquran menandakan bahawa TELAH ALLAH CUKUPKAN UNTUK KAMU UGAMA KAMU......
Ini bererti Alquran dan sunnah yang di ajar dan di tunjjukkan kepada rasulullah telah lengkap dari pelbagai sudut kehidupan dunia menuju akhirat. DAN MENCUKUPI
Ingatlah Bahawa kita akan mati dan BERTEMU DENGAN ALLAH Dan MUHAMMAD MEMBERI SYAFAAT.
-------------
[quote]Predator wrote:
[quote]kol_yisroel wrote:
*assalamualaikum
Yahudi bijak kerana mereka tertindas sekian lamanya (berkurun-kurun) di perantauan. Dan penindasan tersebut memerlukan semangat juang yang kental dan daya saing yang tinggi untuk meneruskan hidup di tengah-tengah dunia yang asing bagi mereka.
[/quote]
berdasarkan teori anda,
Yahudi tertindas sekian lama, mewujudkan semangat juang, menjadi bangsa yang bijak..
kalau macam tu, umat Islam di Palestin kena tindas...
Umat islam di selatan Thai kena tindas...
Umat Islam di Mindanao kena tindas...
Umat Islam di China kena tindas...
sepatutnya semakin bijak juga disebabkan ditindas...
Boleh pakai ker pendapat anda ni?
:p[/quote]
Tak boleh pakai tuuuuuuu.
Kalau nak kata tertindas pun sekejap sahaja dan hanya beberapa tahun...
Tapi yang 2000 tahun tu Sikap dendammya selama 2000 tahun. sehingga di bawa ke turun temurun.
Mungkin selepas nie bolehlah di kaji pula yang di bawah kan?
Adalah nabi s.a.w memakan apa yang didapatinya. Makanan yang di sukainya ialah yang berada di atas dlaf dlaf ialah makanan yang banyak tangan memakannya( makan beramai ramai / ukhuqwah)
Apabila hidangan telah diletakkan beliau membaca
Dengan nama Allah, wahai Allah tuhanku , jadikanlah hidangan ini nikmat yang di syukuri , yang sampai nikmat syurga dengan dia.
Apabila Rasulullah duduk makan beliau merapatkan antara kedua lututnya dan antara kedua tapak kakinya sebagaimana orang duduk dalam solat dan meninggikan lutut yang satu lagi keatas lutut yang lagi satu dan tapak kaki yang satu lagi berada diatas lutut yang lagi satu.
Dan beliau bersabda: Sesungguhnya aku ini hamba ,Aku makan sebagaimana Hamba Makan dan aku duduk sepertimana Hamba duduk.
( mungkin yahudi duduk di atas kerusi/meja dan memakan dengan sudu garfu)
Beliau tiada memakan makanan yang masih panas dan beliau bersabda : Makanan yang masih panas itu tiada memberi barakah, sesungguhnya Allah tiada menganugerahkan Api untuk makanan kita. Maka dinginkanlah makanan itu.....( Sila kaji mengapa ? Api dan dingin maksudnya)
Adalah beliau memakan makanan yang berada di depannya. Beliau memakan dengan tiga anak jari , kadang kadang menolong dengan jari keempat. Dan beliau tiada memakan dengan dua anak jari dan bersabda : Yang demikian itu adalah cara syaitan makan.
Adalah nabi memakan mentimun dengan kurma yang belum kering (ruthab) dan dengan garam
Buahan basah paling disukainya ialah buah anggur. Beliau memakan buah semangka dengan roti dan gula. Kadang di makan semangka dengan roti dan Ruthab.
Pada suatu hari beliau memakan Ruthab (kurma basah)dengan tangan kanannya dan biji di pegang di sebelah kiri , maka lalu seekor kambing dan beliau menghulurkan biji kurma kepada kambing itu lalu kambing itu memakan kurma yang di atas tangannya.
Kebanyakan makanan beliau , air dan kurma kering(tamar), Beliau juga mengumpulkan susu dengan tamar dan beliau memakan keduanya : Dua yang terbaik sabdanya ( al-athyabain)
Daging juga di sukai beliau dan bersabda bahawa daging itu menambahkan pendengaran ( sila kaji). Dan daging penghulu makanan dunia dan akhirat. Sabdanya: jikalau aku meminta pada tuhanku supaya memberikannya setiap hari nescaya ai akan mengurniaknya.
Beliau juga memakan roti berkuah dengan daging dan buah labu. Beliau suka kepada buah labu dan mengatakan bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus.
Aisyah berkata: Rasulullah bersabda: Wahai aisyah Apabila engkau memasak periuk gulai maka banyakkanlah didalamnya labu , kerana labu itu menguatkan hati orang yang duka.
Apabila beliau memakan daging beliau tiada menundukkan kepalanya kepada daging itu , bahkan mengangkatkan daging ke mulutnya. ( halus pengertiannya ini , beliau tidak tunduk (sujud) pada walaupun daging)
Beliau menyukai sayuran yang bernama al handaba, dan al badzaruj dan sayur al hamqa, yang dinamai ar rajlah, beliau tiada menyukai daging dari buah pinggang kerana daging tempat dekatnya kenching.
Beliau tiada memakan dari kambing 7 perkara::::::iaitu zakar/duabiji buah zakar binatang/ tempat air kenching/empedu/ ghudad( daging yang bulat yang terjadi antara kulit dan daging) kemaluan kambing betina / dan darah.
Beliau tiada memakan bawang putih , bawang merah dan daun bawang prei ( al kurrats),. Beliau tiada pernah sesekali mencela makanan.
Beliau tiada menyukai DHAB dan empedu , tetapi beliau tiada mengharamkan keduanya/.
Beliau menjilatkan anak jari dari sisa makanan sehingga anak jarinya merah,dan bersabda “ Bahawa beliau tiada mengetahui pada makanan yang manakah barakah itu”
Adalah nabi s.a.w.apabila telah memakan roti dan daging khususnya membasuh kedua tangannya baik baik, kemudian menyapu dengan kelebihan air itu ke mukanya. Beliau minum tiga kali teguk dan pada tiga kali membaca basmallah , dan pada masing masing tiga kali membaca alhamdulillah.
Adalah nabi minum dengan menghisap air dan tidak beliau minum dengan tidak bernafas.
Kadang kadang beliau minum satu nafas sampai selesai dan tidak bernafas dalam bekas tempat minum ( mungkin boleh saudara kaji)
Dan apabila dibawa kepada beliau air madu bercampur susu beliau tidak meminumnya seraya bersabda: DUA MINUMAN DALAM SATU MINUMAN , DAN DUA LAUK DALAM SATUITEMPAT “ Kemudian bersabda “ Aku tidak mengharamkannya , akan tetapi aku tidak menyukai kesombongan dan di hisab dengan amal perbuatan DUNIAWI yang tiada diperlukan esok pada hari kiamat. Aku menyukai tawadduk. Barang siapa merendah diri kerana Allah dia akan di Angkat oleh Allah.
Dan beliau menasihati dengan berniat makan itu supaya dapat berbuat taat pada Allah.
Sabda Rasulullah: Tidak dipenuhi oleh manusia akan karungnya yang lebih jahat dari perutnya. Mencukupilah bagi anak adam itu beberapa suap yang menegakkan tulang punggungnya, kalau tidak di perbuatnya demikian, Maka isikanlah sepertiga makanan, dan sepertiga minuman , dan sepertiga nafas “
Dan banyak lagi termasuk Adab adab Makan......
Mudahan baik untuk kita Amalkan walau tidak sepenuhnya.
Bagaimana pula dengan Status Halal Haram/sembelihan /warak/dan pelbagai lagi yang mendatangkan kesan atas Hati