Komuniti iluvislam.com : *Ukuran air dua kolah dan air mustakmal - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

*Ukuran air dua kolah dan air mustakmal

#1 User is offline   masrurah 

  • Group: Members
  • Posts: 393
  • Joined: 08-February 08

Posted 22 March 2008 - 09:35 PM

Salam, Just nak mintak pendapat, kalau kita biasa ke surau/masjid, kita akan dapati tempat wudhu/kolah pada tempat tersebut. Soalan saya, setakat saya tahu,ukuran kolah (kullah?) ini dikira mengikut hasta. Dan jika sekiranya air tidak cukup dua kolah, jika kita wudhu',basuh tangan dan seumpamanya, maka nanti air tu jadi air musta'mal. 1- Macam mana ukuran tepat 2 kolah ni? Adakah ada pendapat yang melonggarkan ukuran kolah ini, kerana kadang2 saya nak wudhu' di kolah direct pun tak berani, nanti jadi musta'mal. 2- Jika air titisan tangan yang basah jatuh ke dalam baldi di tandas (biasanya orang panggil cewak,cuci najis,istinja'), adakah musta'mal air tu? 3- Apakah dalil naqli yang mengatakan ukuran tepat 2 kolah tu? Wassalam
0

#2 User is offline   HafizAdam 

  • AkuDarahAnakMalaysia
  • Group: Members
  • Posts: 3,200
  • Joined: 14-August 07
  • LocationCairo, Egypt

Posted 22 March 2008 - 10:22 PM

Dapatkan majalah rasmi Persatuan di sini.. tp nie majalah persatuan so ade banyak mnde tak berguna bg korg.. ala kulli hal, ade pasal air dua kolah.. siap ngn gambar lg.. tq.. >>DOWNLOAD<<
0

#3 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 23 March 2008 - 10:12 PM

Assalamualaikum Warahmatullah. 01. Dua kolah: 500 liter mengikut kiraan Baghdad. (Namun kiraan ini tidak digunakan lagi pada masa kini). Adapun kiraan yang digunakan pada masa kini adalah sebanyak 192.857 kilogram air. 02. Jika kurang dari dua kolah air. Tidak mengapa air titisan tangan (seperti air cuci najis dll) masuk sedikit ke dalam baldi dan tidak mengubah bau atau warna atau rasa. Keadaan seperti ini tidak dipanggil air mustamal lagi. 03. Tiada dalil naqli yang pernah saya jumpa menentukan ukuran dua kolah secara tepat (500 liter atau 192.857 kg) seperti ini. Tetapi ulama-ulama kita memberitahu yang dua kolah adalah sebanyak itu di atas penelitian dan kajian mereka. Wallahualam.
0

#4 User is offline   Penduga_Arus 

  • Group: Members
  • Posts: 76
  • Joined: 24-November 07

Posted 23 March 2008 - 10:36 PM

saya belajar dulu sukatan dua kolah ialah 1 1/4 hasta segi empat panjang, lebar (dalam ukuran hasta sederhana.) Bagi bekas bulat seperti telaga, 2 hasta dalam dan 1 hasta lebar.
0

#5 User is offline   masrurah 

  • Group: Members
  • Posts: 393
  • Joined: 08-February 08

Posted 06 April 2008 - 04:26 PM

thanks sume...penjelasan yg baik dan bagus!
0

#6 User is offline   kira 

  • Group: Members
  • Posts: 29
  • Joined: 06-April 08

Posted 06 April 2008 - 05:51 PM

salam..ustaz.. camni.. murabbi saya ajar supaya kita jangan bertaqlid buta... so apa nas dari al-quran dan as-sunnah yang sebut pasal air mustakmal ustaz?apa dalil yang ulama2 kita amik seperti yg ustaz sebut tuh?just nak tahu..supaya hati saya tenteram.. time kasih byk2 *pray*
0

#7 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 07 April 2008 - 09:18 PM

Quote

kira wrote: salam..ustaz.. camni.. murabbi saya ajar supaya kita jangan bertaqlid buta... so apa nas dari al-quran dan as-sunnah yang sebut pasal air mustakmal ustaz?apa dalil yang ulama2 kita amik seperti yg ustaz sebut tuh?just nak tahu..supaya hati saya tenteram.. time kasih byk2 *pray*
Assalamulaikum Warahmatullah. Sedikit respons. Berikut di antara dalil-dalil mengenai air mustakmal: Daripada Jabir Bin Abdillah R.A. berkata bermaksud: Rasulullah S.A.W. datang menziarahi aku ketika aku sedang sakit lalu baginda berwudhuk dan mencurah daripada air wudhuknya ke atasku. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini menunjukkan air wudhuk (tergolong dalam air mustakmal) masih lagi suci kerana jika air wudhuk sudah tidak suci nescaya Rasulullah S.A.W. tidak akan mencurahkannya kepada Jabir Bin Abdillah R.A. Daripada Abu Hurairah R.A. bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda: Jangan kamu mandi di dalam air yang bertakung (yang sedikit) dalam keadaan ia berjunub. (Riwayat Muslim). Hadis ini menunjukkan mandi di dalam air yang bertakung lagi sedikit mengeluarkan air itu daripada kebolehan menyucikan sesuatu. Mengenai berubahnya air melalui bau atau warna atau rasa maka ini adalah sepakat ulama-ulama empat mazhab mengenainya (sila rujuk jawapan saya di atas). Kaedah ini telah diterima pakai oleh oleh semua mazhab. Sila rujuk kitab fiqh empat mazhab untuk mengukuhkan lagi keyakinan saudara/i mengenai hal ini. Wallahualam.
0

#8 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 08 April 2008 - 06:33 AM

Assalamualaikum Warahmatullah. Sedikit respons dari persoalan yang diutarakan oleh saudara/i Kira. Walaupun pengkhususan saya bukanlah di dalam bidang Syariah Islamiah namun saya cuba menjawab setakat termampu. Saya paham apa yang ingin diutaran oleh saudara/i ini membawa kepada perbincangan fiqh empat mazhab dan ini membawa perkembangan ilmu yang sihat. Namun perlulah diketahui bahawa segala perbahasan saya sebelum ini berdasarkan fiqh mazhab Shafie (sila rujuk etika forum di iluvislam). Sememangnya benar apa yang saudara/i bawakan pendapat dari Syeikh Sayyid Sabiq dan Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi ini. Namun perlulah kita ketahui bahawa pengertian dan hukum setiap mazhab terhadap air mustakmal adalah berbeza. Berikut saya bawakan secara ringkas pengertian air mustakmal mengikut mazhab: Mazhab Hanafi: Air mustakmal adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan hadas dan boleh menyucikan najis. Mazhab Maliki: Air mustakmal adalah suci dan boleh menyucikan dan tidak makruh digunakan untuk menyucikan najis atau membasuh bekas tetapi makruh digunakan untuk mengangkat hadas atau mandi-mandi sunat jikalau terdapat air lain. Mazhab Shafie: Air mustakmal adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan. Mazhab Hambali: Air mustakmal adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan. Maaf saya tidak berani untuk membahaskannya secara perbahasan Fiqh Muqaran kerana saya masih belum pernah menjumpai pentarjihan dalil-dalil dan pendapat yang digunakan di dalam empat mazhab ini. Dan sememangnya benar bahawa Rasulullah S.A.W. akan mengambil pendapat yang lebih memudahkan jika terdapat dua pendapat. Di sini saya ingin menyeru sekali lagi agar kita bermazhab dengan satu-satu mazhab bagi memudahkan urusan agama kita. Tidak perlu menyalahkan orang lain yang mempunyai pandangan mazhab yang berbeza dengan kita. Dan kita semua sedia maklum bahawa majoriti masyarakat di Malaysia bermazhab dengan mazhab Shafie. Terpulang ke atas kemampuan diri untuk menggunakan pandangan dari mana-mana mazhab yang empat ini. Namun jika berada di golongan awam maka gunalah pendapat mazhab yang sedia kita maklum dan mengetahuinya (mazhab Shafie). Wallahualam.
0

#9 User is offline   kira 

  • Group: Members
  • Posts: 29
  • Joined: 06-April 08

Posted 08 April 2008 - 07:44 AM

erm,baik la ustaz.. ustaz,camna nak lepas tahap 'orang awam' tuh??wajib kena mengaji kat universiti2 hebat seperti al-azhar ke?mmg tak boleh ke ustaz yang dah lepas tahap orang awam ni ajar gol awam macam kami?ke kena tahu semua bidang baru boleh amal?contohnya saya nak tahu pasal air mustakmal tapi adakah saya kena tahu jugak ttg puasa,zakat,haji dan segala perbahasan fiqh mengenainya? lagi satu..saya rasa kan... ustaz kena gak konsider gak pelajar2 mesia kat oberc.. kat rusia,jepung,UK,ireland, jerman.. iluvislam ni ramai gak budak2 yg gi oberc.. pendapat saya yg dhoif ni..time kasih ustaz sudi kongsi ilmu
0

#10 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 09 April 2008 - 03:36 AM

Assalamualaikum Warahmatullah. Suka saya bahagikan golongan orang awam kepada dua: - Orang awam yang mengikut dengan mengetahui dalil-dalil yang digunakan. Mereka adalah golongan penuntut ilmu tetapi masih belum sampai tahapnya kepada seorang mujhatid. - Orang awam yang bertaklid tanpa mengetahui dalil-dalil yang digunakan. Mereka adalah golongan awam kebanyakkan. Tidak semestinya perlu belajar sehingga ke universiti untuk menuntut ilmu agama ini. Belajar di universiti hanyalah salah satu wasilah dalam menuntut ilmu. Apa yang paling penting adalah berterusan dalam menuntut ilmu. Amallah setakat mana ilmu yang kita pelajari. InsyaAllah setakat termampu saya akan cuba mengambil berat pada semua pelajar-pelajar luar negara di iluvislam ini. Doakan saya agar saya sentiasa diberi kekuatan oleh Allah Taala di dalam menyampaikan ilmu Allah Taala ini. Wallahualam.
0

#11 User is offline   Im Koyube 

  • Group: Members
  • Posts: 822
  • Joined: 02-September 06

Posted 09 April 2008 - 06:06 AM

Terima kasih Ustaz Rashidi atas komitmen dan sumbangan..Buat masa ni, saya rasa jawapan2 ustaz amat ringkas dan padat.. Teruskan usaha murni ustaz ye.. ^_^ Terima Kasih kira atas pandangan..Moga-moga pandangan membina dapat memperbaiki mutu jawapan-jawapan ustaz Rashidi dan ustaz/ustazah lain insyaAllah ^_^ kepada kira, mungkin boleh jemput murabbi kira untuk jadi salah sorang moderator forum soal jawab agama di iLuvislam..^_^ Statistik pengunjung iLuvislam mengikut negara boleh dilihat di sini: http://www.alexa.com...s/iluvislam.com Pada 8/4/2008 adalah seperti berikut: Malaysia 59.3% United Kingdom 8.2% Indonesia 7.5% Ireland 5.6% Egypt 4.2% Czech Republic 3.6% Russia 2.6% Singapore 1.8% New Zealand 1.0% India 0.8% Australia 0.7% Brunei 0.7% Ukraine 0.7% Jordan 0.5% Pakistan 0.3% United States 0.2% Germany 0.2% Hong Kong 0.2% Japan 0.2% Saudi Arabia 0.2% Puerto Rico 0.2% United Arab Emirates 0.2% South Korea 0.2% Kuwait 0.2% Other countries 1.1% Ramai juger yg bukan dari Malaysia..Saya assume kebanyakan yang bukan dari Malaysia adalah pelajar Malaysia di Luar negara..
0

#12 User is offline   kira 

  • Group: Members
  • Posts: 29
  • Joined: 06-April 08

Posted 09 April 2008 - 06:17 AM

tak pe lah buat masa ni..cukuplah dgn ustaz/ustazah yg ada ni..mereka lebih hebat dalam masalah2 fiqh ni.. murabbi ini x semestinya dia tahu semua perbahasan fiqh..murabbi ini kerja dia mendidik anak buahnya..tugas dia menyampaikan apa ilmu yang dia ada dalam masa yang sama dia juga ditarbiyyah oleh orang lain.. bezanya murabbi dengan penceramah agama ialah mereka ada follow up.. itu la bezanya mendidik dengan mengajar..
0

#13 User is offline   ice blanded 

  • Group: Members
  • Posts: 9
  • Joined: 27-January 08

Posted 06 May 2008 - 05:36 PM

assalamualaikum... hurmm...nk tnye.. adakah sah wudu' sekiranya air mustakmal d gunalkan untuk mengangkat wudu'..
0

#14 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 06 May 2008 - 06:54 PM

Quote

ice blanded wrote: assalamualaikum... hurmm...nk tnye.. adakah sah wudu' sekiranya air mustakmal d gunalkan untuk mengangkat wudu'..
Assalamualaikum Warahmatullah. Saya telah menjawabnya sepertimana berikut:

Quote

Mazhab Shafie: Air mustakmal adalah suci tetapi tidak boleh menyucikan.
Maksudnya tidak boleh digunakan untuk bersuci seperti untuk berwudhuk atau mandi wajib dll. Wallahualam.
0

#15 User is offline   fana_iman 

  • Group: Members
  • Posts: 47
  • Joined: 15-August 08

Posted 28 October 2008 - 07:27 PM

assalamualaikum. macam mana dengan kawan saya ni. dia dah lama guna air mustakmal. baru2 ni die baru tau yang itu air mustakmal. so ustazah saya kata tak sah mandi wajib, jadi "kamu qada lah solat n puasa kamu" jawapan ustazah mcm ..errr... ha?ape?!
0

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic