Komuniti iluvislam.com : Pusaka : Cara pembahagian pusaka mengikut faraidh - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Pusaka : Cara pembahagian pusaka mengikut faraidh

#1 User is offline   pakupayung 

  • Group: Members
  • Posts: 1
  • Joined: 28-August 09

Posted 28 August 2009 - 02:51 PM

Assalamualikum, Saya ingin bertanya tentang cara pembahagian pusaka menurut faraidh. Ibu saya meninggal dunia baru-baru ni meninggalkan sedikit emas dan wang simpanan. Arwah tidak mempunyai sebarang hutang. Saya difahamkan ini adalah senarai orang yang berhak menerima bahagian memandangkan arwah tidak mempunyai anak lelaki. 1) Suami 2) 2 anak perempuan 3) 7 orang saudara lelaki seibu sebapa 4) 1 orang saudara perempuan seibu sebapa 5) 1 orang saudara perempuan sebapa Saya telah mendapatkan jumlah pusaka tersebut e.g nilai emas + wang simpanan. Soalan 1 Saya difahamkan kita boleh ambil dari jumlah pusaka ini untuk tujuan seperti upah haji untuk arwah. Adakah hal2 lain seperti zakat emas dan zakat simpanan yang boleh diselesaikan menggunakan pusaka ini dan kemudian bakinya dibahagi menurut faraidh? Jika zakat simpanan harus cukup setahun, bagaimana pula dengan emas? Dikira setahun selepas arwah meninggal atau bagaimana? Soalan 2 Dengan mengambil contoh jumlah pusaka adalah sebanyak RM20000, bolehkan ustaz tunjuk kan cara pengiraan dibuat untuk semua waris-waris yang berhak? Apakah perbezaan pengiraan selapis dengan pengiraan berlapis dan dalam hal ini, yang mana satu harus digunakan? Soalan 3 Adakah hutang orang kepada arwah dianggap juga sebagai pusaka? Harap dapat penjelasan Ustaz. T/kasih. Wassalam
0

#2 User is offline   Us_Ghoni 

  • Group: Members
  • Posts: 804
  • Joined: 02-April 09

Posted 28 August 2009 - 11:50 PM

Quote

pakupayung wrote: Assalamualikum, Saya ingin bertanya tentang cara pembahagian pusaka menurut faraidh. Ibu saya meninggal dunia baru-baru ni meninggalkan sedikit emas dan wang simpanan. Arwah tidak mempunyai sebarang hutang. Saya difahamkan ini adalah senarai orang yang berhak menerima bahagian memandangkan arwah tidak mempunyai anak lelaki. 1) Suami 2) 2 anak perempuan 3) 7 orang saudara lelaki seibu sebapa 4) 1 orang saudara perempuan seibu sebapa 5) 1 orang saudara perempuan sebapa Saya telah mendapatkan jumlah pusaka tersebut e.g nilai emas + wang simpanan. Soalan 1 Saya difahamkan kita boleh ambil dari jumlah pusaka ini untuk tujuan seperti upah haji untuk arwah. Adakah hal2 lain seperti zakat emas dan zakat simpanan yang boleh diselesaikan menggunakan pusaka ini dan kemudian bakinya dibahagi menurut faraidh? Jika zakat simpanan harus cukup setahun, bagaimana pula dengan emas? Dikira setahun selepas arwah meninggal atau bagaimana?
Wa`alaikumussalaam 1.Jika arwah telah cukup syarat2 wajib haji, hendaklah diambil dari harta peninggalannya untuk dilakukan upah haji bagi pihak simati. -Barang-barang perhiasan emas yang harus tidak dikenakan zakat -Emas yang tidak termasuk dalam pakaian perhiasan wanita yang harus dikenakan zakat 1/40 atau 2.5% jika mencukupi nisob (85 gram) dan mencukupi haul(setahun) dalam miliknya. -Jika dia memilikinya belum cukup setahun tidak wajib zakat, daripada hari kematiannya bermulalah haul yang baru dan hanya wajib zakat setahun kemudian jika belum dibahagikan selepas setahun.

Quote

pakupayung wrote: Soalan 2 Dengan mengambil contoh jumlah pusaka adalah sebanyak RM20000, bolehkan ustaz tunjuk kan cara pengiraan dibuat untuk semua waris-waris yang berhak? Apakah perbezaan pengiraan selapis dengan pengiraan berlapis dan dalam hal ini, yang mana satu harus digunakan?
Suami dapat 1/4 (RM 5 ribu) 2 orang anak perempuan dapat 2/3 (RM 13,333) Bakinya (1667) diserahkan kepada saudara-saudari seibu-sebapa yakni dibahagi 15 bahagian saudara perempuan ambil satu bahagian (RM 111) dan saudara lelaki setiap seorang mengambil 2 hahagian (RM222) Saudara perempuan sebapa tidak mendapat apa-apa kerana telah terdinding oleh sebab kewujudan saudara seibu dan sebapa

Quote

pakupayung wrote: Soalan 3 Adakah hutang orang kepada arwah dianggap juga sebagai pusaka?
Ya, itu juga pusaka
0

#3 User is offline   Budak Anggur 

  • Group: Members
  • Posts: 1,768
  • Joined: 21-October 08

Posted 29 August 2009 - 06:15 PM

Assalamualaikum ustaz~ kalau hutang tu nak bagi macam mana? Ikut sistem faraidh ni jugak keww? hoho~memang sengsara la anak lelaki~
0

#4 User is offline   xpendakyah 

  • Group: Members
  • Posts: 999
  • Joined: 04-May 09

Posted 29 August 2009 - 06:43 PM

Quote

Budak Top1 wrote: kalau hutang tu nak bagi macam mana? Ikut sistem faraidh ni jugak keww? hoho~memang sengsara la anak lelaki~
segala 'perkara berbangkit' berkenaan tuntutan harta pusaka tersebut perlu diuruskan terlebih dahulu. sebagai contoh, hutang piutang perlu dilangsaikan terlebih dahulu, kemudian wasiat, kemudian barulah baki harta tersebut dibahagi-bahagikan kepada waris yang layak mengikut sistem faraid.
0

#5 User is offline   Budak Anggur 

  • Group: Members
  • Posts: 1,768
  • Joined: 21-October 08

Posted 29 August 2009 - 08:30 PM

Owh begitu~thanx bro pendakyah~ Lupo pulak dah~~hak2 harta tuh~ 1-Urus pengkebumian 2- Baru bayar utang 3-Baru urus wasiat 4-baru bagi harta~last thing p/s = kalau ustazah faraidh tawu saya tak ingat~habis la nanti diganyang~huehuehue
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic