Komuniti iluvislam.com : Hukum Makan Makanan Dibuat Oleh Non Muslim - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Hukum Makan Makanan Dibuat Oleh Non Muslim

#1 User is offline   nurMu_indah 

  • Group: Members
  • Posts: 77
  • Joined: 19-August 09

Posted 29 August 2009 - 07:10 PM

salam.. ana ingin menanyakan pasal hukum kalau kita sebagai umat Islam makan makanan yang di buat / di masak oleh org kafir?? hukum nye apa ?? hukum nya Haram kan ? tapi kan ana lihat sahabat sahbiah ana yg bolh di kira tahu serba sedikit ttg agama , diorg ttp jer makan mkanan tersebut... ana x berani nak tegur sbb diorg ni senior ana

Quote

salam, thread moved and edited~ thuaibah

0

#2 User is offline   ReNeGaDeRz 

  • Group: Members
  • Posts: 286
  • Joined: 04-July 09

Posted 29 August 2009 - 09:22 PM

yang menjadikan ia haram adalah makanan itu yg sememangnye tak bole di makan oleh orang islam dan proses pembuatan yg meragukan...bukannye haram sebab non muslim yang masak...kalau makanan itu pada asasnye halal, proses pembuatannye bersih dan tidak syubhah still halal....walaupun mungkin ade orang islam masak daging yang tak disembelih...still haram... yang penting kita mesti yakin dengan makanan kita walaupun sape yang masak
0

#3 User is offline   nurMu_indah 

  • Group: Members
  • Posts: 77
  • Joined: 19-August 09

Posted 29 August 2009 - 09:50 PM

sy ada dgr kisah ttg kenyataan nabi musa yg mengatakan setitis air hujan yg jatuh dr bumbung rumah or yg x solat adalah lbih hina dr air kencing hitam milik seekor anjing.... hinanye org yg tidak solat sehingga diberi perumpamaan yg mcm ni...apatah lg org bukan islam atu lbih tepat kafir.... kte fikirkan balik jka org yg sebegini( kafir/tidak solat ) menyediakan makanan dr air basuhan tangan nye...??? igtlah semua, penting bg kte semua khusus nye sbg umat islam untuk mnjg pemakanan kte...pastikan halal.... segala apa yg kte makan akan diproses sehingga menjadi darah dan terus masuk ke hati.... hati yg bersih mudah dididik dan senang nak solat dan beramal soleh. Jagalah makan kita, janganlah makan dikedai orang yang tak solat....apatah lg bukan islam/kafir.....
0

#4 User is offline   anak tok guru 

  • ATG
  • Group: Members
  • Posts: 1,570
  • Joined: 15-March 08
  • LocationKL

Posted 30 August 2009 - 12:53 AM

hukumnya haram.. x boleh buat main2 pasal makan2 ni nanti gelap pula hati kita.. mencari yang halal itu ialah fardhu bagi setiap muslim.. makan daging yang disembelih ahli kitab ni haruskan?
0

#5 User is offline   Leokidx 

  • Ailurophile
  • Group: Members
  • Posts: 2,695
  • Joined: 12-June 07
  • LocationNizhniy Novgorod

Posted 30 August 2009 - 01:16 AM

Halal @ Haram? Segala yang ada di atas muka bumi adalah halal kecuali ada dalil (sebab) yang mengharamkannya. Dari apa yang saya belajar, halal@haram sesuatu makanan bukan terletak pada siapa yang memasaknya, memberinya atau memakannya. Tetapi halal/haram sesuatu makanan terletak pada 1. Sumbernya - bukan dicuri, rasuah, riba, judi dsb. 2. Bahannya - Semua benda yg boleh dimakan di atas muka bumi ini adalah halal kecuali yang dinyatakan keharamannya oleh quran/hadis atau yg membawa mudarat Jadi, untuk dikaitkan dengan makanan masakan orang kafir, atau makanan pemberian orang kafir, perlulah dilihat kepada kedua2 kriteria di atas. Kalau kita yakin kedua2nya, maka boleh lah makan. Kalau ragu kedua2 atau salah satunya, maka jatuh syubhah atau mungkin juga haram terus. Sembelihan ahli kitab, bab lain. Panjang lagi perbahasannya. Adapun tentulah, memilih yg muslim adalah lebih baik. Jika kita berniat memilih untuk membeli makanan muslim atas dasar menjaga perniagaannya, sekaligus menjaga halal makanan kita, inshaAllah ada ganjaran/pahala dari niat dan ikhtiar kita tersebut. Apa2pun tunggu pendapat yg tepat dari moderator. Wallahua'lam.
0

#6 User is offline   penyair addin 

  • Group: Members
  • Posts: 962
  • Joined: 23-June 09

Posted 30 August 2009 - 01:16 AM

bleh kongsi sket bukan setakat makan saja..bahkan minum..pun kena ambil tahu juga..sebagai contoh jika kita di ajak rakan non muslim minum di sebuah kedai non muslim..apa yang akan anda pesan tentu yang bleh di minum..mcm milo,teh tarik.. tapi kdg2 terfikirkah kita gelas2 yang digunakan pernah di gunakan untuk minum arak...jadi nak mengelak sebarang keraguan order sajalah air tin seperti soya,milo...dan sebagainya janji halal..
0

#7 User is offline   nurMu_indah 

  • Group: Members
  • Posts: 77
  • Joined: 19-August 09

Posted 30 August 2009 - 09:39 AM

hukumnya haram .. sudah tentu kerana dia bukanlah orang Islam dan bila bukan islam,maka sudah tentu solat bukanlanlah amalannya dan sudah tentu dia tidak tahu kebersihan seperti mana yang di landaskan Islam..... ada yg berkata sebalik nya...
0

#8 User is offline   raf_03 

  • Group: Members
  • Posts: 1,992
  • Joined: 02-July 09

Posted 30 August 2009 - 09:53 AM

Quote

adek_islam wrote: hukumnya haram .. sudah tentu kerana dia bukanlah orang Islam dan bila bukan islam,maka sudah tentu solat bukanlanlah amalannya dan sudah tentu dia tidak tahu kebersihan seperti mana yang di landaskan Islam..... ada yg berkata sebalik nya...
Alamak habis tu eskem2, biskut2 yang populer tu kbykkan dibuat oleh non-muslim... byk gak makanan2 lain lagi yg dibuat oleh non-muslim tapi tetap dapat sijil halal oleh kementerian sebab diorang dianggap telah mematuhi garis-garis panduan yang telah ditetapkan... haram bukan terletak pada siapa yg membuatnya... tapi ia haram bergantung pada bahan2 yang dibuatnya, cara2 penyediaannya, dan sbg.. p/s ---> janganlah menetapkan hukum berdasarkan penafsiran/pemahaman sendiri..
0

#9 User is offline   nurMu_indah 

  • Group: Members
  • Posts: 77
  • Joined: 19-August 09

Posted 30 August 2009 - 10:03 AM

bkn ana yg buat kefahaman sdiri / tafsiran sdri tp ramai yg ana tnya di luar sana hukumnya haram ana pun sudah jadi confuse... hrp2 ada lah yg dpt mmperbtulkan keadaan ini... Wallahu`alam..
0

#10 User is offline   raf_03 

  • Group: Members
  • Posts: 1,992
  • Joined: 02-July 09

Posted 30 August 2009 - 10:11 AM

Quote

adek_islam wrote: bkn ana yg buat kefahaman sdiri / tafsiran sdri tp ramai yg ana tnya di luar sana hukumnya haram ana pun sudah jadi confuse... hrp2 ada lah yg dpt mmperbtulkan keadaan ini... Wallahu`alam..
kalau macam tu kenapa saudari berani mengatakan 'haram'? sebenarnya saudari ingin menyatakan pendirian saudari ataupun kata2 ramai org diluar sana yang saudari katakan tu? which one? yang tu saudri perlu clearkan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan berkenaan dengan sesuatu pendirian/pemahaman. Simple. sebenarnya saudari tanya pada siapa akan hal ni? ramai yang kata hukumnya haram? siapa yang kata macam tu? jangan pula saudari membuat kesimpulan jika ramai orang sependapat mengatakan sesuatu hukum itu, itu adalah yang sebenarnya. kaji dulu, cari maklumat dulu, tanya orang yang lebih arif... sebelum saudari sendiri berani membuat kenyataan didalam web ni iaitu 'haram'.... saudari tak perlu jadi konfius dengan hal macam ni. Jangan mudah pemikiran dipengaruhi sesiapa pun walau ia datang dari mulut ramai orang... Kalau ada apa2 yang tak faham terus rujuk pada yg lebih arif... wallahualam...
0

#11 User is offline   normyislam 

  • Group: Members
  • Posts: 70
  • Joined: 03-May 09

Posted 30 August 2009 - 10:11 AM

Quote

adek_islam wrote: hukumnya haram .. sudah tentu kerana dia bukanlah orang Islam dan bila bukan islam,maka sudah tentu solat bukanlanlah amalannya dan sudah tentu dia tidak tahu kebersihan seperti mana yang di landaskan Islam..... ada yg berkata sebalik nya...
aduss.. jatuh hukum. Gentar saya membacanya.

Quote

sudah tentu solat bukanlanlah amalannya
solat tak solat tak jadi hal bab haram ni.. kebersihan pun ada sudut2nya. Berbalik pada punca yang asal lah.. sumber dan bahan yang digunakan. Macam bab kebersihan tadi, bila dikatakan kotor umpamanya bila waktu pemprosesan tu dah tercemar dengan bahan haram, jadi makanan mengandungi benda haram.. so tak halal. (contohnya) wallahualam..
0

#12 User is offline   minato 

  • Group: Members
  • Posts: 427
  • Joined: 04-July 09

Posted 30 August 2009 - 10:22 AM

Bismillahirrahmanirrahim saya dapat pendapat ini daripada seorang ustaz : makanan yg dimasak oleh orang bukan Islam kiranya dibuat oleh mesin mengikut cara2 islam yg betul , sembelihan oleh orang2 Islam ,bahan masakan dll boleh saja dimakan. akan tetapi sekiranya dimasak menggunakan tangan seperti mee, kuewteow, dll tidak boleh dimakan sebab di sini terdapat banyak keraguan , adakah tangannya bersih(menjaga kebersihan), adakah sumber makanan itu datang dari yg halal, cara sembelihan, cara masakan , bahan masakan dan lain2 lagi. sedangkan bekas makanan yg dimakan oleh orang bukan Islam pun perlu dicuci dahulu apatah lagi masakan yg dimasak olehnya.(sila rujuk hadis yg berkenaan) jika mahu selamat tubuh badan daripada makanan2 haram jauhkanlah diri daripada perkara2 syubhah .*yes* wassalam.
0

#13 User is offline   nurMu_indah 

  • Group: Members
  • Posts: 77
  • Joined: 19-August 09

Posted 30 August 2009 - 10:28 AM

ana setuju dgn pendpt ustaz saudara pelayar... *yes*
0

#14 User is offline   star_sts 

  • Group: Members
  • Posts: 207
  • Joined: 30-June 08

Posted 30 August 2009 - 10:37 AM

wah, mcm2 pndpat nmpknya..
0

#15 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 01 September 2009 - 03:02 PM

Quote

adek_islam wrote: salam.. ana ingin menanyakan pasal hukum kalau kita sebagai umat Islam makan makanan yang di buat / di masak oleh org kafir?? hukum nye apa ?? hukum nya Haram kan ? tapi kan ana lihat sahabat sahbiah ana yg bolh di kira tahu serba sedikit ttg agama , diorg ttp jer makan mkanan tersebut... ana x berani nak tegur sbb diorg ni senior ana
Assalamualaikum Warahmatullah. Sepertimana yang telah diperkatakan oleh sahabat-sahabat sekalian, pada asasnya tukang masak bukanlah penentu samada halal atau haram sesuatu makanan yang dimasak itu. Tiada masalah tukang masak itu cina atau hindu dll. Namun langkah berhati-hati (meninggalkan tukang masak bukan Islam dan mencari tukang masak Islam) adalah lebih baik ketika berhadapan dengan keadaan ini. Di luar sana masih terdapat banyak kedai-kedai yang di masak oleh orang Islam. Adapun jika orang bukan Islam membuat makanan, sila pastikan segala yang dibuat itu memenuhi ketetapan yang digariskan oleh Islam sebelum kita mengambil atau menggunakannya. Wallahualam.
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic