Komuniti iluvislam.com : Perang Semasa Zaman Rasulullah S.A.W - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Perang Semasa Zaman Rasulullah S.A.W

#1 User is offline   Haura Munawwarah 

  • Bidadari Syurga
  • Group: Members
  • Posts: 2,383
  • Joined: 06-September 08

Posted 31 August 2009 - 07:08 PM

Assalamu'alaikum. Jom semua forumer. Bincang tentang perang yang terjadi pada zaman dahulukala Untuk jadikan pedoman kepada kita pada hari nie. Kalau mod rasa thread nie macam takde faedah pun, Bolehlah delete. :) :) Selamat Berforum.. Nyatakan sebanyak mungkin perang yang anda tahu pada zaman Rasulullah dan ceritakan sedikit sebanyak tentang perang pada zaman itu :) Sekian, wassalam.
0

#2 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 02 September 2009 - 02:33 PM

Perang semasa Rasulullah masih hidup? Perang Badar al-Kubra Perang Uhud Perang Khandaq Perang Hunain Perang Mu'tah Nak cerita serba ringkas? Kejap... Kalau aku dah jumpa Jihad Qital Nabi terbitan Pustaka Suhada, akan aku kongsikannya di sini.. p/s: Sebenarnya aku rasa banyak lagi tetapi kekurangan fakta lantaran kepala hotak penuh dgn keja-keja yg menimbun
0

#3 User is offline   left_handed 

  • Group: Members
  • Posts: 101
  • Joined: 13-October 08

Posted 01 January 2010 - 08:12 AM

*assalamualaikum perang khandisiah... perang ain jalut... pmbukaan parsi... pembukaan rom... pmbukaan constantinople... pembebasan palestine oleh sdna umar... pmbebasan palestine oleh sultan salahuddin.... sbnrnye sy list ni sbb nk bg sape2 y lebih tau pjalanan perang ni bcerita je.... hehehe..... nti blh la tumpang bc.hohoho*grin*
0

#4 User is offline   Geekspro 

  • Azkal Azkia
  • Group: Members
  • Posts: 1,076
  • Joined: 04-October 08
  • LocationSemporna

Posted 01 January 2010 - 08:17 AM

Terdapat dua jenis perang yang dilancarkan oleh Rasulullah : 1. Ghazwah => Disertai oleh baginda Nabi s.a.w 2. Sariyyah => Tidak disertai oleh Nabi & Baginda melantik seorang Amir mengetuainya..
0

#5 User is offline   Haura Munawwarah 

  • Bidadari Syurga
  • Group: Members
  • Posts: 2,383
  • Joined: 06-September 08

Posted 02 January 2010 - 05:02 PM

Inche Yusha : tak semestinya semasa Rasulullah masih hidup, selepasnya pun boleh. Tak tahu nak cakap zaman apa. left handed : pun boleh, saya pun menanti sesiapa yang sudi bercerita dengan fakta yang jelas. geekspro : terima kasih atas ilmu baru .
0

#6 User is offline   lebah87 

  • What the mind can conceive, it can achieve.
  • Group: Members
  • Posts: 3,016
  • Joined: 26-January 08

Posted 02 January 2010 - 05:39 PM

Perang Tabuk merupakan salah satu peristiwa peperangan dalam Islam. - Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. - Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 630 M). - Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh dan menyukarkan. - Peperangan ini berlaku antara tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah saw dengan tentera kerajaan Rom. - Empayar Rom pada ketika itu merupakan sebuah kerajaan yang besar dan kuat dan selalu mencapai kemenangan apabila berperang. Akibat kekuatan tentera Rom yang semakin kuat dan gagah, Maharaja Rom ketika itu berasa mereka perlu mengembangkan pengaruhya sehingga ke negeri-negeri Arab. Disamping itu mereka mendapat khabar bahawa sebuah kerajaan baru yang digelar Islam sedang mula meluaskan sayapnya di seluruh tanah Arab. Lalu Maharaja Rom berhasrat besar untuk menyerang wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Muhammad ketika itu. Rasulullah telah mendapat berita berkenaan keinginan Maharaja Rom itu. Kaum Islam ketika itu tidak berhasrat sama sekali untuk mengadakan pertempuran dengan kerajaan Rom kerana mereka berhasrat untuk meneruskan kehidupan harmoni dan tenteram di bawah pemerintahan Rasulullah. Walau bagaimanapun kaum Muslimin perlulah bersiap sedia dalam menghadapi apa-apa propaganda dari musuh Islam. - Akhirnya mereka bersedia tentangan musuh di suatu kawasan padang pasir yang bernama Tabuk. Melalui permulaan peristiwa peperangan itu Allah telah menurunkan firmannya yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman,perangilah orang-orang kafir yang disekitar kamu itu,dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripada kamu,dan ketahuilah bahawasanya Allah (Tuhan) beserta orang-orang yang bertaqwa." (Surah At-Taubah ayat:123) - Kaum Islam telah bersiap sedia dengan 30,000 bala tentera termasuk 10,000 dari angkatan berkuda. Pasukan besar ini telah dipimpin oleh Rasulullah sendiri. Dikhabarkan tentera Rom pula telah dipimpin oleh Panglima Satria Hercules. - Dalam perjalanan menuju ke Tabuk, orang Islam telah diuji oleh Allah dengan kekurangan air dan cuaca yang terlalu panas. Tentera Islam mengadukan hal ini kepada Muhammad Rasulullah, lalu sejurus itu Rasulullah berdoa kepada Allah. Lalu Allah memakbulkan permintaan Rasulnya dengan menurunkan hujan yang lebat sehinggakan orang Islam dapat minum dan mandi dengan sepuas-puasnya. - Apabila angkatan tentera Islam di Tabuk, Rasulullah bersama angkatan tetera Islam telah mengadakan 'perjanjian perdamaian' dengan penduduk di sekitar Tabuk, Rasulullah memberi jaminan keamanan kepada penduduk Tabuk, selagi mereka tidak menyebelahi musuh Islam dan memerangi dan berbuat jahat terhadap Islam. Setelah itu seorang penguasa Ilah (sebuah kawasan berdekatan Tabuk) yang bernama Yuhana bin Ru'bah datang meminta perdamaian bersama Rasulullah. Beliau sanggup membayar jizyah. Kesanggupan menerima keselamatan dan bersedia membayar jizyah juga diterima baik oleh penduduk Jarba dan Azruh. Rasulullah juga turut menghantar surat tawaran tersebut kepada setiap kawasan di sekitar Tabuk. - Tujuan Rasulullah berbuat demikian bukan untuk memonopoli kekayaan penduduk Tabuk atau membuat kejahatan kepada mereka. Tetapi Rasulullah berbuat demikian untuk menguatkan benteng perpaduan dan pertahanan Islam, di samping menyampaikan dakwah Islamiyah serta menyekat pergerakan musuh supaya tidak menggunakan sempadan Syam sebagai pangkalan perang. Akhirnya semua kabilah Arab di Tabuk menerima tawaran Rasul itu dengan tangan terbuka. - Hasilnya kekuatan tentera Islam di Tabuk semakin utuh dan kental. Rasulullah berjaya menyekat kemaraan tentera Rom di bawah pimpinan Panglima Satria Hercules, hal ini disebabkan beberapa faktor yang besar antaranya: ·Benteng wilayah Tabuk yang semakin kebal akibat kekuatan pihak Islam ·Tentera Islam berperang atas jalan Allah dan bukan semata-mata menguatkan pengaruh dan meluaskan kuasa ·Bantuan tentera Allah melalui pengutusan Malaikat. Dikatakan semasa angkatan Rom ingin memasuki wilayah Tabuk. Mereka telah digentarkan oleh Malaikat {dianggarkan sebanyak 100,000 malaikat} yang menyamar sebagai panglima-panglima tentera Islam yang berpakaian serba putih, berbadan besar, sasa dan tegap disamping mempunyai sut serta alatan tempur yang lengkap seperti angkatan berkuda dan memanah. Hal tersebut segera mematahkan perasan tentera Rom untuk memerangi Islam. Ini membuatkan pihak Islam menang besar tanpa menerima tertumpahan darah sedikit pun. Lihat: PERANG TABUK
0

#7 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 02 January 2010 - 09:43 PM

Quote

- Hasilnya kekuatan tentera Islam di Tabuk semakin utuh dan kental. Rasulullah berjaya menyekat kemaraan tentera Rom di bawah pimpinan Panglima Satria Hercules, hal ini disebabkan beberapa faktor yang besar antaranya:
lebah.. Izinkan aku utk menyatakan pendapat peribadi aku berdasarkan pembacaan aku. Apakah benar Heraclius memimpin pasukannya untuk menentang baginda Rasulullah S.A.W? Sepanjang pembacaan aku, Heraclius sudah agak tua dan letih utk melibatkan diri di dalam pertempuran lantaran dia sudah banyak memimpin ekspidisi menentang empayar Parsi Sassanid. Selepas kemenangan ke atas empayar Parsi Sassanid di dalam Perang Nineveh dan ketidakterlibatan beliau di dalam peperangan menahan asakan tentera Islam Arab, Kaisar Rom Heraclius hanya duduk di istana dan menyerahkan tugas memimpin angkatan tentera kepada para panglimanya.

Quote

Inche Yusha : tak semestinya semasa Rasulullah masih hidup, selepasnya pun boleh. Tak tahu nak cakap zaman apa.
Oh! Gitu. Sebab tajuk Perang Semasa Zaman Rasulullah S.A.W. Kalau selepasnya memang agak banyak. Dan terdapat banyak peristiwa menarik sepanjang peperangan itu. Antaranya, (aku tulis yang menimbulkan kesan yang besar terhadap sejarah dan keadaan sosio budaya ketika itu) Peperangan Yamamah (Menentang Musailamah al-Kazzab daripada Bani Hanifah) Peperangan Yarmouk (Menentang empayar Rom Byzantine) Peperangan Qadisiyyah (Menentang empayar Parsi Sassanid)
0

#8 User is offline   lebah87 

  • What the mind can conceive, it can achieve.
  • Group: Members
  • Posts: 3,016
  • Joined: 26-January 08

Posted 02 January 2010 - 09:52 PM

thekatyusha, kamu boleh refer link yang saya ajukan di atas.
0

#9 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 02 January 2010 - 09:54 PM

Quote

lebah87 wrote: thekatyusha, kamu boleh refer link yang saya ajukan di atas.
benar bro.. DAku telah melihatnya, cuma macam ada kekeliruan sket kerana Heraclius adalah Kaisar Rom (Maharaja Rom). TApi takpelah. Abaikan je.. BTW, thanx for the sharing information lebah. Sangat berharga. TEringat satu kisah di mana Khalid al-Walid menantikan kedatangan Abu Ubaidah al-Jarrah utk proses penyerahan tanda Ketua Panglima dalam ekspedisi menentang Rom Byzantine. Apabila telah tiba Abu Ubaidah, maka berkatalah Khalid al-Walid kepada Abu Ubaidah:- "Demi Allah, kalau bukan kerana mematuhi arahan khalifah, aku tidak mahu menerima tanda Ketua Panglima daripada kamu. Aku hanyalah seorang sahabat, tetapi kamu adalah berbeza. Kamulah yang baginda gelar 'Pemegang Amanah Ummah'"
0

#10 User is offline   boiengs 

  • Group: Members
  • Posts: 1
  • Joined: 02-January 10

Posted 03 January 2010 - 10:15 PM

hebat sungguh strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w d dalam perang tabuk :D
0

#11 User is offline   xpendakyah 

  • Group: Members
  • Posts: 999
  • Joined: 04-May 09

Posted 04 January 2010 - 03:18 PM

Jumlah ghazwah (perang) yang dipimpin terus oleh RSAW = 27 Daripada jumlah itu, ghazwah yang berlaku pertempuran= sembilan: 1. Badar 2. Uhud 3. Khandaq 4. Quraidhah 5. Al-Mushtaliq 6. Khaibar 7. Penaklukan Mekah 8. Hunain 9. Taif Sariyah (misi perang) yang dikirim RSAW= 38, dengan misi terakhir yang dikirim Baginda SAW ialah misi pengiriman Usamah bin Zaid ke Palestin (ini adalah antara salah satu wasiat Baginda SAW) Sumber: Sirah Nabawiyah Li Ibnu Hisyam 'versi' bahasa Melayu p/s: Pada zaman RSAW, Rom telah berada dalam zaman kemerosotan.
0

#12 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 04 January 2010 - 03:28 PM

salah satu perang yang terhebat sehingga tercetusnya idea pengumpulan ayat-ayat al-Quran adalah Perang Yamamah. Perang Yamamah merupakan peperangan di antara umat Islam pimpinan Khalifah Rasulullah, Abu Bakar as-Siddiq menentang kaum Bani Hanifah pimpinan Musailamah al-Kazzab. Kaum Muslimin diasak hebat oleh kaum Bani Hanifah yang murtad kerana Bani Hanifah adalah kaum yang merekacipta pedang dan senjata serta bertindak sebagai pembekal senjata kepada umat Islam semasa zaman Rasulullah S.A.W. Pendek kata, teknologi persenjataan di sekitar Semenanjung Arab ketika itu dikuasai oleh Bani Hanifah.

Quote

Pada zaman RSAW, Rom telah berada dalam zaman kemerosotan.
benar bro. Aku setuju dgn kenyataan tersebut..
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic