Komuniti iluvislam.com : Adab Melayan Tetamu : Kongsi Pengalaman Anda - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Adab Melayan Tetamu : Kongsi Pengalaman Anda

#1 User is offline   raf_03 

  • Group: Members
  • Posts: 1,992
  • Joined: 02-July 09

Posted 27 September 2009 - 10:21 AM

*bismillah Skil Melayan Tetamu Amalan menghormati tetamu amat dititikberatkan dalam Islam dan budaya/adat orang Melayu itu sendiri.. malah bukan saja bangsa kita, tapi semua bangsa didunia ni pasti menitikberatkan dalam bab menghormati tetamu mereka. Cuma mungkin 'cara melayan tetamu' disetiap bangsa, suku, puak, agama dan negara didunia ni adalah berbeza-beza mengikut kesesuaian masing-masing. Eh rupanya masa zaman jahiliah dulu pun difahamkan walaupun mereka ni jahil dan teruk dalam akhlaknya tapi bila bab tetamu datang ke rumah, mereka pasti akan melayan dgn sebaik mungkin. ok. berbalik pada tajuk Bagaimanakah cara pembawakan diri, cara melayan, cara bersembang yg baik dan sbg apabila tetamu datang kerumah? sapa ada pengalaman, tips atau apa saja yg menarik dan boleh memberi input berguna silalah tekan Post Reply dan tulislah apa yg patut... marilah sama-sama kita pertingkatkan skil dalam melayan tetamu agar seterusnya dapat mempertingkatkan ukhwah sesama insan~ mcm saya, sejujurnya saya kurang pandai dlm bab ni. tapi pasti akan sentisa cuba utk perbaiki setiap kelemahan ni.. InsyaAllah ^_^ tq! p/s ----> masih relevankah ayat 'buatlah mcm rumah sendiri' diguna pakai dalam skil melayan tetamu? ehe~
0

#2 User is offline   musafir ilmu 

  • Group: Members
  • Posts: 144
  • Joined: 29-July 09

Posted 01 January 2010 - 11:45 AM

Sesiapa pun tetamu kita, hitamkah, putih, cantik atau tidak. Kita memang wajib melayan tetamu kita dengan wajah yang manis dan perbualan yang ramah tamah. Kecualilah tetamu kita itu perompak atau pencuri, memang wajib dinyah dari rumah kita dan dipanggil polis untuk menangkapnyakan..hehee.. Ada seorang ustaz pernah berkata. Tetamu adalah pembawa rezeki, orang yang tidak meriakan tetamu akan ditutup pintu rezekinya. Maksud tetamu: Orang yang berkunjung atau menziarahi orang lain sama ada dijemput atau tidak dijemput Konsep melayan tetamu: Menerima dan melayan tetamu merupakan sikap dan amalan yang amat digalakkan. Keimanan dan kemuliaan seseorang dapat dilihat melalui cara menerima dan melayan tetamu. Maksud Sabda Rasulullah saw; - Tempoh layanan sebagai tetamu hendaklah dalm masa 3 hari - Layanan istimewa selama sehari semalam mengikut kemampuantuan rumah - Pada hari kedua dan ketiga layanan yang diberi sama seperti yang diberikan kepada keluarga sendiri dan ianya dianggap sebagai sedekah BAGAIMANA KITA HARUS MELAYAN TETAMU Memberikan layanan yang baik: Menyambut tetamu dimuka pintu/di halaman rumah, janganlah apabila tetamu datang muka kita masam mencuka seolah-olah menunjukan kita memang tidak suka akan kehadirannya. Menjawab salam dan berjabat tangan dengan mesra, janganlah menjabat tangan hanya dihujung jari sahaja. Mempersilakan tetamu masuk dengan mesra, lebar-lebarkan senyuman tersebut. Bukan rugipun senyumkan. Orang kalau tidak cantik sekalipun, kalau selalu tersenyum pasti wajahnya akan berseri. Sediakan tempat duduk yang selesa dan bersih Bersifat ikhlas dan berlapang dada: Gembira dan berlapang dada atas kedatangan tetamu, ramai dikalangan kita berasa terganggu dengan kedatang tetamu. Kenapa kita harus bersikap begini? Sesungguhnya kita harus bersyukur kerana masih ada orang yang sudi datang menziarahi ke rumah kita. Menunjukkan muka yang manis Sentiasa tersenyum dgn muka yang manis. Aduh saya pernah melihat orang bermasam muka apabila tetamu datang, bahkan menghempaskan pintu. Kenapa perlu begitu? Berbual bertanya khabar sama tentang diri atau keluarga, pernahkah anda melihat tetamu terkial-kial seorag diri tetapi tuan rumah duduk di dalam bilik. Ini benar-benar biadap. Kalau anda jadi tetamu apa perasaan anda? Jaga tutur kata supaya tidak mengikut perasaan Menyediakan jamuan mengikut kemampuan Makanan yg terbaik mengikut kemmapuan Menjemput tetamu makan Makan bersama-sama tetamu Menghulurkan makanan kepada tetamu Jangan mengemas hidangan sebelum tetamu selesai makan Menyediakan kemudahan yang baik kepada tetamu Layanan yang baik sebagai tetamu Keperluan tandas dan bilik air yang bersih Memberi keselisaan seperti kipas angin/bilik tempat berehat apabila tetamu ingin berehat Jika tetamu membawa hadiah untuk kita, perlulah kita menerima dengan kedua-dua tangan, sambil mengucapkan terima kasih serta berwajah manis supaya dapat menyenangkan hati tetamu kita. Kebaikan meraikan tetamu. 1. Murah rezeki, mendapat rahmat dan berkat drpd Allah swt 2. Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah yang dikunungi 3. Mendapat ganjaran pahala dan keampunan Allah swt 4. Menarik perhatian orang bukan Islam terhadap keindahan Islam yep2.. buat la macam rumah sendiri ttp seorang tetamu itu sendiri harus berfikir frasa 'rumah sendiri' itu. itu still rumqh orang lain.. huhuu~~ ^_^
0

#3 User is offline   raf_03 

  • Group: Members
  • Posts: 1,992
  • Joined: 02-July 09

Posted 01 January 2010 - 12:19 PM

fuh.. adik musafir ilmu dh tulis macam dalam karangan bm utk spm.. hehe terima kasih menjadi 'tetamu' pertama untuk thread ini. Kunjungan saudari amat dihargai.. 1stly, cantik sungguh apa yg diperkatakan olehnya tu. Betul, setiap aspek kita kena jaga betul-betul dalam menghormati tetamu kita, tidak kira siapa pun dia kecuali penyamun ke perompak ke... hehe spt kata saudari musafir ilmu tu. erm, harap tulisannya bermanfaat utk semua. Namun, lebih dialu2kan utk memberikan pengalaman anda sendiri dalam bab melayan tetamu. Maybe ada yg lebih menarik. Skil tersendiri dalam melayan tetamu - kongsikan pengalaman anda.. erm, nk bebel sikit ni. haha. err kalau tetamu tu kawan mak kita ke, sbg anak, janganlah wt dek je bila tetamu tu datang rumah. sekurang2nya kalau dh tertunjuk muka tu senyumlah sikit, atau kalau sama2 pompuan, n sesama lelaki hulurkanlah tangan utk bersalaman. Janganlah saje je lalu n wt bodo je.. perkara simple, tapi besar maknanya..
0

#4 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 01 January 2010 - 04:31 PM

bro raf... Aku sebenarnya nak ulas, tapi semuanya dah diterangkan oleh musafir ilmu. Mantap perkara yang dikongsikan. Great! So, aku nak buat tambahan, pakaian juga perlu dititik beratkan dalam menyambut tetamu rumah. Kena lihat waktu siang atau malam. Pemakaian perlu disesuaikan pada kedua waktu tersebut, agar ianya mampu memberi imej yang baik kepada kita sebagai tuan rumah.

Quote

masih relevankah ayat 'buatlah mcm rumah sendiri' diguna pakai dalam skil melayan tetamu? ehe~
Kalau ko tanya aku, aku dah tak guna ayat tu semenjak masuk alaf baru. Aku hanya cakap "Jemputlah masuk"
0

#5 User is offline   _epalhijau_ 

  • Group: Members
  • Posts: 1,640
  • Joined: 28-April 08

Posted 01 January 2010 - 06:27 PM

oo kena ada skill ke? Haha, baru tahu..ngee~ Biasanya saya akan duk bahagian dapur je bila ada tetamu, @ pun lepas buat air panggil mak hidangkan saya cabut masuk bilik. ahaks~
0

#6 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 01 January 2010 - 06:28 PM

Quote

Biasanya saya akan duk bahagian dapur je bila ada tetamu, @ pun lepas buat air panggil mak hidangkan saya cabut masuk bilik. ahaks~
sis epal.. Itu macam tetamu nak merisik jek bila ko masuk dapur? p/s: Ko dah 'dekat' dah ke?
0

#7 User is offline   _epalhijau_ 

  • Group: Members
  • Posts: 1,640
  • Joined: 28-April 08

Posted 01 January 2010 - 06:35 PM

thekatyusha wrote:

Quote

sis epal.. Itu macam tetamu nak merisik jek bila ko masuk dapur? p/s: Ko dah 'dekat' dah ke?
hah? dekat? dekat apa? Hihi, itu adalah salah satu skill jgk tu bro, tak suka campur urusan org tua nanti kena sepak laju-laju
0

#8 User is offline   raf_03 

  • Group: Members
  • Posts: 1,992
  • Joined: 02-July 09

Posted 01 January 2010 - 06:39 PM

kak epal hijau, mestilah kena ade skil, bukan main bola je.. Tetamu ni ada pelbagai ragam dan jenis. contoh macam buat rumah terbuka tu, ramai org datang, n silap2 ada sorg dua kawan kita yg kita tak tego pon... so, cm ne nk jadi lebih pick up dan pantas? haha
0

#9 User is offline   lebah87 

  • What the mind can conceive, it can achieve.
  • Group: Members
  • Posts: 3,016
  • Joined: 26-January 08

Posted 10 January 2010 - 07:43 AM

Jiran depan rumah dan tepi rumah datang. (Al-maklumlah balik pun jarang-jarang). Nak tunggu diri sendiri ziarah jiran entah bila tahun. Harapkan waktu raya je. Huhu. Jadi makcik-makcik sebelah rumah selalu datang ziarah. Eheh. Ayat pertama lepas jawab salam mereka, 'Cik, masuklah rumah. (Sambil salam tetamu). Cik sihat? Cik duduklah dulu. Buat air kejap'. Memang selalunya saya akan bertapa kat dapur. Bukan tunjuk rajin tapi macam kalut. Masa ni rasa nervous yang teramat! Ada tetamu. Kekok! Tak tahu nak layan macam mana. Huhu. Yang penting buat air (selalunya air panas macam air teh), kene make sure air tu sesedap rasa (tak manis sangat, tak tawar sangat). Sambil tu, tengok ada biskut/kek/apa-apa sahaja yang boleh dimakan, letak di dalam piring yang bersesuaian. Lepas tu hidang air dan makanan tadi dengan menggunakan dulang yang bersih dan kering. Bila tetamu nak balik pun saya salam. p/s utk diri sendiri: (Kena mantapkan ilmu untuk melayan tetamu) *yes*
0

#10 User is offline   Rasailul Ashwaq 

  • Group: Members
  • Posts: 1,019
  • Joined: 03-May 08
  • LocationMalaysia

Posted 10 January 2010 - 09:55 AM

Quote

_epalhijau_ wrote: oo kena ada skill ke? Haha, baru tahu..ngee~ Biasanya saya akan duk bahagian dapur je bila ada tetamu, @ pun lepas buat air panggil mak hidangkan saya cabut masuk bilik. ahaks~
Benda yang sama berlaku kat sini... Tp saya setakat jerang air je...haha.. BTW, dulu rumah terbuka raya aidilfitri, ada la dua orang kawan lelaki saya datang... Suddenly abah duduk kat meja, saya terdiam membisu... Anak2 muda tgh bersembang. Tetiba pulak dia menyampuk.. Kwn yg seorang ni pulak yg melayan bapa saya, macam dia tuan rumahnya... Nampak je pakai seluar londeh2, tapi pandai layan org tua2.*clap*
0

#11 User is offline   hana_ilhami 

  • Group: Members
  • Posts: 1,763
  • Joined: 18-January 08

Posted 10 January 2010 - 10:17 AM

aah,kene de skill.. dulu tak berapa tau juga, tp sampailah sy pernah g bermalam kat rumah kawan.. layanan mereka kepada tetamu memang baik... sy belajar dr situ r..
0

#12 User is offline   nisa03 

  • Group: Members
  • Posts: 1
  • Joined: 07-January 10

Posted 10 January 2010 - 12:29 PM

Assalamualaikum nk tnye,cm mne nk lyn ttmu yg tdo kt umh kite sdgkn mrka x ttup aurat? cthnye,yg llki pkai seluar pndek ats lutut dan pmpn xpkai tdung.. bgaimana nk selitkn teguran dlm lynn?
0

#13 User is offline   labah2 

  • Group: Members
  • Posts: 1,043
  • Joined: 27-August 08

Posted 10 January 2010 - 12:52 PM

"Abu Bakar r.a sentiasa menyediakan baju yang cantik khas apabila tetamu beliau datang." -riyaadhus solihin- Oleh itu kalau kita bajet ada tetamu nak datang, pakai la lawa. Bukan nak pergi shopping je kita bersolek2. Btw, ana ada tetamu ni. Hampir setiap hari dia lepak rumah, sampai setiap kali datang mesti berak sekali, kalau rumah ni masak dia makan masakan rumah ni sekali. Aduh, ini dah bukan tetamu kan? Sepatutnya orang datang rumah kita jadi suka, tapi ni naik menyampah.. Camane??
0

#14 User is offline   raf_03 

  • Group: Members
  • Posts: 1,992
  • Joined: 02-July 09

Posted 10 January 2010 - 04:52 PM

eh, baru perasan tajuk dah diedit sikit.. tQ Sebelum perbincangan diteruskan dengan hanya lebih menumpukan tetamu yang diundang, sedara mara, kawan2, jom luaskan skop perbincangan ni sikit. Apa pulak ciri2 Adab/skill yang terbaik untuk melayan Salsesman? eh, salesman pun tetamu jugak kan.. *grindance*
0

#15 User is offline   lebah87 

  • What the mind can conceive, it can achieve.
  • Group: Members
  • Posts: 3,016
  • Joined: 26-January 08

Posted 10 January 2010 - 04:53 PM

Quote

raf_03 wrote: eh, baru perasan tajuk dah ditukar.. tQ Apa pulak ciri2 Adab/skill yang terbaik untuk melayan Salsesman? eh, salesman pun tetamu jugak kan..
Saya dah beli dah product yang encik jual tahun lepas *grindance*
0

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic