Kebakaran.
Suatu kemalangan yang kebanyakannya berpunca sama ada daripada kesalahan di dalam rekabentuk dan kerja-kerja pendawaian mahupun kecuaian manusia ketika membuat tugasan / kerja seharian sama ada di pejabat, kilang, bangunan tinggi mahupun di rumah.
Kebakaran bukan saja berlaku kepada premis persendirian mahupun pejabat, tetapi kejadian ini mampu berlaku kepada kenderaan yang mengalami kemalangan.
Mari kita berkongsi apa yang anda tahu tentang kebakaran serta penyebab kepada kebakaran, langkah mengatasi setelah terjadinya kebakaran dan langkah pencegahannya.

Page 1 of 1
Kebakaran: Apakah Penyebab, Tindakan Mengatasi & Langkah Pencegahannya
#2
Posted 06 October 2009 - 04:12 PM
Assalamualaikum wbt dan salam ukhwahfillah
Wah, nampak menarik dan ilmiah topik ini, bolehlah saya mencelah sekali sekala. Untuk pertama-tamanya saya nak kongsi satu perkara:
Kejuruteraan Kebakaran
Kejuruteraan Perlindungan Kebakaran (Fire Protection Engineering / FPE), turut dikenali sebagai kejuruteraan kebakaran atau kejuruteraan keselamatan kebakaran adalah aplikasi prinsip-prinsip sains dan kejuruteraan untuk melindungi orang dan persekitaran mereka daripada kesan-kesan kemusnahan oleh api dan asap.
Disiplin kejuruteraan perlindungan kebakaran termasuk, tetapi bukan eksklusif untuk:
Perlindungan kebakaran aktif - sistem-sistem pemadaman api, dan penggera kebakaran.
Perlindungan kebakaran pasif - halangan-halangan api dan asap, menjarakkan pemisahan.
Kawalan asap dan pengurusan.
Rekabentuk bangunan, susun atur, dan perancangan ruang
Program-program pencegahan kebakaran
Membakar bahan letupan dan peragaan (modelling)
Tingkah laku manusia sepanjang peristiwa-peristiwa kebakaran
Analisis risiko, termasuk faktor-faktor ekonomi
Pada praktiknya, jurutera-jurutera perlindungan kebakaran lazimnya mengenal pasti risiko-risiko dan reka bentuk keselamatan yang membantu dalam mencegah, mengawal, dan mengurangkan kesan-kesan kebakaran. Jurutera-jurutera perlindungan kebakaran membantu arkitek-arkitek dalam menilai keselamatan nyawa dalam bangunan dan matlamat perlindungan harta. FPE adalah juga diambil bekerja sebagai penyiasat-penyiasat kebakaran, termasuklah seperti kes-kes yang sangat besar seperti analisis kejatuhan World Trade Centers. NASA menggunakan khidmat jurutera-jurutera perlindungan kebakaran dalam program angkasanya untuk membantu mengelokkan lagi keselamatan.
Fire Engineering dan Fire Safety ada ditawarkan di UCLAN (University of Central Lancashire, UK)
#3
Posted 06 October 2009 - 04:19 PM
Quote
Perlindungan kebakaran aktif - sistem-sistem pemadaman api, dan penggera kebakaran.
Perlindungan kebakaran pasif - halangan-halangan api dan asap, menjarakkan pemisahan.
Kawalan asap dan pengurusan.
Rekabentuk bangunan, susun atur, dan perancangan ruang
Program-program pencegahan kebakaran
Membakar bahan letupan dan peragaan (modelling)
Tingkah laku manusia sepanjang peristiwa-peristiwa kebakaran
Analisis risiko, termasuk faktor-faktor ekonomi
#4
Posted 07 October 2009 - 12:35 AM
Rumah terbakarlah yang paling menyedihkan. Sedih kalau tengok rumah keluarga di Malaysia ini terbakar, ujian yang ada hikmahnya.*comfort*
#5
Posted 07 October 2009 - 12:41 AM
Tulah. Malam2 orang suh kencing sebelum tido taknak.
Kan dah lapa, pastuh masak megi sensorang kat dapur.
Maunye tak tbakar.
Eh. Takde kaitan kot.
Kempen dan public educational program tak bkesan la.
Komuniti taknak bagi kerjasama.
#6
Posted 09 October 2009 - 03:45 PM
kurang kesedaran kot, saya pun kurang kesedaran juga... huhu... kenapa ar? orang tak minat nak dengar... mmm...
#7
Posted 09 October 2009 - 04:05 PM
Mungkin betul ckp al-ansbakhi, kurang kesedaran. Yg diberi kesedaran pon tak nak menyedarkan diri. Kat sekolah dulu slalu wat firedrill, kat kolej pon ada buat. Bebuih mulut bomba terangkan pasal kebakaran dan cara mencegahnya. Kat tempat kerja pon, ada majikan wat latihan tu utk pekerja. Cuma kita ni ja, kdg2 wat derk ja. Kat sekolah beborak dgn kawan, kat kolej orang suh turun kat padang tgk demostrasi padam api, duk terperap dlm bilik. Penting sebenarnya latihan tu, kena pay attention. Kadang2 punca kebakaran tu patut boleh dicegah, tapi sebab panic dan kurang ilmu wat kebakaran tu merebak hingga ada yg mengorbankan nyawa.. Nauzubillah *no*
#8
Posted 10 October 2009 - 02:13 PM
kesedaran tentang bahaya api adalah faktor paling utama yang menyebabkan kepada kebakaran. api masa kecil adalah kawan tapi masa besar adalah musuh.
sikap tidak mahu mengambil tahu tentang ciri2 keselamatan yang berkaitan dengan api merupakan faktor yang menyumbang kepada kebakaran.
punca kepada kebakaran banyak, antara yang popular yng selalu kita dengar adalah litar pintas, penggunaan lilin, dan letupan gas memasak. semua ini melibatkan kecuaian dari pihak pengguna.
kenapa litar pintas berlaku? ini mungkin kerana sistem pendawaian electric tidak mengikut spesifikasi TNB. suis 'overload' , circuit breaker tidak berfungsi dengan baik, pennyambungan haram di rumah (di buat sendiri) dan etc etc
jika berlaku kebakaran, kita perlu mencari jalan keluar, telefon bomba & tunggu di tempat yang selamat. cuba kawal kebakaran dengan menggunakan lat pemadam api, tapi INGAT jangan sampai membahayakan diri sendiri.
ini petikan dari bomba , petua menyelamatkan diri dari kebakaran di rumah.
untuk keluar dr tempat yg dipenuhi asap, anda perlu mernagkak kerana kawasan bawah adalah kawasan yang bersih dr asap.
tutup lubang2 yang boleh menyebabkan asap masuk seperti, celah2 pintu dan tingkap..
jika kebakaran bermula disebabkan oleh minyak, JANGAN cuba untuk memadamkan api tersebut menggunakan air, tapi gunalah tuala /selimut/gebar basah untuk menutup api tersebut.
Quote
PETUA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA KEBAKARAN
JALAN KELUAR
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Api memang tidak mengenal darjat penghuni dan rumah kediaman mereka. Apabila berlaku kebakaran, langkah yang paling penting ialah mencari jalan keluar. Oleh itu anda mestilah mengenal pasti sekurang-kurangnya dua jalan keluar di rumah anda untuk menyelamatkan diri daripada kebakaran.
BINCANGKAN PELANG MEYELAMATKAN DIRI DENGAN KELUARGA
Anda harus mengadakan perbincangan dengan keluarga anda mengenai pelan menyelamatkan diri daripada kebakaran di rumah. Pastikan seluruh keluarga anda memahami dan mengetahui apa yang perlu dibuat jika berlaku kebakaran. Adakan latihan amali di hujung minggu atau bila ada masa lapang supaya ia sentiasa dalam ingatan ahli keluarga anda.
CUBA ELAKKAN PENGGUNAAN JERIJI
Cuba elakkan penggunaan jeriji besi pada tingkap dan pintu rumah anda. Jika anda terpaksa menggunakannya, pastikan jeriji tersebut boleh dibuka daripada dalam rumah dengan mudah.
JALAN KELUAR TIDAK DIHALANG
Pastikan semua jalan keluar di rumah anda mudah dilalui dan bebas daripada sebarang halangan.
ANAK KUNCI MUDAH DIAMBIL
Setiap ahli keluarga mestilah tahu di mana anak kunci pintu atau jeriji biasanya disimpan. Jangan mengubah tempat menyimpan anak kunci.
MEMASANG ALAT PENGESAN ASAP
Pastikan anda memasang sekurang-kurangnya satu pengesan asap di rumah untuk memberi isyarat bermulanya kebakaran.
Share this topic:
Page 1 of 1

Help










