Komuniti iluvislam.com : Penggunaan Motosikal - 4 Lejang Vs 2 Lejang - Bincangkan - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Penggunaan Motosikal - 4 Lejang Vs 2 Lejang - Bincangkan

#1 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 12 October 2009 - 12:40 PM

Sepanjang kita berada di atas jalanraya ini, pelbagai kenderaan yang telah kita lihat mahupun kita gunakan. Salah satunya adalah kenderaan yang bernama motosikal Kenderaan beroda dua ini banyak kita lihat bergerak di atas jalanraya. Maka, sepanjang pembuatan kenderaan beroda dua ini, terdapat dua jenis iaitu 1. Motosikal 2 lejang 2. Motosikal 4 lejang Sebagai penunggang motosikal, perlu juga kita lihat akan kesesuaian utk membeli sama ada motosikal berlejang dua mahupun berlejang empat Apakah kelebihannya dan apakah kekurangannya? Sejauh manakah kesesuaian penggunaannya? Mari kita bincangkan utk melihat fungsi lejang ini di dalam kegunaan motosikal seharian
0

#2 User is offline   ibrahim adham 

  • Group: Members
  • Posts: 537
  • Joined: 29-September 09

Posted 12 October 2009 - 01:09 PM

Kelebihan motosikal 2 lejang: - Penunggangan yang lebih stabil walaupun di dalam pecutan yang agak tinggi kerana kebanyakkannya mempunyai reka bentuk dan berat yang stabil. - Lebih sesuai di pandu untuk perjalanan yang jauh berbanding jenis 4 lejang. Kekurangan: - Perbelanjaan minyak petrol dan 2T yang agak tinggi. - Harga pembelian yang mahal. Kelebihan motosikal 4 lejang: - Penuggangan jenis ini adalah lebih menjimatkan berbanding jenis 2 lejang. - Harga pembelian yang lebih murah. - Hanya memerlukan minyak petrol untuk sistem bahan api. Kekurangan: - Kebanyakkannya tidak mempunyai berat yang mencukupi untuk menstabilkan kedudukan penunggang dan motosikal di mana ini menyebabkan kelajuan tidak bersesuaian dengan beratnya. - Kurang selesa ditunggang jika motosikal 4 lejang yang digunakan itu tidak berat. Saya pernah menggunakan motosikal EX5 dan Modenas Kriss 100. Kalaulah ada kemampuan untuk menukar motosikal, saya ingin gunakan skuter pulalah. Ura-uranya skuter Modenas Passion. Syok ooo..tapi mungkin lambat lagilah. Hidup Modenas!*clap*
0

#3 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 12 October 2009 - 01:14 PM

Terima kasih bro ibrahim atas perkongsian ko yg begitu bagus... Dapat gak aku tau dgn sedalamnya sesuai dgn penggunaan motosikal ini. Utk yg kat bawah ni aku boleh bagi tau sebab apa jenis ini direka sebegitu rupa

Quote

Kekurangan: - Kebanyakkannya tidak mempunyai berat yang mencukupi untuk menstabilkan kedudukan penunggang dan motosikal di mana ini menyebabkan kelajuan tidak bersesuaian dengan beratnya. - Kurang selesa ditunggang jika motosikal 4 lejang yang digunakan itu tidak berat.
Tidak mempunyai berat yang mencukupi kerana kebanyakan motosikal 4 lejang digunakan utk bertani dan berkebun. Lantaran itu, sekiranya ditambah beban seperti setandan pisang, sebakul durian selonggok ikan sepeti aiskrim serumpun buluh, maka ianya mampu menjadik stabil sesuai dgn kegunaan lasaknya di kebun mahupun di sawah ataupun di pesisir pantai.
0

#4 User is offline   ibrahim adham 

  • Group: Members
  • Posts: 537
  • Joined: 29-September 09

Posted 12 October 2009 - 01:19 PM

Sama-sama thekatyusha. Betullah kata-kata anda. Bagus!*tup*
0

#5 User is offline   adv_reds 

  • Group: Members
  • Posts: 2,100
  • Joined: 30-November 07

Posted 12 October 2009 - 01:40 PM

Motosikal 2 lejang saya tak berapa suka. Bunyinya bising, pembakaran tak lengkap. Sekadar pandangan peribadi.
0

#6 User is offline   Gadis_sKru 

  • Group: Members
  • Posts: 272
  • Joined: 09-March 09

Posted 12 October 2009 - 01:43 PM

betul2...motor 2 lenjang menghasilkan bunyi yang bising..... ia juga mengeluar asap dan menyebabkan pengotoran alam sekitar...
0

#7 User is offline   fikri al-hafiz 

  • Jgn bersedih, Allah bersama kita
  • Group: Members
  • Posts: 1,176
  • Joined: 21-July 08
  • LocationKuala Lumpur

Posted 22 October 2009 - 10:09 AM

Boleh bagi cth 2 lejang camne dan 4 lejang camne tak klu boleh gambar sekali? p/s: aku dlm usia mengenal motor,
0

#8 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 22 October 2009 - 10:36 AM

Quote

fikri al-hafiz wrote: Boleh bagi cth 2 lejang camne dan 4 lejang camne tak klu boleh gambar sekali? p/s: aku dlm usia mengenal motor,
bro fikri.. 2 lejang dan 4 lejang tidak memerlukan rupa utk melihatnya. Apa ada pada rupa... Hanya bunyi sahaja yang mampu menentusahkan secara visualization sama ada motor itu berbunyi 2 lejang, ataupun berbunyi 4 lejang.. Kata pepatah, "sekilas bunyi motor, sudah kutahu lejangnya.."
0

#9 User is offline   jamalrafaie89 

  • Group: Members
  • Posts: 42
  • Joined: 30-June 09

Posted 22 October 2009 - 12:26 PM

*assalamualaikum Apa yang saya belajar dalam automotive engine technology.. Katanya enjin 2 lejang lebih powerful, kerana setiap revolusion piston menghasilkan power. Berbanding dengan enjin 4 lejang, 2 revolution piston baru dapat satu power. Sebab tu mat rempit ramai guna motor 2 lejang sebab motor 2 lejang laju cikit dan cepat pick up. Enjin 4 lejang lebih baik kerana pembakarannya lebih sempurna daripada 2 lejang. Enjin 4 lejang mempunyai lejang induction, compression, power dan exhaust. Jadi, ada masa untuk air-fuel terbakar semuanya dan asap dikeluarkan. Tambahan pula, enjin 4 lejang kurang pencemaran dan bunyinya agak senyap cikit. Enjin 2 lejang kurang efficient untuk penjimatan minyak. Sebab banyak minyak yang terkeluar dengan asap akibat pembakaran yang tak sempurna (sebab terlalu cepat). Kesimpulan : 2 lejang : Lebih powerful Membazir minyak Bunyi bising Asap kotor dan banyak pencemaran 4 lejang : Lebih bersih (pembakaran sempurna) Save minyak Bunyi agak senyap *Saya dengar kerajaan nak haramkan motor 2 lejang sebab nak kurangkan pencemaran dan tak nak motor laju sangat kat atas jalan raya tu.. Apa pun, sekarang ni motor 4 lejang dah semakin baik. Contohnya Yamaha 135 LC, laju, senyap dan bergaya. Haha.. Boleh guna untuk perjalanan jauh gak sebab mempunyai sistem penyejukan enjin yang baik iaitu sistem liquid cooling (LC). *iluvislam*
0

#10 User is offline   luqmanrashid 

  • Group: Members
  • Posts: 299
  • Joined: 28-February 09

Posted 22 October 2009 - 03:31 PM

Quote

jamalrafaie89 wrote: *assalamualaikum Apa yang saya belajar dalam automotive engine technology.. Katanya enjin 2 lejang lebih powerful, kerana setiap revolusion piston menghasilkan power. Berbanding dengan enjin 4 lejang, 2 revolution piston baru dapat satu power. Sebab tu mat rempit ramai guna motor 2 lejang sebab motor 2 lejang laju cikit dan cepat pick up. Enjin 4 lejang lebih baik kerana pembakarannya lebih sempurna daripada 2 lejang. Enjin 4 lejang mempunyai lejang induction, compression, power dan exhaust. Jadi, ada masa untuk air-fuel terbakar semuanya dan asap dikeluarkan. Tambahan pula, enjin 4 lejang kurang pencemaran dan bunyinya agak senyap cikit. Enjin 2 lejang kurang efficient untuk penjimatan minyak. Sebab banyak minyak yang terkeluar dengan asap akibat pembakaran yang tak sempurna (sebab terlalu cepat). Kesimpulan : 2 lejang : Lebih powerful Membazir minyak Bunyi bising Asap kotor dan banyak pencemaran 4 lejang : Lebih bersih (pembakaran sempurna) Save minyak Bunyi agak senyap *Saya dengar kerajaan nak haramkan motor 2 lejang sebab nak kurangkan pencemaran dan tak nak motor laju sangat kat atas jalan raya tu.. Apa pun, sekarang ni motor 4 lejang dah semakin baik. Contohnya Yamaha 135 LC, laju, senyap dan bergaya. Haha.. Boleh guna untuk perjalanan jauh gak sebab mempunyai sistem penyejukan enjin yang baik iaitu sistem liquid cooling (LC). *iluvislam*
enjin 2 stroke ni sebenarnya masih baru lg berbanding 4 stroke yg yg menggunakan kitaran Otto (Thermodynamic Otto cycle). Sbb tu maih byk lg research yg dilakukan utk enjin 2 stroke. mmg asap nye kotor.. jd kalau kita perhatikan ekzos moto 2 lejang, bentuk nye lain dpd 4-stroke. bentuknye spt muncung yg terbalik..masa mula2 gas ekzos kluar dpd blok, paip ekzos kecik je, makin lama makin besar..sebabnya supaya sisa2 petrol yg tak terbakar (dah tentu lebih berat) akan "melantun" atau back flow masuk semula ke dlm blok..tp skg ni mat2 rempit tukar ekzos..ada yg pakai paip besi yg biasa nyer.. enjin 2 stroke ni byk faedahnye..dkt UTM skg ada buat development terhadap 2 stroke technology..combustion chamber die ada 2 bahagian..pembakaran die pun ada 2 stage supaya semua bahan api die terbakar dgn sempurna. keta api diesel skg guna enjin deisel 2 stroke sbb output die mmg tggi n sesuai utk keta api yg sememangnya berat..
0

#11 User is offline   luqmanrashid 

  • Group: Members
  • Posts: 299
  • Joined: 28-February 09

Posted 22 October 2009 - 03:41 PM

Quote

thekatyusha wrote:

Quote

fikri al-hafiz wrote: Boleh bagi cth 2 lejang camne dan 4 lejang camne tak klu boleh gambar sekali? p/s: aku dlm usia mengenal motor,
bro fikri.. 2 lejang dan 4 lejang tidak memerlukan rupa utk melihatnya. Apa ada pada rupa... Hanya bunyi sahaja yang mampu menentusahkan secara visualization sama ada motor itu berbunyi 2 lejang, ataupun berbunyi 4 lejang.. Kata pepatah, "sekilas bunyi motor, sudah kutahu lejangnya.."
kalau nak kenal 2 stroke atau 4 stroke, tgk je kat ekzos..kalau hujung ekzos nampak mcm basah je, itu 2 stroke (sbb petrol dah bercampur ngan 2T). kalau 4 lejang ekzos nye kering je sbb semua yg terbakar dh bertukar mnjadi gas.. beza bunyi 2 stroke dgn 4 stroke: 2 stroke xde bunyi mcm tapping (bunyi mcm org ketuk pintu dgn hujung kuku) sbb 2 stroke xde camshaft, pushrod, rocker arm n valve. tapi 4 stroke, sebab ada semua benda tu jd bunyi die, walaupun lebih senyap dpd 2 stroke, mmg jelas..bunyi tu tak kuat pun, sebabnya rocker arm menghentam pd hujung valve stem..
0

#12 User is offline   ibrahim adham 

  • Group: Members
  • Posts: 537
  • Joined: 29-September 09

Posted 07 November 2009 - 01:34 PM

Banyak juga info pasal motosikal tetapi bagaimana pula dengan skuter? Skuter adalah di dalam jenis 4 lejang tetapi adakah kuasa yang dihasilkannya bagus bagi aspek penunggangan?
0

#13 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 07 November 2009 - 01:36 PM

Quote

ibrahim adham wrote: Banyak juga info pasal motosikal tetapi bagaimana pula dengan skuter? Skuter adalah di dalam jenis 4 lejang tetapi adakah kuasa yang dihasilkannya bagus bagi aspek penunggangan?
kuasa yg dihasilkan? aspek penunggangan? Aku tiada pengalaman menaiki skuter kerana skuter ini popular di zaman aku sudah berkerjaya.. mungkin bro luqman boleh mengulas memandangkan bro luqman have the detailed info regarding the scoot.. bro luqman or other forumers? Anyone to add some technical comment berkenaan dgn scoot? p/s: Time aku remaja, skuter ni utk orang kaya-kaya sampai ada geng scoot..
0

#14 User is offline   ibrahim adham 

  • Group: Members
  • Posts: 537
  • Joined: 29-September 09

Posted 07 November 2009 - 01:59 PM

Quote

thekatyusha wrote:

Quote

ibrahim adham wrote: Banyak juga info pasal motosikal tetapi bagaimana pula dengan skuter? Skuter adalah di dalam jenis 4 lejang tetapi adakah kuasa yang dihasilkannya bagus bagi aspek penunggangan?
kuasa yg dihasilkan? aspek penunggangan? Aku tiada pengalaman menaiki skuter kerana skuter ini popular di zaman aku sudah berkerjaya.. mungkin bro luqman boleh mengulas memandangkan bro luqman have the detailed info regarding the scoot.. bro luqman or other forumers? Anyone to add some technical comment berkenaan dgn scoot? p/s: Time aku remaja, skuter ni utk orang kaya-kaya sampai ada geng scoot..
Betullah kata-kata saudara besar the katyusha (saudara besar=penggantian perkataan 'bro', haha). Memang zaman sebelum ini skuter mahal gila, sehinggalah pada tahun 2002 kemasukan besar-besaran motosikal berjenama dari Taiwan seperti Nitro. Tetapi kualiti motosikal dari luar ini adalah teruk, ini berdasarkan pengalaman salah seorang kawan yang membelinya. Anda bayangkanlah, dalam tempoh tidak sampai 2 minggu, motosikal skuter miliknya itu telah tidak boleh dihidupkan. Selepas itu, banyak lagilah kerosakan yang terjadi. Sekarang, jenama tersebut telah pupus ditelan zaman. Tetapi dari zaman itulah berlakunya persaingan di antara pengeluar motosikal untuk menghasilkan variasi motosikal yang pelbagai. Teringat kata-kata seseorang itu kepada saya. Dia mengatakan kalau dahulu, syarikat pengeluar motosikal hanya mengeluarkan motosikal secara bermusim tetapi sekarang hampir setiap tahun ada model baharu yang dihasilkan. Malah, dalam setahun sehingga 2 model dikeluarkan serentak!
0

#15 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 07 November 2009 - 02:12 PM

Quote

Betullah kata-kata saudara besar the katyusha
Lebih baik bro ibrahim doakan aku gaji besar dan rezeki yg besar.. Lagi best!

Quote

Memang zaman sebelum ini skuter mahal gila, sehinggalah pada tahun 2002 kemasukan besar-besaran motosikal berjenama dari Taiwan seperti Nitro.
Yg ini mmg aku perasan. Semenjak kemasukan scoot Nitro, harga scoot terus menjunam sedikit seterusnya menjadikan scoot mampu dimiliki golongan kelas menengah.. Sebelum itu, aku tertanya-tanya kepada pakar enjin motor. Bagaimana enjin scoot berfungsi dan kenapa ia direka dan diletak di bahagian tepi motor? Sedikit sebanyak mengganggu keseimbangan daya di dalam penunggangan.. p/s: TAk pernah lagi tengok scoot merempit..
0

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic