saya nak mintak pendapat.ap hukum kawan yg buka aib kawan nya sendiri.sedangkan sudah beberapa tahun berlaku namun kawan saya ini akn menceritakan aib kawanya kepada orang lain sehingga kawan saya ini malu dan tertekan

Page 1 of 1
Hukum Membuka Aib Orang
#2
Posted 14 October 2009 - 11:59 PM
Salam..
..im not sure about hukum, but at the moment, tgkla thread ni:-
Kenapa Manusia Suka Mengaibkan Sesama Mereka?
hup dis helps..
Selamat!
#3
Posted 02 March 2010 - 04:42 PM
Quote
am_sayangislam wrote:
saya nak mintak pendapat.ap hukum kawan yg buka aib kawan nya sendiri.sedangkan sudah beberapa tahun berlaku namun kawan saya ini akn menceritakan aib kawanya kepada orang lain sehingga kawan saya ini malu dan tertekan
#4
Posted 03 March 2010 - 12:47 AM
Quote
Assalamualaikum Warahmatullah.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi).
Adalah tidak diharuskan untuk membuka dan menceritakan aib orang lain ataupun aib diri sendiri kepada orang lain. Saudara/ri disarankan agar menasihati sikap kawan tersebut agar tidak menceritakan lagi aib tersebut kepada orang lain.
Wallahualam.
#5
Posted 03 March 2010 - 11:30 AM
Imam Syafi’i berkata:
مَنْ وَعَظَ أَخَاهُ سِرًّا فَقَدْ نَصَحَهُ وَزَانَهُ، وَمَنْ وَعَظَهُ عَلاَنِيَّةً فَقَدْ فَضَحَهُ وَشَانَهُ
“Siapa yang memberi mauizhah kepada saudara secara rahsia, maka ia telah menasihati dan memperbaikinya, dan siapa yang memberi mauizhah secara terbuka, bererti ia telah membuka aibnya dan memperburukkannya”
#6
Posted 03 March 2010 - 12:07 PM
Allah swt berfirman:
إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِيْنَ آمَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ
“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (An-Nur:19).
#7
Posted 03 March 2010 - 12:32 PM
Quote
zul ikhwan wrote:
salam..
adalah dibenarkan utk buka aib orang pada empat keadaan iaitu :
1. orang yang dizalimi. Dibenarkan untuk mengadu kepada pihak penguasa terhadap kezaliman yang berlaku.
2. untuk meminta fatwa mengenai hukum hakam. Dibolehkan untuk menceritakan keburukan seseorang tetapi ada baiknya sekadar untuk mengetahui hukum sahaja dan tidak berlebih-lebihan.
3. Memperingatkan orang lain akibat melakukan kejahatan. Boleh dijadikan iktibar kepada seluruh umat Islam.
4. Menceritakan kepada khalayak ramai tentang seseorang yang fasik dan melakukan kemungkaran seperti meminum minuman keras, memeras ugut dan perkara-perkara batil yang lain. Jangan sesekali menokok tambah cerita dan niatkan hanya untuk kebaikan sahaja.
Quote
Assalamualaikum Warahmatullah.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Wahai sekalian manusia yang beriman dengan lidahnya, (namun) belum masuk iman ke dalam hatinya. Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya.
(Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi).
Adalah tidak diharuskan untuk membuka dan menceritakan aib orang lain ataupun aib diri sendiri kepada orang lain. Saudara/ri disarankan agar menasihati sikap kawan tersebut agar tidak menceritakan lagi aib tersebut kepada orang lain.
Wallahualam.
[url]http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=49&thread_id=20900[/url]Wallahualam.
Share this topic:
Page 1 of 1

Help








