Apa beza dengan thread yang ini?
Quote
yup tertanya2 jugak..ciri2 yang disebutkan sama seperti air suling/distilled water (DW)
"RO" = Reverse Osmosis
RO=DW?
cam mana osmosis berbalik nie dilakukan? adakah menggunakan prinsip yang sama seperti DW?
Sebelum berbincang pasal osmosis berbalik/songsang, kita perlu tahu apa itu osmosis dan mekanismenya.
Proses osmosis adalah satu proses pasif (tidak memerlukan tenaga) pergerakan molekul air melalui membran separa telap dari larutan yang berkepekatan rendah (
low cocentration of solute/high water potential) ke larutan yang berkepekatan tinggi (
high cocentration of solute/low water potential), atau dari larutan hipotonik ke larutan hipertonik, hingga mencapai keseimbangan (
equilibrium) iaitu larutan isotonik (Keterangan lanjut ada dalam buku biologi Tingkatan Empat, atau tanya sahaja pakcik gugel)
Osmosis berbalik (RO) pula adalah sebaliknya (dari berkepekatan tinggi ke berkepekatan rendah), dan ia memerlukan tenaga luaran untuk menjayakannya.
Proses RO boleh digunakan untuk menjadikan air laut sebagai air minuman dalam satu skala yang besar seperti loji penapisan. Namun ia masih (aku tak ikut perkembangan semasa, tapi setidak-tidaknya untuk beberapa tahun lalu) belum menjadi kenyataan kerana masalah dalam mencari membran separa telap yang dapat bertahan dalam tekanan yang tinggi (dalam skala yang besar).
Air suling dihasilkan melalui proses penyulingan (Google lah malas aku nak tulis haha).
Quote
1.TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG ZAT
Air R.O adalah air paling kosong. Dikenali juga sebagai air mati. Memang bersih dan bebas daripada kuman tetapi tidak membawa manafaat kepada keperluan kesihatan kita. Kita hendak keluarga kita minum air yang berzat, bukannya air kosong.
Bergantung pada keadaan. Kita tetap memerlukan air sebagai bahan pelarut dalam banyak tindakbalas kimia dalam badan. Walaupun kita minum air 'mati', tapi jika kita mengambil garam mineral dari sumber lain, ia tidak menjadi masalah.
Quote
2.TIDAK ADA ELEKTROLIT MINERAL (AMAT BERBAHAYA!!!)
Apabila sesuatu air tidak ada elektrolit mineral, ia amat cepat menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk ke dalam badan kita. Radikal bebas memang kita ketahui merupakan penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya di dunia ini. Radikal bebas ini pula akan digunakan di mana sahaja air itu sampai. Jika air itu digunakan di otak, maka radikal bebas akan ke otak. Kalau air itu beroperasi di jantung, paru-paru, buah pinggang, usus-usus dan lain-lain, maka ke situ jugalah radikal bebas tadi akan beroperasi sama. Alangkah bahayanya!
3.MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN/ IMUN BADAN
Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan hari ini juga.
Sila nyatakan mekanisme terperinci bagi dakwaan ini. Aku meragui dakwaan ini. Lagipun, dakwaan no. 2 dan no. 3 kelihatan menyanggahi satu sama lain.
Bagaimana dengan kehadiran 'elektrolit mineral' boleh menghalang radikal bebas daripada diserap dalam badan?
Adakah radikal bebas memerlukan air sebagai medium pengangkutan untuk melalui membran sel?
Bagaimana air 'kosong' boleh
mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh?
Kemana air bawa zat-zat tu pergi?
Apa yang dimaksudkan dengan "hukumnya sama dengan gula biasa yang kita gunakan"?
Quote
minum air r.o boleyh sebab kan buah pinggang mengecut...
Sila beri penjelasan terhadap dakwaan ini.
Aku bukan menegur sebab aku ada kepentingan dalam industri ini (bahkan aku tak suka dan tak minat. Banyak yang merapu aku tengok), tapi dalam penerimaan dan penyebaran ilmu pengetahuan, kita sepatutnya tahu hujah-hujah, dan bukan hanya satu kenyataan umum.
btw, kenapa nak di-
RO kan air paip?