Posted 06 January 2010 - 11:51 PM
[quote]ummi_ainsyah wrote:
*assalamualaikum
[quote]bagaimana yea untuk mengajar, mendidik anak anak ini dari bergaduh sesama sendiri. kadang tue seawal usia 2 tahun pun dah pandai bergaduh, berebut dgn kakak dan abangnya sendiri. Bagaimana cara untuk kita mengatasi, kawal situasi tersebut.[/quote]
itulah kemeriahan dan akan menjadi kenangan manis bagi mereka bila dewasa nanti.
[quote]Wajar ker kiter pukul atau sebagainya andai nasihat kita tak diendahkan.
Ataupun bergaduh itu normal bagi kanak kanak ini.
[/quote]
Pada pandangan saya , sememangnya begitu bagi kanak kanak di zaman ini , yang mana ianya berbeza dengan zaman dahulu dimana anak anak dapat keluar rumah dan bermaik dengan kawan kawan tanpa rasa takut, dan juga di biarkan oleh ibubapa tanpa rasa bimbang.
tetapi zaman ini , ibubapa bimbang untuk melepaskan anak anak bermain di luar , terutamanya rumah teres, kerana takut di langgar kereta, di culik, di di di di dan macam macam ketakutan dan kebimbangan dengan situasi yang ada dsekarang ini.
lalu anak di birkan (kurung)bermain dengan adik beradiknya di dalam rumah. dan mereka tiada kawan lain lagi untuk bergaduh, bersuka,berhibur dsb , hanya dengan adik beradik nya.
Jika ini pun di sekat dan di rotan , lalu apa lagi hiburan bagi anak anak kita bagi menyempurnakan hari zaman kanak kanaknya.
Adakah kita akan suka jika mereka diam dan pasif.
Apabila mereka diam dan pasif sudah tentu akan menambahkan kerisauan pula.
Pada saya biarkan mereka laksanakan fitrah mereka di dalam pantauan ibubapa dan sambil itu juga ambil kesempatan dengan tunjuk ajar dari kita dengan senyum manis.
dan bukan dengan tunjuk ajar yang bengis dan garang.
Jika dengan tunjuk ajar dan didikan yang bengis dan garang, memungkinkan hatinya akan menjadi keras ( keras hati / hati batu)
Kita / semua , didik dengan senyum mesra dan kasih sayang .
Lihatlah hasilnya dan perubahan yang berlaku nanti kearah positif diantara hubungannya dengan kita dan juga hubungan diantara anak anak kita diantara mereka.
cukup bahagia , dan berbahagialah mereka yang dapat merasakan hubungan kasih mesra diantara anak anak dan keluarga dari kurniaan Allah yang maha pengasih dan penyayang kepada Hamba Hambanya
Dan banyak bersabar dalam melaksanakannya. Kerana ia adalah ujian bagi kita.
Hanya sementara sahaja, dan hasilnya berkekalan.
[quote]45. Al Jaatsiyah
4. Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda untuk kaum yang meyakini,
[/quote]
p/s: Siapa lagi yang akan tumpahkan air di lantai rumah kita jika bukan anak kita
siapa lagi yang akan berbuat bising dirumah kita jika bukan anak anak kita
siapa lagi yang akan pecahkan pinggan mangkuk di rumah kita jika bukan anak kita
siapa lagi yang menjadi tatapan kita semasa kita tidak tidur malam jika bukan anak anak kita
Cuba sesekali di waktu sunyi malam semasa anak anak bergelimpangan tidur , kita berjaga dan merenung anak anak kita yang sedang tidur.
APAKAH KITA MERASA BAHAGIA JIKA MEREKA TIADA?
ATAU KUTA MERASA SUNYI JIKA MEREKA TIADA?
CUBALAH....Jika datang dalam hati rasa sesuatu ,,,bersyukurlah kita pada Allah Yang mengurniakan Anak kepada kita, bagi menghiburkan kita.
Jika tiada rasa sesuatu, bermakna Hati kitalah yang keras membatu, usah salahkan anak anak. kerana mereka dilahirkan suci bersih. Dan pergaduhan mereka Adik beradik adalah DIALAM yang suci bersih putih semerbak mewangi.