Komuniti iluvislam.com : Panadol dan Kesan Jangka Panjang - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 4 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • Last »
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Panadol dan Kesan Jangka Panjang

#1 User is offline   rahmanw 

  • Group: Members
  • Posts: 96
  • Joined: 28-July 08

Posted 08 November 2009 - 04:15 PM

*assalamualaikum dipetik dari sebuah blog JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK) UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya. .. "Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain. Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan. Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis "painkiller" , semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.
0

#2 User is offline   hehkis 

  • Group: Members
  • Posts: 8
  • Joined: 27-July 09

Posted 08 November 2009 - 05:04 PM

salam... woa, terima kasih atas perkongsian... memang sekarang 2 kali sehari mesti ambil penadol..selalu pening tak tau sebab.. lepas nie takboh dah ambik.. akan dicuba altenatif yg diberi..terima kasih. syukuran.
0

#3 User is offline   nurul91 

  • Group: Members
  • Posts: 49
  • Joined: 01-February 09

Posted 08 November 2009 - 05:05 PM

menarik..*clap*
0

#4 User is offline   fikri al-hafiz 

  • Jgn bersedih, Allah bersama kita
  • Group: Members
  • Posts: 1,176
  • Joined: 21-July 08
  • LocationKuala Lumpur

Posted 08 November 2009 - 05:14 PM

*assalammualaikum .. terimas..
0

#5 User is offline   hamtaro 

  • Group: Members
  • Posts: 30
  • Joined: 14-September 09

Posted 08 November 2009 - 05:24 PM

idea yg brnas...*tup* syukran jazilan...*clap*
0

#6 User is offline   puteri_91 

  • Group: Members
  • Posts: 3,355
  • Joined: 26-April 08

Posted 08 November 2009 - 05:26 PM

*bismillah *assalamualaikum Hari tu pernah mengikuti mama pergi ke seminar kesihatan. Ada seorang yang tukang beri ceramah tu, tapi ana lupa siapa nama dia. Orang tu ada menyebut mengenai hal panadol ni. Memang memerlukan masa yang lama untuk dihadam dan akan merosakkan hati. Jangan amalkan makan painkiller macam ni, nanti kita akan jadi ketagih dan jugak merosakkan buah pinggang kita. Abang ana sendiri ( dalam bidang kaji penyakit ), tak makan ubat ni kalau dia pening. Huhu. Cuma nak tanya satu soalan, pasal ana terkeliru di sini. Penulis maksudkan PANADOL ataupun paracetamol? Kerana PANADOL ni adalah salah satu brand paracetamol. Sama keadaan macam mee segera yang selalu dipanggil MAGGI. Mohon penerangan daripada penulis.. * BERES * *tup* Wallahu A'lam
0

#7 User is offline   Haalanara 

  • Group: Members
  • Posts: 70
  • Joined: 26-April 09

Posted 08 November 2009 - 05:34 PM

*assalamualaikum saya selalu mengalami migrain yg teruk... sehinggakan kadang2 saya terpaksa mengambil penadol hampir setiap hari......kalau saya xambil penadol sukar utk saya nak belajar...kadang2 penadol xmemberi apa2 kesan pun kpd saya.... walaupun saya tahu kesan buruk penadol...tp saya terpaksa juga mengambilnya... kerana masa utk saya belajar akan kurang kalau saya hanya melayan sakit saya alhamdulillah....slps bca thread ni...saya xakan ambil lg penadol.....dan cuba mencari alternatif lain utk mengubati migrain saya....
0

#8 User is offline   neo_rantissi 

  • Group: Members
  • Posts: 579
  • Joined: 16-May 08
  • LocationEgypt-Malaysia

Posted 08 November 2009 - 05:48 PM

Panadol ni brand name utk paracetamol, boleh kata sama jer, kiranya paracetamol versi yg mahal punya. Pharmacologically, ubat ni x byk side effect pun, dan kalau amik ikut indication yg betul, skali skala jer, iAllah xder masalah. Paracetamol dan gastrik supposely xder masalah, yang ada masalah ialah Aspirin.

Quote

saya selalu mengalami migrain yg teruk... sehinggakan kadang2 saya terpaksa mengambil penadol hampir setiap hari......kalau saya xambil penadol sukar utk saya nak belajar...kadang2 penadol xmemberi apa2 kesan pun kpd saya.... walaupun saya tahu kesan buruk penadol...tp saya terpaksa juga mengambilnya... kerana masa utk saya belajar akan kurang kalau saya hanya melayan sakit saya alhamdulillah....slps bca thread ni...saya xakan ambil lg penadol.....dan cuba mencari alternatif lain utk mengubati migrain saya....
Untuk migrain, perlukan rawatan yang berkesan dan specific, x boleh rely on Paracetamol jer, sometimes you may even need to take Ponstan. Tapi sebaiknya jumpa doctor, kalau dh penah jumpa doc dan x baik, saya cadangkan cuba homeopathy, sy dh penah try dan alhamdulillah berkesan.
0

#9 User is offline   rahmanw 

  • Group: Members
  • Posts: 96
  • Joined: 28-July 08

Posted 08 November 2009 - 05:53 PM

sebab tu dalam hal ubat ni...adalah lebih baik menggunakan ubatan kampung macam akar kayu....jadi kena ada ilmu pasal petua2 lama ni.... tak dinafikan ubat2 kampung ni memang lambat baik...tapi bila dah baik tak ada kesan sampingan....berbanding dengan ubatan moden... pernah dulu saya berborak dengan sorang pemandu teksi yang mengamalkan ubat ubatan kampung.... katanya.... memang la ubat moden mudah baik...tapi kena ingat ianya tetap dibuat dari dadah... sedangkan kita tau kesan dadah tu macammana...jangka masa pendek memang tak nampak...tapi kesannya adalah pada masa akan datang..... sedangkan ubat2 kampung ni menggunakan tumbuh tumbuhan herba...jadi ianya takkan memberi kesan pada tubuh badan...syaratnya..jangan salah acuan.... bila pikir balik....memang betul abang teksi tu kata....
0

#10 User is offline   hikoseijuro 

  • Group: Members
  • Posts: 1,918
  • Joined: 31-August 07
  • LocationUnited Kingdom

Posted 08 November 2009 - 07:37 PM

Quote

JANGAN AMBIL PANADOL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
Paracetamol sebenarnya adalah alternatif kepada kepada mereka yang ada gastrik. Sebab mereka nie takleh amek aspirin (dan ubat2 lain di bawah kategori Non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDS) sebab NSAIDS akan menerukkan lagi gastrik). Jadi sebenarnya panadol takde masalah pun utk orang gastrik dgn syarat amek dose yang betul. Mechanism of action bagi panadol tak sama dgn mechanism NSAIDS.

Quote

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati
Semua ubat adalah toksik kalau diambil secara berlebihan. Panadol pun sama. Itulah pentingnya kita follow arahan pada label ubat2 (bila nak amek etc etc).

Quote

Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun.
5 tahun? Lama sangat tuh. Apa dia nak buat dalam badan lama2. Hehe. Kalau la hati orang tuh ada masalah (baca:hati adalah tempat panadol dicernakan), dan orang tuh overdose panadol, tak perlu tunggu 5 tahun pun orang tuh akan meninggal. Ianya sangat cepat kalau tak dirawat segera.

Quote

memang la ubat moden mudah baik...tapi kena ingat ianya tetap dibuat dari dadah... sedangkan kita tau kesan dadah tu macammana.
Bergantung jgk apa definisi 'dadah' tuh. --------------------------------------- kesimpulan saya, panadol(atau mana2 paracetamol) sebenarnya takde masalah pun kalau diambil mengikut dose yang betul. :) Wallahua'lam.
0

#11 User is offline   epal_bijian 

  • Group: Members
  • Posts: 1
  • Joined: 08-November 09

Posted 08 November 2009 - 07:40 PM

Assalamualaikum sedikit perkongsian based on pengalaman + pengetahuan (mohon maaf jika ada fakta yg salah sy masih dlm proses pembelajaran) 1st pengamalan ubat-ubatan cina. Sy tidak menafikan effectiveness ubat2 cina @ traditional medicines tp pengalaman datuk sy membuatkan sy lebih berhati2 dgn ubatan tradisional. Datuk sy seorg berdarah cina dan merupakan pengguna ubatan cina. Januari yg lepas beliau telah kembali ke rahmatullah selepas seminggu dimasokkan ke hospital. Report menunjukkan beliau mengalami severe intestine damage. 2 days after dikebumikan mak cik sy memberi ubat cina kegemaran datuk sy sebagai pain killer untuk lututnya. Berdasarkan kaji selidik kami sekeluarga, ubat tersebut mengandungi hidden drug yg sepatutnya didaftarkan sebagai controlled medicine tp malangnya tidak dibuat demikian. setahu sy traditional medicine tidak mempunyai dose yg perlu diikuti dan datuk sy mungkin telah mengambil ubat tersebut berlebihan. jadi pada pandangan sy ubatan cina mungkin ada kebaikannya tp berhati2 dan bertanya lah kpd doc2 sebelum mencuba. 2nd pros n cons paracetamol. sedikit pandangan sy mungkin btol mungkin salah. mohon teguran jika salah. Paracetamol tidak dinafikan akan merosakkan hati (rare adverse effect) tp hal ini mungkin berlaku jika pengambilan paracetamol yg amat berlebihan dalam satu masa. Secara peribadi sy amat suka menasihati sahabat2 mengikuti dose yg telah ditetapkan dan cuba mengikuti guidelines tersebut. Normal tablet selalunya mengandungi 500 mg paracetamol. oral controlled release / sustained release mungkin mengandungi 665mg paracetamol. Therapeutic Max daily dose = 4g. Toxic dose = 10 - 15 g 500mg paracetamol (normal tablet) 1-2 tablets every 4-6 hours (bermakna perlu untuk kita cuba spacekan masa pengambilan ubat. pada sy jika kita berasa sakit btween doses, kalu mampu cuba elakkan n tunggu masa yg btol for next dose). utk 665mg paracetamol 2 tablets every 6-8 hours. Jika mengambil ubat2 lain dalam satu2 masa (ubat utk cold n flu mungkin mengandungi paracetamol), cuba identify jika ubat2 tersebut mengandungi paracetamol n total daily paracetamol intake regardless in any medicines seharusnya tidak boleh melebihi 4g. Based on pengalaman kawan sy, beliau menggunakan paracetamol continuously up to 3 weeks 2 tablets per intake 4 g daily (termasok ketika di hospital), alhamdulillah setakat nh blom ada tanda2 toxicity n beliau amatlah menitik beratkan spacing btween doses even nurse kasi awal pon beliau tunggu sampai masa yg btol for next dose. masa di hospital, nurse menghormati pendiriannya dan membantu mengejutnya di waktu malam utk mengabil ubat tersebot. rationalnya? paracetamol metabolised by liver dan memerlukan several body components utk membantu metabolism and excretion via kidney. jika kita perlu memberi masa pada liver utk melaksanakan tugasnya dan liver mumpunyai limit dan kapasiti tertentu utk melaksanakan tugasnya dlm satu2 masa. jadi mengambil dose yg tinggi dlm satu2 masa mmg akan menyebabkan kerosakkan hati tp jika mengambil dlm dose n masa yg btol insyaAllah toxicity ini dikurangkan. <detail about paracetamol metabolism boleh google bg yg berminat> sy xpasti data utk paracetamol akan tinggal dlm badan selama 5 tahun tp pada sy tidak selama itu kerana untuk max dose badan memerlukan masa lebih kurang 4 -8 jam shja untuk mengurang kandungan (plasma concentration) paracetamol menjadi separuh (plasma half life). kebiasaannya kita memerlukan 4-5 plasma half life utk clearkan drug dr badan. Mohon pandangan. 3rd pengunaan paracetamol utk post operative pain spt lps bersalin. Paracetamol based on pharmacology knowledge tidak mampu utk mengurangkan rasa sakit selepas bersalin. Sy rasa kebykan docs akan menggunakan morphine ( n opioid yg lain spt codeine, pethidine etc) utk max effect for post operative pain. Morphine yg digunakan bukanlah dadah yg merbahya in clinical setting sbb therapeutic dose telah dikira sebelum dibenarkan penggunaannya. Dan sy tidak pasti akan isu memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami kerana paracetamol setahu sy bukan lah sejenis ubat yg menyebabkan kita tolerance kpdnya. 4th sedikit cadangan buat saudari haalanara. mungkin saudari boleh mencuba ibuprofen n naproxen. ubat2 nh rasanya over the counter dan tidak memerlukan prescription. mungkin jugak boleh berbincang dgn pharmacist untuk mendapatkan pandangan dan nasihat sebelom menggunakan ubat2 tersebut. Jika tidak berkesan, mungkin memerlukan ubat yg lebih kuat utk abort migraine seperti sumatriptan n ergotamine (boleh google utk tahu lebih lanjut). rasanya memrlukan prescription. ada jugak ubat utk prevent recurrent migraine attack. sy amat menasihati saudari mendapatkan padangan doc. Beberapa senior sy penah menggunakan homeopathy n kebanykannya mengakui kebersanannya. selamat mencuba!
0

#12 User is offline   Leokidx 

  • Ailurophile
  • Group: Members
  • Posts: 2,695
  • Joined: 12-June 07
  • LocationNizhniy Novgorod

Posted 08 November 2009 - 08:07 PM

Oh patut rasa macam pernah reply kat post macam ni. Rupanya pernah, kat thread ini: RE: Bahaya Pengambilan Ubat Tanpa Nasihat Doktor. Ini reply saya:

Quote

Leokid wrote: Terima kasih ummi shaniza kerana membangkitkan isu ini. Kadang2 isu ini selalu kita terlepas pandang. Ya, pengambilan ubat penahan sakit (panadol/acetaminophen/paracetamol) secara berterusan boleh menyebabkan kegagalan hati (liver failure). Satu, untuk kes orang bunuh diri. Kan ade je orang bunuh diri telan banyak2 pil panadol secara terus. Err..saya pernah terbaca, mengikut kajian kebanyakan orang yang mati dengan cara ini, mati disebabkan tercekik pil itu sebenarnya, bukan disebabkan toxicity. Tapi ya, ia tetap boleh menyebabkan kematian -_-" Namun yang lebih membahayakan kita2 yang x plan nak bunuh diri ni, adalah pengambilan ubat walaupun dalam dos yang kecil, tetapi kerap dan berterusan tetap boleh membawa kepada toxicity. Ini biasa terjadi, contoh cam seseorang ambil ubat panadol, pastu sejam kemudian sakit dia datang kembali dia ambil lagi sebijik, kemudian lagi, kemudian ulang lagi sejam seterusnya - ubat tersebut boleh terkumpul secara kumulatif dalam badan dan menyebabkan toxicity. So berapa had/limit yang dibenarkan? Seperti yang ummi shaniza berikan itulah, limitnya 7.5gram sehari. Ataupun lebih tepat lagi, limitnya 10 gram ataupun 200mg didarabkan dengan berat badan, mana2 yang lebih rendah. Juga ingin saya tekankan, bukan semata2 pengambilan sejenis ubat sahaja yang berbahaya. Pengambilan lebih dari satu jenis ubat dalam satu masa juga boleh mengundang padah. Ini kerana ubat sesama ubat boleh menghasilkan kesan, sama ada ia synergistic atau antagonistic. Synergistic maksudnya 2 ubat tersebut saling bertindakbalas menghasilkan kesan yang lebih kuat, yakni lebih cenderung kepada toksik. Antagonistic maksudnya 2 ubat tersebut saling bertindakbalas mengurangkan kesan masing2, maksudnya secara tak sedar kita memerlukan lebih banyak dos untuk mencapai kesan yang diingini, sekaligus boleh membawa kepada toksik juga. Justeru itu adalah amat penting sekiranya kalau anda berjumpa doktor kerana sesuatu sakit, anda patut memberitahu doktor tersebut ubat apa yang anda sedang ambil, biarpun sekadar pil diet, pil perancang, atau vitamin2 biasa. Ataupun lebih baik, anda hentikan pengambilan supplement2 tambahan ketika dalam rawatan ubat kerana sesuatu penyakit. Satu lagi yang orang selalu terlepas pandang juga, adalah rawatan alternatif. Kadang2 ada yang lepas jumpa doktor, dia gi jumpa pengamal perubatan tradisional pula. Konon2 untuk mendapatkan pandangan kedua, nak bagi balance tradisional dan moden. Dan pengamal perubatan tersebut pula memberikan rawatannya, air itu ini, herba itu ini, akar kayu dsb, ini juga boleh membawa bahaya terutama jika diambil bersama2 dengan ubat yang dipreskripsi doktor. Walaubagaimanapun, dengan satu pengecualian - ubat-ubatan homeotherapy. Homeotherapy adalah satu cabang perubatan yang menggunakan bahan-bahan organic sebagai rawatan perubatan. Justeru rawatan homeopathy kebiasaannya tidak membawa kepada masalah toksik ataupun side-effect, inshaAllah.

0

#13 User is offline   akasakiii 

  • Group: Members
  • Posts: 1,501
  • Joined: 23-October 09

Posted 08 November 2009 - 08:38 PM

minum air kelapa sebiji sehari,,,selesai masaalah
0

#14 User is offline   rahmanw 

  • Group: Members
  • Posts: 96
  • Joined: 28-July 08

Posted 09 November 2009 - 08:06 PM

Quote

akasakiii wrote: minum air kelapa sebiji sehari,,,selesai masaalah
salam... ni untuk sakit apa? saya ada gastrik....sebab tu dalam hal ubat ni kena jaga2....
0

#15 User is offline   anak tok guru 

  • ATG
  • Group: Members
  • Posts: 1,570
  • Joined: 15-March 08
  • LocationKL

Posted 09 November 2009 - 08:50 PM

*assalamualaikum Panadol ni kalau cek betul2 diluluskan KKM.. InsyaAllah selamat..ikut nasihat ahli farmasi, doktor baik2.. sejak menjak ni ramai post tentang bahaya pemakanan kepada kesihatan cth: RO water dan sebagainya dalam *iluvislam*.. bagi sayalah kan semua makanan/minuman yang bakal dimasukkan ke dalam perut kita akan memudaratkan dengan syarat.. bergantung pada kuantiti pengambilan dan kandungan pemakanan serta keadaaan kesihatan semasa.. [small]p/s: masak lomak cili api pun bahaya jugak makan sebab kolestrol, fat dll..[/small]
0

Share this topic:


  • 4 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • Last »
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic