Komuniti iluvislam.com : Buah Khuldi - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Buah Khuldi

#16 User is offline   akasakiii 

  • Group: Members
  • Posts: 1,501
  • Joined: 23-October 09

Posted 21 November 2009 - 07:18 AM

Quote

efu wrote: Tapi, ana ada satu persoalan. Tak kisah la apa nama pohon atau buah tu pun, tapi ana nak tahu, andai kata kita masuk ke syurga (insyaallah..amin), adakah pohon ni masih ada? Dan jika ada, adakah dilarang juga untuk memakannya? Moga jawapan bagi persoalan ini juga boleh dikongsi oleh pembuka thread. Terima kasih.
Di dalam Syurga yang kekal bersama tuhan , mana Ada pohon itu lagi dah Yang Ada hanya Allah.Allah Allah. Dah makan buah Khuldi yang tak sedap rasanya dan dah mengetahui rasanya tidak enak. Kemudian Makan Zikir mengingati Allah dalam keenakan. Buat Apa nak berkhuldi khuldi lagi kan, Dah tahu perbezaannya Tetaplah dalam syurga kenikmatan yang berkekalan sahajaaaaaa....Confirm
0

#17 User is offline   yunusbhai 

  • Group: Members
  • Posts: 1,557
  • Joined: 28-June 09

Posted 21 November 2009 - 08:42 AM

*assalamualaikum Jika mengambil kira 'sifat pokok khuldi' ini adalah jenis pokok yang 'ada mayang', pokok yang mengeluarkan mayang DISEKELILING KITA adalah seumpama ... kelapa ... pinang ... kelapa sawit namun... megapa arwah P. Ramli menyanyikan lagu ... air si pinang muda !!! namun hari ini, kita ada jumpa banyak jenis 'pokok pinang', dan yang banyak jadi hiasan tu... memang berbuah rendah-rendah !!! ALLAHU A'LAM. ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.
0

#18 User is offline   akasakiii 

  • Group: Members
  • Posts: 1,501
  • Joined: 23-October 09

Posted 21 November 2009 - 09:08 AM

Jika kita katakan " BUAH HATI"( dindalah buah hati kanda).....Jika betul betul BUAH seperti buah pinang ada dalam hati alamatnya...sesak nafas jadiknya kan?

Quote

namun... megapa arwah P. Ramli menyanyikan lagu ... air si pinang muda !!!
bab air pinang muda nie tak leh lah nak citer kat sini ...huhu
0

#19 User is offline   yunusbhai 

  • Group: Members
  • Posts: 1,557
  • Joined: 28-June 09

Posted 22 November 2009 - 08:21 PM

*assalamualaikum Menurut kisah-kisah bahawa jasad Nabi Adam AS adalah lebih besar dan tinggi berbanding kita, katakanlah setinggi 'pohon nyior', haruslah 'pohon khuldi' setanding ketinggiannya. Yang saya dapat katakan, 'pohon itu' harus mempunyai 'mayang', ia bukan rambutan atau durian dan serupa sifat demikian itu. ALLAHU A'LAM. ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.
0

#20 User is offline   Azwers 

  • Group: Members
  • Posts: 407
  • Joined: 12-September 09

Posted 22 November 2009 - 09:10 PM

salam, sy ada terbaca dlm sebuah buku tajuk 'penenang hati' terjemahan kitab dr Iman Al Ghazali (lupa tajuk kitab) diceritakan bahawa didalam syurga manusia tidak akan merasa utk membuang air besar atau kecil walaupun makan atau minum sebanyak mana yg dikehendaki melainkan apabila makan buah khuldi. Oleh yg demikian Allah SWT melarang nabi adam memakan buah tersebut. selepas nabi adam memakan buah tersebut , nabi adam ingin membuang air besar. Allah swt murka kpd nabi adam lalu dihantar ke bumi . wallahualam
0

#21 User is offline   Safwan_corp 

  • Group: Members
  • Posts: 63
  • Joined: 07-September 09

Posted 22 November 2009 - 09:53 PM

Assalamualaikum wb.t Buah Khuldi ek? ermm... setakat dengar la, memang ada yang kata namanya buah khuldi. dan ade kate israeliyyat.. jadi, sama2 kita check balik. Kristian tanya kenapa tak boleh makan buah khuldi? Di dalam islam ada larangan dan suruhan, ada nikmat dan ujian. jadi buah khuldi adalah larangan Allah bagi menguji manusia. pada ketika itu nabi Adam a.s dan istrinya hawa di uji dengan ujian tersebut. Ujian adalah untuk menguji tahap keyakinan pada Tuhannya. Boleh sahaja dengan kekuasaan Allah s.w.t, Allah s.w.t jadikan Buah yang dikatakan khuldi itu boleh dimakan, tapi ia adalah ujian kepada manusia. dan sekiranya lulus ujian akan diberikan pahala dan akan dimasukkan ke syurga. buah khuldi adalah salah satu ujian Allah. ada banyak lagi ujian Allah. Sebagai contoh, Untuk memasuki ke IPT, tidak dapat tidak, kita perlu jalani peperiksaan SPM. kn? jadi, sekiranya lulus, boleh la masuk ke IPT. Sekiranya tidak, tidak dapat masuk la. Boleh je kerajaan luluskan semua pelajar untuk dapat masuk ke IPT tapi dimana kualiti pelajar-pelajar tersebut. dan dengan ujian ini jadikan kita berlumba-lumba untuk membuat kebaikan. Ini sekadar pandangan ana sahaja *kalau tak faham boleh tanya ye. sbb taip nk cepat.. kejar bateri laptop nak habis ni
0

#22 User is offline   akasakiii 

  • Group: Members
  • Posts: 1,501
  • Joined: 23-October 09

Posted 23 November 2009 - 12:59 AM

[quote][quote]Safwan_corp wrote: Assalamualaikum wb.t Buah Khuldi ek? ermm... setakat dengar la, memang ada yang kata namanya buah khuldi. dan ade kate israeliyyat.. jadi, sama2 kita check balik. [/quote] SURAT 20. THAAHAA [size=5]فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لا يَبْلَى[/size] Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu [u]pohon khuldi[/u] dan kerajaan yang tidak akan binasa?"
0

#23 User is offline   ustaz_syiq 

  • Group: Members
  • Posts: 36
  • Joined: 18-November 09

Posted 23 November 2009 - 12:15 PM

Pokok Al-Khuldi tu memang ada dalam syurga. Nabi Muhammad namakan satu pokok n POKOK AL-KHULDI jugak pabila bersabda : "Sesungguhnya dalam syurga ada satu jenis pokok yang akam memayungkan org yg menunggang selama seratus tahun tidak putus2 dan ianya adalah POKOK AL-KHULD ". Riwayat Ahmad. Tapi yg Syaitan goda Nabi Adam makan buah dari pokok tu bukan pokok khuldi yg sebenar yg dlm hadith td. Tapi dari pokok lain, seten tunjuk pokok lain yg dilarang oleh Allah kepada Nabi Adam dan Hawa mendekati dan memakannya. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas pokok tu namanya pokok AL-KARAM yg diperbuat drpdnya arak dan ada yg kata nama lain : tulah pokok yg dilarang oleh Allah pada nabi Adam ketika itu. Tp Seten ni pandai goda. Dia pi tunjuk pd Adam dan Hawa pokok AL-KARAM (yg dilarang tu) pastu seten kata tu pokok AL-KHULDI yg kalau mkn akan kekal hidup lama, so mknlah! Inilah stay godaan syaitan. Menjawab bagaimana cara nk jwb org yg bertanya mengapa Allah larang Nabi Adam dan Siti Hawa makan buah dari pokok Al-Khuldi? Katakan pada dia buah dari pokok yg Allah larang tu bukan buah pokok AL-KHULDI tp pokok lain iaitu pokok AL-KARAM. Syaitan tipu dia kata pokok tu pokok Al-KHULDI yg akan kekal lama sapa yg mkn so Nabi Adam pun mknlah. Rupa2nya bukan buah dari pokok Al-KHULDI tetapi dari pokok AL-KARAM yg Allah larang tu. Jika ditanya lg mengapa buah khuldi tak blh mkn? jwblah. Sbb dia tak ORI. hehe..mcm tu lah lbh kurang.
0

#24 User is offline   Abu Hurairah 

  • http://hariaruhuba.blogspot.com/
  • Group: Members
  • Posts: 6,513
  • Joined: 28-April 08

Posted 23 November 2009 - 02:44 PM

Cerita kat atas saya tak pernah dengar. Mohon panduan daripada para Moderator agama.
0

#25 User is offline   ustaz_syiq 

  • Group: Members
  • Posts: 36
  • Joined: 18-November 09

Posted 23 November 2009 - 04:59 PM

rasanya blh rujuk semua kitab tafsir. ada sebut dlm seme2 tu.
0

#26 User is offline   Abu Hurairah 

  • http://hariaruhuba.blogspot.com/
  • Group: Members
  • Posts: 6,513
  • Joined: 28-April 08

Posted 23 November 2009 - 06:32 PM

Quote

ustaz_syiq wrote: rasanya blh rujuk semua kitab tafsir. ada sebut dlm seme2 tu.
Oh..time kasih ustaz *tup*
0

#27 User is offline   Safwan_corp 

  • Group: Members
  • Posts: 63
  • Joined: 07-September 09

Posted 23 November 2009 - 09:15 PM

[quote]akasakiii wrote: [quote][quote]Safwan_corp wrote: Assalamualaikum wb.t Buah Khuldi ek? ermm... setakat dengar la, memang ada yang kata namanya buah khuldi. dan ade kate israeliyyat.. jadi, sama2 kita check balik. [/quote] SURAT 20. THAAHAA [size=5]فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لا يَبْلَى[/size] Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu [u]pohon khuldi[/u] dan kerajaan yang tidak akan binasa?"[/quote] Mintak saudara akasaki betulkan, betul ke ini daripada surah thoha? sebab ana dah check, ni adalah ayat 20 dari surah thoha فَأَلۡقَٮٰهَا فَإِذَا هِىَ حَيَّةٌ۬ تَسۡعَىٰ Lalu dia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar. (20) di harap saudara dapat detailkan balik. Rujukkan : http://quranexplorer.com/Quran/Default.aspx
0

#28 User is offline   akasakiii 

  • Group: Members
  • Posts: 1,501
  • Joined: 23-October 09

Posted 25 November 2009 - 04:06 AM

[quote]Safwan_corp wrote: [quote]akasakiii wrote: [quote][quote]Safwan_corp wrote: Assalamualaikum wb.t Buah Khuldi ek? ermm... setakat dengar la, memang ada yang kata namanya buah khuldi. dan ade kate israeliyyat.. jadi, sama2 kita check balik. [/quote] SURAT 20. THAAHAA [size=5]فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لا يَبْلَى[/size] Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu [u]pohon khuldi[/u] dan kerajaan yang tidak akan binasa?"[/quote] Mintak saudara akasaki betulkan, betul ke ini daripada surah thoha? sebab ana dah check, ni adalah ayat 20 dari surah thoha فَأَلۡقَٮٰهَا فَإِذَا هِىَ حَيَّةٌ۬ تَسۡعَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِشَجَرَةِ الْخُلْدِ Lalu dia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar. (20) di harap saudara dapat detailkan balik. Rujukkan : http://quranexplorer.com/Quran/Default.aspx[/quote] Apa Yang salahnya cayang, sila check semula diantara Ayat dan surah. Yang saya tanda ( bertanda merah) bukan Ayat 20 tetapi surah 20 dari ayat quran iaitu surah Thaaha. sementara posting saya itu saya tidak meletakkan ayat ke berapa. jika cayang mahu semak ayatnya. Surah 20 ( Thaaha) ayat ke 120 mudah mudahan jelas Dan terima kasih Atas perihatin*jazakallah p/s: Link yang saudara berikan itu, terjemahannya tidak menyatakan "KHULDI" dan hanya menyatakan sekadar "POHON"sedangkan dalam ayat bahasa arabnya ada menyatakan" "Shajaratil Khuldi". sila semak jika saya salah tolong betulkan saya ya!!.
0

#29 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 25 November 2009 - 12:35 PM

Assalamualaikum Warahmatullah. Firman Allah Taala bermaksud: Kemudian syaitan membisikkan fikiran jahat kepadanya dengan berkata: Hai Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon khuldi dan kerajaan yang tidak akan binasa? (Surah Thahaa: Ayat 120). Pohoh khuldi yang dimaksudkan di sini ialah pohon berkekalan. Ini kerana menurut bisikan syaitan kepada Nabi Adam A.S. bahawa sesiapa yang memakan buah tersebut maka dia akan kekal. Kita tidak dapat memastikan nama sebenar pohon yang dilarang oleh Allah Taala tersebut kerana tidak diterangkan di dalam al-Quran al-Karim dan al-Hadis S.A.W. secara mendalam. Adapun pohon khuldi sepertimana yang disebutkan di dalam surah Thahaa ayat 120 ini adalah nama yang diberikan oleh syaitan yang bermaksud pohon yang membawa kepada berkekalan hidup bagi sesiapa yang memakan buahnya. Firman Allah Taala bermaksud: Dan Kami berfirman: Hai Adam, tinggalkanlah kamu dan isterimu di dalam syurga ini dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik di mana sahaja yang kamu sukai dan janganlah kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim. (Surah al-Baqarah: Ayat 35). Selain ayat-ayat al-Quran al-Karim di atas, penerangan kisah ini ada disebutkan juga di dalam awal ayat-ayat surah al-Araaf. Sila rujuk ayat-ayat berikut untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Sila rujuk kitab-kitab tafsir juga bagi mendapatkan penjelasan lebih jelas dan mendalam mengenai pohon tersebut. Kisah dan cerita berkenaan dengan buah khuldi ini adalah kisah atau cerita yang mempunyai unsur-unsur riwayat Israiliyyat. Israiliyyat secara ringkasnya bermaksud sesuatu kisah atau cerita yang diriwayatkan atau diambil dari sumber Bani Israel yang tiada asal-usul di dalam Islam. Selain buah khuldi, terdapat beberapa riwayat lain lagi yang turut menyebutkan perihal kisah ini dan disebutkan juga pelbagai jenis buah serta pohon lain. Pohon dan buah ini tidak terlepas juga dari unsur-unsur bersumberkan Israiliyyat. Di antaranya ialah pohon al-Sanbilah, pohon al-Bar, pohon al-Karmah, pohon al-Tainah dan pohon al-Naklah. Setiap satu dari pohon-pohon tersebut ada perbahasannya yang panjang. Perkara ini telah kami pelajari di Universiti al-Azhar pada tahun lalu (2008) di bawah matapelajaran al-Dakhil. Kitab yang saya rujuk berkenaan dengan perkara ini dikarang oleh pensyarah kami iaitu Prof. Dr. Muhammad bin Musad al-Said bertajuk al-Dakhil Fi Kisas al-Tanzil (Adam A.S.). Semoga kita berhati-hati di dalam mengambil kisah atau cerita tertentu. Wallahualam.
0

#30 User is offline   Safwan_corp 

  • Group: Members
  • Posts: 63
  • Joined: 07-September 09

Posted 26 November 2009 - 12:56 AM

[quote]akasakiii wrote: [quote]Safwan_corp wrote: [quote]akasakiii wrote: [quote][quote]Safwan_corp wrote: Assalamualaikum wb.t Buah Khuldi ek? ermm... setakat dengar la, memang ada yang kata namanya buah khuldi. dan ade kate israeliyyat.. jadi, sama2 kita check balik. [/quote] SURAT 20. THAAHAA [size=5]فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَا آدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لا يَبْلَى[/size] Kemudian setan membisikkan pikiran jahat kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, maukah saya tunjukkan kepada kamu [u]pohon khuldi[/u] dan kerajaan yang tidak akan binasa?"[/quote] Mintak saudara akasaki betulkan, betul ke ini daripada surah thoha? sebab ana dah check, ni adalah ayat 20 dari surah thoha فَأَلۡقَٮٰهَا فَإِذَا هِىَ حَيَّةٌ۬ تَسۡعَىٰ شَجَرَةِ الْخُلْدِشَجَرَةِ الْخُلْدِ Lalu dia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar. (20) di harap saudara dapat detailkan balik. Rujukkan : http://quranexplorer.com/Quran/Default.aspx[/quote] Apa Yang salahnya cayang, sila check semula diantara Ayat dan surah. Yang saya tanda ( bertanda merah) bukan Ayat 20 tetapi surah 20 dari ayat quran iaitu surah Thaaha. sementara posting saya itu saya tidak meletakkan ayat ke berapa. jika cayang mahu semak ayatnya. Surah 20 ( Thaaha) ayat ke 120 mudah mudahan jelas Dan terima kasih Atas perihatin*jazakallah p/s: Link yang saudara berikan itu, terjemahannya tidak menyatakan "KHULDI" dan hanya menyatakan sekadar "POHON"sedangkan dalam ayat bahasa arabnya ada menyatakan" "Shajaratil Khuldi". sila semak jika saya salah tolong betulkan saya ya!!.[/quote] Ok mungkin ana tersilap melihat.. maafkan ana.. ok insyaAllah ada masa nanti ana rujuk di dalam kitab tafsir. Dalam Quran Explorer tu sekadar utk rujukan ayat sahaja. InsyaAllah ana akan check dan kita akan bincang lagi. terima kasih atas teguran
0

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic