pil yasmin...ermm..memang diakui yang pengamal pil yasmin tidak mengalami perubahan berat badan...tapi harga pil yasmin mahal, sbb itulah tak ramai yang mengambilnya..:)
pil anti menopause juga antara bahan kandungannya adalah hormonkan? jadi apa yang membezakan pil perancang keluarga dgn pil anti menopause tu?
kalau tak silap saya, ade beberapa keadaan yang menyebabkan doktor memberi consultation untuk merancang ni..
1) jika kelahiran pertama adalah kelahiran secara pembedahan.
2) semasa kelahiran/mengandung, ibu mengalami masalah seperti rahim tidak kuat & etc
(betulkan kalau saya salah)
nur petunjuk wrote:

Yap...yasmin mahal sikit.....
beza pil perancang keluarga dan menopause tu ialah kandungan jenis hormonnya....
ya, tu juga salah sebabnya dan kalau umur ibu sudah melebihi 40, sebab risiko terlalu banyak bila sudah tua baru mengandung...dll lagi
mencari_ilmu wrote:
Pil perancang yg murah mungkin menyebabkan badan mengembang cepat. Pakai k*nd*m, senang nak rancang. Kos pun murah.
Harap2 tak memburukkan keadaan.
salaam..
kalau gune benda tu.. itu yang akh yunusbhai gtau.. senjata ke arah berleluasanya zina.. secara x langsung,kita da menyokong usaha mereka.. Allah da sediakan jalan.. cuma, mungkin sesetengah kita lebih selesa gunakan kemudahan.. makan pil, insyaAllah x pregnant.. rasanya hospital malaysia akan tanya kan pada wanita yang nk amik pil perancang keluarga..samada da kawin ke blum.. ke..dorg x tanye?

*assalamualaikum
i.
Doktor kerajaan atau klinik kerajaan harus tanya suami, doktor 'bayar punya' peduli apa, siapa nak beli ubat tidak kena mengena dengan dah kahwin atau belum.
atau
anak-anak dara pun boleh upah kawan dah kawin untuk ambil diklinik kerajaan.
ii.
oerancang keluarga Negara adalah sebuah agensi yang WAJIB DIWUJUDKAN oleh kepentingan badan antarabangsa yang melibatkan pinjaman wang negara.
Pprogram ini adalah pendekatan Musyrikin dengan kerjasam syaitan jin dan syaitan manusia yang berkaitan pula dengan 'perang Salib Modern'.
( Mungkin doktor atau bakal doktor harus tidak ambil tahu siasah Perang Salib Modern ).iii.
Saya hendak cerita satu kes beberapa tahun silam.
dari dua kes yang berbedza.
Seorang 'ibu muda' terpaksa bersalin anak yang pertama melalui proses pembedahan kecil dan dinasihatkan agar 'jangan beranak' dalam jangka dua tiga tahun atas sebab kesihatannya.
Maka, doktor pun 'ikat'.
entah bagaimana , Allah tetapkan, PENGIKAT putus atau terlerai, maka TERMENGANDUNG.
Suami isteri nekad dengan Taqdir Ilahi engan izinNYA, anak yang kedua lahir dengan sihat, ibunya pun sihat tanpa melalui doktor yang menasihatkan jangan mengandung.
ALLAHU A'LAM.
ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.
yunusbhai wrote:
*assalamualaikum
Bagi Mukmin/nah, ini adalah amalan yang rusak lagi merusakan orang lain.
Bukankah setiap jiwa yang telah dan akan lahir itu TELAH TERTULIS akan ketetapannya,
tentang setia saat kehidupan dan kematiannya.
Semuanya...anak-anak kita yang akan lahir, bila lahir, namanya, reakinya, jodohnya, anak-anaknya kelak ( cucu-cicit kita ) dalam pusiangan yang sama sehinggalah saat ajal mereka.
semuanya telah ditetapkanNYA.
Mukmin/nah diharuskan berusaha dengan dua cara,
i. Cara yang diredhaiNya.
ii. Cara yang dimurkaiNya ( menempah azab ).
Menjarangkan anak atau sengaja membunuh janin adalah amalan Musyrikin atau dikalangan fasikin.
Disamping itu salah satu kaedah musuh Islam mengembangkan dan mengajar kearah kelakuan ZINA YANG DI KUTUK OLEHNYA.
NA'UZUBILLAHIMINZALIK.
NOTA:Amalan hendak mendahului ketetapan atau menentang taqdir Ilahi adalah amalan Musyrikin mana ada kebaikan melainkan kerusakan.
ALLAHU A'LAM.
ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.
salaam..
kesimpulannya ia HARAM di sisi Islam ke, akh yunusbhai? if HARAM, kenapa kerajaan still approve it to be used? mungkinkah kerana ia Halal dari sudut pembuatannya, maka ia juga dikira halal utk digunakan? for me, merancang itu perlu tp preferable the natural way - kira cycle. huhu~
*assalamualaikum
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih bebanyak kepada akh Yunusbhai yang membuka mata saya terhadap isu halal dan haram merancang keluarga nie. Selepas entri akh yunusbhai dan pertanyaan oleh akh seterusnya, saya terus mencari hukumnya yang sebenar..disini saya sertakan beberapa hasil pencarian saya.
1. apakah hukum merancang keluarga? maksud saya d sini ialah menjarak-jarakkan kelahiran anak,supaya tidak setiap tahun si isteri melahirkan anak?.
Jawapan
:
Hukum merancang anak atas sebab kesihatan adalah diharuskan, sekiranya tanpa alasan yang dibenarkan syara' maka hukumnya haram..
-sumber, bahagian kemusykilan agama JAKIM.
2. Boleh tengok link ini yang pernah diperbincangkan dalam ILI http://www.iluvislam...827&rowstart=10
3. Boleh tengok link ini dari papisma yang lebih detail http://www.papisma.o...a/fekah/isu.pdf
4. Nie sumber dari fatwa negeri selangor
2.4 Masalah Merancang Keluarga
2.4.1 HARUS memakan pil perancang keluarga sekiranya tidak menjejaskan kesihatan serta dipersetujui suami isteri.
2.4.2 HARUS mengikat rahim sekirannya dalam keadaan darurat. HARAM memotong rahim kecuali dalam keadaan darurat atas nasihat doktor pakar.
2.4.3 HARUS meletakkan IUD dalam rahim sekiranya dipersetujui suami isteri.
ada lagi beberapa link lain tapi cukuplah setakat itu.....begitu juga pertanyaan akh seriku su yang juga menimbulkan pertanyaan di hati saya, kenapa kerajaan tak haramkan malahan menubuhkan LPPKN( Lembaga penduduk dan pembangunan keluarga nasional)
Banyak pendapat yang dikemukakan namun tiada yang betul-betul menjawab pertanyaan saudara seriku san.
Berdasarkan kepada pembacaan saya (mungkin saya tersilap tolong betulkan), ia diharuskan jika melibatkan
-masalah kesihatan ibu
-untuk memastikan pendidikan anak-anak tidak terbiar (isu berkaitan tarbiah anak2) - ini yang susah untuk dipastikan, apa yang dimaksudkan dengan anak2 akan terbiar, mungkin bergantung kepada individu itu masing-masing.
Tapi diharamkan jika atas alasan
-pendapatan yang tidak cukup/tak ada duit, (rezeki bergantung kepada anak2)
- untuk kecantikan badan si ibu
saya tak mahu mengulas tentang alasan utk tarbiyah anak2, tapi saya ingin mengulas dari sudut kesihatan.
Rasanya, jika seorang ibu mahu merancang kerana alasan kesihatan, maka perlu terlebih dahulu merujuk kepada doktor, kerana hanya doktor yang dapat mengesahkan perlu tak dia merancang?. Tapi, mungkin jika untuk menjarakkan sehingga dua tahun, dibolehkan, kerana ada hadis Rasulullah ttg itu dan dari segi kesihatan menjarakkan sehingga dua tahun adalah untuk memulihkan kesihatan badan si ibu. Tapi bagaimana jika seseorang ingin menjarakkan melebihi 2 tahun?.Maka, mungkin ia dah termasuk dalam perkara yang haram?
Saya juga terpukul dengan satu fatwa dari jbtn agama brunei (linknya saya tak jumpa semula), yang mengharamkan kita menggalakkan/mengumumkan cara perancangan keluarga ini...mungkin seperti apa yang LPPKN buat. Malah hukumnya haram jika menghadkan jumlah anak (seperti yang berlaku di singapura anak dihadkan 2 org sahaja dan ketiga cukainya menjadi tinggi)...
Tapi adakah hukumnya haram juga jika menghadkan anak secara tidak jelas...seperti ketentuan kerajaan Malaysia yg membenarkan cuti bersalin untuk anak 1-5 sahaja (rasanya, mungkin ada yg boleh jawab)...selepas anak kelima cutinyadikurangkan/tak ada....(nie mungkin boleh check semula.
Jadi melihat kepada fatwa brunei ini, saya merasakan thread ini secara tidak langsung menggalakkan penggunaan perancang keluarga secara diumumkan yang diharamkan oleh fatwa brunei. (Fatwa malaysia saya tak jumpa)
Selepas, itu saya telah terjumpa di youtube presentation ini berkaitan isu kebangkitan Islam di Eropah/barat. (saya letakkan linknya, tak pandai lagi nak post video youtube)
Menyebabkan saya berfikir semula, ramainya umat adalah satu kekuatan.
Oleh itu, saya minta moderator supaya lock thread yang saya mulakan ini kerana takut ada ahli ILI yang terbuka hati untuk merancang keluarga atas alasan yang diharamkan. Jika ada yang ada masalah berkaitan merancang keluarga ini (yang diharuskan) bolehlah PM saya personally.
Terima kasih dan syabas kepada akh yunusbhai dan seriku su*clap* kerana membuka mata saya berkaitan isu ini...... saya akan postkan hukum merancang keluarga ini di blog saya nanti lepas telah dikemaskan.
Dr Mohd Khairol
*bismillah
ISLAM ITU INDAH
ISLAM ITU MUDAH
jangan atas nama Islam anak2 dipaksa untuk menjadi robot yg hanya pandai diprogram atas alasan x boleh derhaka.
jangan atas nama islam isteri dinafikan hak, dicerca apabila meminta cerai walaupun dipukul didera suami krn perlu taat pada suami
TAPI MUDAH JGN SEHINGGA MEREMEHKAN
jangan atas nama islam kononnya atas nama perpaduan kahwin lain agama dibenarkan
jangan kerana nak berebut pahala maka semua org berebut2 nak anjur konsert amal yang entah apa2
~Dalam 1 feqah perubatan pil perancang adalah antara isu yg ditimbulkan oleh audien dan dijawab hukum penggunaan pil perancang pada asalnya harus tetapi tidak dihebohkan kepada umum untuk elakkan salah faham. tetapi hukumnya berbeza mengikut keadaan individu.
maka sesiapa yg memerlukan nasihat berkaitan hukum adalah perlu berjumpa sendiri pegawai2 jabatan agama atau ulama'.*pc*
maaf saya agak teremosi .tetapi janganlah kerana terlampau kerasnya golongan agama menjauhkan lagi masyarakat dengan mereka dan seterusnya Islam. kita jangan hanya pandai menghukum. letaklah kita yang berada di sana. bagaimana golongan yang free hair contohnya atau seorang bekas penagih dadah ingin mendekati agama jika kedatangan mereka ke rumah Allah hanya mendatangkan pandangan2 sinis tanpa kasih sayang. isu pil perancang adalah antara isu yang boleh kita rungkai dgn cara yg berhikmah.:)
maaf kalau saya tersilap.
contraceptive coz kegemukan...ermmm saya pun pernah tanya doc OnG..
reason sebab water retention eheheh probably certain pil kot,
tapi doc tu advice saya kalo itu yang saya takut jangan ambiklar...
Anis Anisa wrote:
*bismillah
ISLAM ITU INDAH
ISLAM ITU MUDAH
jangan atas nama Islam anak2 dipaksa untuk menjadi robot yg hanya pandai diprogram atas alasan x boleh derhaka.
jangan atas nama islam isteri dinafikan hak, dicerca apabila meminta cerai walaupun dipukul didera suami krn perlu taat pada suami
TAPI MUDAH JGN SEHINGGA MEREMEHKAN
jangan atas nama islam kononnya atas nama perpaduan kahwin lain agama dibenarkan
jangan kerana nak berebut pahala maka semua org berebut2 nak anjur konsert amal yang entah apa2
~Dalam 1 feqah perubatan pil perancang adalah antara isu yg ditimbulkan oleh audien dan dijawab hukum penggunaan pil perancang pada asalnya harus tetapi tidak dihebohkan kepada umum untuk elakkan salah faham. tetapi hukumnya berbeza mengikut keadaan individu.
maka sesiapa yg memerlukan nasihat berkaitan hukum adalah perlu berjumpa sendiri pegawai2 jabatan agama atau ulama'.*pc*
maaf saya agak teremosi .tetapi janganlah kerana terlampau kerasnya golongan agama menjauhkan lagi masyarakat dengan mereka dan seterusnya Islam. kita jangan hanya pandai menghukum. letaklah kita yang berada di sana. bagaimana golongan yang free hair contohnya atau seorang bekas penagih dadah ingin mendekati agama jika kedatangan mereka ke rumah Allah hanya mendatangkan pandangan2 sinis tanpa kasih sayang. isu pil perancang adalah antara isu yang boleh kita rungkai dgn cara yg berhikmah.:)
maaf kalau saya tersilap.
Jika sudah tahu ia merupakan 'masaalah peribadi',
jangan pula jadikan masaalah pada umum sehingga seolah-olah 'pengenalan' usaha anti Islam dalam usaha memberi jalan keluar dan 'mengharuskan zina' tanpa kesan termengandung.
kalau kes 'perancang keluarga' ditempelkan dan masukkan isu cerai dan kes penderaan, ini sudah macam gerakan SIS.
NOTA:
ISLAM YANG INDAH itulah TIDAK MEMAKSA KEPADA SESIAPA YANG SUKA ATAU TIDAK SUKA,
masing-masing diri boleh jadi Muslim Mukmin atau jadi fasik, bahkan murtad sekalipun.
NA'UZUBILLAHIMINZALIK.
Sesiapa yang menyangka dan mewar-warkan keharusan dan kebaikan 'perancang keluarga modul' anti Islam, siapakah yang menghalang sedangkan ia memang disediakan 'Jabatan' yang menggalak dan melindunginya oleh pemerintah.
DAN
Sesiapa yang mahu jadi MUKMIN lalu berada dalam BATASAN YANG BENAR, adalah menjadi hak mereka.
Kedua-duanya bebas untuk dipilih.
CUMA;
Para Sdr Mukmin menghurmati kajian dan pendapat para imuan mahupun 'doktor' walaupun bukan Islam, hatta yang bergiat dalam usaha anti Islam As Sunnah;
maka;
harus mereka pula menghurmati Muslim Mukmin yang menyatakan kebenaranNya bagi mengingatkan sesiapa yang mahu ingat dan TIDAK MENGHUNUS PEDANG BAGI MEMANCUNG LEHER KEPADA YANG ENGGAN ATAU MEMPERSENDA KEBENARAN HUKUM ISLAM AS SUNNAH. Lebih-lebih lagi dalam laman *iluvislam*.
ALLAHU A'LAM.
ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.
Pendapat saya pula (walaupun tak nikah lagi hehe), pengambilan pil perancang ni merupakan satu kaedah usaha untuk menyusun organisasi dalam sesebuah keluarga.
Katakanlah si ibu dan bapa memiliki sejarah keluarga yg mempunyai ramai adik beradik dan jaraknya pula dekat-dekat. Mereka memiliki pengalaman tersendiri, ada yang rasa kurang diberi perhatian, kewangan ibubapa yang kucar-kacir dan sebagainya.
Jadi, berdasarkan pengalaman lampau, usaha untuk menjarakkan tempoh kelahiran anak sendiri dilakukan.
Saya tampal satu persoalan dan jawapan yang diambil dari laman web BAHEIS:
Soalan:
Apakah hukum merancang keluarga dalam Islam oleh lelaki melalui penggunaan kondom, anzal atau makan pil cegah hamil?.
Jawapan:
Merancang keluarga adalah harus atas sebab-sebab yang diharuskan syarak seperti masalah kesihatan. Ini adalah berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-12 pada 20 Januari 1977.
Pada zaman Nabi s.a.w ada sahabat yang menggunakan kaedah anzal iaitu suami melepaskan mani di luar rahim tetapi keadaan tersebut dibenarkan sekiranya mendapat kerelaan isteri.
Wallahu a'lam.
Abu Hurairah wrote:Pendapat saya pula (walaupun tak nikah lagi hehe), pengambilan pil perancang ni merupakan satu kaedah usaha untuk menyusun organisasi dalam sesebuah keluarga.
Katakanlah si ibu dan bapa memiliki sejarah keluarga yg mempunyai ramai adik beradik dan jaraknya pula dekat-dekat. Mereka memiliki pengalaman tersendiri, ada yang rasa kurang diberi perhatian, kewangan ibubapa yang kucar-kacir dan sebagainya.
Jadi, berdasarkan pengalaman lampau, usaha untuk menjarakkan tempoh kelahiran anak sendiri dilakukan.
Saya tampal satu persoalan dan jawapan yang diambil dari laman web BAHEIS:
Soalan:
Apakah hukum merancang keluarga dalam Islam oleh lelaki melalui penggunaan kondom, anzal atau makan pil cegah hamil?.
Jawapan:
Merancang keluarga adalah harus atas sebab-sebab yang diharuskan syarak seperti masalah kesihatan. Ini adalah berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-12 pada 20 Januari 1977.
Pada zaman Nabi s.a.w ada sahabat yang menggunakan kaedah anzal iaitu suami melepaskan mani di luar rahim tetapi keadaan tersebut dibenarkan sekiranya mendapat kerelaan isteri.
Wallahu a'lam.
*assalamualaikum
PADA HEMAT SAYA.i.Perkataan dan ayat-ayat memberikan pendapat bagi menghalalkan cara merancang keluarga - menjarakan anak sedemikian ( diatas ) itulah yang dinamakan pendapat 'iman yang rusak' dikalangan munafikin dan fasikin tanpa hujah kebenaranNya.
KERANA; mereka yakin bukan ALLAH SWT yang memberikan rezki melainkan kepandaian dan kekuatan diri masing-masing sebagaimana keyakinan ATHIES.
NA'UZUBILLAhIMINZALIK.ii.'a'zal' ???
Saya tidak perlu menghuraikan maksud hadith dibawah ini, kerana ianya pun mudah difaham,
pun begitu rujuklah kepada 'yang ahli' dan dikalangan mereka AHLI FATWA yang memberikan fatwa,
dan harus juga mencari jawapannya dikalangan mereka tentang apakah perintah Sunnah SAW tentang ini. Mudah-mudahan kita tidak berada dikalangan yang mengikuti ikuti amalan kejahilan tanpa rujukan yang benar. InsyaAllah.
Dari Abu Said Al-Khudriy RA katanya:
Kami pernah berperang bersama Rasulullah SAW dalam peperangan Bani Mustaliq dan kami berjaya menawan beberapa orang perempuan Arab yang sangat cantik. Sebenarnya kami ingin bersetubuh dengan mereka tetapi kami bimbang mereka hamil, jadi kami melakukan A'zal dalam persetubuhan itu. Kami lakukan itu di saat Rasulullah SAW masih ada. Kami takut untuk bertanya masalah itu kepada baginda SAW. Tetapi akhirnya kami bertanya juga masalah itu kepada baginda.
Baginda SAW bersabda: Tidak perlu kamu lakukan itu kerana segala sesuatu yang telah ditakdirkan oleh Allah pasti akan wujud. Perkara sebegitu akan berlaku hingga Hari Kiamat.
( Muslim )
ALLAHU A'LAM.
ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.
Saya hanyalah orang biasa yang masih mencari-cari ilmu. Boleh abaikan pandangan saya sekiranya bercanggah dgn pendirian anda semua.
Sebarang pendapat membetulkan pandangan saya, harus saya terima dgn hati yang lapang, insyaAllah.
Rezeki manusia sudah tercatat sejak dilahirkan lagi, siapalah kita untuk menolak takdir Ilahi.
:)
Abu Hurairah wrote:

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENEGTAHUI LAGI MAHA PENGAMPUN.Semuga niat sdr dan saya juga untuk belajar diterimaNYA. InsyaAllah.
Laman ini bukan laman yang sekadar tatapan antara seorang berdua, bahkan ia tiada batasan diseluruh penjuru alam.
Sdr harus tahu keadaan itu.
ii.
Saya dan sdr, bahkan semua keluarga *iluvislam* yang belajar bersungguh jadi Muslim Mukmin mempunyai amanah dan tanggungjawab menyatakan yang benar atau pendapat yang ada kebenaran Islam berpandukan Al Quran dan Sunnah SAW, jika datangnya dari ijtihad pun perlulah kepada rujukan Ijtihad yang diSunnahkanNYA juga.
Lebih-lebih lagi jika kita sebagai 'krew' atau 'mod' laman 'ISLAM', ianya memang menjadi pernilaian netters seluruh dunia.
Saya juga tidak semestinya benar, bahkan sentiasa berniat belajar lagi sentiasa mengharapkan ada teguran oleh sesiapa sahaja jika memang saya berbuat kesalahan atau menyatakan sesuatu yang bertentang dengan syariat islam yang Haq.
jika apa yang kita sampaikan memang membawa kerusakan iman Islam, kesan perkataan kita juga akan menjadi persoalan sehingga keMahkamahNYA.
Saya mengingatkan diri saya sendiri dan kepada yang mahu ingat
InsyaAllah.
ALLAHU A'LAM.
ASTAGHFIRULLAH AL ADZIM.
Maaflah, nampaknya saudara yunusbhai begitu lantang menyuarakan pendapat beliau. Saya tidak dapat mengelak dari ingin bertanyakan soalan-soalan ini:
- Apa pendapat dan pendirian saudara yunusbhai terhadap fatwa-fatwa dan keputusan muzakarah para ulama' tempatan mahupun luar negara yang mengharuskan perancangan keluarga ini? Adakah anda mencadangkan bahawa ulama'-ulama', para mufti dan ahli2 majlis fatwa tersebut sebagai tersilap, kurang periksa, kurang dalil dsb?
- Apa pula taraf/kelayakan saudara dalam mempersoal keputusan yang telah diputuskan oleh para ulama', mufti, agamawan serta ilmuan yang membawa kepada keputusan fatwa-fatwa tersebut?
- Adakah saudara yunusbhai meraikan perbezaan pendapat dan khilaf, iaitu dengan mengakui bahawa pendapat saudara tidak semestinya sama dengan pendapat orang lain, dan anda tidak boleh mengatakan anda sahaja yang betul atau orang lain salah, tidak memaksa orang lain menerima pendapat anda serta menghormati pendapat orang lain?
- Apa pula kelayakan/kebolehan saudara yunusbhai dalam bidang perubatan, untuk menjustifikasikan/mempertikaikan keadaan dan keperluan perubatan yang membolehkan/mengharuskan perancangan keluarga ini?
- Dan yang terakhir, apa pula taraf/kelayakan saudara yunusbhai untuk memandang sinis @ prejudis, menghukum "iman rosak", melabel fasik dsb kepada mereka yang mengambil jalan perancangan keluarga untuk sesuatu kebaikan yang lebih besar (ataupun mengelak mudarat yang lebih besar), dengan berpegang kepada keputusan fatwa tersebut, dan tentunya dalam keadaan yang di luar pengetahuan saudara sendiri?
Maaflah, kerana saya melihat satu sikap yang tidak berapa disenangi terutamanya pada golongan muda, yang ditunjukkan oleh saudara dalam perbincangan ini. Out of respect kepada saudara yunusbhai kerana ilmunya dan pengalamannya dan usianya yang lebih daripada saya, maka saya dengan hormatnya mengajukan persoalan-persoalan ini atas tujuan menegur saudara, serta memohon agar persoalan utama thread ini (status harus/haram penggunaan kaedah merancang keluarga) diserahkan kepada ahlinya iaitu majlis fatwa, para ustaz/alim ulama' setempat, ataupun dalam kes di iluvislam ini, para moderator agama iluvislam.
Sekian, wassalam.