Komuniti iluvislam.com : [Puisi] Selamat Hari Lahir.. - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

[Puisi] Selamat Hari Lahir..

#1 User is offline   ma 

  • Group: Members
  • Posts: 204
  • Joined: 20-March 08

Posted 18 April 2008 - 10:14 AM

o Selamat lahir ke dunia ini wahai teman Tariklah nafasmu, Nikmatilah kesegaran semesta Pasanglah telingamu, Hayatilah bunyian merdu mergastua Kemudian bukalah matamu, Kagumilah kebesaran Maha Pencipta Sungguh, tidakkah kau menyedari Lagu ceria alunan seisi semesta Meraikan detik bersejarah kelahiranmu Mungkin kau tertanya-tanya Mengapa salam kelahiran ke dunia Dan bukan selamat ulangtahun kelahiran Namun teman, Usahlah kau dicengkam kepelikan Atau diburu sejuta persoalan Kerna kelahiran baru saja menjemputmu Meski hayat sudah mencecah puluhan tahun Ruh baru usai menempati jasadmu Tatkala langsung kau dakap fitrah insani Lalu serentak itu Kau sirnakan segala belenggu kematian Sedarlah betapa perjalanan hidupmu Hanya bermula saat kau tekadkan ikrar “Aku benci jahiliyyah” “Jahiliyyah bukan cara hidupku” Justeru kelahiran sebenar adalah bersama islam Hidup tanpa perhiasan iman Dan juga pakaian takwa Bukanlah suatu penghidupan hakiki Sekadar pergerakan jasmani tak bererti Kerna ruh sebenar ialah semangat islami Yang dengannya kau bernafas kini Tanpanya, Manusia itu laksana robot-robot Berjasad tapi tak bernyawa Walau zahirnya lincah ke sana ke sini Usahlah kau bermuram durja Dengan penghidupan serba baru ini Kerna kembaramu sebenarnya masih jauh Masih terlalu panjang Sepanjang usia alam dan seisinya Lantaran hidupmu bersama hakikat iman Walau jasadmu hancur ditelan bumi Namun ruhmu subur disirami semangat islami Selamat lahir ke dunia ini wahai teman Untung sekali, Antara sekian ribuan kau jadi pilihan Hargailah tiap saat kehidupan penuh bermakna ini Jangan sekali-kali kau berpaling dari kebenaran Justeru untuk kembali kepada kebinasaan Kerna kelahiran sebenar adalah bersama islam Sedang kecenderungan pada jahiliyyah Adalah petanda jelas kematian.
0

#2 User is offline   alikhwan 

  • Group: Members
  • Posts: 20
  • Joined: 11-September 07

Posted 18 April 2008 - 10:44 AM

salam.. alhamdulillah...,selamat hari lahir kepada sesapa saja..harap-harap ingat kembali tujuan asal kita hidup di dunia sementara ini...wallahuaklam..
0

#3 User is offline   muhammad naim 

  • pemudattbc
  • Group: Members
  • Posts: 5,325
  • Joined: 25-August 08
  • LocationKedah

Posted 05 February 2010 - 08:29 PM

alhamduillah.. sungguh indah jika ada sahabat begini :)
0

#4 User is offline   ukasyahbotak 

  • Group: Members
  • Posts: 2
  • Joined: 06-February 10

Posted 19 June 2010 - 03:14 AM

i like =)
0

#5 User is offline   imaen 

  • Group: Members
  • Posts: 14
  • Joined: 01-June 10

Posted 19 June 2010 - 04:06 AM

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. Subhanallah.. Setiap bait kata yg disusun oleh penulis.. Begitu indah ditafsir minda dan jiwa.. Kata2 pesanan penulis>> Selamat lahir ke dunia ini wahai teman Untung sekali, Antara sekian ribuan kau jadi pilihan Hargailah tiap saat kehidupan penuh bermakna ini Jangan sekali-kali kau berpaling dari kebenaran Justeru untuk kembali kepada kebinasaan Kerna kelahiran sebenar adalah bersama islam Sedang kecenderungan pada jahiliyyah Adalah petanda jelas kematian. Ya.. Kita sbg hamba slalu lupa pd peluang yg Allah berikan pd kita.. Lupa kita adlh pilihan Allah.. Untuk hidup di dunia ini.. melalui kehidupan yg benar2 amat bermakna ini.. Selamat lahir ke dunia.. Teman.. Moga kelahiran ini.. Benar2 bersama Islam hingga ke akhirnya.. Wallahua'alam..
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic