Komuniti iluvislam.com : *Aurat dengan Orang Tua - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

*Aurat dengan Orang Tua

#1 User is offline   khairana 

  • Group: Members
  • Posts: 4
  • Joined: 05-April 08

Posted 20 April 2008 - 10:45 AM

assalamualaikum... sy ada masalah sikit tentang aurat ni.. yg saya tau kalau ada hubungan kekeluargaan dengan orang tua tersebut dibolehkan tidak memakai tudung. contohnya, dengan atuk kita. tapi apa hukum mendedahkan aurat kita depan orang tua yg tiada tali persaudaraan seperti atuk kepada kawan kita.. saya serba salah...hari tu sy ikut kawan sy balik kampung die...kejap sy pakai tudung..kejap tak.bila kawan saya tanya kenapa nak pakai tudung?atuk dia dah tua pun.sy tak tau nak jawab camner sebab x berapa jelas. harap sahabat2 bleh tolong sy*hmm*
0

#2 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 20 April 2008 - 01:58 PM

Tutuplah aurat di hadapan orang tua yang tiada hubungan dengan kita, sebab ia boleh menjadi fitnah dan ingatlah orang tua juga ada kedapatan mempunyai nafsu.
0

#3 User is offline   bulan_sepi 

  • Group: Members
  • Posts: 26
  • Joined: 23-April 08

Posted 23 April 2008 - 10:27 AM

Assalamu'alaikum... Saya nk tanya soalan yg sebaliknya... Kalau orang tua tu yg buka aurat dia, takpe ke?? Kita nak bernafsu ke ngan orang tua...macam pelik je bunyinye..hik3 *rolling*
0

#4 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 23 April 2008 - 11:09 AM

Quote

bulan_sepi wrote: Assalamu'alaikum... Saya nk tanya soalan yg sebaliknya... Kalau orang tua tu yg buka aurat dia, takpe ke?? Kita nak bernafsu ke ngan orang tua...macam pelik je bunyinye..hik3 *rolling*
Wa'alaikumussalam wbth, zaman sekarang tidak pelik, ada kes orang muda yang merogol orang tua. Berbalik kepada asas iaitu hukum menutup aurat adalah wajib, samada ia tua atau muda apabila sudah baligh maka ia sudah menanggung pertanggungjawaban perintah dan larangan ALlah dan rasulNya. Allah SWT berfirman :- "Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu'min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu." (al-Ahzab: 59) Orang tua yang sudah nyanyuk (yang lupa) ia termasuk di dalam orang yang tidak sedar, begitu juga yang gila. Maka tiada taklifannya di situ. Iaitu ia membuka di dalam keadaan yang tidak sedar. Sebuah hadith : "Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!" (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) - Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya sebagainya datang dalam hadith Nabi kepada Sayyidina Ali r.a. Jika sekiranya orang tua itu membuka aurat takkan hendak melihat pula. Samada bernafsu atau tidak, pandangan mata perlulah dijaga sebaiknya. Kecualilah di dalam perkara darurat yang tiada alternatif lain melainkan untuk tujuan merawat, kemalangan dan dalam sebab yang dibenarkan oleh syarak. Aurat lelaki sebagaimana yang telah diketahui di antara pusat hingga ke lutut. sumber : Halal dan haram dalam Islam - dr yusof al qardhawi www.zaharuddin.net
0

#5 User is offline   bulan_sepi 

  • Group: Members
  • Posts: 26
  • Joined: 23-April 08

Posted 23 April 2008 - 11:42 AM

Ooo..ye ka?? Tp, ntah la... saya tak tau nk kata pa.. Sebab kan byk je nenek tua yg pakai serkub je...Betul tak? Pastu, pakai bju kurung kedah... Jd, terbukalah leher ngan lengannya... Hmm..camna tu? Mak saya pon tanya kat saya.. Saya tak tau nk jawab pa.. Tp, saya amek jln selamat..cakap tutup je la..
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic