Komuniti iluvislam.com : Cara-cara Mencuci Pakaian secara Basuhan Tangan - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Cara-cara Mencuci Pakaian secara Basuhan Tangan

#1 User is offline   Salahuddin Al Ayubi 

  • Group: Members
  • Posts: 29
  • Joined: 13-November 08

Posted 23 January 2010 - 03:27 PM

sesiapa boleh jelaskan cara cara membasuh(mensucikan) pakaian dengan menggunakan kaedah "handwash"?
0

#2 User is offline   lebah87 

  • What the mind can conceive, it can achieve.
  • Group: Members
  • Posts: 3,016
  • Joined: 26-January 08

Posted 23 January 2010 - 03:43 PM

Berus/Sental/cucilah guna tangan.
0

#3 User is offline   Salahuddin Al Ayubi 

  • Group: Members
  • Posts: 29
  • Joined: 13-November 08

Posted 23 January 2010 - 11:08 PM

kalau rendam dalam baldi?
0

#4 User is offline   cabai kering 

  • bekerjalah kita sekuatnya
  • Group: Members
  • Posts: 2,469
  • Joined: 15-April 09

Posted 23 January 2010 - 11:10 PM

lepas rendam sentallah menggunakan berus ^^
0

#5 User is offline   Abu Hurairah 

  • http://hariaruhuba.blogspot.com/
  • Group: Members
  • Posts: 6,513
  • Joined: 28-April 08

Posted 23 January 2010 - 11:16 PM

Huhu..tak pernah basuh baju guna tangan ke? Pengalaman saya tinggal kat asrama, antaranya adalah membasuh baju secara manual. Ikutilah 5 langkah mudah ni. 1) Rendam 2) Berus 3) Bilas 4) Perah 5) Jemur Selain menghasilkan pakaian yang bersih, ianya juga melatih otot-otot tangan supaya jadi lebih kuat dan tough. *hehehe* Kalau pakaian terkena najis tu, sila asingkan daripada basuh bersama pakaian lain.
0

#6 User is offline   akasakiii 

  • Group: Members
  • Posts: 1,501
  • Joined: 23-October 09

Posted 24 January 2010 - 12:42 AM

Semasa belajar dulu ( kitab tua ) , guru menganjurkan jirus dengan air lalu 3 kali pada bilasan terakhir sebelum menjemur pakaian. mungkin amalan ini telah di tinggalkan pada zaman ini.
0

#7 User is offline   Salahuddin Al Ayubi 

  • Group: Members
  • Posts: 29
  • Joined: 13-November 08

Posted 24 January 2010 - 06:06 PM

"jirus dengan air lalu 3 kali " kurang faham. maksudnye, jirus air, bukan rendam dalam air eh?
0

#8 User is offline   nnur_iman 

  • Group: Members
  • Posts: 28
  • Joined: 22-February 08

Posted 24 January 2010 - 08:53 PM

*assalamualaikum masa kt asrama dulu ade juga ustaz cakap kena jirus dgn air lalu..takut ada pakaian yg terkena najis..jd lebih elok la kiranya jirus dengan air lalu dulu...sebelum jemur pakaian yg dibasuh tadi.. kalau rendam je dalam air semasa membilas tu...tak suci la pakaian tu..kalau ada pakaian yg terkena najis...lebih2 lg pakaian yg kita bawa utk solat..
0

#9 User is offline   Abu Hurairah 

  • http://hariaruhuba.blogspot.com/
  • Group: Members
  • Posts: 6,513
  • Joined: 28-April 08

Posted 24 January 2010 - 09:42 PM

Biasanya masa bila tu saya biarkan air paip mengalir ke dalam baldi. Bilas sampai rasa bersih daripada sabun.
0

#10 User is offline   hortizh 

  • Group: Members
  • Posts: 330
  • Joined: 31-August 09
  • Locationhttp://izhamwong.blogspot.com/

Posted 24 January 2010 - 10:15 PM

rendam -> berus+sabun -> bilas (rendam dalam baldi dan gonyoh sehingga air sabun keluar) x3 -> perah -> jemur Pastikan baju dikibas sebelum dijemur. Ini bagi memastikan pakaian tidak rosak setelah kering dan memastikan ianya tahan lama. Dan juga sila jemur pakaian secara terbalik iaitu pakain luar di dalam manakala dalam di luar. Dengan ini pakain tidak akan mudah luntur warna.
0

#11 User is offline   hikoseijuro 

  • Group: Members
  • Posts: 1,918
  • Joined: 31-August 07
  • LocationUnited Kingdom

Posted 24 January 2010 - 10:25 PM

Quote

Abu Hurairah wrote: Ikutilah 5 langkah mudah ni. 1) Rendam 2) Berus 3) Bilas 4) Perah 5) Jemur
Dalam banyak2, part perah adalah paling best sebab ia menguji kekuatan otot2. Haha. Basuh baju pakai tangan nie adalah salah satu kaedah training kungfu di kuil Shaolin (berdasarkan sebuah movie). Selamat beramal, lama2 anda pasti rasai perbezaannya. ^^
0

#12 User is offline   _epalhijau_ 

  • Group: Members
  • Posts: 1,640
  • Joined: 28-April 08

Posted 24 January 2010 - 10:35 PM

Saya dulu masa saya menjadi kakak pada adik-adik saya yang kecik-kecik memang tak basuh guna mesin, memang pakaian kena rendam kejap kemuadian berus, masa bilas biasanya bilasan yang terakhir kena bilas dengan air yang mengalir, hanya mengunakan mesin tuk part terkhir iaitu perah (bahasa saya dengan adik-adik 'blender' hihi) tapi sebelum nak blender tu, kena la perah jgk, cuma perahan tangan tak sama dengan perahan mesin, kemudian barula jemur, [small]now bila sy balik adik-adik saya yang buat kerja-kerja tu semua, saya akan jadi tokey. ngeh3[/small]
0

#13 User is offline   Nisa_88 

  • I am a stargazer
  • Group: Members
  • Posts: 4,083
  • Joined: 20-February 08

Posted 25 January 2010 - 01:23 AM

*assalamualaikum kawan2.. Dok asrama dulu, most of the time suka basuh baju guna mesin.. Haha.. Tak pun, balik umah n mamaku akan basuh.. Heee.. Bila masuk uni, lagi2 la suka guna mesin.. Mamaku slalu pesan.. Tiap kali nak bilas kain tu, jangan lupa slawat.. Penah pk gak nape nak buat camtu.. Sama jugak.. Klu nak basuh sayur ke, basuh bawang ke, basuh beras ke.. Apa2 pun.. Bab paling tertekan adalah menila baju.. Masa dok asrama dulu, tengok baju kawan2 biru ja.. Try nila baju, tapi mesti akan bertampung.. Fail la.. (-___-) Sepuluh kali cuci balik, celup balik nila n resultnya still sama.. N bab yang paling menyakitkan hati, bila nak sental kotoran lumpur kat uniform aikido warna putih.. Training slalu atas padang.. N padang slalunya ada lumpur.. Tempat bertompok kotoran tu biasanya kat bahagian siku, lutut.. Hujung lengan dan hujung pergelangan kaki.. Penah sebab geram sangat, terendam dua mingu uniform tu dengan clorox.. N uniform tu bertukar warna jadi sekuning2nya.. Sadis.. Ni, klu nak sental kotoran tu dengan mudah, kena rendam sat baju tu dengan air suam + serbuk cucian.. Bahasa mudah rebus uniform tu.. ^^ N biasanya, pas sental2 sesikit baju2 tu saya akan letak baju2 bersabun tu dalam sinki, n bukak air paip kuat2, bagi megalir atas baju2 tu.. Biar sinki tu cam nak melimpah.. Klu air cam nak melimpah, tutuplah balik paip tu.. Pas habis sume baju disental n dimasukkan dalam spesifik sinki ntuk direndam dgn air lalu, n then baru la bilas satu2.. Sambil selawat..
0

#14 User is offline   cabai kering 

  • bekerjalah kita sekuatnya
  • Group: Members
  • Posts: 2,469
  • Joined: 15-April 09

Posted 25 January 2010 - 01:34 AM

Quote

Nisa_88 wrote: *assalamualaikum kawan2.. Mamaku slalu pesan.. Tiap kali nak bilas kain tu, jangan lupas slawat.. Penah pk gak nape nak buat camtu.. Sama jugak.. Klu nak basuh sayur ke, basuh bawang ke, basuh beras ke..
nenek saya pun selalu pesan...so dari kecil memang kitaorang dah biasa buat. teringat masa zaman kanak-kanak....mak abah susah xdak duit lagi nak beli mesin untuk gantikan mesin yang rosak... so malam2 mak n abah dok dalam bilik air sental baju...kami masih kecil so tak banyak boleh tolong....sedihnya......
0

#15 User is offline   Abu Hurairah 

  • http://hariaruhuba.blogspot.com/
  • Group: Members
  • Posts: 6,513
  • Joined: 28-April 08

Posted 25 January 2010 - 01:42 AM

Kalau nak basuh baju dengan berkesan, pastikan suhu air sama seperti suhu badan lebih kurang 37darjah celsius. Suhu optimum untuk enzim dalam sabun bertindak secara maksimum terhadap kotoran (ayat esei biologi ni). Kalau terlebih panas, enzim dalam sabun tu akan terurai, terkulai layu tak berguna lagi hehe. Mungkin kalau kat asrama tu lebih praktikal tambah air panas yang dimasak dengan jag elektrik 1/4 baldi tu kot supaya suhu air tu lebih kurang suhu badan kita (jangkaan je ni, kalau nak tepat sila guna termometer). Dengan menggonyoh (bahasa Terengganu) atau menyental baju pun boleh hasilkan haba. Pilihlah mana yang anda suka. [small]p/s: saya pernah rendam baju 6 bulan. terkejar2 tiket flight balik kampung petang tu, pagi tu baru rendam baju konon2 sempat basuh. last2 tak sempat, solusinya tinggal je baldi terbabit kat hostel. sadis sangat! datang balik kat u 6 bulan kemudian, tgk pakaian tu semua dah ber........(lu pikir la sendiri :P)[/small]
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic