Komuniti iluvislam.com : Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Tips Untuk Cepat Dapat Jodoh

#1 User is offline   islam di hatiku 

  • Group: Members
  • Posts: 17
  • Joined: 28-January 10

Posted 29 January 2010 - 01:21 AM

salam di sini ada beberapa tips yg antum semua dapat praktikkan dalam kehidupan kita seharian...moga kita semua mendapat jodoh yang baik dan beriman..insya Allah..amin.. 1.Membaca surah Yaasin setiap malam sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan, satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah mustajab. 2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali, niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan soleh. 3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt, jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut. 4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah 5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud, kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan kusyu’, insyaallah 6.Solat hajat 2 rakaat –> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan. Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul, insyaallah, tunggu aja lah orangnya.(Tawakkal) 7.Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah, untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin untuk menolong 3 golongan: 1. Seseorang yang berjihad dijalannya 2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya 3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya 8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan, pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam kelaparan. 9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple; Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad. Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir… Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad. 10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami. 11. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci. Insyaalllah jika anda amalkan tips-tips diatas dengan hati yang bersih dan ikhlas, apa sahaja permohonan, hajat, permintaan anda akan dimakbulkan oleh Allah, yakinlah. Kalau tak yakin cuba dulu, dan lihat sendiri. Jangan minta perkara-perkara yang karut-karut atau perkara mustahil, mintalah perkara-perkara yang baik sahaja. Allah swt maha kaya, dia mempunyai khazanah yang tidak ada kesudahan dan tak pernah berkurang, dia maha pangasih dan maha pemurah pula, dia suka memberi, dia suka manusia meminta dan berharap kepadanya, manusia sahaja yang kebanyakan tidak bijak kerana tidak mahu meminta dari Tuhan yang amat kaya dan pemurah. Meminta kepada sesama manusia adalah ibarat Seorang pengemis yang mengemis kepada pengemis yang lain. Semoga Allah swt memberi sahabat2 semua mendapat jodoh yang terbaik. Selamat berusaha!*insyaAllah
0

#2 User is offline   ha_na 

  • Group: Members
  • Posts: 128
  • Joined: 12-September 09
  • LocationUtara Selatan Tanah Air.

Posted 29 January 2010 - 07:25 AM

assalamualaikum....menarik thread nie...terima kasih saudaraku....*alhamdulillah
0

#3 User is offline   chef 

  • pembayar hutang
  • Group: Members
  • Posts: 709
  • Joined: 22-June 09
  • Locationbahrain

Posted 29 January 2010 - 07:49 AM

menarikr tips nie..tema ksih berkongsi ilmu..ak akan praktik kan tips nie 5 tahun lg..
0

#4 User is offline   xlanxdiablox 

  • Group: Members
  • Posts: 616
  • Joined: 27-January 10
  • LocationAlor Gajah, Melaka

Posted 29 January 2010 - 09:48 AM

uish. kene bg kt kwn aku nih. tp aku yakin haram die xbuat. hahahaha. xpe la at least ade pnduan. ari tu ngadu kt aku die nk kawin gk. tp xde awek. partly bcoz die ni ensem sgt. awek intimidated la gk slau nye. n awek slalu akn pk mst mamat ni dh ade awek. sian aku tgk. ssh gk kn jd ensem nih. pastu lg satu aku nk ckp kt die tinggal kn kwn2 die skrg. tp xsmpi ati. hahaha. sbb kwn2 die, yg mane kwn2 aku gk, perangai x senonoh. ape2 yg korang bleh pk x senonoh la sng cite. so pompuan yg baik2 ni mane la nk laki yg kwn cmtu. tp aku xpe. dh ade awek. safe! hahahaha.
0

#5 User is offline   islam di hatiku 

  • Group: Members
  • Posts: 17
  • Joined: 28-January 10

Posted 29 January 2010 - 10:02 AM

wasalam...syukron ha_na..:)
0

#6 User is offline   maahadi mujahid 

  • Group: Members
  • Posts: 140
  • Joined: 25-August 09
  • LocationNilai, Negeri Sembilan

Posted 29 January 2010 - 11:27 AM

hehe... jodoh ye.. xsalah kan klw kite beramal di smping ade keistimewaan lain yg kita boleh dpt.. jom beramal!!!*grin*
0

#7 User is offline   Muhammad Nasrul 

  • Group: Members
  • Posts: 9
  • Joined: 10-January 10

Posted 29 January 2010 - 11:53 AM

*masyaAllah Tips2 ni sy prnah amalkan,pilunya hati ni..... Ya Allah,ku brsyukur kpd mu Ya Allah.......................*alhamdulillah
0

#8 User is offline   izzu86 

  • Group: Members
  • Posts: 479
  • Joined: 27-April 09

Posted 29 January 2010 - 12:01 PM

salam, thankz coz berkongsi pengetahuan, insyaALLAH pas ni same2 ar kite amalkannya.
0

#9 User is offline   adeal 

  • Group: Members
  • Posts: 21
  • Joined: 19-June 08

Posted 29 January 2010 - 12:01 PM

bagus tip ni...boleh amal nie.... nanti boleh kawen cepat....*clap*
0

#10 User is offline   triple_a 

  • Group: Members
  • Posts: 42
  • Joined: 11-March 08

Posted 29 January 2010 - 12:21 PM

salam,.. bguss,..n tahniah kpd sesiapa yg dah mengamalkannya,harap dteruskan..bg yg tgh dlm proses,teruskan usaha,..,dan yg ada niat akan mengamalkannya..teruskn niat anda dgn mengamalkannya,.. So,d harap kita smua,termasuk diri sy ni bukan lakukan amalan2 spt tersenarai td tu krn jodoh semata2,..dan terhenti slpas dapat jodoh,..tp kerana utk dapatkan CINTANYA dan utk terus bersama CINTA ALLAH,..krn, hanya CINTA ALLAH adlh cinta HAKIKI,.. jika kita merasakan jodoh kita lambat,..anggapla Allah nk bg peluang utk kita lebih bersiap sedia utk melangkah alam perkahwinan,..jgn la bersusah hati,..jodoh yg d tunggu juga tgh mempersiapkn diri.. wallahu 'alaam,..
0

#11 User is offline   nurfirqah 

  • Group: Members
  • Posts: 34
  • Joined: 17-May 09

Posted 29 January 2010 - 01:18 PM

Salam. syukran bt islam dihatiku di atas perkongsian.... moga2 amalan ini b'panjangan, demi utk mdapat keberkatan & petunjuk drNya...amin.... "Selamat Beramal"!!
0

#12 User is offline   anna_althafunnisa12 

  • Group: Members
  • Posts: 30
  • Joined: 30-January 10

Posted 30 January 2010 - 03:06 PM

salam..mmg mnarik la tips ni...ada sstgh y sy dah wat..sy ni ssah sgt nk jmpa ngn org yg btul ska kt dri kta sndiri..huhu..time kasih bg tips ni..*grindance*
0

#13 User is offline   islam di hatiku 

  • Group: Members
  • Posts: 17
  • Joined: 28-January 10

Posted 04 February 2010 - 06:11 PM

wasalam afwan...sekadar berkongsi...itu semua usaha yg kita leh buat dalam mndpat jdoh yg terbaik bg diri kita...dan yg pling pnting,keredhaan Allah.. harap2 nanti dah dapat jodoh amalkan la jgk amalan ni..tak rugi pn..lagi satu ptua yg dapat ana kongsikan,kita puasa masa hari lahir kita..Insya ALLAH...YAKIN PADA ALLAH...krana stiap org ada jodoh msing2...cuma lmbat atau cepat...*winkwink*
0

#14 User is offline   hanna2686 

  • Group: Members
  • Posts: 7
  • Joined: 04-February 10

Posted 04 February 2010 - 10:30 PM

saya baru terbaca artikel ni beberapa hari lalu...sekarang ni baru nak mula rasanya... klu tak dapat buat semua buatlah salah satu dari nya..mungkin menjadi... sebab semua kita minta pada ALLAH...InsyaAllah.. yang penting berusaha dan niat kerana Allah....
0

#15 User is offline   amr diab 

  • Group: Members
  • Posts: 109
  • Joined: 07-January 10

Posted 07 February 2010 - 02:16 PM

jom pakat2 cuba praktik.....*insyaAllah
0

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic