Komuniti iluvislam.com : Kesan Sampingan Derma Sum-sum Tulang - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Kesan Sampingan Derma Sum-sum Tulang

#1 User is offline   apachi 

  • Group: Members
  • Posts: 11
  • Joined: 16-June 09

Posted 03 March 2010 - 11:00 PM

*assalamualaikum sy nk tnye,apakah kesan sampingan kepada penderma tulang sum-sum setelah menjalani pembedahan........ *help*
0

#2 User is offline   Leokidx 

  • Ailurophile
  • Group: Members
  • Posts: 2,695
  • Joined: 12-June 07
  • LocationNizhniy Novgorod

Posted 03 March 2010 - 11:24 PM

Waalaikumsalam, apachi. Terima kasih kerana berkunjung ke ILuvIslam. Berkenaan soalan apachi tersebut, saya rasa seolah ada dejavu, seakan pernah menjawab mengenai persoalan tersebut. Rupanya ada, di thread tanya Dr. Aabee sebelum ini, iaitu:

Quote

Quote

muhammad_ismail wrote: Assalamualaikum??? saya nak tanya...betul ke kalu kita derma sumsum tulang akan memberi effect pada kita..sebagai contoh..lumpuh..adakah kalau ambil air tulang belakang juga merujuk pada sumsum tulang...saya keliru...saya ingin mendermakan sumsum tulang..namun ade seorang rakan kata nanti ia bagi effect pada tubuh pada saya..
Wsalam, muhammad_ismail. Pertama sekali, perlu dibezakan antara derma sumsum tulang dan juga ambil air tulang belakang tersebut. Derma sumsum tulang, atau dalam bahasa medik nya Bone Marrow Aspiration/Transplantation/Harvest, ia melibatkan prosedur mengambil sumsum tulang di tulang yang besar, kebiasaannya tulang pelvis (punggung). Prosedurnya, doktor akan menggunakan sebuah jarum yang besar, yang akan ditusuk di bahagian pinggang/punggung di bawah anaesthetic. Manakala untuk pengambilan air tulang belakang (Cerebrospinal Fluid = CSF), prosedur yang diberi nama Lumbar Puncture akan dilakukan. Prosedur LP ini inshaAllah selamat, CSF akan diambil dari celahan tulang belakang paling bawah (lumbar vertebra), di mana satu jarum akan dimasukkan di celahan tersebut. Secara general, antara side effect adalah kebas2 di kaki selepas prosedur tersebut, tetapi ianya adalah biasa. Ia akan pulih semula setelah beberapa ketika. Ini kerana lokasi/level lumbar space yang diambil tersebut adalah rendah, di mana saraf2 tunjang telahpun terbahagi dan kurang. Walaupun begitu, kemungkinan terjadinya komplikasi yang lebih serius seperti lumpuh dsb ada, tetapi tersangatlah jarang dan terjadi jika prosedur yang dilakukan tidak betul. Pendermaan sumsum tulang adalah sangat2 membantu terutamanya bagi pesakit yang mempunyai masalah berkaitan darah (leukemia, contohnya). Namun adalah sangat sukar mencari penderma sumsum yang betul2 compatible dengan penerima, even dalam kalangan family sendiri atau mak/ayah-anak pun belum tentu compatible.
Tapi saya tak bagitau sgt pula mengenai derma sumsum tulang. Huhu. Sebagai tambahan, saya bagi sedikit info mengenai derma sumsum tulang ni. Sumsum tulang (bone marrow), biasanya akan diambil melalui prosedur yang dikenali sebagai "Bone Marrow Aspiration". Secara terus terangnya, satu jarum besar akan dicucuk ke dalam tulang untuk menyedut sedikit sumsum dari dalam tulang tersebut. Lokasi biasa yang digunakan untuk mengambil sumsum, adalah di bahagian tulang pinggul. Mengenai kesan sampingan, rasanya tidak ada lah. Risiko yang mungkin ada pun, adalah jangkitan, namun prosedur ini dijalankan dalam keadaan yang steril (tanpa kuman), justeru memang jarang2 sgt lah jangkitan berlaku disebab prosedur ini. Biasanya 2, 3 hari selepas prosedur, rasa sakit n sengal2 tu normal lah. Jika sakit tersebut tidak berkurangan, atau diiringi dengan demam atau bengkak, maka rujuklah kembali kepada hospital tersebut. Wallahua'lam. Maybe rakan2 dalam Team Medik boleh tambah/perbetulkan mana yang ada.
0

#3 User is offline   syawal_abyadd 

  • Group: Members
  • Posts: 399
  • Joined: 09-May 09

Posted 19 March 2010 - 11:56 PM

salam sahabat2 doktor suggest buat BMASP ni kt patient yg kurang darah untk tahu puncanya.. kami sekeluarga nk thu kesan2 sampingn BMASP dan risiko2 yg mungkin ada... harap yg pakar bole bntu ye... *help*
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic