Komuniti iluvislam.com : Menentukan Arah Kiblat Di Dalam Hutan - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Menentukan Arah Kiblat Di Dalam Hutan

#1 User is offline   Hamaliana 

  • Group: Members
  • Posts: 17
  • Joined: 02-February 10

Posted 14 March 2010 - 11:29 AM

Assalamualaikum w.b.t..saya ada soalan.mengenai arah kiblat..terlebih dulu maaf jika thread ni telah dibincangkan,saya dah cuba search tapi tak jumpa. Baru-baru ini saya menyertai latihan menembak di hutan,dan apabila tiba waktu Zohor kami ingin menunaikan solat dan masalahnya kami gagal menentukan arah kiblat dgn betul kerana hr hujan.Mujurlah jurulatih kami sempat dtg dgn membawa kompas dan menunjuk arah kiblat yang betul..jadi saya ingin tahu secara jelas bagaimana menentukan arah kiblat di dlm hutan dan dlm cuaca yang mendung@hujan@ketiadaan matahari?selalunya kita berpandukan arah matahari dan bayangnya jadi bagaimana pula jika seperti keadaan tadi selain daripada menggunakan kompas?
0

#2 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 14 March 2010 - 05:43 PM

Quote

Hamaliana wrote: Assalamualaikum w.b.t..saya ada soalan.mengenai arah kiblat..terlebih dulu maaf jika thread ni telah dibincangkan,saya dah cuba search tapi tak jumpa. Baru-baru ini saya menyertai latihan menembak di hutan,dan apabila tiba waktu Zohor kami ingin menunaikan solat dan masalahnya kami gagal menentukan arah kiblat dgn betul kerana hr hujan.Mujurlah jurulatih kami sempat dtg dgn membawa kompas dan menunjuk arah kiblat yang betul..jadi saya ingin tahu secara jelas bagaimana menentukan arah kiblat di dlm hutan dan dlm cuaca yang mendung@hujan@ketiadaan matahari?selalunya kita berpandukan arah matahari dan bayangnya jadi bagaimana pula jika seperti keadaan tadi selain daripada menggunakan kompas?
Assalamualaikum Warahmatullah. Pertamanya kita perlu menyediakan dahulu segala peralatan yang diperlukan sebelum masuk ke dalam hutan seperti membawa kompas, khemah, peralatan memasak dan sebagainya lagi. Pepatah melayu mengatakan: Sediakan payung sebelum hujan. Jika kita berada di dalam hutan dan tiada petanda dan peralatan untuk menentukan arah kiblat maka kita perlulah mencari penduduk atau penempatan yang berada di kawasan itu. Jika segala macam cara tidak juga mendapat petunjuk maka gunalah ijtihad sendiri untuk menentukan arah manakah yang saudara/ri merasakan paling tepat pada pandangan saudara/ri. Setelah keluar dari hutan, sila dapatkan semula arah kiblat yang betul. Jika setelah mendapat petunjuk yang jelas akan kiblat asal maka perbaharuilah solat tersebut. Wallahualam.
0

#3 User is offline   xlanxdiablox 

  • Group: Members
  • Posts: 616
  • Joined: 27-January 10
  • LocationAlor Gajah, Melaka

Posted 14 March 2010 - 08:42 PM

off topic skit. kalo kt dah tau kiblat kt tempat tu, kt rumah ke mane ke, org dah cakap kiblat die ke utare. tapi memikirkan yg bumi ni bulat kn, boleh ke x kt ngadap ke selatan? saje2 la. sbb bulat pn. ngadap kiblat gak. camene eh? lagipon kalo kt tgk bintang kiblat tu mlm2, mane ade tunjuk arrow. haha. tunjuk kiblat je tapi belah mane kt xtau. so cmane tu?
0

#4 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 15 March 2010 - 10:00 AM

Quote

xlanxdiablox wrote: off topic skit. kalo kt dah tau kiblat kt tempat tu, kt rumah ke mane ke, org dah cakap kiblat die ke utare. tapi memikirkan yg bumi ni bulat kn, boleh ke x kt ngadap ke selatan? saje2 la. sbb bulat pn. ngadap kiblat gak. camene eh? lagipon kalo kt tgk bintang kiblat tu mlm2, mane ade tunjuk arrow. haha. tunjuk kiblat je tapi belah mane kt xtau. so cmane tu?
Assalamualaikum Warahmatullah. Perlu menghadap ke arah yang telah disahkan benar itu. Tidak boleh untuk memandai-mandai mengalihkan arah kiblat walaupun bumi berbentuk bulat. Jika kita mempelajari ilmu melihat bintang dan mengetahui arah kiblat maka kita mestilah mengikut petunjuk arah bintang itu. Wallahualam.
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic