
Page 1 of 1
Banyak Melakukan Maksiat : Bagaimana Mahu Bertaubat?
#1
Posted 18 March 2010 - 10:31 PM
*bismillah
Saya banyak bt dosa maksiat. Dosa2 tu saya buat bkn kerana jahil, tapi kerana ikutkan nafsu. Saya tahu apa yang saya buat tu salah, berdosa, dan mendatangkan murka Allah, tapi saya buat jugak. Family n kenalan mungkin xtahu pun dosa2 yg sy bt coz saya ni gadis yang sopan, menutup aurat walaupun masih belum sempurna (xbertudung labuh).
Saya ni jugak agak menjaga ikhtilat dengan lelaki. Tapi, itu semua luaran saya. Dalaman saya amat kotor. Kadang2 saya menyesal, dan mohon ampun, berjanji dengan Tuhan untuk tidak mengulangi tapi akhirnya saya ulang lagi dan lagi. Sekarang, saya selalu memikirkan tentang dosa2 saya. Saya nak kembali pada Tuhan. Saya nak bertaubat dengan taubat nasuha.
Tapi, bila saya dekatkan diri dengan Allah, saya rasa Allah jauh sangat dengan saya. Saya nak bertaubat, tapi hati saya belum membenci kemaksiatan yang saya lakukan. Saya berdoa supaya allah lindungi saya, matikan niat say untuk melakukan maksiat, tapi saya tewas dengan nafsu saya. Saya tengok ada orang betol2 menyesal atas dosa mereka dan membenci dosa2 mereka.
Macammana saya nak adakan perasaan tu? Saya betul2 nak bertaubat, tapi bukan taubat seorang pendusta. Saya nak banyakkan amal ibadat macam solat sunat tapi badan ni rasa malas sangat. Saya ada terfikir nak masuk sekolah pondok, mudah mudahan ada orang bimbing saya dengan agama. Tapi masalahnya, saya skrg bljar lagi, untuk diploma dan ada setahun lagi.
Dalam tempoh setahun tu, saya takut saya terus mengulangi dosa2 saya. saya takut saya tak sempat bertaubat. Nauzubillah.
#3
Posted 18 March 2010 - 11:24 PM
Apabila maksiat sudah sebati memang payah untuk ditinggalkan tapi apabila terbit rasa menyesal itu tandanya iman masih ada cuma di tahap yang mungkin lemah...
Memang anggota tubuh manusia yang paling banyak membawa kesan negatif ialah nafsu oleh itu ia mesti dihalang dari terus diikuti dengan cara :
1. Berdoa Memohon Perlindungan Allah Dari Kejahatan Syaitan & Nafsu Yang Menggoda
Dalam hadis yg diriwayatkan oleh At-Tirmizi & dia mensahihkannya, daripada Abu Hurairah R.a Bahawa Abu Bakar R.A berkata :
" Ya Rasulullah ajarkan aku sesuatu yang boleh aku baca pada pagi & petang hari!" Rasulullah s.a.w bersabda, " Katakan, "Ya Allah, zat yg mengetahui alam ghaib & alam nyata, pencipta langit & bumi, & pemelihara segala sesuatu sekaligus pemiliknya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung diri denganMu dari keburukan hawa nafsuku (jiwaku) dan keburukan syaitan dan perangkapnya. Aku mengakui keburukan nafsuku (jiwaku) atau aku mengarahkan keburukan tersebut kepada org Muslim. Sabda Rasulullah lagi, "ucaplah doa tersebut jika engkau berada di petang hari, pagi hari, dan jika engkau akan tidur.
(Diriwayatkan At-Tirmizi)
2. Tutup Pintu Maksiat
Kenalpasti apa yang boleh mendorong maksiat itu berlaku dan cuba jauhkan diri darinya. Kalau sumber maksiat itu datang dari gambar, cd & sebagainya musnahkan dia. Kalau datang dari diri sendiri seperti akibat tidak menjaga pandangan maka jaga pandangan mata kerana menurut Ibnu Qayyim dalam kitabnya ad-da' wal-dawa asas kepada penjagaan kemaluan adalah dengan menjaga mata kerana dari mata akan turun ke hati, dari hati akan lahirnya keinginan & apabila keinginan membuak2 maka akan lahirnya tindakan selagi tiada sesuatu yang menghalangnya.
3. Banyakkan Berpuasa Sunat
Syaitan mengalir di dalam tubuh melalui pembuluh darah oleh itu Nabi menganjurkan kita menyempitkan laluan tersebut dengan banyak berpuasa. Puasa juga boleh melemahkan nafsu.
4. Penuhi Hati Dengan Zikir & Bacaan Quran
Nafsu akan mencari hati-hati yang kosong lalu mentetap di dalamnya. Oleh itu, jangan biarkan hati saudari kosong. Perkasakan spiritual dengan banyak ingat Allah melalui amalan-amalan sunat dalam masa yang sama jaga betul2 amalan yang wajib kerana itu semua merupakan antibodi yg akan protect kita dari melakukan maksiat kepada Allah.
Akhir sekali saya ingin ingatkan saudari & diri saya sendiri :
Muhammad al-Lufaf r.a pernah berkata : Barangsiapa memperbanyak mengingat kematian, maka ia akan dimuliakan dengan 3 hal : Menyegerakan bertaubat, merasa puas dengan dirinya, & bersemangat dalam beribadah, dan Brangsiapa yg lupa akan kematian ia akan dicela dlm 3 hal : Memperkecilkan taubat, berbuat buruk di dunia & malas beribadah. (Mukhtasor Tazkirah al-Qurtubi)
#4
Posted 18 March 2010 - 11:43 PM
*assalamualaikum Adik,
Alhamdulillah, akak rase bangga dengan aiman..Aiman sedar yang Aiman rase kesal dan jauh dari Allah.Sekarang ni, Usah ditunggu bulan jatuh ke riba dan usah dinanti kucing bertanduk dua. Itu baru titik permulaan untuk membuka bab baru dalam kamus hidup kamu.
Bagi akak, akak lebih suka kembali kepada perkara yang asas untuk melakukan sesuatu perubahan itu yakni salah satunya asas akidah iaitu IMAN.Mulakan langkah pertamamu, dengan menghayati maksud Iman itu sendiri.Iman membawa maksud membenarkan di dalam hati, berikrar dengan lidah bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW pesuruhnya, serta mengamalkan suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA. Keimanan yang teguh kepada Allah SWT mendorong orang beriman melakukan suruhan Allah SWT dengan sepenuh hati. Manakala orang yang tidak teguh imannya akan mudah terpengaruh kepada perkara-perkara yang tidak baik dan bertentangan dengan syariat Islam sebagai contoh maksiat.Iman juga akan mempengaruhi sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang.
Bagaimana meningkatkan iman?
1. Perbanyaklah membaca ayat-ayat Al-Quran
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.( Al –Isra’ : 21)
2. Merasai keagungan Allah seperti yang digambarkan Al-Qur’an dan Sunnah
Al-Qur’an dan Sunnah banyak sekali merungkai keagungan Allah swt. Seorang muslim yang ketika dihadapkan dengan keagungan Allah, hatinya akan bergetar dan jiwanya akan tunduk.
3. Carilah ilmu agama
Allah berfirman
“..Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu.. (Faatir :28)
Allah berfirman,
“Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” (Az-Zumar: 9).
Orang yang tahu tentang apa yang halal dan haram akan menjaga diri daripada orang yang tidak tahu. Orang yang tahu bagaimana dahsyatnya siksa neraka, tentu akan lebih khusyuk. Orang yang tidak tahu bagaimana nikmatnya syurga, tentu tidak akan pernah punya rasa rindu untuk meraihnya.
4. Memperbanyakkan Zikir
Allah berfirman,
“...Lelaki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan mereka ampunan dan pahala yang besar” (Al-Ahzab : 35)
5. Perbanyaklah Amal Soleh
Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (Al Hadid :21)
6. Banyak-banyaklah ingat mati
Rasulullah saw. bersabda, “Dulu aku melarangmu menziarahi kubur, ketahuilah sekarang ziarahilah kubur kerana hal itu akan melunakkan hati, membuat mata menangis mengingatkan hari akhirat, dan janganlah kamu mengucapkan kata-kata yang kotor.” (Shahihul Jami’ no. 4584)
Rasulullah SAW bersabda “Kunjungilah orang sakit dan iringilah jenazah, nescaya akan mengingatkanmu terhadap hari akhirat.” (Shahihul Jami’ no. 4109).
7. Mengingat akan dahsyatnya keadaan di hari akhirat
Ada beberapa surat yang menceritakan kedahsyatan hari kiamat. Misalnya, surah Qaf, Al-Waqi’ah, Al-Qiyamah, Al-Mursalat, An-Naba, Al-Muththaffifin, dan At-Takwir.
Dengan membacanya, hati kita akan terbuka. Seakan-akan kita menyaksikan semua itu dan hadir di pemandangan yang dahsyat itu. Semua pengetahuan kita tentang kejadian hari kiamat, hari kebangkitan, berkumpul di mahsyar, tentang syafa’at Rasulullah saw., hisab, pahala, qishas, timbangan, jembatan, tempat tinggal yang kekal di surga atau neraka; semua itu menambah kekuatan iman kita.
8. Perbanyaklah munajat kepada Allah dan pasrah kepada-Nya
Sabda Rasulullah saw., “Saat seseorang paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia dalam keadaan sujud, maka perbanyaklah doa.” (Muslim no. 428)
Semakin diri kita merasa hina dan rendah diri kepada Allah, semakin kuat iman kita. Semakin banyak berharap dan meminta kepada Allah, semakin kuat iman kita kepada Allah swt.
9. Mengagungkan Allah SWT
“Barangsiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu dari ketakwaan hati.” (Al-Hajj: 32)
“Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah, maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Rabb-nya.” (Al-Hajj: 30)
10. Bersikap tawadhu’
Rasulullah saw. bersabda, “Merendahkan diri termasuk bahagian dari iman.” (Ibnu Majah no. 4118)
11. Sering menghisab diri
Allah berfirman,
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang diperbuatnya untuk hari esok (akhirat).” (Al-Hasyr: 18)
12. Berdoa kepada Allah agar diberi ketetapan iman
Perbanyaklah doa. Sebab, doa adalah kekuatan yang luar biasa yang dimiliki seorang hamba. Rasulullah saw. berwasiat, “Iman itu dijadikan di dalam diri salah seorang di antara kamu bagaikan pakaian yang dijadikan, maka memohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman di dalam hatimu.”
Ya Allah, perbaharuilah iman yang ada di dalam dada kami. Tetapkanlah hati kami dalam taat kepadamu. Tidak ada daya dan upaya kami kecuali dengan pertolonganMu.
Bagaimana pula perkara yang merosakkan iman kita?
1. Melalui Akidah
Sebagai contoh mempercayai kepada kuasa selain Allah SWT
2. Melalui perbuatan
Seperti tidak menunaikan solat, melakukan perbuatan jahat, ingkar kepada perintah Allah SWT
3. Melalui percakapan
Sebagai contoh mencaci Al –Quran, mengatakan hukum yang terdapat dalam Al-Quran ketinggalan zaman, benci pada hukum Allah SWT
InsyaAllah langkah seterusnya kakak serahkan kepada kamu. Akan tetapi, jawapan perubahan yang bakal kamu lakukan itu adalah diri kamu sendiri. Kalau dulu, kamu suka melakukan perkara yang ditegah oleh Allah SWT, tinggalkan ia . Janji pada diri kamu ye..
Quote
Ni akak sertakn tanda-tanda taubat diterima ye,
1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila dia merasakan di dalam dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.
2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih daripada mendekati mereka-mereka yang fasik.
3. Bila dia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira, sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab Allah.
4. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikit pun dia tidak sibuk meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.
5. Sungguhpun sedikit rezeki yang dia dapat di dunia ini namun ia tetap melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.
6. Bila dia melihat pada dirinya yang sentiasa menjaga lidah dan ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan sedih dan menyesal.
Quote
“Hari ini jatuhlah syaitan yang menghasut aku, menyesatkan aku, yang melunturkan semangat aku, yang membolak balik hati aku, Tidakkan aku jatuh dengan pujukan mu syaitan buat kali kedua"..."Aku hanya milik Allah, Aku hanya mentaati Allah, Aku mendambakan kasih Allah sahaja dan akan aku tinggalkan apa yang ditegah oleh Mu, Ya Rabb..Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhinya"
#5
Posted 19 March 2010 - 12:21 AM
salam..saya pun selalu merasakan spt yg digambarkan..selalu rasa spt jauh dgnya..saya tidak berani utk bertaubat nasuha..krn takot akan mengulangi semula..tidak mahu memungkiri janji..ttp selalu berdoa kpd Allah semoga diri ini dilindungi dri maksiat pd masa lalu spy tidak mengulangi..dan minta diberkati dan di bantu olehNya dlm usaha utk mengubah diri..boleh ke?
#6
Posted 19 March 2010 - 06:03 AM
Quote
applelollipop wrote:
Quote
“Hari ini jatuhlah syaitan yang menghasut aku, menyesatkan aku, yang melunturkan semangat aku, yang membolak balik hati aku, Tidakkan aku jatuh dengan pujukan mu syaitan buat kali kedua"..."Aku hanya milik Allah, Aku hanya mentaati Allah, Aku mendambakan kasih Allah sahaja dan akan aku tinggalkan apa yang ditegah oleh Mu, Ya Rabb..Berikanlah aku kekuatan untuk menempuhinya"
#8
Posted 19 March 2010 - 09:52 AM
semoga Allah terus mmberi kekuatan kepada saudari untuk trus bertaubat.....
& Allah akn mnerima taubat hamba2 yer..
#9
Posted 01 May 2010 - 10:44 PM
Allah itu maha pengampun...
kadang-kadang semua orang tahu Allah itu maha Pangampun, tp berapa ramai yang kenal Allah sebagai yang Maha Pangampun?
sebanyak mana hambaNya membuat dosa, kadang-kadang itu kita pun penat dah buat dosa byk2,
tetapi Allah tidak pernah penat untuk mengampunkan dosa hamba-hambaNya..
semua perkara yang lepas adalah dalam rancangan Allah..jika kita sedar kita buat salah, kita cuma perlu berubah...
dik, bukan senang hendak berubah kan?
apa yang kamu lalui, saya faham sgt.
maksiat yang ikut nafsu itu seronok...tapi apa maknanya seronok jika tidak tenang?
fahamkn?
kehidupan dunia ini kehidupan yang sementara, kadang-kadang perkara seronok nih butakan kita hingga tak perasan kadar hidup tinggal beberapa minit sahja..
apa yang kena dengan nafsu itu seronok.
apa yang kena dengan hati itu tenang..
adik lwan lah nafsu sedikit demi sedikit
tenang lagi penting dari seronok...
tenang takkan datang dengan amalan yang dosa..
apa itu kesalahan? kesalahan ialah perkara yang kita buat dan kita takut orang lain tahu.
jika adik jumpa dengan ketenangan, mungkin adik dah tak kisah dengan seronok lagi..sebab cukup sudah org yang sudah ada ketenang walaupun tanpa seronok.
tapi seronk tidak akan cukup kalau tidak ada ketenangan...
satu orag buat maksiat di tepi jalan, setiap 2 minit dia akan sentiasa gelisah dan sentiasa tengok line. clear atau tak. dalam seronok lau x tenang jadi macam itulah...gelaisah akan datang, memadamkan semua keseronokkan.
tapi seorang yang kahwin, kahwin ni amalan agama. walaupun seronok dengan isteri dia tetap tenang. kan?kan? sebab dalam amal agama ada ketenangan...
andai adik berada dalam amalan agama, nt adik tenang.
amalan agama yang macam mana?
amalan agama dengan habiskan masa dengan kerja agama..apa itu kerja agama?
kerja agama itu dakwah lah...
cari lah jemaah yang ada buat dakwah, insyaAllah, dapat kawan yang baik dan dapat kawan yang bg nasihat dan ada datang fikir agama. pada saya ini je paling selamat. takde cara lain dah di dalam suasana manusia yang macam sekarang nih...
k
#10
Posted 01 May 2010 - 11:10 PM
Salam Aiman muslihah... tahniah!! anda telah sedar dengan dosa2 yg telah anda lakukan... Anda perlu berusaha untuk tidak mengulanginya lg. Saya doakan agar anda terus berada dalam lindunganNYA...Insya ALLAH
#11
Posted 01 May 2010 - 11:46 PM
Assalamu'alaikum..
Disamping itu,dekatilah orang-orang berilmu,insyaAllah kita akan memperoleh ilmu yang berharga dari Allah melalui mereka.Hadirkan diri ke tazkirah,ceramah etc..Lagi banyak kita menuntut ilmu,insyaAllah ini dapat mendekatkan diri kita kepada Allah..
Lagi satu saya syorkan,jauhi perkara2 melalaikan walau sekecil perkara kerana khuatir dapat mengganggu solat serta ibadat2 lain..
Wallahu'alam..
#12
Posted 02 May 2010 - 12:26 AM
Quote
aiman muslihah wrote:
*bismillah
Saya banyak bt dosa maksiat. Dosa2 tu saya buat bkn kerana jahil, tapi kerana ikutkan nafsu. Saya tahu apa yang saya buat tu salah, berdosa, dan mendatangkan murka Allah, tapi saya buat jugak. Family n kenalan mungkin xtahu pun dosa2 yg sy bt coz saya ni gadis yang sopan, menutup aurat walaupun masih belum sempurna (xbertudung labuh).
Saya ni jugak agak menjaga ikhtilat dengan lelaki. Tapi, itu semua luaran saya. Dalaman saya amat kotor. Kadang2 saya menyesal, dan mohon ampun, berjanji dengan Tuhan untuk tidak mengulangi tapi akhirnya saya ulang lagi dan lagi. Sekarang, saya selalu memikirkan tentang dosa2 saya. Saya nak kembali pada Tuhan. Saya nak bertaubat dengan taubat nasuha.
Tapi, bila saya dekatkan diri dengan Allah, saya rasa Allah jauh sangat dengan saya. Saya nak bertaubat, tapi hati saya belum membenci kemaksiatan yang saya lakukan. Saya berdoa supaya allah lindungi saya, matikan niat say untuk melakukan maksiat, tapi saya tewas dengan nafsu saya. Saya tengok ada orang betol2 menyesal atas dosa mereka dan membenci dosa2 mereka.
Macammana saya nak adakan perasaan tu? Saya betul2 nak bertaubat, tapi bukan taubat seorang pendusta. Saya nak banyakkan amal ibadat macam solat sunat tapi badan ni rasa malas sangat. Saya ada terfikir nak masuk sekolah pondok, mudah mudahan ada orang bimbing saya dengan agama. Tapi masalahnya, saya skrg bljar lagi, untuk diploma dan ada setahun lagi.
Dalam tempoh setahun tu, saya takut saya terus mengulangi dosa2 saya. saya takut saya tak sempat bertaubat. Nauzubillah.
Share this topic:
Page 1 of 1

Help










