Komuniti iluvislam.com : Dua Pensyarah UPM Hadapi Kes Plagiarisme - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Dua Pensyarah UPM Hadapi Kes Plagiarisme

#1 User is offline   wann 

  • Group: Members
  • Posts: 1,579
  • Joined: 12-July 08

Posted 05 April 2010 - 11:03 PM

UPM duo in plagiarism scandal PETALING JAYA (Sept 13, 2009) : Two Universiti Putra Malaysia (UPM) lecturers are facing career-damaging action for plagiarism. Six years ago, the two academicians – a professor and one who recently received her PhD – produced a reference book titled "Writing an Effective Resume" meant for management students on writing impactful resumes that would attract potential employers. However, about a year ago, suspicions arose within academia that the book may have plagiarised materials of several American university websites, including Harvard and Albion College. Investigations conducted by the university discovered that a "substantial" amount of the 64-page book was lifted almost word-for-word, albeit given a local touch. It, among others, defines a resume and its purpose, making the resume appealing, networking, organising the employment portfolio and preparing curriculum vitae. Higher Education Ministry director-general Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi acknowledged receiving the complaint and that investigations are ongoing. "We certainly cannot accept plagiarism, especially in the higher education environment," he said, adding that punitive action would be taken under the Universities and University Colleges Act and Statutory Bodies (Discipline and Surcharge) Act (Act 605). "It is under the purview of the university. I spoke to the legal director and UPM is taking very serious action on the staff according to the Act," Radin Umar said in an email to theSun. Investigations headed by UPM's Legal Department concluded that among the actions to be taken are that they repay royalties to the university, as well as a "severe reprimand on their personal file". UPM vice-chancellor Prof Datuk Dr Nik Mustapha R. Abdullah told theSun in a recent interview that this would mean a slow climb up the rungs for the two authors. "It's very difficult to prove plagiarism also because sometimes it's about expression but it's very unfortunate as they will have to suffer," he said, adding that one of the authors expressed sincere regret over the matter. "It's the price you have to pay. It was unintentional and it's our first case of plagiarism and the printers suffer the biggest loss because the books cannot be sold," he said. Nik Mustapha said the episode serves as a lesson to all university staff – deans, directors and senior officers – who have all been issued a warning on the severity of such acts. He said the university has a Publications Committee which screens material to be published albeit it is focused on journals and articles, as part of the university's efforts to scale up the annual QS World University Rankings by Times Higher Education. "UPM will have a sub-committee that will be dedicated to screen materials for books following this. Before the book is sent for publication, the draft of the material will need to get an endorsement from the Publications Committee," said Nik Mustapha. SUMBER Plagiat bukan isu baru. Dan isu ini bukan hanya dibicarakan dalam ruang lingkup pelajar dan mahasiswa. Cuma, isu ini menjadi 'tidak sedap' bilamana dibicarakan dalam runga lingkup pendidikan tinggi dan ianya melibatkan professor. Di satu pihak, kita berkempen isu plagiarism kepada mahasiswa, dan di satu pihak yang lain, kita terlupa bahawa kempen isu sebenarnya bukan hanya untuk mahasiswa. Apa pandangan sahabat2 berkenaan isu ini? Apakah isu sebenarnya, isu moral atau isu plagiarism?
0

#2 User is offline   naj2921 

  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 26-March 10

Posted 06 April 2010 - 08:04 AM

fuh..dasat nih.. means, dia copy sebijik sebijik dlm buku.. hmm ni kes nak jimat masa la ni coz nak pblish buku.
0

#3 User is offline   deepgreen 

  • Group: Members
  • Posts: 27
  • Joined: 10-September 09

Posted 06 April 2010 - 09:37 AM

salam wbt.. erm menarik2.. plagiarism atau jenayah copy and paste ni memang sangat famous sekarang ni. boleh ke kalau kita kata ia sebagai meniru?? atau kata lain cari jalan mudah untuk dapat selesaikan kerja dengan cara yang salah. bila ada yang kena tangkap macam ni pengajarannya jangan nak sesuka hati copy and paste.. sebenarnya saya sendiri kadang2 terlibat gak dengan aktiviti sebegini waktu siapkan lab report memandangkan ianya fakta dan memang tak boleh diubah.. tapi kena pandai2 la edit2 jangan bagi sama sebijik2..hehe kalau asgment tak usah cari pasal sebab sekarang ni terdapat satu sistem yang dapat mengesan plagiarism ni.. kena tangkap mnyesal sampai tua..hehe ia amat melatih kita untuk berfikir dan mencetuskan idea dan apabila dah siap kepuasan akan lebih terasa berbanding mencopy and paste. wassalam..
0

#4 User is offline   pendakyahraya 

  • Devil's Advocate
  • Group: Members
  • Posts: 999
  • Joined: 05-January 10

Posted 06 April 2010 - 09:55 AM

Sekarang ni dah ada software yang boleh kesan unsur-unsur plagiarisme dalam satu karya/penerbitan. Antaranya ialah di UPM, dan UM (yang aku tahu). Untuk dikatakan sebagai satu karya itu adalah 'karya plagiat', ada peratusan tertentu yang perlu 'dipenuhi' (sebagai contoh, peratusan ayat-ayat plagiat dalam satu karya itu melebihi 60%). Plagiarisme menyubur apabila mahasiswa yang tidak dapat membezakan kata kerja 'merujuk' dan 'memplagiat' (antara copy-modify dengan copy-paste)itu menjadi pensyarah yang mana: 1. Meneruskan kerja-kerja plagiat dalam kertas kerja dan kajian yang ditulisnya. 2. Membiarkan pelajar bawah seliaannya melakukan perkara yang sama. Dalam kes pensyarah memplagiat ini, ia memberi kesan 'kalau pensyarah pun boleh plagiat, aku student yang tak berapa nak bernafas ni lagilah wajib plagiat', selain timbul isu kualiti tenaga pengajar diperingkat IPT. Namun, perlu difahami bahawa gejala plagiat dalam bidang akademik seringkali dikaitkan dengan tesis, kertas kerja, hasil kajian dan yang seangkatan dengannya. Dalam kes ini, pensyarah tersebut didakwa telah memplagiat bahan-bahan dari beberapa laman web Amerika, dan menzahirkannya dalam bentuk buku panduan. Mungkin isu utamanya ialah kurangnya kefahaman masyarakat Malaysia (termasuk dalam dunia akademik) dalam soal harta intelek. Ramai rakyat Malaysia masih tidak tahu (atau buat-buat tak tahu) berkaitan isu harta intelek dan hakcipta. Ramai yang meng-upload lagu/video yang mempunyai hakcipta terpelihara dalam youtube dan ramai yang buat pusat karaoke tanpa membayar royalti pada komposer/pencipta lagu tersebut. Tidak hairanlah jika ada pensyarah yang tidak sedar bahan yang mereka salin itu mempunyai hakcipta terpelihara. (Tengok kat bahagian paling bawah web ini. Ramai yang tak sedar ayat itu wujud disitu) p/s:Bukan sekadar isu plagiat, tahap kualiti bahan terbitan dan mutu pelajar yang hanya 'memuaskan' juga bukan perkara baru. Ada pelajar yang berpotensi dan berbakat, namun diketepikan kerana sebab peribadi. Ada pelajar yang tidak layak lulus Master boleh convert pergi PhD.
0

#5 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 06 April 2010 - 10:59 AM

Isu ini lebih kepada isu moral dan etika seseorang itu ketika mengendalikan kajian atau menghasilkan tesis. plagiarisme merupakan satu barah yang jika tidak dibendung, ia mampu memberikan kesan jangka masa panjang terhadap modul pembangunan modal insan kerana plagiarisme akan menghasilkan pelajar yang bersifat ala-robotik.... Namun, adalah lebih malang apabila plagiarisme itu dilakukan oleh mereka yang 'maqamnya' tinggi. Ini seterusnya menjejaskan imej dan integriti serta maruah dan kualiti dalam penghasilan graduan yang berdaya saing dan mempunyai ketulenan minda dalam menghasilkan sesuatu kajian.
0

#6 User is offline   lebah87 

  • What the mind can conceive, it can achieve.
  • Group: Members
  • Posts: 3,016
  • Joined: 26-January 08

Posted 11 April 2010 - 04:06 AM

Quote

Mungkin isu utamanya ialah kurangnya kefahaman masyarakat Malaysia (termasuk dalam dunia akademik) dalam soal harta intelek. Ramai rakyat Malaysia masih tidak tahu (atau buat-buat tak tahu) berkaitan isu harta intelek dan hakcipta.
Saya (mungkin) salah seorang daripadanya. Minta penjelasan lanjut.
0

#7 User is offline   mohd_ariffuddin 

  • Group: Members
  • Posts: 506
  • Joined: 22-January 08

Posted 11 April 2010 - 04:33 AM

hasil kajian kakak saya pun turut diplagiat profesornya sendiri. siap claim kat naib canselor konon kajian tue..dia yg punya! kakak saya...apa yg dia dapat? dipujuk dgn pelbagai ganjaran material. tp...kakak saya tolak mentah-mentah semua tawaran tue. PhDnya terus dihentikan...sampai sekarang tak disambung-sambung lagi. profesor melayu nie...selalu jugak masuk tv dan akhbar! cit pooodah!
0

#8 User is offline   raf_03 

  • Group: Members
  • Posts: 1,992
  • Joined: 02-July 09

Posted 25 June 2010 - 09:40 PM

Pada saya, isu ni berkait rapat dengan sikap seseorang. Bila malas, mulalah nak copy n paste mana2 bahan dari hasil kajian orang. Yang agak membimbangkan, bila dah selalu diamalkan ia boleh mendatangkan bahaya kepada orang yang meng-copy n paste tu jugak. Lama-kelamaan perbuatan ini boleh memanjakan diri sendiri. Pada saya isu utama bukan soal tahap kualiti yang dicopy n paste-nya tu berkualiti atau tidak yg mana akan efek kat tesis or assigmnent seserang, tapi soal kesan terhadap diri seseorang. Dari satu sudut, perbuatan ini seolah2 melatih seseorang menjadi malas untuk terus berfikir semaksima mungkin menggunakan otaknya sendiri.
0

#9 User is offline   syu insyirah 

  • Group: Members
  • Posts: 247
  • Joined: 01-March 09

Posted 25 June 2010 - 09:58 PM

Quote

Sekarang ni dah ada software yang boleh kesan unsur-unsur plagiarisme dalam satu karya/penerbitan. Antaranya ialah di UPM, dan UM (yang aku tahu). Untuk dikatakan sebagai satu karya itu adalah 'karya plagiat', ada peratusan tertentu yang perlu 'dipenuhi' (sebagai contoh, peratusan ayat-ayat plagiat dalam satu karya itu melebihi 60%).
walaupun software tu boleh kesan unsur2 plagiarisme, tapi software tu mengambil masa 15 minute untuk memeriksa 1 page...so, benda ni kena diupgradekan lagi, sbb x kan lah nak scan semua karya yang tebal tu....

Quote

Plagiarisme menyubur apabila mahasiswa yang tidak dapat membezakan kata kerja 'merujuk' dan 'memplagiat' (antara copy-modify dengan copy-paste)
kalau tau guna style APA, benda ni x kan menjadi issue
0

#10 User is offline   bisikan nurani91 

  • Group: Members
  • Posts: 169
  • Joined: 29-March 09

Posted 26 June 2010 - 12:14 AM

*assalamualaikum dapat tambah ilmu dan perkataan baru di sini..plagiat ni kira meniru hasil dari mana2 la kan? nak tanya..kak syu.. kalau guna style APA nie macam mana? maaf..sekadar bertanya nak tambah ilmu.. ~budak baru belajar~ *yahoo*
0

#11 User is offline   syu insyirah 

  • Group: Members
  • Posts: 247
  • Joined: 01-March 09

Posted 26 June 2010 - 08:51 PM

Quote

nak tanya..kak syu.. kalau guna style APA nie macam mana?
style APA ni, senang kalau nak copy buku @ xsgmnt orang lain..boleh amik satu persatu sebagai xsgmnt kita..janji kena tulis nama pengarang dengan tahun dekat depan@belakang ayat... for exmple...mengikut Bernard (2003)........................................(sambung dengan mengambil semua ayat Bernard.. kalau nak tau lebih lanjut, kak su boleh ajar... P/s: lecture prnh lontr keluar xsgmnt sebab x ikut style APA, waktu sem 1...huhuhu
0

#12 User is offline   syu insyirah 

  • Group: Members
  • Posts: 247
  • Joined: 01-March 09

Posted 26 June 2010 - 09:40 PM

Quote

mengikut Lalat Soleh (2010,ILuvIslam.com) xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxxxxx xxxxxxxxxx.... hehe.. glamer taw..
eemmm....salah tu..sepatutnya..mengikut Lalat (2010)..x perlu letak nama penuh (nama ayah, tu pun kalau soleh tu nama ayah bagi lalat)..iluvislam.com tu dekat rujukan belkg..huhu
0

#13 User is offline   syu insyirah 

  • Group: Members
  • Posts: 247
  • Joined: 01-March 09

Posted 26 June 2010 - 09:54 PM

Quote

oo..yaka..ermmm.. nanti buka thread macamana penulisan thesis yang baik ya..
insyaallah.....boleh sangat, p/s: x de idea nak wat proposal..
0

#14 User is offline   bisikan nurani91 

  • Group: Members
  • Posts: 169
  • Joined: 29-March 09

Posted 26 June 2010 - 11:37 PM

*assalamualaikum style APA nie masa nak wat bibli0graphy ke? *grin*
0

#15 User is offline   pendakyahraya 

  • Devil's Advocate
  • Group: Members
  • Posts: 999
  • Joined: 05-January 10

Posted 27 June 2010 - 11:26 AM

Ada tiga cara nak meletakkan hasil penulis lain dalam kajian/penulisan kita: 1. Quoting Ini jenis copy-paste. Ambil 100% ayat penulis asal (termasuklah kesalahan tatabahasa kalau ada). Jenis macam ni perlu terutamanya kalau anda mengkritik penulisan yang anda quote itu. Contohnya: Soleh (2010) menyimpulkan bahawa "ni sebenarnya mungkin kes dengki mendengki ni... jadi ada orang report... so kena la.." 2. Paraphrasing Ni jenis copy-paste-modify. Ambil idea penulis asal, dan persembahkannya dalam ayat anda sendiri. Paraphrase bermaksud menulis semula, bukan sekadar menyusun semula ayat tersebut (rewriting, not just rearrangement of the words). 3. Summarizing Ni jenis membuat ringkasan terhadap idea utama penulis asal. Contohnya: In the Critique of Pure reason (1781), he agreed that our understanding of the natural world was deeply conditioned by the structure of our minds and that it was impossible to achieved any knowledge of the reality we call God, which lay beyond the reach of the senses. Pastikan anda menerangkan quote dan ayat yang anda ubah (paraphrase), jangan tinggalkannya gantung tak bertali (introduce and explain how it relate to your writings). Jangan quote dan ambil ayat orang banyak sangat sampai idea anda tenggelam dan penulisan itu seperti tidak ada hala tuju. jangan mensampahkan penulisan anda dengan memenuhinya dengan quote yang tak perlu. Ada banyak format berkaitan penulisan APA. Kalau anda buat kat UM, gunalah format UM, jangan guna format MIT. =============================== Berbalik kepada topik plagiarisme dalam dunia akademik. Seperti yang saya katakan, ramai rakyat negara ini, termasuklah yang bergiat dalam dunia profesional dan akademik tidak mempunyai kefahaman yang jelas berkenaan herta intelek. Ramai yang mengambil enteng perkara seperti ini. Kita melihat mengambil harta orang lain tanpa hak itu sungguh berdosa dan tidak bermoral/beretika, tetapi kita tidak pernah memikirkan perkara yang serupa apabila seseorang itu memuat turun karya-karya kreatif (muzik, cerpen, perisian etc) secara haram tanpa keizinan pemilik karya tersebut. Dikalangan pemilik karya itu juga kesedaran terhadap hak-hak yang berkaitan harta intelek mereka juga masih rendah. Contohnya, banyak kes si pencipta berputih mata apabila ada pihak yang mempatenkan ciptaan mereka dan tidak dapat membawa kes itu ke mahkamah kerana ciptaan tersebut tidak dilindungi oleh pencipta asal. p/s: Posted Image Berapa ramai antara kita yang sedar ayat kat atas tu, di setiap laman web yang mereka lawati?
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic