Komuniti iluvislam.com : Hadis: Pengucapan Syahadah & Sifat Sombong Muslim - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Hadis: Pengucapan Syahadah & Sifat Sombong Muslim

#1 User is offline   capthebat 

  • Group: Members
  • Posts: 12
  • Joined: 10-December 09

Posted 21 April 2010 - 11:29 PM

salam. sy ade sedikit kemusykilan tentang hadis nih harap ustaz boleh tolong perjelaskan supaya sy dapat menambah kefahaman sy. oke cam ni sya ade baca hadis yg berkenaan dengan mengucap syahadah,seseorg itu dijamin masuk syurga meskipun die penah berzina atau mencuri. n then sy ade baca satu hadi jugak yg mengatakan takka masuk seseorg itu kedalam syurga sekiranya dalam hatinya ade perassan sombong walau sebesar zarah. so soklan sy, what if org tu islam,mengucap dua kalimah syahadah tapi stil ade sifat sombong walaupun sedikit. so apa pendapat ustz? *jazakallah

Quote

Salam cap. Saya perkemas tajuk. Tqvm. May Allah bless you.. :) ~ Nisa_88

0

#2 User is offline   muhd_evori 

  • Group: Members
  • Posts: 399
  • Joined: 03-September 09

Posted 22 April 2010 - 12:31 AM

Quote

dengan mengucap syahadah,seseorg itu dijamin masuk syurga meskipun die penah berzina atau mencuri.
1st skali, ana bukan ustaz.. cuma nak berkongsi pe yang ana tau.. apabila mengucap shahadah, dengan lengkap, maka islamlah seseorg itu.. dan Allah telah janjikan setiap muslim, yakni org islam akan masuk syurga, meskipun dye seorg yang fasik, yakni, orang yang melakukan dosa besar, spt berzina dan mencuri.. tapi,adakah masuk syurga terus, atau masuk neraka dahulu untuk pembersihan diri dari dosa, itu semua urusan Allah.. tetapi jika dya muslim, dan menjadi murtad, maka dye bukan lagi islam, jika tidak bertaubat, dan mati dalam keadaan murtad, maka, haramlah syurga untuknya.. bagi org kafir pula, syurga memang haram padanya, kerna mereka tidak mengaku akan keesaan Allah.. meskipun Allah dah janjikan akan masuk syurga kalau fasik, tapi hendaklah kita menghindarinya.. neraka bukanlah seperti hukuman di dunia , kedahsyatannya xdapat dibayangkan.. wallahuala, yang kedua 2 ana xtau..
0

#3 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 22 April 2010 - 02:55 PM

Quote

capthebat wrote: salam. sy ade sedikit kemusykilan tentang hadis nih harap ustaz boleh tolong perjelaskan supaya sy dapat menambah kefahaman sy. oke cam ni sya ade baca hadis yg berkenaan dengan mengucap syahadah,seseorg itu dijamin masuk syurga meskipun die penah berzina atau mencuri. n then sy ade baca satu hadi jugak yg mengatakan takka masuk seseorg itu kedalam syurga sekiranya dalam hatinya ade perassan sombong walau sebesar zarah. so soklan sy, what if org tu islam,mengucap dua kalimah syahadah tapi stil ade sifat sombong walaupun sedikit. so apa pendapat ustz? *jazakallah

Quote

Salam cap. Saya perkemas tajuk. Tqvm. May Allah bless you.. :) ~ Nisa_88
Assalamualaikum Warahmatullah. 1. Mungkin dalil-dalil berikut menjelaskan tentang kepentingan mengucap Dua Kalimah Syahadah yang dimaksudkan ini: Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang kamu temui di sebalik kebun ini yang mengucap La Ilaha Illallah dengan hatinya yakin terhadapnya, maka khabarkanlah ia akan dimasukkan ke dalam syurga. (Riwayat Muslim). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tidaklah seseorang itu mengucap La Ilaha Illallah dan Muhamad itu hambaNya dan RasulNya dengan sebenar-benarnya di dalam hatinya melainkan diharamkan Allah Taala akannya dari api neraka. (Riwayat Bukahri dan Muslim). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Ini dia Jibrail A.S. datang menemuiku sambil memberitahu begini: Sesiapa dari kalangan umatmu (Muhammad S.A.W.) yang mati dalam keadaan tidak melakukan syirik kepada Allah Taala akan dapat masuk syurga. Saya bertanya kepada Rasulullah S.A.W.: Sekalipun dia telah berzina dan mencuri?. Jawab Rasulullah S.A.W.: Ya, sekalipun dia telah berzina dan mencuri!. (Riwayat Bukhari). 2. Mungkin dalil-dalil ini yang dimaksudkan tentang sifat sombong ini: Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah. Seseorang lelaki berkata: Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda S.A.W. bersabda: Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan. (Riwayat Muslim). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Takabbur itu adalah menolak kebenaran dan dan menghina orang lain. (Riwayat Muslim). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Bukankah aku telah memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang-orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Quote

what if org tu islam,mengucap dua kalimah syahadah tapi stil ade sifat sombong walaupun sedikit. so apa pendapat ustz?
Itu biasa berlaku di mana-mana. Pertuturan mengucap Dua Kalimah Syahadah bukanlah syarat kepada bolehnya mengubah diri seseorang itu supaya tidak sombong. Syahadah ini hanya menunjukkan bahawa seseorang itu telah Islam. Bukan setiap orang Islam beriman dengan petunjuk daripada Allah Taala dan RasulNya. Maka tidak hairanlah seseorang Islam itu mempunyai sifat sombong, takabbur dan sebagainya lagi walaupun telah mengucap syahadah. Wallahualam.
0

#4 User is offline   capthebat 

  • Group: Members
  • Posts: 12
  • Joined: 10-December 09

Posted 22 April 2010 - 10:38 PM

Quote

buluh wrote:

Quote

what if org tu islam,mengucap dua kalimah syahadah tapi stil ade sifat sombong walaupun sedikit. so apa pendapat ustz?
Itu biasa berlaku di mana-mana. Pertuturan mengucap Dua Kalimah Syahadah bukanlah syarat kepada bolehnya mengubah diri seseorang itu supaya tidak sombong. Syahadah ini hanya menunjukkan bahawa seseorang itu telah Islam. Bukan setiap orang Islam beriman dengan petunjuk daripada Allah Taala dan RasulNya. Maka tidak hairanlah seseorang Islam itu mempunyai sifat sombong, takabbur dan sebagainya lagi walaupun telah mengucap syahadah. Wallahualam.
so apa pendiriannya di sini ustaz? adakaha hadis ini bertentangan atau mungkin tiada penjelasan bagi ini? apa apa pun sy ucapkan*jazakallah kerana memberi respons
0

#5 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 23 April 2010 - 09:55 AM

Quote

capthebat wrote:

Quote

buluh wrote:

Quote

what if org tu islam,mengucap dua kalimah syahadah tapi stil ade sifat sombong walaupun sedikit. so apa pendapat ustz?
Itu biasa berlaku di mana-mana. Pertuturan mengucap Dua Kalimah Syahadah bukanlah syarat kepada bolehnya mengubah diri seseorang itu supaya tidak sombong. Syahadah ini hanya menunjukkan bahawa seseorang itu telah Islam. Bukan setiap orang Islam beriman dengan petunjuk daripada Allah Taala dan RasulNya. Maka tidak hairanlah seseorang Islam itu mempunyai sifat sombong, takabbur dan sebagainya lagi walaupun telah mengucap syahadah. Wallahualam.
so apa pendiriannya di sini ustaz? adakaha hadis ini bertentangan atau mungkin tiada penjelasan bagi ini? apa apa pun sy ucapkan*jazakallah kerana memberi respons
Assalamualaikum Warahmatullah. Hadis ini tidak bertentangan. Bahkan perlu ditambah dengan penjelasan lain lagi. Perbuatan sombong ini pasti menerima balasan neraka daripada Allah Taala. Namun bukan selama-lamanya sepertimana dosa syirik / murtad. Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar. (Surah an-Nisa: Ayat 48). Firman Allah Taala bermaksud: Nabi Isa a.s. berkata: Wahai Bani Israil, sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan tuhan kamu. Sesungguhnya sesiapa yang menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain maka Allah haramkan ke atasnya syurga dan tempat menetapnya di dalam neraka dan tiadalah bagi orang-orang yang zalim itu penolong. (Surah al-Maidah: Ayat 72). Firman Allah Taala bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik denganNya. Dan Dia mengampun dosa yang lain dari itu. (Surah an-Nisa: Ayat 116). Wallahualam.
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic