Komuniti iluvislam.com : Bagaimana Menghilangkan Penyakit Terlalu Was-Was? - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Bagaimana Menghilangkan Penyakit Terlalu Was-Was?

#1 User is offline   nur_aminah 

  • Group: Members
  • Posts: 2
  • Joined: 25-April 10

Posted 25 April 2010 - 08:23 PM

assalamualaikum semua, alhamdullillah saya berjumpa dengan forum ini. saya memerlukan tempat untuk bercerita mengenai masalah saya. masalah terlalu was-was sehingga segala ibadah terganggu. was-was saya bermula dengan haid. biasanya selepas mandi wajib saya akan menunaikan solat seperti biasa. tp sejak akhir-akhir ini saya terbayang-bayang yang mandi wajib saya tidak sah. contohnya setelah selesai mandi wajib saya akan tertanya-tanya ada bahagian badan yang saya tidak ratakan air. mungkin masa mandi saya dah basuh semua anggota badan, tp rasa was-was tu masih wujud dan menyebabkan saya terpaksa mandi sehingga 3-4 kali. ketika mandi wajib juga saya dilanda was-was ketika hendak berniat. kadang-kadang saya rase telah berniat tapi saya tidak yakin niat saya itu betul2 telah lekat di dalam hati atau tidak. bila meratakan air ke seluruh badan pun saya was-was benarkah air ni dah rata atau belum. ini menyebabkan saya mengambil masa 2-3 jam untuk mandi wajib sahaja. rasa mcm nak menangis pon ada bila kena penyakit macam ni. dan masalah yang terbaru ada sesuatu bewarna merah sangat halus keluar ketika saya membuang air kecil. saya jadi was was adakah itu haid. kadang-kadang hati saya terfikir mungkin itu cebisan benang pada tuala kerana ia sangat halus. tp saya tatau kenapa dalam hati saya terus was-was mengatakan entah2 itu haid. saya difahamkan haid itu darah yang keluar sekurang2nya selama sehari semalam. sedangkan cebisan halus yang saya temui itu cuma keluar sekali sahaja. itupun setelah 4 hari haid saya tamat. patutkah saya mandi wajib lagi. sebab bila mandi wajib lagi, bermakna saya akan was-was lagi dan saya tak tau sampai bila was-was saya akan berakhir. bantulah saya. saya dah tatau macamana nak mengubat rasa was-was ini. disebabkan was-was ini, bila solat hati saya jadi tidak tenang. saya rasa ragu-ragu nak puasa qada' dan puasa sunat. bila lepas solat saya menangis sebab saya takut dengan rasa was-was saya yang terlalu melampau ini, ibadah saya terganggu.
0

#2 User is offline   Suami Setia 

  • Group: Members
  • Posts: 650
  • Joined: 08-April 10

Posted 25 April 2010 - 10:04 PM

Quote

nur_aminah wrote: assalamualaikum semua, alhamdullillah saya berjumpa dengan forum ini. saya memerlukan tempat untuk bercerita mengenai masalah saya. masalah terlalu was-was sehingga segala ibadah terganggu. was-was saya bermula dengan haid. biasanya selepas mandi wajib saya akan menunaikan solat seperti biasa. tp sejak akhir-akhir ini saya terbayang-bayang yang mandi wajib saya tidak sah. contohnya setelah selesai mandi wajib saya akan tertanya-tanya ada bahagian badan yang saya tidak ratakan air. mungkin masa mandi saya dah basuh semua anggota badan, tp rasa was-was tu masih wujud dan menyebabkan saya terpaksa mandi sehingga 3-4 kali. ketika mandi wajib juga saya dilanda was-was ketika hendak berniat. kadang-kadang saya rase telah berniat tapi saya tidak yakin niat saya itu betul2 telah lekat di dalam hati atau tidak. bila meratakan air ke seluruh badan pun saya was-was benarkah air ni dah rata atau belum. ini menyebabkan saya mengambil masa 2-3 jam untuk mandi wajib sahaja. rasa mcm nak menangis pon ada bila kena penyakit macam ni. dan masalah yang terbaru ada sesuatu bewarna merah sangat halus keluar ketika saya membuang air kecil. saya jadi was was adakah itu haid. kadang-kadang hati saya terfikir mungkin itu cebisan benang pada tuala kerana ia sangat halus. tp saya tatau kenapa dalam hati saya terus was-was mengatakan entah2 itu haid. saya difahamkan haid itu darah yang keluar sekurang2nya selama sehari semalam. sedangkan cebisan halus yang saya temui itu cuma keluar sekali sahaja. itupun setelah 4 hari haid saya tamat. patutkah saya mandi wajib lagi. sebab bila mandi wajib lagi, bermakna saya akan was-was lagi dan saya tak tau sampai bila was-was saya akan berakhir. bantulah saya. saya dah tatau macamana nak mengubat rasa was-was ini. disebabkan was-was ini, bila solat hati saya jadi tidak tenang. saya rasa ragu-ragu nak puasa qada' dan puasa sunat. bila lepas solat saya menangis sebab saya takut dengan rasa was-was saya yang terlalu melampau ini, ibadah saya terganggu.
teringat masa dengar kuliah agama dulu. diorang cakap was-was adalah salah satu godaan syaitan.
0

#3 User is offline   Hafiz4192 

  • Group: Members
  • Posts: 445
  • Joined: 14-March 09

Posted 25 April 2010 - 11:02 PM

Quote

nur_aminah wrote: assalamualaikum semua, alhamdullillah saya berjumpa dengan forum ini. saya memerlukan tempat untuk bercerita mengenai masalah saya. masalah terlalu was-was sehingga segala ibadah terganggu. was-was saya bermula dengan haid. biasanya selepas mandi wajib saya akan menunaikan solat seperti biasa. tp sejak akhir-akhir ini saya terbayang-bayang yang mandi wajib saya tidak sah. contohnya setelah selesai mandi wajib saya akan tertanya-tanya ada bahagian badan yang saya tidak ratakan air. mungkin masa mandi saya dah basuh semua anggota badan, tp rasa was-was tu masih wujud dan menyebabkan saya terpaksa mandi sehingga 3-4 kali. ketika mandi wajib juga saya dilanda was-was ketika hendak berniat. kadang-kadang saya rase telah berniat tapi saya tidak yakin niat saya itu betul2 telah lekat di dalam hati atau tidak. bila meratakan air ke seluruh badan pun saya was-was benarkah air ni dah rata atau belum. ini menyebabkan saya mengambil masa 2-3 jam untuk mandi wajib sahaja. rasa mcm nak menangis pon ada bila kena penyakit macam ni. dan masalah yang terbaru ada sesuatu bewarna merah sangat halus keluar ketika saya membuang air kecil. saya jadi was was adakah itu haid. kadang-kadang hati saya terfikir mungkin itu cebisan benang pada tuala kerana ia sangat halus. tp saya tatau kenapa dalam hati saya terus was-was mengatakan entah2 itu haid. saya difahamkan haid itu darah yang keluar sekurang2nya selama sehari semalam. sedangkan cebisan halus yang saya temui itu cuma keluar sekali sahaja. itupun setelah 4 hari haid saya tamat. patutkah saya mandi wajib lagi. sebab bila mandi wajib lagi, bermakna saya akan was-was lagi dan saya tak tau sampai bila was-was saya akan berakhir. bantulah saya. saya dah tatau macamana nak mengubat rasa was-was ini. disebabkan was-was ini, bila solat hati saya jadi tidak tenang. saya rasa ragu-ragu nak puasa qada' dan puasa sunat. bila lepas solat saya menangis sebab saya takut dengan rasa was-was saya yang terlalu melampau ini, ibadah saya terganggu.
wah godaan syaitan tu...jaga2..hmmm jumpa ustazah..tanya cara nak curb was-was tu..xD
0

#4 User is offline   leedee 

  • Group: Members
  • Posts: 23
  • Joined: 11-April 10

Posted 25 April 2010 - 11:05 PM

Assalamualaikum, Penyakit gangguan was-was/ragu-ragu ini dalam istilah medical dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Ianya merupakan salah satu daripada penyakit psikiatri (gangguan jiwa). Saudari perlu mendapatkan rawatan dari pakar jiwa, Silalah buat satu appointment dengan mana-mana hospital berdekatan, hubungi unit perubatan jiwa, sebagai salah satu ikhtiar untuk sembuh. OCD ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama tanpa apa2 perawatan kerana ia akan boleh merebak hingga menjadikan situasi saudari lebih kompleks. Antara rawatan adalah terapi, ubat-ubatan seperti zoloft, aniphranil dll. Apa yang berlaku sebenarnya ialah terdapat blockage (saraf tersekat) yang menghalang maklumat dari saraf impuls dari menghantarkan maklumat ke otak saudari. Apabila ini berlaku, maka otak saudari hanya mampu untuk 'scan' sesuatu situasi tetapi tidak dapat 'register' situasi itu dengan menyeluruh, menyebabkan saudari merasakan sesuatu itu tidak lagi selesai, walaupun rasionalnya hal itu sudah selesai. saudari sedia maklum bahawa air memang telah rata, tetapi akibat dari sekatan2 saraf tersebut, otak saudari tidak dapat membuat pengesahan dengan rasional. Pesakit OCD akan merasakan ada satu 'alien ego' (ego asing) yang bukan diri mereka yang mengawal pemikiran mereka untuk mengatakan sesuatu pekerjaan itu belum sempurna. Dan akibat blokage yang terjadi ini juga, saraf impuls akan terus-terusan cuba menghantar maklumat. Ini menyebabkan terdapat pengulangan pengulangan fikiran itu. Ini lah yang menyebabkan saudari menjadi asik terfikir tentang hal itu sahaja hingga tak mampu untuk keluar dari memikirkan hal tersebut. Biasanya, OCD mudah menyerang seseorang yang mempunyai perangai 'perfectionist' atau terlalu cenderung dengan disiplin2 tertentu seperti susunan buku mesti serong ikut ketinggian, lipatan kain atau kemasan katil mesti licin dll. Atau pun ia akan dihidapi oleh seseorang yang mengalami sesuatu trauma dimasa lalu, seperti penderaan diwaktu kecil (bukan hanya penderaan fizikal) tapi mungkin juga tidak dihiraukan oleh keluarga atau seolah dianak tirikan. Ia juga dihidapi oleh wanita yang mengalami trauma selepas bersalin seperti 'meroyan'. Apa jua senario yang membawa kepada kerisauan yang lama dan juga kemurungan. Buat masa ini, apa yang boleh saya sarankan ialah, saudari perlu cukup rehat, cukup tidur, jangan tidur selepas asar, banyakkan membuat senaman yang mengeluarkan peluh, ambil makanan tambahan yang mempunyai omega 3, (ia telah disahkan sangat baik utk OCD). Amalkan membaca Surah Annas dan memahami dgn tepat maksudnya, banyakkan beristigfar, cari seorang rakan yang benar2 saudari percaya, dan selalulah berkongsi dgn dia apa jua yang saudari rasakan. Biarkan dia memberikan rasional sesuatu keadaan. Cara yang terbaik ialah dengan memahami dgn betul apakah yang sedang berlaku dalam diri saudari dan jangan berfikir yang bukan2. Apabila keadaan urat saraf saudari telah mengalami blokage ini, maka gangguan syaitan akan lebih mudah dan kuat mempengaruhi, walaupun gangguan tersebut sama sahaja dgn orang lain, tetapi mereka tidak terganggu dengan hebat kerana struktur saraf mereka yang sihat. Untuk saudari lebih faham akan OCD ini, sila lawati link dibawah ini. http://eigenzone.blo...ml#comment-form Saya doakan semoga saudari akan segera sembuh dan beroleh jalan untuk keluar dari keadaan ini dengan segera dari Allah.
0

#5 User is offline   pelajar 

  • Group: Members
  • Posts: 511
  • Joined: 01-April 10
  • LocationDarul Naim

Posted 25 April 2010 - 11:41 PM

*assalamualaikum Saya pun pernah mengalami masalah was-was, tapi sekarang masalah was-was semakin hilang,Alhamdulillah.. Banyakkan berdoa kepada Allah, Insya-Allah,masalah was-was akan hilang.:)
0

#6 User is offline   humyrah 

  • Group: Members
  • Posts: 91
  • Joined: 10-May 08

Posted 25 April 2010 - 11:58 PM

saya pernah mengalami was-was...tapi mungkin tak seteruk mana... sejak kecil lagi saya seorang yg nak kerja mesti kemas...tulisan tak kemas, saya koyak buku.. bila besar, saya jadi was-was dengan wudhu...2-3 kali ambik tak yakin betul lagi...solat masa nak niat.. dalam hal ibadat tak teruk sgt kot...tapi dlm kehidupan seharian sy sering di ganggu dgn was-was.... saya basuh pinggan berkali-kali...kalau mak ke kakak saya basuh saya tak yakin diaorg basuh cuci...saya basuh semula semuanya...baju saya tak yakin mak saya basuh...saya basuh semula baju yg dah kering dijemur...bila basuh saya akan pastikan baju x kan bercampur dengan seluar... saya pantang kalau bilik saya berhabuk...mcm mana saya nak solat dalam keadaan x bersih?? benda ni berlarutan 4 tahun...letih dan seksa kot...lama2 dia hilang sendiri... saya setuju kata2 saudara kat atas, org yg ada was-was adalah org yg perfectionist... dan saya tak nafikan was-was ini adalah gangguan iblis nak rugikan dan menyusahkan kita...harus di ingat juga, org yg was-was ni sebenarnya dia nak buat yg terbaik, tapi mungkin over... sepanjang saya was-was ada ustaz kata org was-was patut di tampar saja... saya amat tak bersetuju. Saya tahu ia gangguan iblis, tapi adakah dengan kekerasan menampar itu was-was boleh hilang? org was-was tak ingin pun was-was...tapi kami diuji dengan was-was...mungkin ALLAH beri sabar...
0

#7 User is offline   killingwascool 

  • Group: Members
  • Posts: 44
  • Joined: 24-April 10

Posted 26 April 2010 - 01:52 AM

Kalau nak ikut dari sudut bucu dinding dan dari sudut psikologi, seorang wanita mmg bersifat mcm tu, dorang nak semuanya sempurna...jadi, x peliklah kalau kebanyakan wanita mengalami kewas-wasan.
0

#8 User is offline   nur_aminah 

  • Group: Members
  • Posts: 2
  • Joined: 25-April 10

Posted 26 April 2010 - 10:01 AM

Quote

leedee wrote: Assalamualaikum, Penyakit gangguan was-was/ragu-ragu ini dalam istilah medical dikenali sebagai Obsessive Compulsive Disorder (OCD). Ianya merupakan salah satu daripada penyakit psikiatri (gangguan jiwa). Saudari perlu mendapatkan rawatan dari pakar jiwa, Silalah buat satu appointment dengan mana-mana hospital berdekatan, hubungi unit perubatan jiwa, sebagai salah satu ikhtiar untuk sembuh. OCD ini tidak boleh dibiarkan terlalu lama tanpa apa2 perawatan kerana ia akan boleh merebak hingga menjadikan situasi saudari lebih kompleks. Antara rawatan adalah terapi, ubat-ubatan seperti zoloft, aniphranil dll. Apa yang berlaku sebenarnya ialah terdapat blockage (saraf tersekat) yang menghalang maklumat dari saraf impuls dari menghantarkan maklumat ke otak saudari. Apabila ini berlaku, maka otak saudari hanya mampu untuk 'scan' sesuatu situasi tetapi tidak dapat 'register' situasi itu dengan menyeluruh, menyebabkan saudari merasakan sesuatu itu tidak lagi selesai, walaupun rasionalnya hal itu sudah selesai. saudari sedia maklum bahawa air memang telah rata, tetapi akibat dari sekatan2 saraf tersebut, otak saudari tidak dapat membuat pengesahan dengan rasional. Pesakit OCD akan merasakan ada satu 'alien ego' (ego asing) yang bukan diri mereka yang mengawal pemikiran mereka untuk mengatakan sesuatu pekerjaan itu belum sempurna. Dan akibat blokage yang terjadi ini juga, saraf impuls akan terus-terusan cuba menghantar maklumat. Ini menyebabkan terdapat pengulangan pengulangan fikiran itu. Ini lah yang menyebabkan saudari menjadi asik terfikir tentang hal itu sahaja hingga tak mampu untuk keluar dari memikirkan hal tersebut. Biasanya, OCD mudah menyerang seseorang yang mempunyai perangai 'perfectionist' atau terlalu cenderung dengan disiplin2 tertentu seperti susunan buku mesti serong ikut ketinggian, lipatan kain atau kemasan katil mesti licin dll. Atau pun ia akan dihidapi oleh seseorang yang mengalami sesuatu trauma dimasa lalu, seperti penderaan diwaktu kecil (bukan hanya penderaan fizikal) tapi mungkin juga tidak dihiraukan oleh keluarga atau seolah dianak tirikan. Ia juga dihidapi oleh wanita yang mengalami trauma selepas bersalin seperti 'meroyan'. Apa jua senario yang membawa kepada kerisauan yang lama dan juga kemurungan. Buat masa ini, apa yang boleh saya sarankan ialah, saudari perlu cukup rehat, cukup tidur, jangan tidur selepas asar, banyakkan membuat senaman yang mengeluarkan peluh, ambil makanan tambahan yang mempunyai omega 3, (ia telah disahkan sangat baik utk OCD). Amalkan membaca Surah Annas dan memahami dgn tepat maksudnya, banyakkan beristigfar, cari seorang rakan yang benar2 saudari percaya, dan selalulah berkongsi dgn dia apa jua yang saudari rasakan. Biarkan dia memberikan rasional sesuatu keadaan. Cara yang terbaik ialah dengan memahami dgn betul apakah yang sedang berlaku dalam diri saudari dan jangan berfikir yang bukan2. Apabila keadaan urat saraf saudari telah mengalami blokage ini, maka gangguan syaitan akan lebih mudah dan kuat mempengaruhi, walaupun gangguan tersebut sama sahaja dgn orang lain, tetapi mereka tidak terganggu dengan hebat kerana struktur saraf mereka yang sihat. Untuk saudari lebih faham akan OCD ini, sila lawati link dibawah ini. http://eigenzone.blo...ml#comment-form Saya doakan semoga saudari akan segera sembuh dan beroleh jalan untuk keluar dari keadaan ini dengan segera dari Allah.
saudara leedee, trima kasih banyak2 atas penerangan yang diberikan. saya sungguh2 tak sangka penyakit saya ni ada kene mengena dgn OCD. tp byk penerangan tentang OCD ni memang ada kene mengena dengan saya. cthnya perfectionist. saya kadang2 memang terlalu perfectionist terutama dari segi kerja. saya mengharapkan orang lain berfikir seperti saya berfikir. membuat kerja seperti saya buat. sekiranya itu tak berlaku, akan wujud tekanan dalam diri saya. seingat saya penyakit was-was saya ini dah lama wujud dalam diri. sejak saya skolah lagi. masa tu agak teruk. tapi selepas beberapa tahun ok semula. sejak beberapa bulan kebelakangan ini, penyakit ni datang balik. saya sangat risau ibadah saya terganggu. saya terlalu merindukan solat yang kusyuk. saya cuba, tp bila saya cuba, hati saya akan berfikir, mandi wajib saya sah atau tidak, macamana dengan solat saya jika mandi wajib saya tidak sah. ya Allah berilah diriku jiwa yang tenang dalam beribadah. kuatkanlah semangat untuk melawan penyakit was-was ini. Ya Allah saya sedang berjuang sekarang. berjuang mengatasi masalah saya ni. apa yang saya buat sekarang, lepas solat saya menangis sepuas-puasnya. hanya Allah tempat saya mengadu.
0

#9 User is offline   khalifah_4892 

  • Group: Members
  • Posts: 145
  • Joined: 16-March 09
  • Locationvalue new city,m'sia

Posted 26 April 2010 - 10:12 AM

dulu kwan sy mcm tu jugak.kalau solat jemaah,kita sujud,dia sujud,bgn semula,dia dah hilang.dia selalu was2 sm ada wuduknya batal atau x sbb terkentut.sy tnya dkt ayah sy,ayh sy btau klau ada org camni,ckp camni kt dia. apa2 yg kta buat,ambil wuduk,mandi wajib,solat semua tu,kalau dah buat,anggap itu yg terbaik.kalau timbul rasa was2,tepis balik,ckp dlm hati,yakinkn aku dh buat yg terbaik,semuanya aku serah pd Allah.. ni pndpt sy,slh mohon maaf.
0

#10 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 28 April 2010 - 11:36 PM

Assalamu'alaikum, Penyakit was-was sudah banyak diperjelaskan di dalam forum kesayangan ramai ini. Saudari bolehlah merujuk di sini : 1. Was-was Terhadap najis 2. Was-was Kentut Adakah Membatalkan Solat ? 3. Penyakit Was-was Begitu juga mengenai persoalan mandi wajib ada dijawab dan dijelaskan di sini : 1. Soal Jawab Mandi Wajib dan Wuduk WaLlahua'lam p/s : Harap dapat membantu dan memberi keyakinan kepada saudari bagi menghilangkan perasaan was-was berkenaan.
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic