Komuniti iluvislam.com : Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat

#1 User is offline   ummi_ainsyah 

  • Group: Members
  • Posts: 174
  • Joined: 11-June 08

Posted 26 April 2010 - 02:58 PM

*assalamualaikum Kebiasaan kita mendengar bahawa andai kita meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas seksa kubur tetapi baru baru ini, ada seorang ustaz (ceramah) menafikan perkara itu dan menurutnya ianya adalah hadis yang lemah. Saya semakin keliru, dia juga mengatakan ramai org bukan islam dan org islam yang tidak mengamalkan islam meninggal dunia pada hari jumaat jadi dia mengandaikan, takkanlah org sedemikian juga terlepas dari seksaan kubur. andaian ustaz tersebut membuatkan saya terpikir pikir, terngiang ngiang sampai sekarang. Jadi bolehkah sahabat disini membantu saya, mengemukakan hadis supaya saya tidak lagi terkeliru. Harap maaf kalo thread ini berulang, saya dah search tapi tak jumpa. Harap dapat membantu...:(
0

#2 User is offline   Ad-Dean 

  • Group: Members
  • Posts: 189
  • Joined: 23-January 10
  • LocationJohor, Malaysia.

Posted 26 April 2010 - 03:49 PM

bawak hadis penuh dulu pasal mati hari jumaat terlepas seksaan kubur...
0

#3 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 26 April 2010 - 03:49 PM

Assalamualaikum Warahmatullah. Orang-orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan mendapat rahmat dan aman daripada azab kubur. Berikut di antara dalil bagi kenyataan ini: Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesiapa yang meninggal pada hari Jumat atau malam Jumaat, dia akan dicop dengan cop iman dan terpelihara daripada siksa kubur. (Riwayat al-Baihaqi). Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud; Tiadalah seorang Islam yang meninggal dunia di hari atau malam Jumaat melainkan Allah memeliharanya daripada fitnah kubur. (Riwayat Tarmizi). Berikut merupakan jawapan dari pihak JAKIM:

Quote

Soalan: Benarkah sekiranya seseorang meninggal pada hari jumaat maka dia akan terlepas dari fitnah atau siksaan kubur?. Jawapan: Ya, memang benar. Orang Mukmin lelaki atau perempuan yang meninggal dunia pada hari Jumaat sama ada di waktu malam harinya atau siangnya, akan terlepas daripada azab kubur. Rasulullah SAW ada bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, diangkatlah daripadanya akan azab kubur.” *lihat buku “Tanqih al-Qaul” oleh Muhammad bin Umar Nawawy. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain, maksudnya: “Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan oleh Allah baginya pahala syahid, dipelihara daripada seksa kubur, dengan syarat dia beriman.” *lihat buku “AL-Ihya’) karangan Imam al-Ghazali..
Sumber:
[url]http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/b35a4211ae99e4864825750800547256?OpenDocument[/url]
Wallahualam.
0

#4 User is offline   drag-gent 

  • Group: Members
  • Posts: 4
  • Joined: 20-April 10

Posted 26 April 2010 - 04:15 PM

ustaz, kalau org yg meninggal tu bukan org yg beriman? dia masih selamat dr seksa kubur x? *iluvislam*
0

#5 User is offline   Us_Ghoni 

  • Group: Members
  • Posts: 804
  • Joined: 02-April 09

Posted 26 April 2010 - 04:20 PM

Quote

ummi_ainsyah wrote: *assalamualaikum Kebiasaan kita mendengar bahawa andai kita meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas seksa kubur tetapi baru baru ini, ada seorang ustaz (ceramah) menafikan perkara itu dan menurutnya ianya adalah hadis yang lemah. Saya semakin keliru, dia juga mengatakan ramai org bukan islam dan org islam yang tidak mengamalkan islam meninggal dunia pada hari jumaat jadi dia mengandaikan, takkanlah org sedemikian juga terlepas dari seksaan kubur. andaian ustaz tersebut membuatkan saya terpikir pikir, terngiang ngiang sampai sekarang. Jadi bolehkah sahabat disini membantu saya, mengemukakan hadis supaya saya tidak lagi terkeliru. Harap maaf kalo thread ini berulang, saya dah search tapi tak jumpa. Harap dapat membantu...:(
Wa`alaikumussalaam Jangan belajar dengan ustaz seperti itu Sesuatu hadis tidak boleh kita hukum lemah semata-mata kerana tidak selari dengan akal bodoh sesiapa. Menentukan kuat atau lemah sesuatu hadis ada kaedahnya disisi ulamak. Sesuatu makna hadis yang umum selalunya ada pengecualiannya (takhsis) Manusia yang tidak beriman sudah tentu terkeluar daripada maksud hadis tersebut Terima kasih
0

#6 User is offline   ummi_ainsyah 

  • Group: Members
  • Posts: 174
  • Joined: 11-June 08

Posted 26 April 2010 - 04:29 PM

Quote

Us_Ghoni wrote: Wa`alaikumussalaam Jangan belajar dengan ustaz seperti itu Sesuatu hadis tidak boleh kita hukum lemah semata-mata kerana tidak selari dengan akal bodoh sesiapa. Menentukan kuat atau lemah sesuatu hadis ada kaedahnya disisi ulamak. Sesuatu makna hadis yang umum selalunya ada pengecualiannya (takhsis) Manusia yang tidak beriman sudah tentu terkeluar daripada maksud hadis tersebut Terima kasih
Saya meninggalkan dewan apabila mula terasa tak sedap hati. Dan saya mula bertanya dan cuba mencari jawapan. Saya takut perasaan was was terbit dalam diri. Maklumlah, saya hamba yang kurang ilmu. Terima Kasih kerana sudi membantu...
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic