Komuniti iluvislam.com : Bagaimana Cara-cara Mengerjakan Solat Hajat? - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Bagaimana Cara-cara Mengerjakan Solat Hajat?

#1 User is offline   kauyangsatu 

  • Group: Members
  • Posts: 11
  • Joined: 28-April 10

Posted 17 May 2010 - 11:37 AM

ustaz/ustazah bagaimana cara-cara mengerjakan solat hajat 2 rakaat? niat bagaimana ustaz? doa ape yang saya kena baca pada rakaat pertama dan kedua rakaat dan selepas habis sembahyang? harap ustaz/ustazah dapat memberi jawapan yang 100% dan senang difahami.
0

#2 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 17 May 2010 - 04:23 PM

Quote

pzy1 wrote: ustaz/ustazah bagaimana cara-cara mengerjakan solat hajat 2 rakaat? niat bagaimana ustaz? doa ape yang saya kena baca pada rakaat pertama dan kedua rakaat dan selepas habis sembahyang? harap ustaz/ustazah dapat memberi jawapan yang 100% dan senang difahami.
Assalamualaikum Warahmatullah. Solat dua rakaat sebagaimana solat biasa. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersembahyang dua rakaat dengan sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat. (Riwayat Ahmad). Para ulama menyatakan selepas membaca surah al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca ayat Kursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca surah al-Ikhlas selepas membaca surah al-Fatihah. Walaubagaimanapun, bacaan surah lain juga dibolehkan memandangkan bacaan surah ketika solat adalah sunat. Niat solat sunat hajat ialah: Sahaja aku sembahyang sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Taala. (Sesiapa yang boleh menulis lafaz di dalam teks Arab diharapkan dapat dikongsi di sini). Doa selepas solat sunat hajat: Maha Suci Allah yang bersifat dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya. Wallahualam.
0

#3 User is offline   kauyangsatu 

  • Group: Members
  • Posts: 11
  • Joined: 28-April 10

Posted 18 May 2010 - 10:19 AM

ustz/ustazah bleh x tulis bacaan yang last dalam bahasa rumi? bacaan selepas habis solat sunat hajat? ustaz bolehkah ayat kursi ditukarkan kepada ayat kul auuuzu birohbinas
0

#4 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 18 May 2010 - 10:51 AM

Quote

pzy1 wrote: 1. ustz/ustazah bleh x tulis bacaan yang last dalam bahasa rumi? 2. bacaan selepas habis solat sunat hajat? 3. ustaz bolehkah ayat kursi ditukarkan kepada ayat kul auuuzu birohbinas
Assalamualaikum Warahmatullah. 1. Saya rasa tulisan saya di atas itu ditulis di dalam tulisan rumi. 2. Selepas solat, boleh berzikir seperti biasa dan diakhiri dengan bacaan doa. 3. Saya telah menjawabnya seperti di atas:

Quote

Para ulama menyatakan selepas membaca surah al-Fatihah, dalam rakaat pertama hendaklah dibaca ayat Kursi sementara pada rakaat kedua pula dibaca surah al-Ikhlas selepas membaca surah al-Fatihah. Walaubagaimanapun, bacaan surah lain juga dibolehkan memandangkan bacaan surah ketika solat adalah sunat.
Kesimpulannya, boleh untuk membaca surah lain daripada ayat Kursi. Wallahualam.
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic