Komuniti iluvislam.com : Petua untuk Skor Subjek Sejarah - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Petua untuk Skor Subjek Sejarah

#1 User is offline   Hanya Bintang Hati 

  • Group: Members
  • Posts: 116
  • Joined: 15-November 09

Posted 20 May 2010 - 11:31 PM

salam..macam mana yer saya nak tanamkan dalam diri saya yang saya perlu jugak menyukai matapelajaran ini. bagi saya.subjek ini terlalu susah.. dan banyak fakta2 yang susah untuk saya ingat..ada petua?

Quote


0

#2 User is offline   Bayu_biru 

  • Group: Members
  • Posts: 202
  • Joined: 06-April 10

Posted 21 May 2010 - 05:04 PM

salam... akak adalah student yg sgt suka dgn subjek sejarah... hinggalah satu hari tu akak di doakan oleh seorang cikgu sejarah ne supaya dapat A! huhu~ sejarah ne mmg leceh. kene byk membaca. tp taktik n teknik membaca tu kene betul. mula2 memang kene minat. tp dalam situasi adik ne, pekata adik cuba pupuk minat tu. cuba tengok apa yg boleh kita dapat dgn membaca sejarah. apa yg seronoknya bila mengetahui sejarah n pembinaan tamadun sesuatu bangsa yg pernah wujud lama dulu. percayalah, memang seronok n teruja! tp akak memang tak galakkan adik menghafal. cuba faham cerita n isi kandungannya. lagipun, bila menjawab masa exam nanti, kefahaman n fakta umum sejarah itu adalah lebih penting dari menyenaraikan nama2 tokoh, atau tahun2 berlakunya sesuatu peristiwa. dalam erti kata lain, menjawablah scr kreatif. goreng2 sket, tapi jangan sampai hangus. hoho~ p/s: ne pendapat akaklah sebab dulu akak memang tak ske menghafal tp ske amek tahu. maksudnya, akak belajar utk tahu, bukan semata2 nak jawab exam. mungkin sbb minat, jadi akak cepat tangkap. jadi pupuklah minat tu tau... =)
0

#3 User is offline   nur_9@ 

  • Group: Members
  • Posts: 94
  • Joined: 18-November 09

Posted 21 May 2010 - 07:40 PM

utk PMR ke SPM? kalo PMR dlu sy amalkan wat latihan dlm buku and check immediately.. smbil ingat jawapan tu..ni care last minute sy hehe and alhamdulillah A selalu.. untuk sejarah mse SPM lak.. wat analysis..mule2 sediakan list tajuk utk check kite da study tajuk tu or belom 2nd..dapatkan teknik2 menjawab esei sejarah and soalan struktur dengan berkesan ( rajin2 bertanya ckgu sejarah anda) 3rd wat nota dlm bentuk kate kunci inssyaAllah A+ huhu;)
0

#4 User is offline   nuriman_tsp 

  • Group: Members
  • Posts: 22
  • Joined: 13-July 09

Posted 21 May 2010 - 07:46 PM

paling x suka subjek sejarah..SPM dpt C..haha..bgga giler..tp sej x dikira sbg subjek penting utk msk matrik or uni bg kos sains n math..juz kne lulus jer..so, x ksh pn blaja sej main2 ms sek dlu..tp jgn la ikut cara sy ni..hehe
0

#5 User is offline   aMNis 

  • Group: Members
  • Posts: 70
  • Joined: 11-February 09

Posted 27 June 2010 - 08:49 PM

Salam, Seriyus mula-mula pun rasa sejarah ni pergh bosan giler and bedtime story for sure. Lama-lama syer dpt hidayah untuk TERminat (tak sengaja) sejarah. Macam mana syer TERminat tu : 1) Suka menggambarkan imej yang bergerak ataupun kartun la, kan? So biler syer baca atau cikgu mengajar je, fikiran mula mereka2 wajah watak yang plng smart dan fikirkan diorang ngah berlakon ikut skrip dlm buku teks @ Komik maya. 2) Saya anggap buku teks kalau dibaca sepatah demi sepatah, dia jadi mcm sebuah novel yang penuh tragis dan sedih yang dikarag oleh pembuat buku teks. 3) Saya suka fikir kenapa dan mengapa Malaysia sekarang mcm ni? So, back to history. 4) Konspirasi Yahudi dan Dajjal yang syer nak thu sgt, pun ade kaitan dengan sejarah dlm buku teks. Itu lah yang menjadikan sayer TERminat sejarah. Wallhua'lam
0

#6 User is offline   puteri_91 

  • Group: Members
  • Posts: 3,355
  • Joined: 26-April 08

Posted 27 June 2010 - 09:21 PM

*bismillah *assalamualaikum Masa form 1 dulu, mula-mula belajar sejarah, memang hampeh. Rasanya tak pernah skor A pun. Masa form 2, masa exam paling awal tahun tu, tetibe dapat skor highest mark dalam tingkatan. Masa tu boleh dikatakan keputusan yang menjadi batu loncatan la untuk terus kekalkan prestasi. Bila stadi Sejarah, tak suka guna buku lain selain buku teks. Kerana buku teks sangat lengkap. Sangat tak suka guna buku rujukan. Walaupun kandungan dalam buku teks tu panjang dan banyak, tetapi memang lebih suka guna buku teks. Sampaikan menghafal satu demi satu perkataan dalam buku teks tu. Yang dalam kotak2 kecik tu pun hafal. Dan boleh ingat page by page. Caranya, sejarah itu ialah cerita. Cerita fakta. Enjoy yourself apabila baca cerita sejarah. Pasal kebanyakannya adalah berkait rapat. Kalau untuk Sejarah SPM, kebanyakkan topik ada yang dah belajar masa form 1,2 dan 3. Cuma makin mendalam la. Dan topik sejarah tingakatan 5, berkenaan Malaysia dah. Bukan Tanah Melayu lagi. Nak mengingat fakta dalam subjek sejarah, kena banyak pengulangan jugak. Bukannya sekali hafal, then terus boleh ingat sampai bila-bila tanpa revise balik. kena sentiasa revise la. Bila dah hafal tu kan, try tulis2 plak keyword untuk fakta tu. So, ingat keyword tu, ingatlah fakta tu. Dan kalau ada gambar dalam buku teks tu, ingat jugak gambar tu. Dan kaitkan dengan cerita dalam page tu dengan gambar yang ada dalam page tu. Nanti boleh dijadikan panduan untuk ingat balik. Lagi plak, bina short form sendiri. Atau gunakan Contohnya, contoh kerajaan awal. Gunakan singkatan AF. A - agraria dan F - Funan. Dan banyak lagilah caranya. Terlalu banyak caranya untuk ditulis dalam ni. Kalau rasa perlukan bantuan, insyaAllah, boleh PM ana ataupun YM ana. InsyaAllah ana akan tolong. Wallahu A'lam
0

#7 User is offline   bisikan nurani91 

  • Group: Members
  • Posts: 169
  • Joined: 29-March 09

Posted 27 June 2010 - 09:46 PM

*assalamualaikum sejarah ? tak kenal maka tak cinta..sekarang rasa rindu nak belajar sejarah.. sejarah ni amat menarik sebenarnya..dapat tahu apa yang berlaku pada masa dahulu..ana suka tajuk mengenai tamadun manusia..terasa b0leh bayang apa yang berlaku seperti yang digambarkan 0leh guru ataupun buku.. tips dari ana kalau nak 'master' subjek sejarah..tak perlu nak hafal satu buku...kalau ana, ana lebih suka baca buku teks..sebab dalam buku teks sejarah semua lengkap..kalau untuk meningkatkan daya ingatan ,almaklumla sungguh banyak yang perlu diingat, b0leh ikut cara ana kalau sesuai.. c0nt0h nak baca, faham dan ingat tajuk tamadun manusia, ana akan baca dulu buku teks..lepas itu, ana akan baca semula tajuk yang sama di buku rujukan..kalau zaman ana dulu, untuk PMR ataupun SPM, ada satu buku ( tak ingat keluaran apa ) yang memang ayat sebiji macam buku teks cuma diringkaskan dalam bentuk p0int..memang berkesan..saiz pun sederhana dan tak tebal..sekarang dah jadi buku warisan untuk adik2...bila dah baca dua kali, insyaAllah lebih mudah nak faham dan ingat.. dan kalau nak sk0r, bukan kena baca sahaja, ada teknik juga..selalunya s0alan esei kan yang senang nak dapat markah..dengan syarat betul2 yakin dengan s0alan yang dipilih..sejarah ni tak semestinya kena hafal tarikh dan tahun..kalau peristiwa penting hafal la.. kalau tak silap ana, dulu ada buku yang berwarna warni..memang bes la buku ni..b0leh digunakan untuk lebih mudah nak ingat..kalau nak ayat ikut skema jawapan, ayat buku teks la lebih selamat..tapi kalau dah jemu pakai satu buku ja kan, try cari buku rujukan yang berwarna warni..lebih berkesan sebab warna b0leh membantu.. lagi satu, rajin2 kan diri buat n0ta..sebab bila kita menulis lebih ingat..elakkan guna n0ta kawan...sebab kalau tulisan sendiri kita akan mudah ingat..kalau nak pinjam n0ta kawan ( mungkin sebab tak hadir ke kelas dan sebagainya ), kalau b0leh salin la semula, jangan f0t0stat..pada pandangan ana la.. harap dapat membantu adik.. *tata*
0

#8 User is offline   AsNiza 

  • Sang Pencari Destinasi
  • Group: Members
  • Posts: 10,011
  • Joined: 06-May 08

Posted 27 June 2010 - 09:53 PM

salam wbt.. alhamdulillah saya dapat A1 subjek sejarah dalam spm. salah satu tips yang boleh saya kongsi, saya balut buku sejarah cantik2, lawa2.. cover depan saya letak gambar kartun kegemaran saya pada waktu itu. so buku sejarah saya dah jadi seolah2 buku cerita feveret yang sangat saya gemari. kalau g mana2, untuk aktiviti riadah selain daripada aktiviti serius, saya suka bawa buku sejarah ke mana2.. ada masa lapang, baca macam buku cerita. dalam buku saya berwarna warni. mana2 point penting saya tandakan. ada garis. ada highligt. dan macam2 yg saya suka. oh lupa. buku sejarah saya beli sendiri sbb student mrsm.=) tulis nota pendek, salin banyak2 kali pun takpe. buat nota pendek. mudah utk di bawa ke mana2. pelajar asrama kadang banyak kena beratur. so sambil2 beratur sempat baca nota pendek. sesuai utk diaplikasikan bagi subjek2 lain yg perlu banyak membaca juga adanya sperti subjek biologi. wallahua'alam.
0

#9 User is offline   kakak91 

  • Group: Members
  • Posts: 66
  • Joined: 12-August 08

Posted 27 June 2010 - 10:14 PM

oh sejarah... masa mula2 susah sangat nak score. bila dapat markah rendah malu dgn kawan2 yg lain. lepas tu, pegi kedai cari buku latihan buat. bab demi bab. lepas habis satu buku, cari satu buku lagi. tukar2 dgn kwn. tak cukup, buat soalan past year. nanti kita akan nampak bentuk soalan macam mana. dan yang paling penting, cikgu2 sangat berjasa. cikgu2 sejarah saya sangat bersemangat! buku sejarah kami mmg penuh dgn nota2 pntg yg ckgu bagi. cikgu mmg x kasi tulis kt tmpat lain. nanti hilang. cikgu pun ada bagi point2 yg x ada dlm buku teks kiata, tp ada dlm buku teks utk cikgu. s etuju dgn sahabat di atas, buku rujukan x payah beli pun x pe. buku teks mmg sgt berguna sebab solan mmg 100% dr buku teks kecuali soalan KBKK..kalau pakai buku senior lagi best sbb diorg dah highlight siap2 semua point2. teknik menjawab soalan pun penting. kalau soalan subjektif, dia mintak dua point, bagi je lebih..sampai penuh kertas soalan pun xpe..(tp jgnlah comot2..hehe) kalau esei pun sama. utk satu bhgn contohnya soalan 1 a) berikan lima sebab kejatuhan kerajaan bla bla bla.. jgn la bg 5 je..bagi sepuluh! kalau konfius atau ingat2 lupa pun tulis je. nnt pemeriksa akan cari yg betul je. yg sallah markah x akan ditolak. apepun rujuk la cikgu ttg cara pemarkahan sebab takut ada perubahan sy spm08. mmg cikgu pun pesan mcm tu kt kami. apepun, gudluck n all the best utk adik2.. jgn jadikan sejarah ni sbg beban k.;)
0

#10 User is offline   cahaya_farhanah 

  • Group: Members
  • Posts: 54
  • Joined: 17-July 09

Posted 27 June 2010 - 10:30 PM

salam. saya cadangkan awk supaya buat study group. assign kwn2 lain untuk study certain2 topik lepas tu biar korang cerita topik2 korang tu. memang membantu sebab kdg2 kita lebih ingat apa yg kawan bgtaw drpd ape yg kita baca. lg 1, kita boleh la check mane2 fakta yg salah... tak semestinya buat sesi becerita ni gaya formal. saya dulu siap berbaring kat tengah dorm tu sempat habiskan 2 bab dengan kawan2. sambil tu, awak boleh je pinjm teddy bear untuk jd tukang dengar cerita sejarah awak tu. awak boleh buat past year. sambil tu awk jgn lah ecilkan skop pembacaan anda tu pada buku sekolah je. rajin2 lah buka buku2 lain. sejarah, kalau awak luaskan pandangan dan skop pembacaan anda boleh jadi subjek yg best..same lah macam sains..
0

#11 User is offline   Oh Cintaku Laptop 

  • Give Me Your Brains
  • Group: Members
  • Posts: 2,011
  • Joined: 12-December 07

Posted 28 June 2010 - 12:59 AM

*bismillah Jangan tidur.
0

#12 User is offline   pucuk keladi 

  • Group: Members
  • Posts: 229
  • Joined: 13-January 09

Posted 28 June 2010 - 01:15 AM

guna kaedah "max recall" dan peta minda...
0

#13 User is offline   syu insyirah 

  • Group: Members
  • Posts: 247
  • Joined: 01-March 09

Posted 28 June 2010 - 09:51 AM

saya spm dulu dapat A, subjek ni..waktu stpm pun dapat A....bukan nak menunjuk waktu dulu saya x suka mapping atau nota2 kecil yang ditulis dalam point, coz saya punya hard disk payah nak faham kalau baca yang point ... saya akan baca yang macam karangan, i means baca buku teks terus..sebab bila baca macam tu, kita akan tahu dari A ke Z...
0

#14 User is offline   matz 

  • Im here to learn and help people from morning to night
  • Group: Members
  • Posts: 873
  • Joined: 10-December 09

Posted 28 June 2010 - 10:11 AM

Quote

syu insyirah wrote: saya spm dulu dapat A, subjek ni..waktu stpm pun dapat A....bukan nak menunjuk waktu dulu saya x suka mapping atau nota2 kecil yang ditulis dalam point, coz saya punya hard disk payah nak faham kalau baca yang point ... saya akan baca yang macam karangan, i means baca buku teks terus..sebab bila baca macam tu, kita akan tahu dari A ke Z...
ya... kita serupa... mula2 baca teks dulu, pastu baca cth soalan esei ngan jawapan,, simple je kan?
0

#15 User is offline   syu insyirah 

  • Group: Members
  • Posts: 247
  • Joined: 01-March 09

Posted 28 June 2010 - 10:17 AM

Quote

mula2 baca teks dulu, pastu baca cth soalan esei ngan jawapan,, simple je kan?
betul tu..baca soalan esei dengan jawapan... satu lagi..jadik la ahli nujum kejap..saya suka meramal soalan yang akan keluar dengan merujuk soalan2 lepas...alhamdulilah, semuanya tepat apa yang diramalkan... tapi, kalau x pandai jangan buat...berserah je kepada ALLAH..
0

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic