Komuniti iluvislam.com : Tanda-Tanda Awal Sakit Jantung - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Tanda-Tanda Awal Sakit Jantung

#1 User is offline   naqil 

  • Group: Members
  • Posts: 4
  • Joined: 01-December 08

Posted 21 May 2010 - 05:28 PM

salam... doktor, apakah tanda2 awal sakit jantung? ayah sy, badannya selalu berasa sejuk tetapi dia berpeluh. dan selepas itu dia akan berasa pening dan muntah2. apakah itu tanda2 awal?
0

#2 User is offline   Leokidx 

  • Ailurophile
  • Group: Members
  • Posts: 2,695
  • Joined: 12-June 07
  • LocationNizhniy Novgorod

Posted 21 May 2010 - 08:07 PM

Waalaikumsalam, naqieyl. Terlebih dahulu, diingatkan saya cuma seorang pelajar perubatan, justeru itu nasihat dan panduan yang saya berikan sama sekali tidak boleh dijadikan rujukan semata-mata dalam menghadapi masalah kesihatan yang diajukan. Sila tunggu doktor ILuvIslam atau sila rujuk doktor sebenar. Sakit jantung, secara umumnya terbahagi kepada 2 yang utama. Iaitu angina pectoris, dan myocardial infarction (MI). Tanda paling utama bagi satu sakit jantung adalah sakit di bahagian dada. Sakit di bahagian tengah dada/rusuk, yang biasanya merebak ke bahagian bahu, belakang, termasuklah rahang dan perut (kadang-kadang boleh dianggap sebagai sakit gigi atau sakit perut sahaja!). Sakit mungkin merupakan sakit jenis mencucuk, tajam, panas/membakar, menekan seolah2 ketat dada, dan mungkin disertai dengan sesak nafas, loya, berpeluh, cemas, rasa ingin mati dsb. Kalau bagi angina pectoris, biasanya sakit dada itu disebabkan/menjadi lebih teruk oleh aktiviti fizikal, stress/emosi (marah, terkejut), cuaca ataupun lepas makan. Dan ianya akan berkurangan/hilang apabila pesakit rehat. Manakala bagi MI pula, sakitnya lebih kurang sama macam angina tadi. Tapi dalam MI, sakit tersebut tidak berkurangan walaupun rehat, dan biasanya lebih lama (lebih 30 minit). Ia juga boleh berlaku secara tiba-tiba, tak semestinya disebabkan oleh aktiviti fizikal atau stress. Untuk pengesahan, pesakit perlulah dibawa ke hospital. Di hospital, pesakit akan dipasang dengan mesin ECG bagi melihat sendiri keadaan elektrik jantung. Sekiranya benar ada serangan jantung, maka perubahan boleh dilihat pada ECG tersebut. Selain itu, doktor juga akan mengambil darah, untuk melakukan ujian cardiac enzyme. Keputusan kedua-dua ujian ini akan mengesahkan diagnosis serangan jantung. Maaf, bolehkah saya tahu, adakah ayah anda seorang pengidap kencing manis (diabetis)? Soalan ini penting kerana pengidap kencing manis boleh menghadapi apa yang dinamakan sebagai "silent MI", iaitu serangan jantung namun tidak diiringi dengan sakit. Ia mungkin sekadar sesak nafas, berpeluh-peluh atau loya seperti yang anda ceritakan. Jika ya, sila bawa ayah anda ke hospital @ unit kecemasan secepat mungkin. Selain itu, jika ada satu atau lebih ciri-ciri dibawah bagi sesiapa yang mengalami sakit dada, sila rujuk ke hospital secepat mungkin: - Penghidap Kencing Manis (DM) - Penghidap penyakit tekanan darah tinggi (hypertension) - Obesity - Ada sejarah keluarga yang pernah mengalami serangan jantung - Perokok - Kandungan cholesterol yang tinggi Saudara naqieyl juga boleh merujuk thread-thread di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan sakit dada: RE: Tanda-tanda Serangan Jantung RE: Sakit Dada Secara Tiba-tiba: Apa Puncanya? RE: Sakit Dada dan Sesak Nafas RE: Sering Sakit Dada dan Banyak Kahak Sekian, diharap penjelasan saya dapat memberi sedikit gambaran asas mengenai sakit jantung kepada anda. Setakat ini sahajalah yang mampu saya bantu. Penyakit ini sangat serius dan boleh membawa maut, justeru sila rujuk doktor di hospital secepat mungkin. Saya doakan semoga Naqieyl dan keluarga sihat dan sentiasa di bawah lindungan Allah. Wallahua'lam, wassalam.
0

#3 User is offline   SiNaR QaSeH 

  • Group: Members
  • Posts: 521
  • Joined: 20-January 10
  • LocationKuala Lumpur

Posted 21 May 2010 - 08:45 PM

*bismillah Salam Ana bukan doktor..tapi ada pengalaman dengan ibu ana.. hampir 80% penerangan Leokid benar, inilah antara pengalaman yang pernah ana lihat pada ibu ana dahulu.. sakit jantung pada awalnya sukar dikesan oleh doktor. ibu ana pula kebiasaannya dahulu., sering sakit dada, sekejap letih akan disusuli dengan berpeluh dan sesak nafas (termengah-mengah), ini semua antara faktor yang dapat dilihat. Selain itu, jika emosi terganggu (sedih dan terkejut dengan sesuatu berita yang diterima) akan memberi tindakbalas kepada keadaan dirinya. Antara yang disebutkan diatas, kencing manis & darah tinggi risiko untuk mendapat sakit jantung. Muntah2... kebiasaan berlaku dalam masa berpuasa & selepas berbuka, akan ada yang tidak kena dirasakan pada perutnya, muntah-muntah dan rasa pedih pada bahagian dada. Mungkin juga berkait rapat dengan gasterik... (ini tak sure..tapi itulah yang ana lihat pada ibu) Penyakit ini doktor kesan semasa melakukan ECG... sukar nak digambarkan bagaimana ketika berhadapan dengan sakit ibu dahulu... makanan perlu kawal, hati mereka perlu dijaga (jangan diberi dengar berita yang mengejut & membimbangkan mereka) Alhamdulillah kini selepas menjalani rawatan dengan Izin Allah..selamat pembedahan. Sekadar berkongsi pengalaman melihat kesakitan ibu. Semoga membantu. Wallahua'lam
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic