bismillahirrahmanirrahim.
salam.
dulu masa sekolah, saya ambil bidang Sastera Ikhtisas, wajib Add Math. seronoknya kalau boleh drop Add Math :D
Quote
tp, ana dgr cerita *lepas drop add math* yang klu xde add math xleh masuk ipta,
betul ke?
takde la, boleh je masuk IPTA kalaupun Moon drop Add Math. cuma Moon tak boleh masuk Matrik je, sebab salah satu syarat wajib utk masuk Matrik, kena ada Add Math.
Quote
kalau mcm tu, semua budak aliran sastera tak leh masuk ipta ke?
course Sastera rasanya tak tengok Add Math. sebab tak belajar pun subjek tu masa kat U nanti. subjek2 lain lebih penting. contoh General Requirements kena pass BM. then tambahan, Sejarah kalau nak ambil Law, Math Mode kalau nak ambil Econs, dan credits mana-mana subjek yang disenaraikan. correct me if I am wrong :)
Quote
n mcm mana pulak dgn biasiswa, mmg xboleh dapat ke kalau x amik pure science?
Moon, kalau Moon belajar rajin-rajin, result gempak, mesti boleh dapat biasiswa kalau Moon apply ;)
Quote
tp mcm mane klu course2 sastera yg dkt u tu, budak sains ramai mintak?
pelajar2 jurusan Sastera akan diutamakan asalkan menepati Entry Requirements Uni tersebut.
tapi ada jugak budak Sains Tulen yang dapat course Sastera. contoh masa saya di Asasi UIA Nilai. dalam kelas Law saya, hanya dua orang je budak Account / budak Sastera; saya dan lagi sorang kawan saya. yang lagi 20 ++ semuanya budak Sains Tulen. saya pun tak tau macam mana boleh terselit dalam kelas tu xD
Quote
harap ada yg bg pandangan, kalau ade pengalaman bagus jugak :)
macam yang saya kata tadi, saya ambil Add Math. tapi result SPM Add Math saya tersangatlah teruk, tengok sekali pun cukuplah. dan saya tak dapat Matrik. mesti boleh agak berapa Add Math saya :p tapi Alhamdulillah, saya diterima masuk ke sebuah IPTA; Asasi UIA. dan insyaAllah Julai ni akan mendaftar di UIA Gombak utk sambung Degree :)
don't worry, insyaAllah ada tu tempat utk Moon di IPTA ;)
harap membantu :)
wallahua'lam.