Assalmualaikum.
Saya terbaca satu laman blog yang mengatakan seperti berikut:
"Ramai orang silap dan tersalah dalam menjawab azan disebabkan kejahilan dan taqlid buta kepada orang-orang dahulu.
Adapun bacaan yang patut dibaca ketika menjawab azan ialah membaca kembali apa yang disebutkan oleh muazzin kerana sabit dari sunnah dari hadith riwayat Abu Said Al-Khudri ra dari nabi salallahualaihiwasalam yang pernah bersabda :
اذا سمعتم النداء فقولوا مثل ما يقول المؤذن
“Dan jika kamu mendengar azan (termasuk iqamah) maka hendaklah kamu menyebut seperti apa yang disebutkan oleh muazzin” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 611 dan Muslim no. 383).
Adapun mengenai bacaan tambahan seperti yang dibaca pada waktu subuh iaitu الصلاة خير من النوم maka para ulama’ turut mengatakan bahawa ianya dijawab dengan menyebut bacaan itu kembali sebagai memenuhi perintah nabi salallahualaihiwasalam adapun mengenai golongan yang menjawab dengan menyebut صدقت وبررت maka tidaklah benar dan hal ini tiada dalil dan pertunjuk baik dari sunnah mahupun dari perbuatan ulama’ Islam.
Begitu juga bacaan iqamah iaitu apabila muazzin menyebut قد قامت الصلاة قد قامت الصلاة maka dijawab sebagaimana ia disebut dan tidak benar dibaca seperti kebanyakan orang iaitu
أقامها الله وأدامها kerana juga tidak ada pertunjuk dari sunnah mahupun perbuatan para ulama’ Islam."
Apa yang diutarakan oleh penulis blog tersebut seperti ada relevan nya juga kerana seperti yang dilihat pada sabit dari hadith yg diberi.Tetapi melalui pembelajaran ianya berbeza dengan apa yang saya amalkan.Adakah betul apa yang diutarakan penulis blog itu?atau saya yang tersilap?

Page 1 of 1
Bagaimana Cara Menjawab Azan dan Iqamah Sebetulnya?
#2
Posted 01 July 2010 - 05:19 PM
Quote
ketenangan_hati wrote:
Adapun mengenai bacaan tambahan seperti yang dibaca pada waktu subuh iaitu الصلاة خير من النوم maka para ulama’ turut mengatakan bahawa ianya dijawab dengan menyebut bacaan itu kembali sebagai memenuhi perintah nabi salallahualaihiwasalam adapun mengenai golongan yang menjawab dengan menyebut صدقت وبررت maka tidaklah benar dan hal ini tiada dalil dan pertunjuk baik dari sunnah mahupun dari perbuatan ulama’ Islam.
Begitu juga bacaan iqamah iaitu apabila muazzin menyebut قد قامت الصلاة قد قامت الصلاة maka dijawab sebagaimana ia disebut dan tidak benar dibaca seperti kebanyakan orang iaitu
أقامها الله وأدامها kerana juga tidak ada pertunjuk dari sunnah mahupun perbuatan para ulama’ Islam."
[url]http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=46&thread_id=3856[/url]Adapun lafaz iqamah قد قامت الصلاة قد قامت الصلاة dan dijawab أقامها الله وأدامها Menurut kitab al-Fiqh al-Manhaji ala Mazahib al-Imam al-Shafie mengatakan lafaz ini diambil daripada sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud bernombor 528. Bahkan menurut kitab ini juga, lafaz azan Subuh الصلاة خير من النوم dan dijawab صدقت وبررت merupakan perkara sunat menurut pandangan para ulama. Walaupun kita tidak menjumpai sumber ambilan namun memadailah dengan perkataan dan perakuan daripada para ulama memandangkan juga ia bukanlah perkara yang ditegah syarak. Di dalam hal ini tiada pula kedengaran bantahan daripada para ulama muktabar mengenai perkara ini yang boleh dijadikan salah satu dalil bagi orang awam. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Sesungguhnya ulama itu adalah pewaris para nabi. Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna. (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah). Wallahualam.
Share this topic:
Page 1 of 1

Help







