Komuniti iluvislam.com : Mati Dalam Keadaan Mulut Ternganga dan Mata Terbeliak ? - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Mati Dalam Keadaan Mulut Ternganga dan Mata Terbeliak ?

#1 User is offline   comat 

  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 31-May 10

Posted 31 May 2010 - 09:33 AM

Salam Mintak maaf kalau topik salah tempat, sbb sy tgk kat section lain takde button new topic. berdasarkan tajuk yg sy nk tanye tu, apa yg menyebabkan terjadi macam tu ? adakh orang tersebut seorang yg ?? TQ..

Quote

opie- salam.. izinkan ana edit tajuk sikit ye.. syukran..

0

#2 User is offline   Ikhwan 

  • *-HablumminALLAH wa hablumminanNAS-*
  • Group: Members
  • Posts: 1,560
  • Joined: 12-April 08
  • Location*-Universiti Of Tarbiyyah(UTeM-*

Posted 31 May 2010 - 09:43 AM

Quote

comat wrote: Salam Mintak maaf kalau topik salah tempat, sbb sy tgk kat section lain takde button new topic. berdasarkan tajuk yg sy nk tanye tu, apa yg menyebabkan terjadi macam tu ? adakh orang tersebut seorang yg ?? TQ..
adakh orang tersebut seorang yg ?? mcm2.. Tu yg baca doa, Doa agar meninggal dalam keadaan khusnul khotimah

Quote

اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ “Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khotimah”
husnul khatimah=mati dalam keadaan baik..Amin~ kalau tanye orang-orang yang selalu mengebumikan jenazah nih,ustaz-ustaz biasanya,tahu la kenapa sesetengahnya mati dalam keadaan begitu.. Wallahualam
0

#3 User is offline   Leokidx 

  • Ailurophile
  • Group: Members
  • Posts: 2,695
  • Joined: 12-June 07
  • LocationNizhniy Novgorod

Posted 31 May 2010 - 10:17 AM

Ini adalah fenomena yang dinamakan "rigor mortis". Sejurus selepas kematian, otot-otot pada mulanya akan menjadi kendur (dinamakan "primary flaccidity") kerana kehilangan tone impulse dari otak. Namun setelah beberapa ketika, otot akan mula menjadi kejang. Kekejangan ini dipanggil "rigor mortis", secara teorinya dikaitkan dengan perubahan pada bahan protein dalam otot, menurut kandungan asid laktik. Justeru itu, 3 otot pertama yang akan mengejang adalah - kelopak mata, otot leher dan otot rahang. Itu yang membuatkan mata terbeliak, leher mengeras, serta mulut ternganga. Selepas itu, rigor mortis akan berlaku pada otot-otot lain, termasuklah otot jantung. Rigor mortis biasanya berlaku antara 2 hingga 6 jam selepas kematian. Ini dalam keadaan biasa. Namun dalam keadaan tertentu, seperti - dalam tempat yang sejuk, atau si mati baru lepas bersenam (terkumpul banyak asid laktik), maka ia akan menjadi lebih cepat. Ia juga berbeza-beza mengikut umur, jantina, kesihatan badan secara keseluruhan dsb. Maka, keadaan mayat yang terbeliak dan mulut ternganga tersebut mungkin sekali disebabkan ketika ia meninggal pun dalam keadaan sedemikian, dan/ataupun kerana lambat ditutupkan mata & mulutnya, menyebabkan otot-otot tersebut telahpun mengeras (rigor mortis). Kalau dilihat pada sunnah Rasulullah, terdapat sunnah menutup mata mayat sesudah ia meninggal dunia sambil membacakan doa yang khusus. Subhanallah, Sunnah ini bertepatan dengan apa yang ditemukan oleh sains, kerana kelopak mata adalah otot yang pertama mengalami rigor mortis. Jika lambat ditutup, maka kelopak mata akan mengeras justeru tentu sukar untuk menutupnya.
0

#4 User is offline   comat 

  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 31-May 10

Posted 31 May 2010 - 02:35 PM

Sy masih menuggu lagi jawawpan yg lain utk soalan sy tu. ada satu lg soalan saya, dalam beberapa minggu ni panas terik, kemarau panjang, tiba2 ada seorang hamba allah ini meniggal. dan pada 30 minit hendak mengebumikan jenazah tersebut, hujan renyai renyai datang menbasahi bumi.. ada petanda tak ? tq..
0

#5 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 31 May 2010 - 02:41 PM

Quote

dalam beberapa minggu ni panas terik, kemarau panjang, tiba2 ada seorang hamba allah ini meniggal. dan pada 30 minit hendak mengebumikan jenazah tersebut, hujan renyai renyai datang menbasahi bumi.. ada petanda tak ?
Serahkan kepada Allah dan tetapkan hati kita daripada menafsir perkara yang di luar kemampuan aqal kita.. Ada perkara berada di dalam jangkauan kita dan ada perkara berada di dalam kekuasaan Allah. Jgn terlalu memikirkan akan petanda sekeliling, sebaliknya hadapilah jenazah itu dgn penuh kensafan kerana setiap yang hidup pasti mati... Aku kira itu lebih baik dan beretika serta beradab, lebih-lebih lagi apabila kita sedang berurusan dgn jenazah. "Janganlah kamu tangisi kematian saudara kamu kerana apa yang berlaku kepada saudara kamu pasti berlaku kepada kamu kelak" - Umar ibn Abdul Aziz R.A -------------------------- Nantikan ketibaan moderator agama utk memberikan kenyataan muktamad.
0

#6 User is offline   comat 

  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 31-May 10

Posted 31 May 2010 - 02:56 PM

Quote

thekatyusha wrote:

Quote

dalam beberapa minggu ni panas terik, kemarau panjang, tiba2 ada seorang hamba allah ini meniggal. dan pada 30 minit hendak mengebumikan jenazah tersebut, hujan renyai renyai datang menbasahi bumi.. ada petanda tak ?
Serahkan kepada Allah dan tetapkan hati kita daripada menafsir perkara yang di luar kemampuan aqal kita.. Ada perkara berada di dalam jangkauan kita dan ada perkara berada di dalam kekuasaan Allah. Jgn terlalu memikirkan akan petanda sekeliling, sebaliknya hadapilah jenazah itu dgn penuh kensafan kerana setiap yang hidup pasti mati... Aku kira itu lebih baik dan beretika serta beradab, lebih-lebih lagi apabila kita sedang berurusan dgn jenazah. "Janganlah kamu tangisi kematian saudara kamu kerana apa yang berlaku kepada saudara kamu pasti berlaku kepada kamu kelak" - Umar ibn Abdul Aziz R.A -------------------------- Nantikan ketibaan moderator agama utk memberikan kenyataan muktamad.
terima kasih. Dan hamba tersebut ada pertalian darah daging dengan saya, dan beliau meniggal pada hari ni lebih kurang antara pukul 4-6 pagi tadi hari isnin.. sy tersangat sayang pada beliau, hingga air menitik tidak henti, innilah pertama kehilangan manusia yg mempunyai pertalian darah daging.. melihat jenazah yg kaku terbujur, ini adalah pertama kali melihat.. semoga beliau di tempatkan orang yaang soleh, ada cara tak yg masih hidup ini seperti saya ingin menbawa beliau ke syurga ? Bagaimana pula kemungkinan dosa2 yg beliau buat dahulu ? adakah termpun ? sedangkan beliau telah meniggal..
0

#7 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 31 May 2010 - 03:02 PM

Quote

semoga beliau di tempatkan orang yaang soleh, ada cara tak yg masih hidup ini seperti saya ingin menbawa beliau ke syurga ?
Jikalau begitu, aku mengucapkan takziah ke atas apa yang berlaku kepada kamu.. Aku berharap comat bersabar menghadapi ujian ini dan yakinlah bahawa Allah merahmati darah daging kamu.. Jadiklah orang-orang yang baik dan rajin-rajinkanlah diri membaca al-Quran.

Quote

Bagaimana pula kemungkinan dosa2 yg beliau buat dahulu ? adakah termpun ? sedangkan beliau telah meniggal..
Kita yang hidup ini berusaha utk bangun di tengah malam dan solat hajat serta berdoa agar Allah mengampunkan dosanya.. comat.. Aku harap ko bersabar... Sesungguhnya Allah menguji perisitwa kehidupan & kematian terhadap hamba-Nya, yang masa satukah lebih baik amalannya terhadap Rabbul Alamin. Aku yakin ko seorang yang baik.
0

#8 User is offline   Geekspro 

  • Azkal Azkia
  • Group: Members
  • Posts: 1,076
  • Joined: 04-October 08
  • LocationSemporna

Posted 31 May 2010 - 03:02 PM

Mati dalam keadaan mata terbuka bukan suatu tanda bahawa si mati itu adalah orang yang jahat. Imam Qurtubi dalam Kitab At-Tazkirah menukilkan Satu Hadis marfu' yang diriwayatkan Oleh Imam Muslim dan Ibnu Majah :

Quote

إن الروح إذا قبض تبعه البصر Maksudnya: Sesungguhnya Roh itu apabila dicabut maka pandangan akan mengikutinya.
Berdasarkan hadis ini kita dapat fahami sebenarnya mata seseorang yang meninggal itu sebenarnya memadang ke kpd rohnya yang sedang dicabut oleh malaikat.
0

#9 User is offline   comat 

  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 31-May 10

Posted 31 May 2010 - 03:24 PM

terima kasih thekatyusha dari dulu lagi saya menang takut mati, bukan takut mati sebab tak boleh tinggalkan kemewahan.. tapi saya takut tak sampai ke syurga. sbb dari dulu lagi saya percaya ada neraka dan syurga, tuhan dan malaikat. Dan sy tau betapa hinanya dalam neraka nih.. Sbb tu sy takut.. alangkah bahagianya kalau semua ahli keluarga saya berkumpul dalam syurga. sebenarnya kematian hari ni mula2 mmg sy takleh terima, sy cakap ini suatu mimpi, lama2 dalam kepala saya bgtau sekarang berada dalam dunia yang nyataa. deringan telefon pada pagi ni dari hospital, menbuatkan otak jadi kosong.. sebab sy tak sempat melihat beliau semasa di hospital, sy rasa seperti rugi, sekarang dah takde..taskleh bercakap langsung... subahanallah dalam hidup saya tidak pernah menangis begini, sedihnya melihat oorang tersayang telah pergi selama-lamanya.. mencium dahi beliau 3 kali. Kalau lah saya layak menbawa menbawa beliaru ke syurga dengan amalam tertentu untuk beliau, saya sanggup buat... rasanya skrng hidup mcm sia2, tapi tetap kuatkan semangatkan untuk hidup. Geekspro betul tu, sy dah buat research tadi mmg terjumpa pun ayat cm tuh. Sebab tu bila beliau dalam keadaan mata terbeliak ke atas, sy terus mennayakan soalan tersbut kat forum nih. Takut jgk.. sbb sy harap sgt dia antara seseorang yg layak masuk surga dan bertemu dengan Allah Inilah kenangan yg paling menbuat air mata saya bercucuran tidak henti2.. barulah saya tau sebenarnya orang yg merasa kehilangan manusia buat selama-lamanya. sungguh sedih.
0

#10 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 31 May 2010 - 03:34 PM

Comat.. Tenangkan hati kamu dan jgn dok sensorang yea.. Semua mengharapkan begitu jua (termasuk aku...) Dari itu, buatlah amalan yang baik... Perjalanan ko masih jauh, dan ko harus kuat menongkah aruz masa depan kerana apa yang terjadi pada diri ko hari ini wajar utk ko ceritakan pada anak-anak ko kelak apabila tiba sampai masanya... p/s: Aku tak tau, tapi salah satu cara utk melepaskan kesedihan adalah dgn membaca al-Quran dan melepaskan suara yang terpendam di tgh malam.. Agar kesedihan dapat kita luahkan..
0

#11 User is offline   comat 

  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 31-May 10

Posted 31 May 2010 - 03:48 PM

Quote

thekatyusha wrote: Comat.. Tenangkan hati kamu dan jgn dok sensorang yea.. Semua mengharapkan begitu jua (termasuk aku...) Dari itu, buatlah amalan yang baik... Perjalanan ko masih jauh, dan ko harus kuat menongkah aruz masa depan kerana apa yang terjadi pada diri ko hari ini wajar utk ko ceritakan pada anak-anak ko kelak apabila tiba sampai masanya... p/s: Aku tak tau, tapi salah satu cara utk melepaskan kesedihan adalah dgn membaca al-Quran dan melepaskan suara yang terpendam di tgh malam.. Agar kesedihan dapat kita luahkan..
terima kasih.. insyallah saya akan selalu amalkan.. alhamdullilah, satu penghormatan bagi beliau kerana meniggal pada hari ini isnin, juga hari nabi muhammad s.a.w dilahirkan pada hari isnin , turun wahyu yang pertama pda hari isnin,, dan juga wafat pada hari isnin...
0

#12 User is offline   mariaaaz79 

  • Group: Members
  • Posts: 356
  • Joined: 15-December 09
  • Locationdamansara

Posted 31 May 2010 - 04:23 PM

Quote

thekatyusha wrote: Comat.. tapi salah satu cara utk melepaskan kesedihan adalah dgn membaca al-Quran dan melepaskan suara yang terpendam di tgh malam.. Agar kesedihan dapat kita luahkan..
akak setuju....dengan mendekatkan diri pada ALLAH...ketenangan yang kita dapat nanti boleh melupakan kita pada kesakitan @kesedihan yang kita alami... dan ingat,kita yang hidup harus ambil iktibar dari apa yang telah kita saksikan bukannya mempersoalkan "kejahatan @kabaikan " si mati...kerana semua itu hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI....Bukan kita yang menentukannya...
0

#13 User is offline   Geekspro 

  • Azkal Azkia
  • Group: Members
  • Posts: 1,076
  • Joined: 04-October 08
  • LocationSemporna

Posted 31 May 2010 - 05:22 PM

Pertamanya nak ucapkan takziah di atas kehilangan orang yang tersayang. Semoga tabah menghadapi ujian ini.

Quote

comat wrote: ada cara tak yg masih hidup ini seperti saya ingin menbawa beliau ke syurga ?
Nak bawa ke Syurga atau tidak itu semua kerja Allah & dalam ilmu Allah. Apa yang boleh kita buat ialah sentiasa berdoa kepada si mati supaya diampunkan segala kesalahannya semasa dia masih hidup.

Quote

comat wrote: Bagaimana pula kemungkinan dosa2 yg beliau buat dahulu ? adakah termpun ? sedangkan beliau telah meniggal..
InsyaAllah terampun...Walaupun dia dah meninggal dunia sekiranya kita yang hidup ini mendoakannya insyaAllah dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan oleh Allah.
0

#14 User is offline   Alissa 

  • Group: Members
  • Posts: 88
  • Joined: 26-March 10

Posted 31 May 2010 - 06:08 PM

*assalamualaikum wahai saudara ....kematian itu pasti n lumrah manusia apb kehilangan org mrk syg akn bersedih...tp kamu mesti redha.....krn stp yg hdup itu pasti akn mati..jgn menyesali kamu x dpt bersama semasa beliau pergi meniggalkn kamu tp sesalkn masa semasa si mati itu masih hidup kamu ckup hargai x dia??? jgn pts berdoa pd Allah .....smoga si mati itu dicuri rahmat....ingatlah hanya doa kamu shj dpt mbantu si mati di alam kubur.takziah buat saudara...kuatkn ati...ini ujian buat kamu *yes*
0

#15 User is offline   pendakyahraya 

  • Devil's Advocate
  • Group: Members
  • Posts: 999
  • Joined: 05-January 10

Posted 01 June 2010 - 09:33 AM

Takziah diucapkan kepada TS.

Quote

mariaaaz79 wrote: dan ingat,kita yang hidup harus ambil iktibar dari apa yang telah kita saksikan bukannya mempersoalkan "kejahatan @kabaikan " si mati...kerana semua itu hanya ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI....Bukan kita yang menentukannya...
Benar. Jadikan kematian itu satu peringatan dan iktibar bagi kita. Tak perlu nak fikirkan baik-buruk mati dalam iman mati dengan syaitan akan seseorang itu. Apabila seseorang itu meninggal dunia, antara perkara pertama yang kita buat ialah memastikan matanya tertutup, menutup mulutnya (dan mengikat kain untuk memastikan mulutnya terus tertutup), memastikan angin tak masuk kedalam perutnya dengan letak sedikit beban diatas perutnya (bukan dengan gunting besi je..) dan memposisikan jenazah tersebut seperti dalam solat. Ini untuk memudahkan jenazah tersebut diuruskan, disamping mengelak perkara 'tak diingini' berlaku (seperti mata terbeliak, mulut ternganga, anggota badan dah keras takleh nak dibentuk etc)

Quote

Subhanallah, Sunnah ini bertepatan dengan apa yang ditemukan oleh sains, kerana kelopak mata adalah otot yang pertama mengalami rigor mortis. Jika lambat ditutup, maka kelopak mata akan mengeras justeru tentu sukar untuk menutupnya.
Hmm..
0

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic