Salam alaik..
nk tanya mcm mana kaifiyat n niat solat sunat selps nikah?
bleh tlg explain hadith mana yg mengatakn sunat menunaikn solat 2 bserta sanad hadith tsebut..syukran..

Page 1 of 1
Solat Sunat Selepas Berkahwin
#3
Posted 02 July 2010 - 04:39 PM
maaf..sekdr btanya..bkn ape..xnk beramal dgn hadith y mauquf pd sanadnya..
#4
Posted 06 July 2010 - 03:46 PM
Assalamualaikum Warahmatullah.
Niat solat sunat selepas berkahwin ialah: "Usolli sunnata badan nikahi rakataini lillahi taala". Maksudnya: Sahaja aku solat sunat selepas nikah dua rakaat kerana Allah Taala.
Rakaat pertama membaca surah al-Fatihah dan surah al-Kafiruun.
Rakaat kedua membaca surah al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas.
Di antara dalil solat sunat selepas bernikah ialah:
Di dalam sebuah hadis Abu Said yang agak panjang, beliau menyebutkan bahawa para sahabat lain mengajarnya: Jika isterimu nanti datang menemuimu, hendaklah kalian berdua solat dua rakaat. Lalu mintalah kepada Allah kebaikan isterimu itu dan mintalah perlindungan kepadaNya daripada keburukannya. Selanjutnya terserah kamu berdua.
(Riwayat Ibnu Abi Syaibah).
Sebuah hadis daripada Abu Waail. Dia berkata: Seseorang datang kepada Abdullah bin Masud RA lalu berkata: Aku menikah dengan seorang gadis tetapi aku takut dia membenciku. Abdullah bin Masud berkata: Sesungguhnya cinta berasal dari Allah Taala sedangkan kebencian itu berasal dari syaitan untuk membenci apa-apa yang dihalalkan oleh Allah Taala. Jika isterimu datang kepadamu maka perintahkanlah untuk melaksanakan solat dua rakaat di belakangmu.
(Riwayat Abd Razak).
Di dalam pembacaan saya sebelum ini, jika tidak salah saya, Syeikh al-Albani yang menjadi rujukan golongan Wahabi juga mengatakan hadis ini mempunyai sanad yang baik dan mempunyai sandaran yang jelas dengan perbuatan generasi Salaf al-Soleh.
Wallahualam.
Quote
maaf..sekdr btanya..bkn ape..xnk beramal dgn hadith y mauquf pd sanadnya..
Share this topic:
Page 1 of 1

Help








