Komuniti iluvislam.com : 10 Sahabat Nabi Yang Dijanjikan Syurga - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

10 Sahabat Nabi Yang Dijanjikan Syurga

#1 User is offline   GonjengPO 

  • Group: Members
  • Posts: 24
  • Joined: 26-August 07

Posted 05 August 2010 - 06:14 PM

1) Abu Bakar As Siddiq
2) Umar bin Al Khattab
3) Uthman bin Affan
4) Ali bin Abi Thalib
5) Talhah bin Ubaidullah
6) Zubair bin Al Awwam
7) Abdul Rahman bin ‘Auf
8) Saad bin Abi Waqqas
9) Said bin Zaid
10) Abu Ubaidah bin Al Jarrah

Inilah 10 sahabat Rasulullah S.A.W. yang mana sejak hidup di dunia lagi mereka telah dijanjikan Syurga oleh Allah. Kita (termasuk aku) sering kali mencari biodata tentang orang terkaya di dunia, orang yang paling berpengaruh di dunia dan macam-macam lagi tapi jarang mengambil tahu tentang biodata para sahabat yang sememangnya mempunyai akhlak yang terpuji. Sedarlah kita bahawa orang-orang barat yang kita kagumi sebelum ini hanya kita boleh contohi untuk kehidupan dunia sahaja tetapi para sahabat ini bukan sahaja berjaya di dunia malah di akhirat juga.

Nama-nama sahabat ni juga ada yang baru aku dengar buat pertama kali. Tapi Alhamdulillah sekurang-kurangnya baru tahu daripada langsung tak tahu dan tak nak ambil tahu lagi teruk. Mungkin pernah belajar dalam subjek pendidikan Islam masa sekolah dulu tapi lupa. Biasalah kebanyakan kita belajar di sekolah hanya sekadar untuk exam sahaja. Lepas exam habis semua hilang termasuk aku.

Buku ni aku beli waktu Pesta buku Selangor berharga RM15 keluaran Klang Book Centre. Bukunya agak ringkas. Cuma bagi aku teknik penceritaan buku ni perlu dimantapkan lagi agar pembaca lebih tertarik untuk membaca. Ni aku ceritakan serba sedikit tentang 10 sahabat ni.

Saidina Abu Bakar as Siddiq merupakan orang lelaki yang paling dicintai oleh Rasulullah. Rasulullah sendiri pernah bersabda bahawa Abu Bakar adalah manusia yang terbaik selepas para nabi. Iman Abu Bakar jika ditimbangkan dengan iman semua mereka yang beriman yang hidup di muka bumi ini, nescaya imannya lebih berat. Abu bakar juga akan menjadi orang pertama dari umat Nabi Muhammad yang akan memasuki syurga.

Saidina Umar Al Khattab adalah manusia yang sangat terkenal dengan kebenaran dan ketegasananya. Beliau sangat berani dan tidak mengenal erti gentar hinggakan musuhnya sendiri berasa gentar apabila mendengar namanya sahaja. Umar adalah antara sahabat yang Rasulullah pernah mendoakan untuk keislamannya. Abu Hurairah melaporkan bahawa Rasullah pernah bersabda:“sebelum kamu terdapat ahli hikmah dikalangan umat terdahulu. Jika terdapat seseorang dikalangan umatku, ia pastilah Umar“.

Saidina Uthman bin Affan adalah seorang yang kaya dan sangat lemah lembut. , Uthman mempunyai sifat pemalu dan sopan santun sehingga para malaikat juga mencemburui sifat pemalunya. Rasulullah sangat berhati-hati dengan pakaiannya apabila ingin bertemu dengan beliau kerana jika tidak berbuat seperti itu, Uthman tidak akan bercakap sepatah pun kerana sifat malunya. Beliau merupakan orang pertama yang menyusun Al Quran. Talhah melaporkan bahawa Rasulullah bersabda “setiap Rasulullah mempunyai teman di dalam syurga dan teman rapatku di syurga adalah Uthman bin Affan“.

Saidina Ali adalah sepupu rasulullah dan suami kepada Fatimah. Rasulullah pernah bersabda “Barangsiapa yang mencerca Ali Radialllahu Anhu, ia mencerca daku“. Rasulullah juga pernah berdoa agar tidak dicabut nyawanya melainkan belaiutelah melihat Ali. Beliau menurut Rasulullah adalah ’Babul Ilm’ (pintu ilmu). Beliau menghafaz alquran dalam hatinya dan mengetahui tepat bila, dimana, dan dalam keadaan apakah setiap ayat Al Quran diturunkan.

Talhah adalah seorang yang sangat pemurah. Rasulullah pernah bersabda bahawa Talhah dan Zubair akan menjadi jiranku di dalam syurga. Zubair bin Al Awwan merupakan sahabat yang terkaya dari semua sahabat. Nabi juga pernah bersabda “setiap nabi mempunyai sahabat yang ikhlas, bagiku adalah Zubair“.

Abdul Rahman bin Auf adalah sahabat yang kaya dan pemurah. Nabi pernah bersabda kepada isterinya, “barangsiapa yang melayan kamu dengan pemurahnya selepas ketiadaanku adalah yang ikhlas dan baik hati. Ya Allah, berikanlah kepada Abdul Rahman bin Auf minuman Salsabil di dalam Syurga“. Saad bin Abi Waqqas adalah orang Arab pertama untuk memanah di jalan Allah. Rasulullah bersabda “Ya Allah! Terimalah doa Saad apabila beliau berdoa kepadaMu“.

Said bin Zaid adalah sahabat yang berani dan seorang ahli tauhid. Doa beliau adalah antara yang dimakbulkan Allah. Abu Ubaidah bin Al Jarrah pada pandangan Rasulullah adalah sahabat yang benar-benar amanah. Rasulullah bersabda “setiap orang mempunyai orang yang setia dan orang yang paling setia bagi ummah ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah“.~N~

Sumber

This post has been edited by GonjengPO: 05 August 2010 - 06:29 PM

0

#2 User is offline   ana_atiq 

  • Group: Members
  • Posts: 81
  • Joined: 29-August 09

Posted 05 August 2010 - 06:29 PM

kalau bace pasal kisah2 sahabat nabi,mesti feeling..mereka ni hebat sgt2..
hanzalah..ikrimah.. :)
0

#3 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 06 August 2010 - 10:00 AM

perbetulkan sekiranya aku tersilap..

Daripada sepuluh orang yang tercatat di atas, hanya seorang sahaja sahabat Nabi daripada golongan Ansar manakala yang selebihnya daripada golongan Muhajirin.

Benarkah?
0

#4 User is offline   al_ansari718 

  • Group: Members
  • Posts: 1
  • Joined: 18-November 09

Posted 06 August 2010 - 11:23 AM

Assalamu'alaikum..

Saudara thekatyusha, semua yang dalam list di atas adalah di kalangan sahabat muhajirin. Walaubagaimanapun, Pada situasi dan masa yang lain, ada lagi nabi yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan sahabat2 yang lain juga. Sesungguhnya terlalu banyak keistimewaan anak-anak murud terbaik kepada guru yang terbaik ini. Terlalu agung pengorbanan mereka untuk agama ini. Disebabkan pengorbanan-pengorbanan yang mereka lakukan dahulu, maka Alhamdulillah kita masih dapat mengecapi nikmat iman dan islam pada hari ini.

Allah SWT berfirman:

وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي تَحْتَهَا الأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَداً ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

Dan orang-orang yang terdahulu- yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang Muhajirin dan Ansar, dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar. (At-Taubah: 100)

Semoga Allah memberikan taufik kepada kita untuk meneladani serta mengikuti kehidupan sahabat-sahabat r.a.. Jom ikut sahabat!

This post has been edited by al_ansari718: 06 August 2010 - 11:24 AM

0

#5 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 06 August 2010 - 06:10 PM

Quote

Saudara thekatyusha, semua yang dalam list di atas adalah di kalangan sahabat muhajirin


terima kasih di atas penjelasan bro ansari... Aku amat-amat menghargainya.

Aku menyangkakan bahawa Sa'id ibn Zaid adalah golongan Ansar.


Quote

Jom ikut sahabat!


Macam best jek slogan nie! Nak ikut Nabi, jujur aku katakan mmg tak terdaya...

Sekurang-kurangnya, kita ikuti apa yang telah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabi'en, para tabi'-tabi'ien mahupun para mujaddid.

Jom ikut sahabat!
0

#6 User is offline   pendakyahraya 

  • Devil's Advocate
  • Group: Members
  • Posts: 999
  • Joined: 05-January 10

Posted 06 August 2010 - 08:46 PM

Quote

Aku menyangkakan bahawa Sa'id ibn Zaid adalah golongan Ansar.

Didalam Sirah Nabawiyah oleh Ibnu Hisyam, Said bin Zaid
Spoiler

dan isterinya Fatimah binti al-Khattab (adik kandung Umar al-Khattab) adalah antara golongan yang paling awal memeluk Islam. Mereka telah memeluk Islam sebelum turunnya ayat al-Hijr:94 (perintah Allah kepada RSAW supaya berdakwah secara terang-terangan).


Sembilan daripada senarai Sahabat itu (kecuali Saidina Umar al-Khattab) adalah merupakan antara sepuluh orang pertama yang memeluk Islam. Mereka juga memeluk Islam hasil daripada dakwah yang dibuat oleh Saidina Abu Bakar ra.
Lihatlah gerakan dakwah RSAW. Orang yang terawal yang didakwahnya ialah orang yang dapat menjadi pendokong agama yang kemudiannya menjadi tulang belakang kepada agama Islam. Pendokong, bukannya sekadar penyokong.


p/s: Ada sesiapa yang sudi berkongsi dengan melampirkan sumber asal perihal '10 sahabat dijamin syurga' ini?
0

#7 User is offline   NuRaL-HiDaYaH 

  • Group: Members
  • Posts: 364
  • Joined: 03-March 09
  • LocationKuala Selangor

Posted 06 August 2010 - 09:38 PM

Bismillah..

hebatnya 10 sahabat hingga mendapat jaminan syurga
dan antara kisah 10 sahabat ini sangat terkesan dengan pengorbanan Abu Ubaidillah Bin Jarrah, Thalhah Bin Abdullah ra., dan Saidina Umar

Dalam setiap peperangan, Abu Ubaidillah akan cuba mengelak dari bertempur dengan seseorang. dan seseorang itu adalah ayahnya sendiri. lastly dengan kehendak Allah mereka bertembung juga, demi islam, Abu Ubaidillah sanggup korbankan ayahnya yang selama ni cuba dielak..

pengorbanan seorang sahabat, Thalhah melindungi rasulullah sehingga putus jari-jarinya, dan mencabut panah yang tertusuk rahang Rasulullah menggunakan giginya hingga tercabut geraham beliau ( kalau tak salah )cuba bayangkan.. subhanallah..

kisah kelembutan hati umar yang zahirnya bersifat keras. kisah umar nie kalau baca buku dia memang boleh nanges, terutama sekali kisah dia bunuh anak perempuannya kerana dicabar.dan yang menjadikan beliau idola saya ( dan imam syafi'e) kerana kisah silamnya.dari seorang yang jahil menjadi seorang yang dijamin syurga untuknya ^^

so, xde alsan untuk kita bermalasan untuk berubah dan beralasankan kisah silam yang hitam untuk tidak menjadi lebih baik.. ^^

kisah imam syafi'e? sifatnya dan wajahnya mewarisi Rasulullah..lembut, tenang, bijak, punya ingatan yang sangat kuat, dan pencinta ilmu ^^ huu i love~~ (emm xmsuk tajuk)
0

#8 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 07 August 2010 - 02:15 PM

Quote

Didalam Sirah Nabawiyah oleh Ibnu Hisyam,


bro ex-pend.

Memandangkan aku tidak mempunyai Sirah Nabawiyah Ibn Hisyam, ingin aku bertanya pada ko bro..

Assabiqunal Awwalun.

Adakah perkataan ini terdapat di dalam buku tersebut?
0

#9 User is offline   pendakyahraya 

  • Devil's Advocate
  • Group: Members
  • Posts: 999
  • Joined: 05-January 10

Posted 07 August 2010 - 03:22 PM

View Postthekatyusha, on 07 August 2010 - 02:15 PM, said:

bro ex-pend.

Memandangkan aku tidak mempunyai Sirah Nabawiyah Ibn Hisyam, ingin aku bertanya pada ko bro..

Assabiqunal Awwalun.

Adakah perkataan ini terdapat di dalam buku tersebut?


Sirah yang aku ada ni dalam bahasa Melayu bro. Lagipun ia mengikut format penceritaan dengan tajuk dan subtajuk yang disusun mengikut kronologi, bukannya berdasarkan topik-topik khas.

p/s: Rasanya aku ada PM bro senarai sahabat Nabi yang masuk Islam dari turunnya wahyu hingga kepada pengislaman Saidina Umar al-Khattab beserta peristiwa-peristiwa besar yang berlaku diantaranya. Ada ke tak?
0

#10 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 07 August 2010 - 04:11 PM

Quote

Sirah yang aku ada ni dalam bahasa Melayu bro. Lagipun ia mengikut format penceritaan dengan tajuk dan subtajuk yang disusun mengikut kronologi, bukannya berdasarkan topik-topik khas.


ok...
aku jelas. Ini bermakna ia mengikut turutan perisitiwa..

err... satu persoalan memandangkan aku tidak fasih / pandai berbahasa Arab.

Apakah Assabiqunal Awwalun adalah sama dgn 10 sahabat yang dijanjikan syurga?
Fahaman aku secara peribadi adalah Assabiqunal Awwalun bermaksud mereka yang terawal memeluk Islam.

Sekiranya begitu, mengapa Abdillah ibn Abi al-Arqam tidak tersenarai yea?
0

#11 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 08 August 2010 - 04:12 PM

apa yang aku pasti, senarai 10 sahabat di atas adalah 10 orang yang baginda percaya utk memimpin umat Islam selepas kewafatan baginda.

Yang aku pasti, sekiranya Abu Ubaidah al-Jarrah masih hidup semasa pemerintahan Umar ibn Khattab, nescaya dia adalah pemerintah yang ketiga menggantikan Umar.

Ini berikutan peristiwa wabak Taun Amawas yang mengganas di sekitar semenanjung Arab sehingga mengorbankan ramai para sahabat termasuk Abu Ubaidah al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan beberapa orang yang lain ketika pemerintahan Umar ibn Khattab.

Namun, taqdir Allah penentu segalanya.

p/s: Barangkali juga sekiranya Abu Ubaidah al-Jarrah adalah pengganti Umar, perjalanan sejarah tamadun Islam sudah pasti berlainan hingga ke hari ini.
0

#12 User is offline   pendakyahraya 

  • Devil's Advocate
  • Group: Members
  • Posts: 999
  • Joined: 05-January 10

Posted 09 August 2010 - 12:00 AM

View Postthekatyusha, on 07 August 2010 - 04:11 PM, said:

Apakah Assabiqunal Awwalun adalah sama dgn 10 sahabat yang dijanjikan syurga?


Quote

Fahaman aku secara peribadi adalah Assabiqunal Awwalun bermaksud mereka yang terawal memeluk Islam.


Kalau melihat kepada ayat 100 Surah At-Taubah (ayat penuh ada kat post bro al_ansari718 di atas) :وَالسَّابِقُونَ الأَوَّلُونَ مِنْ الْمُهَاجِرِينَ وَالأَنصَارِ
Dan assabiqun awwalun dari Muhajirin dan Ansar...

Ayat di atas merujuk bahawa golongan Assabiqun Awwalun itu termasuk juga dari kalangan kaum Ansar. Oleh itu 10 Sahabat yang dijanjikan Syurga itu berada dalam golongan Assabiqun Awwalun, namun golongan Assabiqun Awwalun pula tidak hanya terhad kepada 10 orang Sahabat tersebut. Lagipun, Saidina Umar memeluk Islam agak 'lewat' sedikit, iaitu setelah Hijrah pertama ke bumi Habsyah berlaku.

Adakah golongan awal Islam (Assabiqun Awwalun) ini adalah orang yang masuk Islam sebelum Fath Mekah? Pernah terbaca pasal golongan yang masuk Islam sebelum Fath Mekah, tapi tak pasti sama ada ia ada kaitan dengan Assabiqun Awwalun ini.

p/s: Dari mana sumber '10 Sahabat Dijanji Syurga' ini ya? Aku bertanya sebab ada sedikit isu berkaitan sumbernya, dan aku tak dapat nak mengesahkannya.
0

#13 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 01 September 2010 - 09:56 PM

tetba aku teringat satu perkara.

TAtkala ini Astro Oasis sedang menayangkan Flag of the Truth. Menceritakan pasca zaman kenabian... Era Khalifah Abu Bakr as-Siddiq hinggalah ke era Umar al-Khattab.

Satu persoalan di benak kepala aku.

Ada sebahagian pelakon melakonkan watak sahabat baginda..
Aku telah melihat semenjak lampau bahawa lakonan watal Khulafa' Rasyidin kelihatannya seperti ada akan larangan tidak bertulis.. Namun seperti ada 'double standard' pula utk para sahabat yang lain...

Kamu boleh lihat para pelakon melakonkan watak :-

Abu Ubaidah al-Jarrah (KAlau tak silap aku pelakon watak Abu Ubaidah adalah pelakon watak Salahuddin al-Ayubi dalam cerita Kingdom of Heaven)
Amru al-Ash
Khalid al-Walid
Muthanna ibn Harith
Muaz ibn Jabal
Abdur Rahman ibn Auf
Qa'qa bin Amru


SEdangkan kita mengetahui bahawa mereka itu semuanya seperti setara dan masing-masing mempunyai kebolehan yang tersendiri.
Hanya taqdir Allah mereka tidak dipilih menjadi khalifah..
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic