Komuniti iluvislam.com : Cara-cara Mengajar Kanak-kanak Mengaji Al-Quran - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Cara-cara Mengajar Kanak-kanak Mengaji Al-Quran

#1 User is offline   nur_ilahi87 

  • Group: Members
  • Posts: 23
  • Joined: 03-January 08

Posted 18 May 2008 - 09:00 AM

*assalamualaikum....alhamdulillah baru-baru ni, ana telah diminta oleh seorang akak Phd kat uni ana untuk tolong ajarkan anak kawan dia mengaji..budak umur 8 thn, 14 thn dan 16 thn. Diorang baru nk mula membaca (bagi yg kecik tu la)..Disebabkan mereka ini tinggal di Blacktown, Australia, so tkde org yg bleh tlg ajarkn. Mak ngan ayah dia agak sibuk untuk ajar anak dgn proper..sket2 tu boleh la...so, Ana nk tnye sape2 kat sini yang ad pengalaman atau tau cmne caranya nk ajar ngaji ngan efektif dan berkesan..skrg mak die bekalkan iqra.ana akn start ajar insyaAllah minggu depan.. any idea??
0

#2 User is offline   noman 

  • Group: Members
  • Posts: 621
  • Joined: 12-September 06

Posted 18 May 2008 - 11:07 AM

salam.. saya ada sekali je pergi mengajar iqra' dlm bulan lepas, juga di australia (glenroy, victoria).. tapi susah sikit sbb dpt budak kecik umur 3 dan 4 tahun... sepanjang pengalaman ringkas tu, rasanya selain daripada menghabiskan syllabus iqra 1-6, ajarkan juga makhraj huruf dgn tepat... dan rasanya elok klu diajar tajwid bila dah lancar menyambung kalimah dan sebagainya.. utk tips lebih efektif, ustaz zamri kan ada di tv9, dekat di hati. boleh rujuk di web tv9 utk archive ustaz zamri.. rasanya ada.. insyaAllah, moga dipermudahkan urusan.. wassalaam..
0

#3 User is offline   nur_ilahi87 

  • Group: Members
  • Posts: 23
  • Joined: 03-January 08

Posted 18 May 2008 - 05:33 PM

owh..ustaz zamri tv9 dekat dihati ada..terima kasih saudara noman...insyaAllah sy akn try bukak website tu...syukran skali lagi..
0

#4 User is offline   PrincessHikari 

  • Group: Members
  • Posts: 106
  • Joined: 09-November 07

Posted 18 May 2008 - 05:41 PM

salam, sy ada pengalaman ajar adik (umur 5-10 thn).. setiap kali ajar, xleh byk2. sbb diorg ni sbnrya suka belajar tp kalau byk2 diorg cpt boring. kalau diorg baru nk kenal huruf, saya sarankan sehari ajar plg byk 3 huruf je. esoknya sambung lg. bg igt btul2 br sambung. kalau dah advance skit, sehari 1-2 page. tu je kot.. wallahualam p/s: good luck n hav fun! ^_^
0

#5 User is offline   Uwais al-Qarani 

  • Group: Members
  • Posts: 351
  • Joined: 22-December 07

Posted 18 May 2008 - 10:26 PM

Salam Ibu ana mengajar budak2 mengaji,kadang2 kalau ana balik cuti,ana pun tlg ngajar budak2 tu mengaji kalau budak2 kecik,ibu ana gunakan iqra' 1 sampai abs,ajar dahulu,kemudian budak2 tu ikut,pastu suruh ulang,pastikan tegas dalam mengajar,ibu ana pegang rotan kat tgn..so budak2 akan respek suruh budak2 tu baca dan ulang sampai paham,baru pergi ke helaian baru..mmg susah dan perlukan masa,tapi setiap saat yg kita luangkan,hanya Allah yg dapat membalasnya budak2 nie suka main2,so kena tegas,ana dulu masa kecik,kalau mengaji dekat ibu,mesti basah quran tu,menitis air mata,sambil kena rotan sambil mengaji..ingat2 blk,rasa bertuah sgt2 dapat ibu yg mcmtu,walaupun garang,tapi Alhamdulillah,sekarang ana dapat mengajar budak2 tu..tajwid pun kena mantap dan paham jgn kita baca dan suruh budak2 ikut,diorang sampai bila pun x kan reti,biar kita terangkan,pastu soh baca..ana dulu mengaji..satu muka surat dekat sejam..sambil teresak2 kena rotan..dgn adik ana sekali..dua2 nangis,hehe.. tapi kalau ana balik,bdak2 mesti nak ana ngajar sebab ana xpegang rotan.. *grindance* Hanya Allah yg dapat balas jasa ibu ana..*cloud9* insyaAllah,anak2 ana nanti,ana akan ngajar dgn pegang rotan jugak *grindance*
0

#6 User is offline   dealova 

  • Group: Members
  • Posts: 129
  • Joined: 18-March 08

Posted 18 May 2008 - 11:42 PM

huhu.. stuju dgn uwais al-qarani... tem mule2 abih spm, sye pn ngajar ngaji. tp nye, adk sye je la. eh, kre ok ape kn.kn2.. mmg spcial lah dye.. bukan stakat rotan, hanger pn sye gune.(kalah ustzh ngjar). cubit pn iye jgak.. mmg menagih2 lah dye. kte y melihatnye pun sdeh, tp nk watcmne kn, nk bg dye pandai.kene r jgak lakukan.
0

#7 User is offline   stefaisle2 

  • Group: Members
  • Posts: 66
  • Joined: 30-January 08

Posted 13 October 2008 - 07:18 AM

gerun lew tgk dealova ajar adik die ngaji...garang tol..keh3.. yg penting,KESABARAN...lbey2 lagik dak kck yg xtau pape..
0

#8 User is offline   Anak_Pejuang 

  • Group: Members
  • Posts: 2,038
  • Joined: 17-February 08

Posted 13 October 2008 - 07:39 AM

*assalamualaikum Betul - mengajar perlu ada kesabaran, perlu juga kasih dan sayang. 1. Mulakan belajar dengan membaca doa belajar, dan al fatihah 2.Kenal2 dulu pelajar-pelajar yang nak diajar, ambil tahu bacaan mereka terutamanya sebutan huruf, tajwid, panjang pendeknya, lancar atau tidak. Ini memudahkan anda untuk melaksanakan pembelajaran seterusnya yang patut bagi mereka. 3.Mengajar jangan terlalu banyak - anak-anak yang berumur 8, 9 tahun cepat rasa boring, kerana mereka ni suka bermain biasanya (kecuali yang memang jenis dengar kata). Jadi lihatlah pada umurnya. 4.Kalau ada white board pun bagus juga - sebagai pembantu untuk lebih jelas. Ia bagi menerangkan hukum tajwid, baris atas. bawah, depan, baris dua di atas, di depan, di bawah, syaddah dan sebagainya. 5.Jika ada cd atau kaset - sekarang nih ada kumpulan kanak-kanak yang menyanyikan lagu cara membaca iqra' - anak-anak nih biasanya akan terhibur dan mudah untuk mengingatinya. 6.Jangan diharapkan pelajar akan dapat hafaz dan ingat apa yang kita ajar pada waktu itu juga. Sebab faktor kelupaan itu banyak, cuma galakkan mereka untuk selalu mengulangkaji selepas balik ke rumah. Atau lepas habis ngaji dengan anda - suruh dia duduk dulu dalam 5 minit untuk ulangkaji semula apa yang telah diajari. 7.Beri kata-kata galakan, motivasi seperti - bagus, pandai, cuba lagi, jangan putus asa. 8. Selitkan la kalau boleh cerita atau sirah rasuluLLah (nih kalau ada masa) ingatkan tentang solat, menutup aurat, etc yang penting2. 9. Tutup dengan surah al Asr dan tasbih SubhanakaLLahumma wa bihamdiKa Asyhadu an la ilaha illa Anta, astaghfiruKa wa atubu ilaik. p/s; Pendapat di atas adalah sekadar cadangan melalui pengalaman sendiri. Dan boleh ditambah dan diubah. WaLlahua'lam
0

#9 User is offline   miminapis 

  • Group: Members
  • Posts: 271
  • Joined: 24-December 07

Posted 13 October 2008 - 10:12 AM

assalamualaikum, saya belum pernah ada pengalaman ajar budak mengaji. masa saya belajar mengaji dulu, alhamdulillah, ustaz tu datang rumah n ajar kami. ustaz tu orang indonesia, pekerja ayah saya. sangat bagus ustaz tersebut~! ajar kami mengaji melalui kaedah lagu. jadi senang nk ingat. then setiap hari rabu ade kelas tajwid. utk anak2 staff, ustaz tu akn ajar kat masjid kompleks perumahan kami. cuma anak2 org atasan je ustaz tu datang ke rumah. huhu, nk dijadikan cerita, saya n kakak saya try la pegi mengaji sama2 dgn kawan2 lain kat masjid tu. then, agak terkejut sbb totally dffrnt cara ustaz tu ajar. [bagi saya, agak ganas la bagi kami yg masa tu baru darjah 3] kalau budak buat silap sikit, ustaz tu akan : -amik sejadah, gulung, pastu pukul belakang budak tu. -tak pun rotan. -ade tu kena tarik telinga. [mostly lelaki la kena 'penderaan' cmni =D ] hoho~ sangat takut! tapi saya rasa sbb budak2 tu nakal2 kot. esp lelaki. sbb smntara tunggu turn nk ngaji tu,diorg lari2 dlm masjid la. pastu sempat lagi main ketenteng kat luar. yg paling xtahan, ada tu main nyorok2 dlm semak. agaknya, ustaz tu pun dh emo, tu yg dia bantai budak2 tu. hehe~ [wallahualam.] wallahualam. :)
0

#10 User is offline   kYnes 

  • Group: Members
  • Posts: 85
  • Joined: 07-May 08

Posted 13 October 2008 - 04:36 PM

salam,,, huhu,~~ sr0n0k bace pngalamn2 k0rg.. erm,,ade gak la ngaja adek2 tyme lps spm,, tp,,sy xtahan,,haha adek2 yg amat pemalas nk ngaja,, klo marah,,drg lagi mmber0ntak xnk bce,, pastu ngadu kt mak,, huhu~~
0

#11 User is offline   nurkasihislam 

  • Group: Members
  • Posts: 320
  • Joined: 23-June 08
  • LocationMelaka

Posted 14 October 2008 - 06:31 AM

saya ada idea k ... jika budak-budak yang tiada minat nak ngaji kita buat sikit game tentang ngaji juga macam saya dalam kelas Al-Quran darjah satu ada kad Makhraj Huruf buat satu kad then minta dia sebut berulang kali dengan makhraj yang betul... cuba buat yang ini dahulu k ...
0

#12 User is offline   Budak Anggur 

  • Group: Members
  • Posts: 1,768
  • Joined: 21-October 08

Posted 25 October 2008 - 08:12 PM

Kat umah pon kitorang ada ngajar ngaji, pakat2 suma tolong sekalilah... Suma bebudak tuh takut kat aku, sbab kalao aku dah tinggi suara, tangan pun meringanla jugak... Pernah sekali sorang budak tuh, nick dia 'Rohit' (macam nama hindi pulak dah..) menangis2 taim aku ajar...Sebab aku ngajar 1 page (Iqro') tu ulang 4-5 kali, kalao tak pas, siap... And kat Rohit ni (kuz dia telalu kiut) aku berlembut sikitla, masih kecik, blom sekolah lagi...Aku ulang2, alih2 dia nangis, mumkin dia fikir kita ni fikir dia tak faham (amacam sintaksis ayat ni?) Bila malam tuh sebelum nak tidor terfikir balik, napa dia nangis? Dia tertekan kot..Kejam plak aku ni... Kalao klas tajwid, aku biasa buat (dan handle) weekends (cuti n aku masi belajar)...Satu yang aku perasan ngan diri aku yang aku nak anak2 murid aku perasan ialah :Taim belajar, kita belajar..Taim berehat, kita main.. Selalu gak anak2 murid aku tuh kena marah, tapi aku tau yang dorang akan faham bila dorang dah besar2 karang... Yang penting, start dari basic, tegapkan tang tuh! Baru senang nak pindah Al-Quran...Takla dorang terkial2...And siapkan jugak diri kita dengan ilmu2 yang berkaitan ngan Qiraat, barulah yakin ngan apa yang kita sendiri ajar, tak gitu? Itujakla... Sekian, salam sayang*cloud9*
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic