Komuniti iluvislam.com : Kongsi Resepi Manisan Semasa Berbuka - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Kongsi Resepi Manisan Semasa Berbuka resepi ringkas semasa berbuka

#16 User is offline   nur petunjuk 

  • Group: Members
  • Posts: 2,209
  • Joined: 17-May 09

  Posted 13 August 2010 - 01:46 AM

View Postlebah87, on 10 August 2010 - 05:12 PM, said:

Bismillah. Salam ^_^

Ahaa, itu rupanya nekbat yang selalu diperkatakan oleh abang-abang senior saya daripada terengganu. Selalulah di promote oleh mereka supaya makan kuih terengganu itu. ''Cik lebah, tahu dop nekbat''. Dulu tak tahu. Sekarang dah tahu. B)

Nak tanya, jika tiada daun pandan, guna esen vanilla boleh ke? Mana mahu ku cari daun pandan di sini. :blink: Daun pandan untuk bagi warna ataupun sebagai wangian sahaja?


pandan ada 2 kegunaan dan mengikut cara penggunaan daun pandan tu.

1) bau - masukkan helaian daun pandan ke dalam kuih muih anda, terutama jika kuih tu berkuah, contohnya pengat, bubur,dan semua jenis sira

2) warna - 'blender' daun pandan dan hasilnya adalah pewarna semula jadi hijau & baunya pun dapt sekali. biasanya digunakan untuk bagi warna hijau untuk onde-onde, puteri mandi & biji nangka.

** dalam kuah biji nangka biasanya letak daun pandan untuk wangi.
0

#17 User is offline   Rasailul Ashwaq 

  • Group: Members
  • Posts: 1,019
  • Joined: 03-May 08
  • LocationMalaysia

Posted 13 August 2010 - 09:11 AM

View Postmuhammad naim, on 12 August 2010 - 10:59 PM, said:

Kuih Qasidah

1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam (sedikit je)
1 sudu teh air kapur- cair

Resepi yang sangat mudah. Tapi kenapa perlu masukkan air kapur?
Fungsinya apa?

View Postlebah87, on 10 August 2010 - 05:12 PM, said:

Nak tanya, jika tiada daun pandan, guna esen vanilla boleh ke? Mana mahu ku cari daun pandan di sini. :blink: Daun pandan untuk bagi warna ataupun sebagai wangian sahaja?

Daun pandan sebagai pewangi, pewarna dan penambah rasa. The natural colour and taste of pandanus odorus is tasteful. Rasanya berbeza daripada esen artificial.

Esen vanilla tu tambah wangi je. Biasanya, dalam kek coklat ke, kek pelangi ke, puding apa pun, memang akan ditambah esen vanilla untuk membangkitkan bau.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Agar-Agar Roti

Spoiler


Bahan2:
4 Keping roti Gardenia Butterscotch
(Kenapa roti butterscotch? Resepi asal perlu masukkan susu pekat manis dan mentega, kalau pakai butterscotch mudahkan kerja)

2 biji telur

1 tin susu cair

10g serbuk agar2

2 sudu besar serbuk koko / mil0 / cadbury ch0colate

1/2 cawan gula

3 1/2 cawan air

Cara2:

Masak agar2 bersama air dan gula. Blend roti + susu cair + telur dan masukkan ke dalam didihan agar2. Kacau selalu hingga pekat. Tuangkan dalam acuan / bekas dan tinggalkan sedikit untuk dicampurkan dengan serbuk kok0. Corakkan adunan kok0 di lapisan teratas. Sejukkan. Posted Image


This post has been edited by Rasailul Ashwaq: 14 August 2010 - 09:28 PM

0

#18 User is offline   nur petunjuk 

  • Group: Members
  • Posts: 2,209
  • Joined: 17-May 09

Posted 14 August 2010 - 01:08 AM

PUDING CARAMEL

bahan-bahan puding


1 tin susu cair
1/4 tin air
1 cawan gula
6 biji telor
sedikit esen vanila (jika ada)

bahan-bahan sos

1/4 cawan gula
sedikit air

Cara menyediakan

1) sediakan sos : panaskan gula dalam loyang menggunakan api yang kecil. bila gula dah mencair masukkan sedikit air.

2) sediakan puding : Gula + susu cair + air = pukul sehingga gula hancur dan kemudian masukkan telur satu-satu dan pukul sehingga kembang. masukkan adunan dalam loyang (langkah 1) kemudian kukus selama 20 minit(atau sehingga masak)....Sejukkan dan sedia dihidang...


** kalau nak lagi mudah, blender adunan dengan kelajuan sederhana. agak2 dah kembang & sebati tuang dalam loyang & kukus.
** tips : cucuk dengan lidi/garfu, kalau adunan tak melekat kat lidi/garfu puding tu dah masak.

Spoiler

This post has been edited by nur petunjuk: 14 August 2010 - 01:10 AM

0

#19 User is offline   poie pokan 

  • zas
  • Group: Members
  • Posts: 1,373
  • Joined: 20-November 08

Posted 14 August 2010 - 09:58 AM

BUBUR KACANG DURIAN

Spoiler


Caranya mudah sahaja, sesenang memakannya juga.

Bahan:

  • Kacang hijau (500g)
  • Santan (parut sebahagian kelapa sahaja)
  • Daun pandan (3 helai)
  • Gula pasir (sedikit)
  • Gula anau =1 (gula melaka)
  • Durian (Kalu ada letak, kalu takda kena pi beli.. hehe tak letak pun takpa)
  • Air mineral

Cara mahu bikin :

  • Didihkan air bersama kacang hijau dan pandan sehingga kembang.
  • sesudah kacang hijau mengembang masukkan gula anau dan sedikit gula pasir ( kurangkan gula dlm masakan, tambahkan manis dengan senyuman..:P)
  • Setelah semuanya melebur dalam didihan tu, baru masukkan santan + durian beberapa biji (nak tambah air lagi pun tak pa, semuanya ikut suka)
  • Setelah mendidih selama 5 minit, padamkan api.
  • Beres.

0

#20 User is offline   urs_andrian 

  • Group: Members
  • Posts: 222
  • Joined: 24-December 08
  • Locationterengganu/sarawak/penang

Posted 16 August 2010 - 11:31 AM

kuih lompat tikam Bahan - bahan
Bahagian bawah


1 1/2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
4 helai daun pandan
1 cawan air
1 sudub air kapur makan

Bahagian atas

1/2 cawan tepung beras
1 cawan pati santan
1 cawan air
secubit garam

Air gula

2 keping gula kerek
4 sudub gula pasir
1 cawan air
1 helai daun pandan - disiat memanjang dan disimpul

Cara - cara

1. Kisar daun pandan dengan 1 cawan air. Tapis air pandan ke dalam periuk.
2. Masukkan 1 1/2 cawan tepung beras dan air kapur ke dalam periuk itu. Kacau rata supaya tidak bergentel.
3. Masak di atas api sederhana besar. Kacau sentiasa sehingga adunan ini pekat, berkilat dan meletup - letup.
4. Tuangkan ke dalam bekas dan ratakan.
5. Campur rata pula 1/2 cawan tepung beras, pati santan, air dan garam di dalam sebuah periuk. Kacau rata supaya tidak bergentel.
6. Masak adunan ini , sambil sentiasa di kacau, sehingga pekat, berkilat dan meletup - letup juga.
7. Tuangkan ke atas adunan bawah tadi. Ratakan dan sejukkan
8. Campur gula kerek, gula pasir, air dan daun pandan di dalam periuk. Didihkan sehingga mendidih dan gula larut. Sejukkan.
9. Hidangkan kuih dengan air gula.
sumber sini

Quote

tatau nk insert gambar kat spoiler tu camna,,so, tadaq gambaq la,,kikikiPosted Image

This post has been edited by urs_andrian: 16 August 2010 - 11:38 AM

0

#21 User is offline   percayalah 

  • Group: Members
  • Posts: 94
  • Joined: 09-August 10
  • LocationJB - Shah Alam

Posted 16 August 2010 - 12:25 PM

salam 1 ummah

kepada rakan2 sekalian

sesiapa yang ada resepi puding. apa2 jenis, sila share di sini ya.

saya suka puding :D
0

#22 User is offline   Wan Ct Eyesyah 

  • ~Muslimah yang Mencari RedhaNya~
  • Group: Members
  • Posts: 1,941
  • Joined: 13-June 08
  • LocationKelantan & Selangor ^^

Posted 21 August 2010 - 11:02 PM

View Postpercayalah, on 16 August 2010 - 12:25 PM, said:

salam 1 ummah
kepada rakan2 sekalian
sesiapa yang ada resepi puding. apa2 jenis, sila share di sini ya.
saya suka puding :D


Salam ukhwwah fillah juga =) Saya rasa takde puding roti lagi di sini sebab puding caramel dah ada..

Puding Roti

Bahan-Bahan:
-> 1 paket roti (5 ketul)
-> 1 kg susu
-> Gula secukup rasa
-> 1 camca besar mentega
-> Secubit garam
-> 1 camca kecil esen vanila
-> 1 biji telur

Cara:
Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

P/S: Kalau disejukkan dalam peti lagi sedap untuk dimakan.. Selamat mencuba ye^^

Spoiler

0

#23 User is offline   percayalah 

  • Group: Members
  • Posts: 94
  • Joined: 09-August 10
  • LocationJB - Shah Alam

Posted 22 August 2010 - 09:52 AM

View PostWan Ct Eyesyah, on 21 August 2010 - 11:02 PM, said:

Salam ukhwwah fillah juga =) Saya rasa takde puding roti lagi di sini sebab puding caramel dah ada..

Puding Roti

Bahan-Bahan:
-> 1 paket roti (5 ketul)
-> 1 kg susu
-> Gula secukup rasa
-> 1 camca besar mentega
-> Secubit garam
-> 1 camca kecil esen vanila
-> 1 biji telur

Cara:
Roti dicarik-carikkan kemudian rendam bersama susu, gula, mentega, garam dan esen vanila. Setelah roti agak lembut, masukkan ke dalam loyang dan kukus selama 3/4 jam. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

P/S: Kalau disejukkan dalam peti lagi sedap untuk dimakan.. Selamat mencuba ye^^

Spoiler



terima kasih ya :)
0

#24 User is offline   nur petunjuk 

  • Group: Members
  • Posts: 2,209
  • Joined: 17-May 09

Posted 27 August 2010 - 05:13 PM

PUDING TRIFLE

bahan2

1 gulung swiss roll
1 tin susu cair
2 tin air
1 tin fruit cocktail
1 kotak jeli crystal (saya pakai NONA)
3-4 table spoon tepung custard (sukatan penuh)
6 sudu gula

cara penyediaan :

1) potong swiss roll dan susun dlam bekas (jadikan dasar)

2) masak tepung custard bersama susu cair & air & gula (custurd ni x keras tapi likat)

3) tuangkan custard ke atas kek sebagai lapisan kedua

4) susun fruit cocktail atas lapisan custard

5) masak jely crystal bersama dengan syrup fruit cocktail. (rujuk jumlah air pada kotak serbuk jelly)

6) tuang jeli sebagai lapisan paling atas. sejukkan dan sedia untuk dihidang..nyumm..nyum... :lol:

gambar ihsan google... resepi di atas resepi keluarga.. :D


Spoiler


edit: kenapa image tak keluar? huhu..tak pe la ..korang google la yer 'puding trifle' untuk kenal rupa puding tu :D

This post has been edited by nur petunjuk: 27 August 2010 - 05:21 PM

0

#25 User is offline   Eyda Aam 

  • Group: Members
  • Posts: 212
  • Joined: 04-April 10

Posted 28 August 2010 - 03:52 PM

BUBUR CACA KELEDEK KELADI

Posted Image

Resepi :


1 ketul keledek
1 ketul keladi
2 biji pisang raja (kalau tak suka pisang, tak payah
masukkan)
1 cawan gula
1 mangkuk santan pekat dan 3 mangkuk
santan cair, daripada sebiji kelapa
½ camca teh garam
3-4 helai daun pandan
Sagu ( direndam supaya kembang) secukupnya untuk memekat sedikit kuah.
Air untuk merebus

Cara:
Kupas keledek dan keladi lalu dipotong dadu kecil.

Pisang dipotong serong. Rebus keladi, apabila hampir empuk masukkan keledek.

Setelah kedua-duanya empuk masukkan santan cair bersama gula. garam dan daunpandan.Masukkan sagu yang direndam tadi.

Apabila mendidih masukkan pisang dan santan pekat. Didihkan lagi dan angkat.

(Resepi ni belajar kat mak.Memang mudah nak sediakannya. Dan.... memang sodap ) :P

This post has been edited by Eyda Aam: 28 August 2010 - 03:56 PM

0

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic