Komuniti iluvislam.com : Bertunang Dari Segi Syarak - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Bertunang Dari Segi Syarak

#1 User is offline   cahaya08 

  • Group: Members
  • Posts: 4
  • Joined: 13-September 08

Posted 21 August 2010 - 06:03 PM

assalamualaikum...

saya ingin tahu lebih lanjut tentang

1. bertunang dari segi syarak
2. perkara yang membolehkan putusnya pertunangan dari segi syarak ini
3. siapa yang perlu tahu tentang pertunangan dari segi syarak ini

saya amat berharap agar ustaz dapat perincikan dengan lebih lanjut...
terima kasih atas segala kerjasama ustaz...
0

#2 User is offline   UkhwAh 

  • Ahlan Wasahlan ^^,
  • Group: Members
  • Posts: 2,679
  • Joined: 19-July 08

Posted 22 August 2010 - 07:05 AM

Assalamualaikum Warahmatullah.

Saudari boleh rujuk perbincangan mengenai persoalan ini di SINI
Saya kongsikan sedikit pencerahan daripada moderator agama di sini ya.

Quote

Ustaz Shidi/ Buluh Wrote:

Assalamualaikum Warahmatullah.

Sekadar memberi sedikit penerangan dan menambah dari perbincangan-perbincangan di atas. Namun di sini saya tidak bercadang untuk membincangkan lagi apa yang telah sahabat-sahabat bincangkan, tetapi saya akan bincangkan mengenai perbezaan pertunangan di sisi syarak dan pertunangan di sisi adat.


PERTUNANGAN DI SISI SYARAK

Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.

Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.


PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas merisik.


Kesimpulan:
Pertunangan di sisi syarak tidaklah serumit pertunangan di sisi adat. Pada pendapat saya seseorang yang sedang bercouple sekarang telah dikira bertunang di sisi syarak. Bertunang di sini dalam ertikata mudahnya ialah mempunyai azam dan niat untuk menikah. Namun perlu diingatkan bahawa bertunang bukanlah lesen mutlak untuk membolehkan seseorang melakukan larangan-larangan pergaulan yang telah ditetapkan oleh agama. Sekiranya kita mampu dan tiada halangan-halangan yang mendatang maka seelok-eloknya cepatkanlah perkahwinan.


Wallahualam....


Pandangan pribadi:

Melalui pencerahan moderator agama di atas jelaslah dilihat bahawa proses pertunangan menurut Islam itu tidaklah serumit pernikahan dan tidak ada ketetapan yang digariskan oleh syarak dalam proses melakukan khitbah melainkan sebagai proses awal untuk memperoleh persetujuan daripada kedua-dua pihak bagi melanjutkan hubungan yang sah iaitu melalui perkahwinan. Pertunangan boleh berakhir dengan perkahwinan dan boleh jadi tidak, mengikut persetujuan daripada kedua- dua pihak.

Sebagai manusia yang mempunyai naluri/ kecenderungan terhadap sesuatu, sudah pastilah ianya menginginkan segala yang terbaik bagi kehidupannya termasuklah pasangan hidup. Jika dalam tempoh pertunangan, salah seorang merasakan ketidakcocokan dan merasakan perhubungan yang bakal dibina (perkahwinan) bakal mengundang keburukan, dia boleh mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan tersebut dan bagi perempuan tidak perlu menunggu tempoh yang lama (seperti idah dalam pembatalan perkahwinan) untuk menerima pinangan/ khitbah daripada orang lain. Hanya menurut adat, perlu ada proses yang berlangsung untuk memutuskan ikatan pertunangan tersebut.

Namun, seperti yang telah dijelaskan oleh Ustaz buluh, hanya dengan perkahwinan sahaja membenarkan perhubungan antara lelaki dengan perempuan. Maknanya, sepanjang tempoh pertunangan, lelaki dan wanita tersebut masih dikira ajnabi (orang asing) dan batas- batas pergaulan tetap harus dipelihara.

Dalam memilih pasangan, ingatlah pesan Rasulullah SAW ini :

“Nikahilah wanita kerana empat alasan. Pertama karena hartanya, kedua kerana kecantikannya, ketiga kerana keturunannya dan keempat kerana agamanya. Maka pilihlah wanita kerana agamanya (yang baik).”

Allahu'alam.

This post has been edited by UkhwAh: 22 August 2010 - 11:26 AM

0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic