Komuniti iluvislam.com : Persoalan Ganti Puasa dan Bayaran Fidyah - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 3 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Persoalan Ganti Puasa dan Bayaran Fidyah

#1 User is offline   maRia 

  • Group: Members
  • Posts: 12
  • Joined: 05-April 08

Posted 19 May 2008 - 10:45 PM

salam... hmm..saya agak malu nak cakap di sini tapi sebab saya risau terpaksa saya luahkan... saya baligh sejak berusia 11 tahun lagi...mase tu pose dah x penuh sebab masalah perempuan... tapi masa tu maklumlah tak matang and muda lagi...maka penggantian puase tu saya x yakin sama ade saya dh ganti atau tidak... saya rasa macam dah ganti tapi sya ragu2 sebab saya khuatir sy tak ganti... lagipun saya x catat...sehinggalah sya masuk sek menengah... so katakanlah ader pose saya yg tertinggal masa darjah 5 and darjah 6 tu bolehke saya ganti sekarang...tapi setau saya kene bayar fidyah... saya musykil tentang bayaran fidyah ni dan berapa banyak hari puasa saya kene ganti. Setau saya hari ganti puasa akan diganda sekiranya masuk bulan ramadhan yg seterusnya....cam mane tu saya harap ader org sudi tolong tunjukkan cara pengiraan fidyah dan berapa banyak pose yang saya kena ganti.... katakanlah saya tertinggal dua hari pose mase umur 11 tahun..dan saya x penah ganti yang tu...skang umur saya 22 tahun...brapa fidyah yg saya kene bayar and brape banyak pose saya kene ganti... then..cmne nak byar fidyah tu ek...kat mane... harap maaf soalan terlalu panjang...harap anda sudi menolong..sekian..wasalam

Quote

Mod: Ana perkemas tajuk thread

0

#2 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 19 May 2008 - 11:53 PM

Assalamualaikum Warahmatulah. Dalam menuntut ilmu maka tidaklah perlu malu untuk bertanya jika tidak mengetahui. Sebelum saya memberikan penerangan mengenai persoalan saudari Maria ini maka ada lebih baik kita mengetahui apakah maksud fidyah secar ringkas terlebih dahulu. Maksud fidyah adalah: Satu cupak makanan asasi tempatan yang disedekahkan kepada fakir miskin mewakilli satu hari yang tertinggal puasa Ramadhan padanya. Dalam menyelesaikan masalah saudari ini: Saudari tertinggal puasa Ramadhan selama dua hari pada umur 11 tahun dan tidak pernah menggantikan (qada) puasa tersebut selama 11 tahun (dari umur saudari 11 tahun hingga 22 tahun). Langkah yang perlu diambil adalah dengan menggantikan dua hari puasa itu dan menyedekahkan 22 cupak beras kepada orang fakir. Wallahualam.
0

#3 User is offline   onediana 

  • Group: Members
  • Posts: 30
  • Joined: 25-November 06

Posted 20 May 2008 - 12:36 AM

*assalamualaikum Ana ada soalan tambahan, let say org yg kita tahu sudah meninggal dunia dan xsempat menggantikan puasa(atau mungkin mmg xpuasa), apa patut kita buat? (org ni let say nenek ke parents ke etc) a). Kalau btul byr fidyah, kne tahu jumlah hari kan. Kalau xtahu plak? Apa yg terbaik dilakukan? b). Kalau bukan byr fidyah. Apa patut kita lakukan? Jzkk ustaz.
0

#4 User is offline   ninty 

  • Group: Members
  • Posts: 35
  • Joined: 19-May 08

Posted 20 May 2008 - 02:47 AM

salam akan diusahakan memberi jawapan, salah silap harap dimaafkan Allah tapi kalau nak jawapan yang betul2 pasti, kena tunggu Ustaz moderator kita datang Mengikut Mazhab Syafi'e 1. Ibadah badaniyah(Solat,Puasa etc) hanya boleh dilakukan oleh tuan punya badan 2. Fidyah perlu dibayar selama mana hari yang ditinggalkan(dibayar dengan harta peninggalan arwah) Dalam konteks yang diberikan, kena betul-betul(ataupun sedaya upaya) memastikan sebanyak mana hari yang tertinggal Pastikan betulkah arwah tidak berpuasa/ada tertinggal, bukan berdasarkan sangkaan semata-mata Bayar sebanyak mana hari yang kita yakin, yang selebihnya kita berserah kepada Allah dan mendoakan keampunan bagi pihak yang sudah meninggal dunia Tapi kalau contohnya selepas siasat2 kita kurang pasti antara 20 hari dengan 30 hari, insyaAllah tidak salah membayar fidyah untuk 30 hari, sebagai langkah berjaga-jaga Kalau betul alhamdulillah, kalau terlebih menjadi amal kebaikan bagi pihak arwah Wallahualam
0

#5 User is offline   maRia 

  • Group: Members
  • Posts: 12
  • Joined: 05-April 08

Posted 20 May 2008 - 05:15 PM

salam... merujuk kepada soalan saya di atas, maka dua hari didarabkan dengan 11 tahun maka jadilah 22 cupak beras.. Oleh itu sekiranya saya tertinggal puase selama 5 hari semasa darjah enam, maka jumlah yang saya perlu bayar fidyah adalah 5 darab 10 tahun (22 tahun tolak 12 tahun) bersamaaan dengan 50 cupak beras. Manakala puasa yang saya perlu ganti adalah sebanyak 5 hari sahaja...betulkah perkiraan saya ini?? Keseluruhannya sekiranya saya meninggalkan dua hari puase pada umur 11 tahun dan 5 hari puasa pada 12 tahun maka, saya wajib menggantikan puasa sebanyak 7 hari dan membayar fidyah sebanyak 72 cupak beras. Harap anda memberikan maklum balas sama ada ya atau tidak... DI mana saya harus membayar fidyah ini? dan secupak beras mewakili berapa ringgit? Terima kasih
0

#6 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 21 May 2008 - 10:13 PM

Quote

onediana wrote: *assalamualaikum Ana ada soalan tambahan, let say org yg kita tahu sudah meninggal dunia dan xsempat menggantikan puasa(atau mungkin mmg xpuasa), apa patut kita buat? (org ni let say nenek ke parents ke etc) a). Kalau btul byr fidyah, kne tahu jumlah hari kan. Kalau xtahu plak? Apa yg terbaik dilakukan? b). Kalau bukan byr fidyah. Apa patut kita lakukan? Jzkk ustaz.
Assalamualaikum Warahmatullah. Sedikit tambahan dari penerangan saudara/i Ninty di atas. a) Waris yang masih hidup disarankan membayar fidyah dan menggantikan puasa bagi mayat. Pengiraannya mengikut anggaran bilangan hari yang terbanyak. b) Setahu saya hanya boleh membayar dengan berpuasa ganti untuknya dan bayar fidyah sahaja. Jika ada (sahabat-sahabat lain mengetahui) penyelsaian selain fidyah dapatlah kiranya kita berkongsi di sini. Wallahulam.
0

#7 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 21 May 2008 - 10:32 PM

Quote

maRia wrote: salam... merujuk kepada soalan saya di atas, maka dua hari didarabkan dengan 11 tahun maka jadilah 22 cupak beras.. Oleh itu sekiranya saya tertinggal puase selama 5 hari semasa darjah enam, maka jumlah yang saya perlu bayar fidyah adalah 5 darab 10 tahun (22 tahun tolak 12 tahun) bersamaaan dengan 50 cupak beras. Manakala puasa yang saya perlu ganti adalah sebanyak 5 hari sahaja...betulkah perkiraan saya ini?? Keseluruhannya sekiranya saya meninggalkan dua hari puase pada umur 11 tahun dan 5 hari puasa pada 12 tahun maka, saya wajib menggantikan puasa sebanyak 7 hari dan membayar fidyah sebanyak 72 cupak beras. Harap anda memberikan maklum balas sama ada ya atau tidak... DI mana saya harus membayar fidyah ini? dan secupak beras mewakili berapa ringgit? Terima kasih
Assalamualaikum Warahmatullah. Betul jawapannya seperti saudara/i Maria nyatakan itu. Namun saya perlu memberikan sedikit maklumat tambahan agar lebih jelas lagi hal pengiraannya ini.

Quote

Contoh persoalan: Tertinggal puasa 2 hari pada umur 11 tahun dan sekarang berumur 22 tahun. Pengiraannya: Pengiraannya bermula pada umur 12 tahun sehingga 22 tahun (mesti melepasi bulan Ramadhan patu tahun itu). Jika tidak melepasi bulan Ramadhan pada tahun itu lagi maka pengiraannya adalah sehingga 21 tahun sahaja walaupun saudara/i sudah berumur 22 tahun. Kesimpulan: Puasa 2 hari dan membayar fidyah 22 cupak.
Fidyah boleh dibayar kepada fakir miskin. Maaf saya tidak mengetahui berapakah harga (Ringgit Malaysia) secupak kerana saya tidak berada di Malaysia sekarang ini. Wallahulam.
0

#8 User is offline   maRia 

  • Group: Members
  • Posts: 12
  • Joined: 05-April 08

Posted 21 May 2008 - 11:36 PM

salam terima kasih atas penjelasan... cuma saya berharap sesiapa yang tahu di mana saya boleh membayar fidyah ini.. adakah boleh saya membayarnya di Pejabat Majlis Agama ISlam? dan berapakah harga bagi satu cupak beras? Terima kasih...
0

#9 User is offline   aliyya saleisya 

  • Group: Members
  • Posts: 26
  • Joined: 07-May 08

Posted 06 June 2008 - 10:54 AM

Quote

maRia wrote: salam cuma saya berharap sesiapa yang tahu di mana saya boleh membayar fidyah ini.. adakah boleh saya membayarnya di Pejabat Majlis Agama ISlam? dan berapakah harga bagi satu cupak beras? Terima kasih...
salam.. setahu sy fidyah boleh juga dibayar di masjid.. ketika bln ramadan dkt tmpt org byr zakat.. sbb ari 2 kwn sy ader yg x smpt nk gnti pose.. sy tmn dyorg byr fidyah..*yes*
0

#10 User is offline   maRia 

  • Group: Members
  • Posts: 12
  • Joined: 05-April 08

Posted 07 June 2008 - 07:48 PM

oh..yeke..hmm..terima kasih ek sbb bgtau Aliyya... saya harap yang lain boleh turut membantu saya...kjasama anda amat sy hargai.....salam
0

#11 User is offline   mawaddah azzahra 

  • Group: Members
  • Posts: 72
  • Joined: 07-June 08

Posted 07 June 2008 - 09:31 PM

[quote]ninty wrote: salam akan diusahakan memberi jawapan, salah silap harap dimaafkan Allah tapi kalau nak jawapan yang betul2 pasti, kena tunggu Ustaz moderator kita datang Mengikut Mazhab Syafi'e 1. Ibadah badaniyah(Solat,Puasa etc) hanya boleh dilakukan oleh tuan punya badan 2. Fidyah perlu dibayar selama mana hari yang ditinggalkan(dibayar dengan harta peninggalan arwah) tumpang tanya, kalau arwah tu seorang yang miskin dan tiada harta peninggalan bagaimana pula? syukran jiddan
0

#12 User is offline   anak-melayu 

  • Group: Members
  • Posts: 16
  • Joined: 08-June 08

Posted 12 June 2008 - 04:13 PM

pertanyaan sedikit.. kalo kite x tahu kite punye puase tinggal brape hari mcm ne?? begitu juge dgn solat.. harap ustaz/h leh tolong jwb kn soklan ana.. sbb dlu agak jahil..
0

#13 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 13 June 2008 - 01:04 PM

Quote

anak-melayu wrote: pertanyaan sedikit.. kalo kite x tahu kite punye puase tinggal brape hari mcm ne?? begitu juge dgn solat.. harap ustaz/h leh tolong jwb kn soklan ana.. sbb dlu agak jahil..
Assalamualaikum Warahmatullah. Sila rujuk thread berikut:
[url]http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=111&thread_id=1366&rowstart=15[/url]
Wallahualam.
0

#14 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 13 June 2008 - 01:17 PM

[quote]mawaddah azzahra wrote: [quote]ninty wrote: salam akan diusahakan memberi jawapan, salah silap harap dimaafkan Allah tapi kalau nak jawapan yang betul2 pasti, kena tunggu Ustaz moderator kita datang Mengikut Mazhab Syafi'e 1. Ibadah badaniyah(Solat,Puasa etc) hanya boleh dilakukan oleh tuan punya badan 2. Fidyah perlu dibayar selama mana hari yang ditinggalkan(dibayar dengan harta peninggalan arwah) tumpang tanya, kalau arwah tu seorang yang miskin dan tiada harta peninggalan bagaimana pula? syukran jiddan[/quote] Assalamualaikum Warahmatullah. Jika saudara-mara si mati tidak mempunyai harta untuk membayar fidyah maka disarankan untuk berpuasa ganti sahaja untuk si mati. Sila baca komentar di atas untuk lebih memahami. Wallahualam.
0

#15 User is offline   puteri_91 

  • Group: Members
  • Posts: 3,355
  • Joined: 26-April 08

Posted 14 June 2008 - 10:27 AM

*assalamualaikum kalau pi bayar kat pusat zakat tak leh ke...*hmm*
0

Share this topic:


  • 3 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic