Komuniti iluvislam.com : Gambar Haiwan-Haiwan Yang Ganjil! - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Gambar Haiwan-Haiwan Yang Ganjil! ada yang comel, ada yang menakutkan.. :P

#1 User is offline   naurah alwani 

  • 143734,4344?
  • Group: Members
  • Posts: 2,743
  • Joined: 13-May 09
  • LocationPenang

  Posted 17 September 2010 - 10:22 AM

Setiap hari lebih daripada 10 penemuan haiwan baru dijumpai terutamanya di dasar laut, seolah-olah masih wujud alam yang belum manusia terokai. Walaupun teknologi pengklonan sedang giat dikembangkan tapi penyebaran benih secara semulajadi tidak pernah berhenti menyebabkan satu demi satu haiwan baru terhasil,inilah bukti kekuasaan Ilahi.Manusia baru menerokai apa yang ada di atas muka bumi dan di dalam laut,manusia belum menjumpai apa yang ada di langit dan yang pasti memang ada makhluk yang hidup di atas sana cuma kita belum menjumpai mereka.Dalam surah As-Syurak ayat 29 Allah berfirman yang mana maksudnya, “Dan antara tanda kekuasaan Allah ialah penciptaan langit dan bumi dan makhluk-makhluk yang melata(daabah) yang bertebaran pada kedua-duanya.



Posted Image
Aiieaiie Ayeaye

Susah nak sebut? Memang la sebab orang panggil Aieeeaiie Ayeaye ni sebagai Aye-Aye. Aye-Aye ni sebiji macam burung belatuk, ia mengetuk pokok untuk membuat lubang dan mencari makanan(serangga) di dalam pokok yang ditebuknya.Aye-Aye ni spesies yang tidak tidur malam.Ingin jadikan sebagai Pet? Susah,nanti kena tebang pokok hari-hari untuk ia patuk sebab ia tak makan makanan senang-senang,mesti tebuk dulu.Huhuhu



Posted Image
Aksolotal Axolotl

Sebenarnya haiwan ini ialah sejenis Sumpah-Sumpah Harimau (Tiger Salamander) tapi sebab tak termakan sumpah,jadilah macam ni,huhuhu.Haiwan ini banyak didapati di dalam tasik sekitar Mexico.Semasa ia sedang bermetamorfosis di peringkat larva ke peringkat dewasa, larva yang normal akan bertukar menjadi Tiger Salamander dan yang terkena sejenis bahan toksik akan terus kekal di dalam air dan menjadi Aksolotal.



Posted Image
Alpaka Alpaca

Mudah didapati di Selatan Amerika dan sering dianggap sebagai Llamas. Tidak seperti Llamas,Alpaka hidup di atas bukit dan tidak mampu menanggung beban yang besar.Biasanya manusia memburu atau menternaknya untuk mendapatkan bulu daripadanya.Tidak menyerupai kambing yang bertompok-tompok,biasanya Alpaka datang lengkap dengan 1 pakej warna yang sempurna jadi secara teorinya,seekor Alpaka sama dengan sehelai baju sejuk.



Posted Image
Angora Rabbit

Seekor lagi haiwan yang diternak untuk bulunya. Wujud di Ankara,Turkey bersama-sama dengan Kucing Angora dan Kambing Angora yang mana mereka semua mempunyai persamaan iaitu bulu yang tersangat lebat. Dipercayai salah satu spesies arnab yang tertua di dunia.Arnab ni nampak besar disebabkan bulunya,kalau bogelkan,pasti saiz badan dia tidak besar mana pun.



Posted Image
Blobfish

Jujurnya,binatang ni agak hodoh tapi sangat menarik. Blobfish memang sukar ditemui sebab wujud di dasar laut dalam. Yang uniknya ikan yang agak hodoh ini,ia menggunakan sedikit tenaga untuk bergerak disebabkan tiada otot dan ketumpatan badannya, kurang sedikit daripada air. Jadi,untuk ia bergerak di dalam laut, ia hanya mengubah beratnya sedikit bagi mengurangkan ketumpatan dirinya menyebabkan ianya terapung.Untuk makan,ia hanya membuka mulutnya dan menelan apa sahaja yang masuk ke dalam mulutnya ala-ala ‘Blackhole’.



Posted Image
Dumbo Octopus

Mempunyai telinga seakan-akan gajah Jumbo dalam cerita Walt Disney.Hidup di tempat yang lagi dalam daripada Blob Fish. Diakui sotong yang terpelik yang wujud di atas muka bumi ini.



Posted Image
Emperor Tamarin

Macamana haiwan ini dapat nama,sangat kelakar.Mula-mula ia dijumpai ketika pemerintahan Emeror Willhelm 2 yang mana mempunyai janggut seperti haiwan di atas. Pada asalnya,orang ramai sengaja menggelarkan haiwan ini sempena nama pemerintah Emperor dan secara tidak sengaja,nama itu dianggap sebagai nama rasmi haiwan ini.Hidup di hutan hujan Amazon dan kebanyakan masa hidupnya dihabiskan di atas pokok.



Posted Image
Hagfish

Sebenarnya gambar di atas gambar yang telah dibesarkan, itu yang nampak menakutkan. Pada awal-awal penemuannya, berlaku percanggahan antara saintis yang mengatakan bahawa haiwan ini bukanlah ikan disebabkan bentuknya yang panjang seakan-akan cacing tapi setelah dikaji cara hidupnya,saintis sepakat mengatakan bahawa Hagfish ini ialah ikan. Cara pemakanan Hagfish tersangat pelik dan kemampuannya untuk menghasilkan lendir diperakui oleh saintis sebagai haiwan laut yang paling jijik.



Posted Image
Komondor Dog

No no no,jangan cepat kata bahawa Komondor Dog pun diternak untuk bulunya.Pernah tengok filem Richie Rich, anjing yang dipelihara dia ialah Komondor Dog. Salah seekor anjing yang bersaiz besar. Walaupun berbulu banyak dan tebal, Komondor Dog tidak mempunyai masalah dengan berat bulunya.Satu-satunya jenis anjing yang hanya mempunyai satu warna kecuali dikotori dengan elemen-elemen luar.



Posted Image
Narwal

Narwal ni sejenis lumba-lumba yang tersangat unik. Wujudnya tepat pada satu koordinat sahaja iaitu latitud 70′.Juga dikenali sebagai Ikan Paus bulan.Warnanya kehitaman menyebabkan orang-orang lama Belanda memanggilnya ‘Corpse’.Kalau ikut mitos orang putih yang berbintik-bintik merah,Narwal ini adalah seorang perempuan yang disumpah.

azzariyat.com
2

#2 User is offline   naurah alwani 

  • 143734,4344?
  • Group: Members
  • Posts: 2,743
  • Joined: 13-May 09
  • LocationPenang

Posted 17 September 2010 - 10:24 AM

Posted Image
Proboscis Monkey

Dikenali sebagai Monyet Berhidung Panjang,memang panjang pun hidung monyet ni.Monyet jantan lagi besar daripada monyet betina tapi hidung monyet betina lagi besar daripada hidung monyet jantan.Yang istimewanya tentang monyet ini, perutnya yang agak boroi itu mempunyai sistem penghadaman yang berbeza dengan binatang-binatang lain.Monyet berhidung besar ini tidak boleh makan buah yang tidak masak kerana sistem penghadamannya tidak mampu menghadam buah yang mentah.

Posted Image
Pygmy Marmoset

Seekor lagi haiwan yang berspesies monyet. Wujud di Brazil,Kolombia,Peru dan Ekuador.Kalau tadi monyet berhidung besar,kali ini monyet yang bertubuh kecil,di antara monyet-monyet yang ada, Pygmy adalah monyet yang paling kecil.Sejenis omnivor yang makan apa-apa sahaja yang lebih kecil daripadanya.Pergerakannya sangat laju hinggakan kita susah mengecamnya.


Posted Image
Red Panda

Mula-mula tengok gambar ini,saya fikirkan ini rubah tapi panda rupanya. Yeay Panda!Kalau baca cerita-cerita teladan orang cina, haiwan yang biasa dijumpai,ini lah dia,Red Panda! Walaupun menyerupai rubah atau kucing,ianya diklasifikasikan sebagai Panda disebabkan tapak tangannya yang menyerupai Panda dan mempunyai tabiat makan yang sama dengan panda iaitu makan buluh. Dikenali sebagai Ponya di Nepal disebabkan diet pemakanannya.


Posted Image
Shoebill

Kelihatan agak angkuh tapi inilah dia burung yang mempunyai saiz yang teramat bear,biasanya 1.2 meter tinggi dan berat 5.6 kg. Burung ini sangat terkenal dalam dunia saintis, sampai sekarang saintis masih mengkaji tentang burung ini,apa yang dikaji, saya pun tidak tahu. Tapi yang pasti,burung ini merupakan burung purba yang hidup di Mesir.Kalau tengok di dinding-dinding Mesir, burung dalam tulisan mereka itu ialah burung Shoebill.


Posted Image
Starnosed Mole

Hidup di tanah yang lembap dan dipenuhi dengan serangga. Mestilah,sebab ia pun makan serangga. Ia mampu berenang dengan baik dan mampu mengorek tanah dengan laju.Tidak seperti binatang di tempat sejuk yang lain, Starnosed Mole ini kekal aktif di musim sejuk,tidak berhibernasi.Mempunyai sifat seperti manusia,ada yang suka bersendiri dan ada yang suka berteman.Mengesan makanan melalui sentuhan.


Posted Image
Sun Bear

Juga dikenali sebagai beruang Himalaya kerana banyak di kawasan Himalaya. Sangat selesa di iklim hujan tropika seperti Malaysia dan sangat jinak,jadi sesiapa yang inginkan binatang yang pelik jadi peliharaan, beruang Himalaya lah jawapannya! Tidak seperti beruang yang lain,beruang Himalaya mempunyai bulu yang agak pendek dan nipis.


Posted Image
Tapir

Cipan,tapir dan tenuk,itulah namanya dalam bahasa Melayu.Banyak sangat dan nama kumpulan Robocon saya pada tahun 2008 ialah cipan,huhuuh.Kelihatan seperti dari keluarga babi tapi Tapir diklasifikasikan bukan dan ianya adalah dirinya sendiri. Para saintis agak pening untuk mengklasifikasikannya disebabkan bentuknya yang agak unik dan cara hidup dan pemakanannya menghampiri Badak dan Kuda.Konklusinya tapir adalah spesies tapir.


Posted Image Yeti Crab
Tengok sekali pun dah hilang selera nak makan ketam.Ketam ini ditutupi bulu yang dipercayai sutera.Tinggal di tengah-tengah laut dan dalam kedalaman 7200 kaki dari permukaan laut. Ketam ini mampu menghasilkan genetik baru membentuk spesies baru dan dipercayai matanya tidak berfungsi atau buta. Bulunya yang cantik itu didiami oleh sejenis bakteria yang mana bakteria ini hidup secara simbiosis. Bakteria ini akan menyembuhkan ketam ini daripada diracuni bahan-bahan kimia yang pelik di tempat ia(ketam) diami.Secara tidak lansung,racun itu sebenarnya makanan kepada bakteria tersebut dan makanan untuk ketam ini ialah Alga Hijau dan udang kecil.


Posted Image Frigatebird
Burung ini mempunyai belon di bawah paruhnya dan yang pasti,paruhnya tidak mampu untuk menyentuh belon tersebut. Belon itu sebenarnya adalah lambang kemegahan buat burung jantan. Semasa musim mengawan,burung jantan akan mengembangkan belon tersebut untuk memikat burung betina.


Posted Image Purple Frog
Nampak macam diubah menggunakan Adobe Photoshop tapi katak bewarna unggu ini benar-benar wujud di India. Comel mana pun katak ini,ia tetap katak dan menjijikkan.Katak ini baru disahkan dalam dunia saintis walaupun orang ramai di India selalu menjumpai katak ini. Hal ini kerana orang-orang di India memang fikirkan semua katak adalah berwarna unggu jadi ianya normal dan tidak perlu dibangga-banggakan.
azzariyat.com

1

#3 User is offline   matz 

  • Im here to learn and help people from morning to night
  • Group: Members
  • Posts: 873
  • Joined: 10-December 09

Posted 17 September 2010 - 11:05 AM

Posted Image
Hagfish y sebenar-benarnya....

This post has been edited by matz: 17 September 2010 - 02:59 PM

0

#4 User is offline   Rasailul Ashwaq 

  • Group: Members
  • Posts: 1,019
  • Joined: 03-May 08
  • LocationMalaysia

Posted 17 September 2010 - 11:40 AM

View Postnaurah alwani, on 17 September 2010 - 10:22 AM, said:

Setiap hari lebih daripada 10 penemuan haiwan baru dijumpai terutamanya di dasar laut, seolah-olah masih wujud alam yang belum manusia terokai. Walaupun teknologi pengklonan sedang giat dikembangkan tapi penyebaran benih secara semulajadi tidak pernah berhenti menyebabkan satu demi satu haiwan baru terhasil,inilah bukti kekuasaan Ilahi.

1. Bukan seolah-olah masih wujud alam yang belum diterokai, memang pun masih banyak yang belum dijumpai, dianggarkan sebanyak 90%. Dan mungkin ada yang telah pupus sebelum kita dapat jumpa.

2. Penyebaran biji benih secara semula jadi tidak pernah berhenti? Bagaimana nak jelaskan kepupusan dengan pernyataan ini?

Quote

Posted Image
Sun Bear

Juga dikenali sebagai beruang Himalaya kerana banyak di kawasan Himalaya. Sangat selesa di iklim hujan tropika seperti Malaysia dan sangat jinak,jadi sesiapa yang inginkan binatang yang pelik jadi peliharaan, beruang Himalaya lah jawapannya! Tidak seperti beruang yang lain,beruang Himalaya mempunyai bulu yang agak pendek dan nipis.


Lebih dikenali sebagai Malayan Sun Bear / Beruang Matahari Malaya/ Beruang Madu. Nama saintifiknya Helarctos malayanus. Beruang ni (primarily) tinggal di kawasan hutan hujan tropika. Maka ayat "banyak di kawasan Himalaya" adalah tidak tepat. Kalau nak touching2 beruang ni boleh ke Deerland di Kuala Gandah, Pahang.
Apa yang ganjil tentang beruang ni? Dan beberapa haiwan seperti proboscis monkey, frigate bird, tapir etc, etc yang dikatakan pelik? Haiwan2 ni tidaklah ganjil sekiranya kita lihat kepada persekitaran tempat tinggal mereka.
Dengan permintaan/ kehendak manusia yang telah membuat selective breeding (penternakan melalui pemilihan yang terbaik), kebanyakan haiwan sekarang mungkin ganjil kepada orang2 dulu.

Genetically modified organism (GMO). Contoh:

Posted Image

GDF8 Mutant
Posted Image

Alba, enhanced GFP bunny. (gl0w in the dark)

This post has been edited by Rasailul Ashwaq: 17 September 2010 - 12:27 PM

0

#5 User is offline   mya11 

  • mari berzikir subhanallah. alhamdulillah. lailahaillah. allahu a
  • Group: Members
  • Posts: 675
  • Joined: 10-May 09

Posted 17 September 2010 - 04:54 PM

wow.. bila diperhatikan betul2 haiwan tu, terdetik dalam hati saya betapa unik ciptaan Allah.. Allah boleh menjadikan haiwan dalam berbagai-bagai bentuk yang tidak mampu kita bayangkan... hmm.. muhasabah..
0

#6 User is offline   Harithx 

  • Group: Members
  • Posts: 440
  • Joined: 19-January 10
  • LocationTurn around. And look carefully.

Posted 17 September 2010 - 08:35 PM

View Postnaurah alwani, on 17 September 2010 - 10:24 AM, said:






Posted Image
Starnosed Mole
Hidup di tanah yang lembap dan dipenuhi dengan serangga. Mestilah,sebab ia pun makan serangga. Ia mampu berenang dengan baik dan mampu mengorek tanah dengan laju.Tidak seperti binatang di tempat sejuk yang lain, Starnosed Mole ini kekal aktif di musim sejuk,tidak berhibernasi.Mempunyai sifat seperti manusia,ada yang suka bersendiri dan ada yang suka berteman.Mengesan makanan melalui sentuhan.




Uih. Ada rupanya haiwan ini. Ingatkan rekaan semata-mata. Haiwan ini pernah muncul dalam filem City of Ember. Ingatkan imaginasi producer filem tersebut. Rupanya ada betul-betul.
0

#7 User is offline   muhammad naim 

  • pemudattbc
  • Group: Members
  • Posts: 5,325
  • Joined: 25-August 08
  • LocationKedah

Posted 17 September 2010 - 08:44 PM

adakah semua ini sebab genetik?
0

#8 User is offline   Rasailul Ashwaq 

  • Group: Members
  • Posts: 1,019
  • Joined: 03-May 08
  • LocationMalaysia

Posted 17 September 2010 - 09:16 PM

Apa maksud kamu naim?
0

#9 User is offline   muhammad naim 

  • pemudattbc
  • Group: Members
  • Posts: 5,325
  • Joined: 25-August 08
  • LocationKedah

Posted 18 September 2010 - 03:49 PM

View PostRasailul Ashwaq, on 17 September 2010 - 09:16 PM, said:

Apa maksud kamu naim?


Maksud naim~ adakah semua binatang ganjil terjadi disebabkan genetik
0

#10 User is offline   Rasailul Ashwaq 

  • Group: Members
  • Posts: 1,019
  • Joined: 03-May 08
  • LocationMalaysia

Posted 18 September 2010 - 06:40 PM

Haiwan diciptakan sesuai dengan persekitaran mereka. Allah menciptakan mereka sesuai dengan iklim dan cuaca setempat. Haiwan di kawasan sejuk berbulu tebal, haiwan di kawasan panas lain bulunya. haiwan Bagi pemangsa, mereka mempunyai adaptasi strategi seperti pantas berlari, kuat, berven0m, bertaring etc etc. Haiwan mangsa pula mempunyai strategi mempertahankan diri seperti penyamaran, berbisa, etc etc.

Posted Image

Rama2 menyerupai daun kering.
Posted Image

Kuda laut yang menyerupai rumpai laut.
Ya, semua variasi ini adalah disebabkan oleh genetik. Genom (keseluruhan maklumat DNA dalam sesuatu makhluk) setiap daripada kita adalah berbeza. Bahkan kembar sekalipun bukanlah 100% sama genomnya.
Contoh: Kandungan gen warna bulu tikus putih: aabb kandungan gen warna bulu tikus hitam: AABB
(Gen tu bukan yang betul ya. Saya nak buat contoh je)
Yang menyebabkan arnab berbeza warna hitam putih ialah faktor ab dan AB.
p/s 1: Saya harap telah gunakan istilah yang betul. Tak reti nak ganti perkataan genotype dalam bahasa biasa.
p/s 2: Nak sambung tentang mutasi. Tapi.. nantilah tengok keadaan.. huhu~

This post has been edited by Rasailul Ashwaq: 20 September 2010 - 09:22 PM

0

#11 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 20 September 2010 - 06:55 PM

inilah adalah sebahagian daripada bukti bahawa Allah itu al-Khaliq & al-Musawwir
0

#12 User is offline   muhd_evori 

  • Group: Members
  • Posts: 399
  • Joined: 03-September 09

Posted 21 September 2010 - 11:08 PM

Quote

Sun Bear

Juga dikenali sebagai beruang Himalaya kerana banyak di kawasan Himalaya. Sangat selesa di iklim hujan tropika seperti Malaysia dan sangat jinak,jadi sesiapa yang inginkan binatang yang pelik jadi peliharaan, beruang Himalaya lah jawapannya! Tidak seperti beruang yang lain,beruang Himalaya mempunyai bulu yang agak pendek dan nipis.


sangat jinak??
err.. rasanya x... coz antara species bruang yg ganas, sun bear la..
selain grizzly bear, dan pling ganas polar bear 2..
yg kat k. gandah 2 mmg jinak, sbb pakcik 2 dah jinakkannya..
tpi pakcik 2 dah bpe kli kna serang dgn bruang ne..

Quote

Posted Image


dari nama 2, kita pggil species ne naga laut...
tpi mmg sedara mara ngan kuda laut...
0

#13 User is offline   rimakor 

  • Group: Members
  • Posts: 206
  • Joined: 12-July 09

Posted 23 September 2010 - 03:24 PM

View Postthekatyusha, on 20 September 2010 - 06:55 PM, said:

inilah adalah sebahagian daripada bukti bahawa Allah itu al-Khaliq & al-Musawwir


bro kat...nasib baik gambo sulur bidar takdok... :lol: :blink:
0

#14 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 23 September 2010 - 03:47 PM

View Postrimakor, on 23 September 2010 - 03:24 PM, said:

bro kat...nasib baik gambo sulur bidar takdok... :lol: :blink:



hohhoooh!! Mung jangang sebut...
haiwan belaang aku tu ler ning...

p/s: Kalau mimpi, aku nok ngat jupe Sulur Bidar..
0

#15 User is offline   rimakor 

  • Group: Members
  • Posts: 206
  • Joined: 12-July 09

Posted 23 September 2010 - 03:58 PM

View Postthekatyusha, on 23 September 2010 - 03:47 PM, said:

hohhoooh!! Mung jangang sebut...
haiwan belaang aku tu ler ning...

p/s: Kalau mimpi, aku nok ngat jupe Sulur Bidar..


bro kat...bole mung open balik benang "apa ada didasar tasik kenyir"...boleh aku update aper yg patut...nampaknya bz sket dikenyir taung ning...hahaha
0

Share this topic:


  • 2 Pages +
  • 1
  • 2
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic