Komuniti iluvislam.com : Wudhu' Bagi Anggota yang Berbalut/ Simen - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Wudhu' Bagi Anggota yang Berbalut/ Simen

#1 User is offline   hawa nadzirah 

  • Group: Members
  • Posts: 19
  • Joined: 31-May 10

Posted 13 October 2010 - 04:38 PM

salam ustaz..saya nak tanya..
kawan seorang ni patah tangan..tangan dia di simenkan..
jadi macam mana dia nak amik air sembahyang??

saya ada cakap kat dia..
amik air sembahyang bahagian mana yang boleh kena jer..
yang tak boleh tu tak apa..

tapi dia tak yakin..
dia cakap dia tak nak solat sampai dia sembuh..
lepas dia sembuh dia akan qada' semua solat yang dia tinggal..

saya agak was-was dengan jawapan dia..
ustaz boleh bagi tau apa yang perlu dilakukan ?
macam mana cara yang betul utk dia amik air sembahyang..
saya perlukan maklum balas segera..

terima kasih .
0

#2 User is offline   UkhwAh 

  • Ahlan Wasahlan ^^,
  • Group: Members
  • Posts: 2,679
  • Joined: 19-July 08

Posted 15 October 2010 - 12:27 PM

Assalamualaikum Warahmatullah.

Sementara menantikan penjelasan yang lebih tepat daripada yang pakar, izinkan saya kongsikan perlaksaan wudhu' ketika sakit menurut Imam Syafi'e rahimallah yg diambil drp buku Tatacara Wudhu' dan Solat menurut Mazhab Syafi'e, insyaAllah.

1) Ambil wudhu' seperti biasa yang dimulakan dengan membasuh muka sambil berniat.
2) Basuh tangan yang tidak sakit.
3) Sapu tangan yang bersimen dengan air.
4) Bertayammum dengan menepuk debu dgn kedua tangan lalu menipiskannya dan diusap ke muka sambil niat sebanyak dua kali (lbh afdal) dan ulang cara yang sama untuk disapukan pula pada tangan yang sihat dan yang berbalut hingga ke siku.
5) kemudian basuh kepala dan kaki.

*boleh juga buat no 4 dulu dan kemudian teruskan dengan no 2 dan 3.

p/s: Oleh kerana anggota yang berbalut tersebut merupakan anggota wudhu' dan anggota tayammum sehingga terdapat kekurangan pada keduanya, maka kawan kamu tersebut perlu mengganti/mengqadha'kan semua solatnya sepanjang tempoh tersebut apabila balutannya dibuka nanti.

Allahu'alam.



Allahu'alam.
0

#3 User is offline   buluh 

  • Group: Members
  • Posts: 1,723
  • Joined: 20-December 07

Posted 29 October 2010 - 06:22 PM

Assalamualaikum Warahmatullah.

Sila rujuk di sini:

Cara Berwudhuk Bagi Tangan Berbalut?


Wallahualam.
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic