
Pantang Semasa Mengandung pantang mengikut islam
#1
Posted 16 October 2010 - 05:19 PM
Saya ingin bertanya,sejauh manakah kita boleh percaya dengan pantang larang semasa mengandung oleh orang dulu2 contohnya si suami xboleh membakar, xbleh lilitkan tuala pada leher, isteri xbleh mengait @ menjahit dan sebagainya.saya keliru dengan peraturan pantang yang kadang2 sy fikir seperti syirik.tp bila x di ikut,takut terjd benda yang betul sebagaimana org bgtau.boleh tlg jelaskan dgn lebih lanjut agar x terpesong dan dalam islam,adakah hadis,al quran dan sunnah yang menceritakan dan menjelaskan tentang panatang larang ini.sekian terima kasih.wasalam..
#2
Posted 16 October 2010 - 09:17 PM
Dalam hal macam ni, kita amik satu je prinsip asas Islam. Jauhi perkara yang memudaratkan, dan lakukan perkara yang bermanfaat. Anjuran-anjuran agama Islam dalam kehidupan seharian banyaknya berasaskan perkara ini. Lakukanlah perkara yang datang manfaat, seperti jaga pemakanan dan banyakkan berehat, serta elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan mudarat seperti melakukan kerja berat atau bergusti bagi ibu yang mengandung 8 bulan.
Dalam aspek yang lain, banyak pantang larang sebenarnya boleh difahami tujuan wujudnya pantang larang tersebut, yang boleh difikir secara logik, walaupun ada juga pantang larang yang memang bersifat khurafat dan tahyul. Contohnya, ibu mengandung dilarang menjahit. Ini untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang kemungkinan buruk ke atas ibu dan bayi. Kalau tercucuk jarum tu kat perut tak ke naya dibuatnya? Tapi kalau nak buat, silakan. Cuma berhati-hatilah.
Tapi bagi pantang larang yang lain, seperti menyematkan rumput pada celah telinga bila turun hujan panas, atau tak boleh melilit tuala pada leher khusus ketika isteri mengandung tidaklah bersifat 'berpijak di bumi nyata', lebih bersifat kepercayaan karut, dan tidak pula ada sandaran dari segi agama.
Senang cerita macam ni lah, jangan memandang pantang larang itu sebagai satu yang wajib diikuti, dan haram dan berdosa besar jika diingkari. Jika sesuatu perbuatan itu mendatangkan manfaat, dan bertepatan dengan Islam, maka ikutlah ia. Jika sesuatu perbuatan itu mendatangkan kemudaratan, maka tinggalkanlah ia. Simple
#3
Posted 16 October 2010 - 10:02 PM
Antara contoh mudah pantang yang karut marut dalam masyarakat Melayu ialah si bakal bapa tak boleh sakitkan binatang nanti berlakunya 'Kenan', ataupun si bakal ibu kena beringat semasa siang ika (untuk elakkan anak sumbing)
Kepercayaan yang saya sebutkan ternyata tiada asasnya dalam Islam dan hanya berlandaskan adat/budaya yang mengarut semata-mata. Tidak dinafikan memang ada kes yang berlaku kononnya si anak keluarkan bunyi anjing sebab si bakal bapa pukul anjing (contoh), namun cukuplah kita beriktikad bahawa ia berlaku kerana itu kehendak Allah dan ianya berlaku dengan izin Allah. Tidak berkaitan langsung dengan pukul anjing dan sebagainya.
Cuba lihat di Barat, siang ikan pun rilek2 je.. Tak ada pantang larang pun, si anak dilahirkan sihat walafiat. Cukuplah seperti yang bro expend katakan.
#4
Posted 16 October 2010 - 10:50 PM
harakah islamiah, on 16 October 2010 - 10:02 PM, said:
Antara contoh mudah pantang yang karut marut dalam masyarakat Melayu ialah si bakal bapa tak boleh sakitkan binatang nanti berlakunya 'Kenan', ataupun si bakal ibu kena beringat semasa siang ika (untuk elakkan anak sumbing)
Cleft lip (sumbing bibir) dan cleft palate (sumbing lelangit) disebabkan masalah genetik ibu/ayah ataupun salah makan ubat (teratogenic) sehingga mengganggu pertumbuhan organ- organ tertentu, contohnya seperti di atas
Selagi dapat diterima dengan logik akal dan tidak bertentangan dengan syarak, terpulang kepada individu tersebut untuk mengamalkannya atau tidak. Jika melibatkan kehamilan ni, seeloknya perlu juga minta nasihat doktor untuk perkara tertentu bagi menjaga kesihatan bayi dan ibu. Contoh, pesan orang tua- tua, kalau ibu mengandung mengidam apa- apa, wajib tunaikan takut nanti bila anak lahir meleleh air liur. Kalau ibu tersebut ada darah tinggi dan teringin nak makan kambing, berhati- hatilah dan jangan semua kemahuan diturutinya kerana boleh menyebabkan kekejangan pada ibu dan membawa kepada kematian.
Bertindak atas pertimbangan akal dan panduan yang berguna dengan tidak memkhinzir buta dalam menerima sesuatu. Saya juga secara individu tak menolak pantang larang dan adat resam orang- orang lama tapi tak bererti saya boleh terima semuanya.
Ada akal fikir, ada sumber rujuk.
Allahu'alam.
#5
Posted 17 October 2010 - 04:29 PM
Nape tak try buat experiment?
Ce buat apa yang dipantangkan orang tua2 tu, tengok jadi ke tak.
#6
Posted 19 October 2010 - 07:40 PM
Pada pendapat saya, 'pantang larang' tu lebih kepada adat orang kita semata-mata. Diwarisi secara turun temurun, dari datuk nenek moyang dari mulut ke mulut. Asalnya orang dulu2 bercucuk tanam, berkebun, hidup sangat berkait rapat dengan alam sekitar, binatang dan sebagainya. Maka itu juga menjadi antara sebab kenapa pantang larang banyak yg berkait dengan alam.
Betul juga kata saudari. Nak percaya bimbang syirik. Mahu melanggar takut nanti terjadi apa2 musibah. Apapun, setiap apa yang berlaku hanya dengan izin Allah. Berhati-hati dan berwaspada dan berpada-pada. Haruslah yakin sepenuhnya bahawa hanya Allah yang maha berkuasa atas segalanya.
Erm, pantang makan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor. Jamu atau herba yang 'panas' pun patut dijauhi kerana bimbang membahayakan kandungan.. Jaga sikap, kata-kata dan makanan, kerana ia mungkin mempengaruhi bayi dalam kandungan.
Selamat menjadi ibu. =)
#7
Posted 20 October 2010 - 02:24 PM
Sekadar pengalaman sesudah mempunya dua orang anak, sekiranya hati kita yakin 100% bahawa apa yang ada di atas muka bumi ini serta segala apa yang bergerak adalah kuasa Allah Ta'ala, maka insya-Allah tiada apa yang berlaku.
Pernah TER-langgar seekor burung merpati ketika mengandung anak pertama di laluan Lenga - Segamat dan membunuh seekor ular tedung di tepi pantai pelabuhan ketika isteri aku mengandung anak kedua.
Yg penting, niat kita ketika melaksanakan kerja pembunuhan tersebut.
Alhamdulillah, selamat atas kudrat Allah Ta'ala..
Namun, pada masa yang sama jangan pula kita meremeh-temehkan pantang-larang orang-orang tua.
Sekiranya ibu / nenek kita membebel pasal pantang-larang, janganlah pula kita berhujah dalil itu dan ini.
Ikuti sahaja kehendak orang tua kita lantaran ia adalah perkara yang kecil (kecuali kalau dah agak mengarut, boleh cakap dgn elok).. Pendek kata, jgn sampai orang tua kecik hati..
#8
Posted 21 October 2010 - 03:12 PM
petua ni org tua2 pun di suruh kita ikut pun ada sebab la.. cuma kalau bertentangan sgt dgn syarak tu jgn buat, kalau x de apa tu buat je la.
#9
Posted 03 November 2010 - 09:43 PM
kehidupan mengandung adalah satu proses untuk dinikmati, bukan untuk kita seksa diri dengan pantang larang yang entah apa-apa dan mengarut sekali. kerana bukan semua orang mampu untuk menghadapinya
#10
Posted 04 November 2010 - 11:10 AM
lisam, on 03 November 2010 - 09:43 PM, said:
kehidupan mengandung adalah satu proses untuk dinikmati, bukan untuk kita seksa diri dengan pantang larang yang entah apa-apa dan mengarut sekali. kerana bukan semua orang mampu untuk menghadapinya
Tak boleh juga bro lisam, kerana proses pantang ni adalah merupakan proses yang penting buat si ibu setelah mengalami beberapa perubahan terhadap dirinya dan perlukan masa juga untuk sembuh luka terhadap si ibu. Proses pantang tidak boleh di ambil ringan, perlu banyak membaca buka dan juga petua-petua dari orang tua agar kelak tidak mengalami masalah seperti badan mudah sejuk, mudah naik angin, dan sebagainya.
Tapi dalam berpantang juga perlu ada ilmu bukan main hentam ikut orang, sebab itu ibu-ibu digalakan membaca sebanyak yang mungkin, gabungkan ilmu moden dan juga tradsional.
Cumanya jangan la mengikut pantang larang yang tah apa-apa seperti sewaktu tanam uri bayi tak boleh buat itu ini dan lain-lain lagi.
Jauhi syirik dan perlu bijak la dalam hal ni ..
#11
Posted 04 November 2010 - 12:31 PM
what i meant is pantang larang sewaktu mengandung, not the proses berpantang..
hehehe
#12
Posted 10 November 2010 - 09:47 PM
Tapi pantang waktu mengandung tu memng penting untuk kebaikan ibu dan anak..
#13
Posted 23 January 2011 - 12:34 AM
Kalau wanita yang bekerja, berapa lama cuti bersalin yang diberikan? Ada tak 60 hari? 90 hari?
Balik cuti raya lepas, kakak sepupu baru lepas bersalin ( sectio caesarea) anak yang ke-5 (setahun sorang
Bagi sahabat2 yang pernah melahirkan, boleh tak kongsikan di sini apakah yang sering dinasihatkan oleh doktor dalam proses berpantang? Mungkin ada yang boleh berkongsi juga tanggapan bagi sesetengah ahli perubatan tentang proses berpantang menurut kaedah tradisional seperti bertuku, urut, dsbnya.
Jzkk
Allahu'alam
This post has been edited by UkhwAh: 23 January 2011 - 12:35 AM
#14
Posted 23 January 2011 - 07:06 AM
#15
Posted 23 January 2011 - 10:57 AM
hikoseijuro, on 23 January 2011 - 07:06 AM, said:
Nasihat daripada doktor hiko.
Sekdar tambahan daripada kenyataan doktor hiko, kepada wanita yang berkecimpung di dalam bidang kimia / petrokimia, anda diwajibkan memakai pakaian yang diarahkan mengikut kesesuaian kerja yang dikendalikan.
Selain daripada itu, some of the chemicals can be considered mutagenic and carcinogenic.
Sebahagian syarikat, (biasanya MNC) melarang pekerja yang mengandung membuat kerja-kerja 'teknikal' yang berkaitan kimia bersifat 'hands-on' . Sebaliknya digantikan dgn kerja-kerja yang bersifat 'management' dan 'paperwork' utk mencegah sebarang bahaya terhadap pekerja yang sedang mengandung.
Nasihat aku, utk pekerja wanita (mahupun lelaki), sebelum melakukan kerja-kerja yangterlibat dgn bahan kimia, sila rujuk CSDS sebelum melakukan tugas.

Help















