Komuniti iluvislam.com : Cinta Ini Milikmu.. - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 6 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • Last »
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Cinta Ini Milikmu.. Dialah segalanya..

#1 User is offline   mawarberduri91 

  • Group: Members
  • Posts: 264
  • Joined: 14-November 09
  • Locationcfs iium,pj

Posted 23 October 2010 - 04:59 PM

Kedengaran bunyi deruman motor posmen di halaman rumah Syafiq Aiman.Surat yang ditunggu-tunggukan akhirnya telah sampai.Tekaannya tepat.Ternyata surat itu adalah tawarannya untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang medik,tajaan JPA.

“Alhamdulillah..akhirnya cita-citaku hampir tercapai..”,Syafiq segera sujud tanda syukur.

Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan seseorang kerana ia mendapat kenikmatan atau terbebas dari bencana dan malapetaka. Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi SAW keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Setelah itu,dia memberitahu ibunya yang leka memasak di dapur.

“Ummi,Syafiq berjaya mendapat tawaran ke Mesir..!!”,Syafiq menjerit kegembiraan.

“Alhamdulillah nak..berjaya jugak Syafiq capai impian Syafiq untuk menjadi doktor!..”,Puan Aini mengucap syukur.

“nanti mesti ummi rindu kat anak ummi ni kan??”,Syafiq menyakat ibunya yang sudah mengetahui bahawa dialah satu-satunya anak kepada pasangan Puan Aini dan Encik Sufian.

“Em,ye lah tu..ummi jer yang rindu? Syafiq pun nanti mesti selalu homesick nak balik kan?”,ibunya menyakat kembali anak kesayangannya.

“hehe..mana ade.. ummi ni..”,Syafiq mempertahankan sifat kelelakiannya.

Walaupun dialah satu-satunya anak harapan dalam keluarganya,dia tidak seperti anak tunggal manja yang tidak pernah berenggang dengan keluarga.Dia telah dididik dari kecil supaya berdikari dalam melakukan tugasan.Ibubapanya juga telah menghantarnya ke sekolah berasrama penuh agar dia lebih berdikari dalam kehidupannya.Atas didikan merekalah kini Syafiq Aiman menjadi seorang yang berkaliber dan amat amanah melakukan tugasnya sebagai Ketua Pelajar di sekolahnya.

Langsir diselak sedikit.Kelihatan Encik Sufian muncul.Ketenangan jelas terpancar di wajah Encik Sufian sesudah beliau menunaikan solat sunat dhuha yang menjadi amalan rutinnya setiap pagi.

“Eh,ada apa riuh-riuh ni? Nampak wajah ummi dan Syafiq gembira jer ni..cuba abi teka..em..mungkin Syafiq dah dapat adik baru?..btol tak?..”,Encik Sufian meneka.

“Eh,adik baru??!! Betul ker ummi?..”,Syafiq menjerit keriangan.Seperti tidak percaya apa yang dikatakan ayahnya kerana sudah lama dia menantikan seorang adik.

“abang..! kenapa cakap awal-awal..hajatnya,ummi nak cakap berita gembira ini selepas abang solat sunat tadi..tapi tak pe lah..dah tercakap..”,Puan Aini seakan-akan merajuk.

“Oh..bukan ni ker berita yang menggembirakan tadi?”,Encik Sufian berasa bersalah.

“Tak lah abi..ok,Syafiq umumkan…ehem,ehem..Alhamdulillah abi,Syafiq berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir tajaan JPA..kos medik..Ok..lagi satu berita?”,Syafiq menyoal kembali.

“Em..lagi satu..Syafiq bakal mendapat adik baru! InsyaAllah..”,terang Puan Aini lembut.

“Wah..bes nye! Pompuan ke laki ummi?..”,soal Syafiq.

“eh,eh Syafiq ni..kandungan ummi baru 2 bulan..mana boleh tentukan lagi laki ker pompuan..haha..”,terang Puan Aini seraya tergelak kecil melihatkan kegembiraan yang jelas terpancar di wajah anaknya itu.

“oh..2 bulan dah..? sampai hati ummi dan abi rahsiakan hal ni dari Syafiq yer..”,Syafiq bersikap kebudak-budakan.

“alah..baru surprise kan? Hehe..lagipun Syafiq sibuk sangat..tu yang baru beritahu ni..”,Encik Sufian menambah.

“ok lah..anyway,Syafiq tetap anak hensem ummi dan abi kan?..nanti jangan lupakan Syafiq di Mesir ye!”,Syafiq mengingatkan.

-----------------------------------------------------------------
Syafiq segera masuk ke bilik,dan mula menggapai telefon bimbit model Sony Ericssonnya dan mula menaip satu mesej.

Salam..Husna..ana dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Mesir,kos medik.Hujung bulan ni,ana akan berangkat ke sana.Harap perbezaan jarak antara kita berdua tidak melemahkan hubungan kita berdua.

Syafiq menekan butang Send to..

Husna Sofia..

Husna merupakan gadis pilihan hatinya.Sejak sekolah menengah,dia mula menaruh hati kepadanya.Bahkan Husna juga merupakan pelajar yang paling top dalam semua aspek.Ramai yang terpikat dengan kesopanan dan kebijaksanaannya.Namun,Syafiq Aiman juga yang dipilihnya.

Setelah beberapa minit kemudian,

Tut..tut..tanda mesej baru masuk.Syafiq membuka isi mesej itu.Dari Husna..

Oh..baguslah kalau begitu...Tercapai jugak cita-cita anta untuk pergi ke Mesir..Ana turut gembira.Ana harap anta belajar bersungguh-sungguh di sana..(~_~)


“Aik,macam lain jer nadanya..tak sedih kah dia atas pemergianku? Atau dia dah tak sayangkan aku? Atau dia dah ada yang lain?”,macam-macam persoalan berlegar di kotak fikirannya.

Satu mesej lagi dihantar.

Em..anti tak sedih ker atas pemergian ana? Ana pulak yang sedih nak tinggalkan orang yang ana sayang.

Dia sekali lagi menekan butang send.

Tok..tok..
Kedengaran bunyi ketukan pintu dari dalam.

“Masuklah..pintu tak kunci!”,sahut Syafiq.

Kelihatan umminya menjengah masuk.

“boleh ummi masuk?”,Puan Aini meminta izin.

“Em,ummi dah masuk dah pon..hehe..duduk lah..ada ape ummi?..”,Syafiq mempelawa ibunya duduk disampingnya.

Belum sempat ummi bercakap,kedengaran lagi bunyi dari handsetnya menandakan satu lagi mesej masuk.

“haih..anak ummi ni..mesej ngan sape tu ha..?”,Puan Aini mengusik.

“ngan kawan ja ummi..”,Syafiq menyembunyikan hal yang sebenar.

“betol ker ni? Lau ummi tahu anak ummi couple,siap ummi kerjakan…hehe..”,ibunya pura-pura marah.

Ibunya menasihati..

“Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman.Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.".

Ibunya menambah lagi,

“Dan dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

Untuk lebih faham lagi konsep 'menghampiri' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Shafiq ingin ke kedai makan yang jaraknya, let say 200 langkah. Apabila Shafiq melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina…pahamkan maksud ummi?”, ibunya menyoal untuk kepastian.

Panjang ibunya bercerita.Syafiq hanya mengangguk perlahan tanda faham.Di hatinya yang paling dalam,dia amat terkesan dengan nasihat ibunya.Syafiq mula menukar topik perbualan agar dia dapat menyembunyikan hal yang sebenarnya.Segala rahsianya berada dalam handsetnya.Dia takut kalau-kalau ibunya memeriksa handsetnya pada waktu itu.

“Ok..Syafiq tahu..em..apa yang ummi nak cakap sebenarnya sehingga ummi jumpa Syafiq kat bilik Syafiq ni? Macam ada yang penting jer..”,tanya Syafiq lembut.

“em,tak de lah yang penting sangat..saja nak cakap..Khamis ni,kita akan adakan solat hajat dan kenduri kesyukuran..jadi Syafiq kena lah ajak kawan-kawan sekali yer..”,ibunya menerangkan tujuan sebenar.

“oh..khamis ni eh? Ok,ok..tiada masalah..Syafiq akan jemput kawan-kawan..”,Syafiq membalas.

“Em,boleh ummi tengok handphone Syafiq jap?..saja nak tengok-tengok..”,ibunya meminta agar dia dapat mengetahui dengan siapakah anaknya berkawan.

“Err…”,Syafiq kelu tanpa kata.

bersambung..apakah tindakan Syafiq selepas itu? ikuti kisah selanjutnya.

This post has been edited by mawarberduri91: 24 October 2010 - 08:32 AM

0

#2 User is offline   muslimah islamiyah 

  • Group: Members
  • Posts: 161
  • Joined: 20-April 10

Posted 23 October 2010 - 06:03 PM

eeeee bestnye...x sabar nk tnggu sambungannya..akak mawar berduri mmg berbakat dlm penulisan..hehe..byk jgak kes yg berlaku mcm syafiq nie..takut sgt bile parents cek hp..ada RAHSIA kononnya :blink: .. sambung la cepat :D
0

#3 User is offline   Nur_Ilahi97 

  • Group: Members
  • Posts: 14
  • Joined: 06-June 10

Posted 23 October 2010 - 08:02 PM

haha...
jgelah syafiq aiman...
pe la die wat pstu ye agaknya?

sy mnanti...~
smga ukhti dpt ilham yg t'baek pnye!
ehe=)
0

#4 User is offline   pelajar 

  • Group: Members
  • Posts: 511
  • Joined: 01-April 10
  • LocationDarul Naim

Posted 23 October 2010 - 08:34 PM

mak Syafiq memang bagus,prihatin :)
0

#5 User is offline   mawarberduri91 

  • Group: Members
  • Posts: 264
  • Joined: 14-November 09
  • Locationcfs iium,pj

Posted 23 October 2010 - 09:07 PM

maaf..baru perasan tajuk ni tersalah..
sepatutnya..Cinta ini milikMu..
tatau nak edit balik.. :)
0

#6 User is offline   pelajar 

  • Group: Members
  • Posts: 511
  • Joined: 01-April 10
  • LocationDarul Naim

Posted 23 October 2010 - 09:34 PM

View Postmawarberduri91, on 23 October 2010 - 09:07 PM, said:

maaf..baru perasan tajuk ni tersalah..
sepatutnya..Cinta ini milikMu..
tatau nak edit balik.. :)


cuba akak tekan edit dekat post pertama tu,lepas
tu ambil use full editor dekat bahagian
bahawa tepi save changes,insya-Allah dia keluar
sekali untuk edit title :)

This post has been edited by pelajar: 23 October 2010 - 09:36 PM

0

#7 User is offline   lovely apple 

  • Group: Members
  • Posts: 44
  • Joined: 05-September 09

Posted 23 October 2010 - 09:41 PM

cepat la smbg..=)
xsabar nie..hehe~
0

#8 User is offline   mawarberduri91 

  • Group: Members
  • Posts: 264
  • Joined: 14-November 09
  • Locationcfs iium,pj

Posted 23 October 2010 - 09:52 PM

View Postpelajar, on 23 October 2010 - 09:34 PM, said:

cuba akak tekan edit dekat post pertama tu,lepas
tu ambil use full editor dekat bahagian
bahawa tepi save changes,insya-Allah dia keluar
sekali untuk edit title :)


Em,tak dapat la.. :(
0

#9 User is offline   ezzah 

  • Group: Members
  • Posts: 4
  • Joined: 28-March 08

Posted 24 October 2010 - 02:01 PM

View PostNur_Ilahi97, on 23 October 2010 - 08:02 PM, said:

haha...
jgelah syafiq aiman...
pe la die wat pstu ye agaknya?

sy mnanti...~
smga ukhti dpt ilham yg t'baek pnye!
ehe=)

0

#10 User is offline   kuek 

  • Group: Members
  • Posts: 364
  • Joined: 30-August 09

Posted 24 October 2010 - 03:09 PM

kuang2 n_n apa yg akan jadi...bila nak sambung nih
0

#11 User is offline   bluE_bErrY 

  • Group: Members
  • Posts: 109
  • Joined: 29-October 09
  • Locationpeyrak

Posted 24 October 2010 - 03:53 PM

nice story...
smbungla lagi..:)
0

#12 User is offline   farahani93 

  • Group: Validating
  • Posts: 32
  • Joined: 09-April 10
  • Locationsabah,malaysia

Posted 24 October 2010 - 04:38 PM

ya...bila nak sambung nie.
0

#13 User is offline   mawarberduri91 

  • Group: Members
  • Posts: 264
  • Joined: 14-November 09
  • Locationcfs iium,pj

Posted 25 October 2010 - 01:51 PM

sambungannya..

“Err…”,Syafiq kelu tanpa kata.

Tiba-tiba Encik Sufian muncul di depan muka pintu bilik Syafiq.

“haa..semua ni buat apa kat sini? Sunyi abi duk sorang-sorang..selalu jer tinggal abi..”,Encik Sufian masuk dan menarik kerusi study untuk duduk.

Syafiq menarik nafas lega apabila ayahnya menyelamatkan situasi genting itu.

“oh..tak de lah..saja nak lepas rindu kat anak kita sorang ni..nanti nak terbang jauh plak..”,Puan Aini melepaskan rindu.

“em,ingat ummi jer yang rindu?..abi pon bakal merindui Syafiq jugak..”,Encik Sufian tidak mahu kalah.

“dah la ummi,abi..beginilah...ehem,ehem..cara yang terbaik tuk lepaskan rindu pada anak tunggal sorang ni ialah dengan membawa Syafiq gi melancong,boleh?..”,gurau Syafiq dengan nada yang cukup serius.

“Ehem,ehem..anak tunggal? Pembetulan yer..adik dalam perut ni bakal menemani Syafiq nanti..hehe..jangan lupa yer..”,ibunya mengingatkan.Syafiq hanya tersenyum dan menepuk dahinya perlahan tanda lupa.

“Em,cadangan yang agak bernas tu..boleh jer..demi anak abi tersayang,abi sanggup ambik cuti..terpaksalah kita tutup klinik gigi kita untuk seminggu..”,Encik Sufian menyetujui cadangan Syafiq yang seakan-akan gurauan.

“Eh,abi..betul ker? Syafiq hanya bergurau laa...”,Syafiq kelihatannya gembira.

“ye..betul lah..kami baru jer nak ajak Syafiq gi melancong..tapi Syafiq usulkan dulu cadangan tu..”,Puan Aini menambah.

Setelah berbual-bual,ibubapanya keluar dengan keputusan untuk pergi melancong ke Cameron Highlands selama 3 hari.

“Fuh,nasib baik ummi tak jadi tengok handset aku..lau tak,memang nahas lah..”,Syafiq bermonolog sendirian.

Dibukanya mesej yang telah lama dihantar kepadanya.Kiriman Husna.

Walaupun ana sedih,ana tak berhak halang cita-cita anta.Tak per,anta jangan bimbang..ana baik-baik saja..Ana akan sentiasa doakan kejayaan anta di sana.Walau jauh jarak antara kita,ana akan tetap berada disamping anta..anta jangan bimbang..
--------------------------------------------------------------------------

Di hari kenduri kesyukuran dan solat hajat..

Hampir semua sahabat-sahabat sekelas Syafiq datang untuk mengucapkan tahniah atas tawaran ke Mesir.Yang lelaki mahupun yang perempuan.Husna Sofia turut hadir memandangkan kemasukan ke matrikulasi hanya tinggal 2 hari sahaja lagi.

Walaupun,Syafiq dan Husna menjalinkan hubungan,namun sahabat-sahabat sekelas mereka tidak mengetahui akan hal itu kerana mereka berdua tidak pernah menghebahkannya seperti pasangan kekasih yang lain.Mereka berdua juga tidak pernah berjumpa berdua-duaan di luar mahupun berpegangan tangan.Mereka akan selalu mengingati bahawa..

Rasulullah SAW pernah berkata bahawa memeluk babi yang penuh dengan lumpur adalah lebih baik dari menyentuh seorang wanita ajnabi(asing).
-Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


Menariknya, cinta yang mereka alami ini telah di"Islamik"kan .Cinta mereka tidak seperti pasangan kekasih yang lain.Mereka selalu nasihat menasihati dan menegur antara satu sama lain ke arah kebaikan.Jika ingin bertahajud,mereka akan membangunkan di antara satu sama lain..Mereka juga sering menghantar mesej kata-kata dan nasihat agar selalu mengingati Allah dalam perhubungan ‘suci’ mereka.

“Em,tahniah Syafiq kerana dapat medic di Mesir.Ni sedikit hadiah yang tidak seberapa dari ana...”,Husna menghulurkan sebuah kotak kecil berbalutkan kertas hadiah.Bagi Syafiq,ia bukanlah ‘hadiah yang yang tidak seberapa’,tetapi ia merupakan hadiah yang paling bermakna dalam hidupnya.Baru pertama kali Husna memberikan hadiah kepadanya kerana sebelum ini,Syafiqlah yang sering memberikannya hadiah.

“Err..syukran..”,Syafiq mengambil hadiah itu sambil matanya melirik ke arah Husna.

“Astaghfirullah..”,desus hatinya apabila dia teringat pesanan ibunya tempoh hari.Masih terngiang-ngiang pesanan ibu di fikirannya.

Husna berlalu meninggalkan Syafiq.Syafiq melihat Husna dengan perasaan sayu,seakan-akan untuk kesekian kalinya.Banyak hadiah yang dia perolehi dari sahabat-sahabatnya,tapi baginya hadiah Husna lah yang paling bererti.

bersambung...

This post has been edited by mawarberduri91: 25 October 2010 - 01:53 PM

0

#14 User is offline   mawarberduri91 

  • Group: Members
  • Posts: 264
  • Joined: 14-November 09
  • Locationcfs iium,pj

Posted 26 October 2010 - 12:36 AM

sambungannya..

“assalamualaikum..Husna..buat ape tu?”,Hanis Humaira menegurnya sesudah balik dari kuliah.

Humaira merupakan roommate Husna di tempatnya belajar.Walaupun umur mereka sebaya,tapi pemikiran Humaira cukup matang dalam membuat sesuatu perkara.Dan dia juga merupakan pelajar contoh di sekolah agama yang terkenal di negeri Che Siti Wan Kembang,iaitu, Maahad Muhammadi Perempuan.

“Tengah berenang ..hehe..eh,eh..gurau jer..Husna tengah study math..nanti pukul 2 ada kuiz..”,gurau Husna selamba.

“apalah Husna ni..ok lah..Umai tak nak ganggu,nak qailullah jap..nanti pukul 2,Umai ada kelas..”,Humaira merebahkan badannya di atas katilnya yang empuk dan terlena beberapa minit kemudian.

Husna masih lagi setia di meja belajarnya.Setelah azan zohor,dia membangunkan Humaira dari tidur untuk solat berjemaah bersama-sama.Setelah itu,mereka ke kelas masing-masing.

Sudah 2 bulan Husna di matrik.Dia terlalu sibuk dengan urusan pelajarannya sehinggakan sudah lupa ada yang merindui di bumi anbiya’ sana.

“Ish,da dekat 2 bulan ni..Husna tak bagi khabar langsung.Mesej tak dibalas,Email tak direply...Online pun tidak sama sekali...kenapa ni Husna??”,getus hati Syafiq merindui buah hatinya di tanah air.

“Baik aku mesej sekali lagi,mana tau kali ni dia balas..”,Syafiq bermonolog sendirian.

Salam orang yang dirindui..sudah lama anti tak bagi khabar anti..entah sihat atau tidak ni..ker terlalu busy study??sampai tak ingatkan orang di sini..

Ditekannya punat Send to Husna Sofia.

Di dalam kelas,Husna merasakan ada kesan vibrate dari dalam begnya.Sengaja handphonenya di tukar kepada mode vibration apabila pelajaran dimulai agar pelajaran mereka tidak terganggu.Husna mengabaikan supaya dia dapat fokus seratus peratus di dalam kelas.

Setelah tamat pelajarannya pada hari itu,dia meneliti satu per satu mesej yang masuk.Bulat matanya apabila mesej yang diterimanya adalah daripada Syafiq.

“Syafiq lagi..rindu sangatkah dia kepadaku? Kalau tak dibalas,kesian pulak.. ”,getus Husna sendirian.

Ditekannya butang reply..

Wslm Syafiq..maaf.Ana sentiasa sibuk dengan pelajaran..lagipun,anta pun mesti lagi sibukkan? Medik bukan course yang mudah..bukan? Ana di sini baik-baik saja..take care!

Dan butang send ditekan.Husna mengeluh sendirian.

-----------------------------------------------------------------------------------
Seperti biasa,Husna dan Humaira akan menghadiri usrah mereka setiap hujung minggu..

Dalam Al-Quran ada menyebut:
"Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)


"Baiklah,ade sesape mahu bagi pandangan,apa yang dia faham dari ayat ini?",Kak Zulaikha cuba menimbulkan persoalan.Ringkas soalannya.Tetapi,seperti biasa,keadaan sepi seketika. Mungkin kelu.Mungkin juga cuba berfikir dan mentadabbur kalam suci itu . Tidak kurang juga,pasti ada yang sedang menyusun bait kata,untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan.

Husna juga turut diam memikirkan apa yang tersirat dalam kalam suci.Buntu.Cuba berfikir.Seketika kemudian,handphonenya vibrate panjang.Husna melihat seketika.

Syafiq is calling terpapar di skrin telefonnya.Fikirannya bercampur baur.Antara jawab atau tidak.Dia mengetahui bahawa dia kini berada dalam sebuah majlis ilmu,juga majlis zikir.Dipenuhi keberkatan. Dipayungi sayap-sayap para malaikat.Didoakan untuk diampunkan dosa oleh para malaikat.Tidak sepatutnya,dia lagho. Husna cepat-cepat beristighfar.

Husna teringat sepotong hadis yang dibacakan oleh Ustaz Ridhwan baru-baru ini.

"Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda : "Sungguh, Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir,maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia."

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah S.A.W bersabda : "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka,rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)."
(HR. Muslim)

Sesekali Humaira menjeling Husna yang merenung sayu handphonenya.Kelihatan air mukanya berubah serta merta.Demi melindungi sahabatnya,dia mula bersuara tentang pedapatnya tentang ayat suci yang disoal Kak Zulaikha sebentar tadi.

“Apa yang Umai paham adalah syariat Islam menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa).",Humaira menjawab dengan penuh keyakinan.

“ok..tepat sekali Umai.. Ada sape-sape lagi nak bagi pandangannya?",suara Kak Zulaikha yang lemah lembut itu mendamaikan jiwa Husna yang sedang berserabut.
“Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga.",Farah turut menyatakan pendapatnya.

“alhamdulillah..mantap sekali adik-adik akak semua..sekarang,siapa tahu maksud ikhtilat? Cuba adik-adik terangkan bagaimana ikhtilat tu boleh berlaku..? akak nak Husna bagi pendapat..”,pinta Kak Zulaikha.

Soalan Kak Zulaikha,gadis berkaca mata di hadapan mereka,mematikan lamunan Husna. Dia terkejut. Tidak disangka,dalam ramai-ramai sahabatnya,dia juga yang ditanya.

"Aduh,Matilah aku.Apa aku nak jawab ni?",Husna bermonolog sendiri.

"Err..saya mintak maaf,Kak Zulaikha.Saya..",Husna tertunduk.Kesal dengan kecuaiannya.Dia tahu,ilmunya yang secalit cuma tidak mampu menandingi mereka semua.

Lantas Humaira memintas supaya dapat melindungi Husna untuk kali kedua.

“Erm,akak..biar Umai yang jawab..Ikhtilat ni merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia juga merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat ni boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari...”,terang Humaira panjang lebar.

“bagaimana pula ikhtilat boleh berlaku? Cuba bagi sedikit contoh..”,Kak Zulaikha menimbulkan persoalan demi persoalan agar adik-adik usrahnya benar-benar memahami tentang isu yang ditanya.

“dengan kemajuan era teknologi sekarang....ikhtilat ni sebenarnya bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Facebook... Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja..”,terang Amani,sahabat seusrah mereka.

Zupp...

Hati Husna bagaikan direnjat elektrik apabila mendengar penjelasan 2 orang sahabatnya.Dia baru menyedari bahawa dia juga sedang mengalami ikhtilat yang jelas haramnya di sisi Islam.Hubungannya dengan Syafiq dirasakan perlu diputuskan serta merta.Wajahnya berubah.Dia mula sedar yang perbuatannya telah mengundang dosa tanpa dia sedari.

“aku harus mengambil tindakan..”,desus hatinya.

Kak Zulaikha menjelaskan lagi bagaimana tips-tips berurusan dengan lelaki bukan muhrim.Satu per satu dibentangkan dan mereka semua khusyuk mendengar dan kekadang menulis isi penting di buku nota masing-masing.

1.Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Husna meneliti satu per satu isi notanya.Amat bermanfaat bagi dirinya.

“InsyaAllah,akan aku manfaatkan nota ini dengan sebaiknya...dia teringat akan pesan ustazah arabnya sewaktu di bangku sekolah..

‘ilmu tanpa amal,ibarat pohon yang tidak berbuah’..”,hatinya berkata-kata.

Husna tersenyum sendirian.Humaira disampingnya hairan dengan tingkah lakunya.Mungkin inilah dinamakan hidayah.Dia berasa tenang setelah pulang dari program usrah pada hari itu.Intinya berjaya merubah seseorang yang bernama Husna Sofia bt Faris.Bukan untuk sementara,tetapi untuk selamanya.Pegangan hidupnya juga berubah.

Renungi firman Allah swt dalam Sura Ar Ra’d : 27-28;
“Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya, iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang.”

bersambung..adakah Husna sudah mula berubah??ikuti kisah selanjutnya..

This post has been edited by mawarberduri91: 26 October 2010 - 12:42 AM

0

#15 User is offline   wassini_peace89 

  • Group: Members
  • Posts: 5
  • Joined: 03-April 08

Posted 26 October 2010 - 01:41 PM

eh-eh..macam pernah bace je...
1

Share this topic:


  • 6 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • Last »
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic