Komuniti iluvislam.com : Bolehkah Talkin, Siram Air Dan Tabur Bunga Di Kubur? - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Bolehkah Talkin, Siram Air Dan Tabur Bunga Di Kubur?

#1 User is offline   nk_nangis 

  • Group: Members
  • Posts: 1,167
  • Joined: 09-May 09

Posted 08 November 2010 - 12:18 PM

sudah menjadi kebiasaan bg org2 melayu, menyiramkan air ke atas kubur selepas bacaan talkin @ ketika menziarahi kubur. Juga Bacaan talkin mengapa perlu dibaca,walhal orangnya telah mati.Juga menabur bunga dan meletak payung atau tumbuhan diatas pusara.

apakah kebaikannya berbuat demikian?

adakah ia dibenarkan dan kenapa mereka berbuat sedemikian?

Quote

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA),wahai (ANDA) Bin(IBU ANDA), hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.
kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
> Siapakah Tuhan kamu?
> Siapakah Nabi kamu?
> Apakah agama kamu?
> Apakah kiblat kamu?
> Siapakah saudara kamu?
> Apakah pegangan iktikad kamu?
> Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.
Hendaklah kamu jawab begini:

> Allah Taala Tuhanku,
> Muhammad nabiku,
> Islam agamaku,
> kitab suci Al-Quran ikutanku,
> Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
> Ramadhan,mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA)tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai (ANDA) Bin (IBU ANDA), bahawasanya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar. Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.


--maaf tersalah ejaan pada tajuknya :)

This post has been edited by nk_nangis: 12 November 2010 - 04:46 PM

0

#2 User is offline   Sora 

  • Group: Members
  • Posts: 38
  • Joined: 14-July 09

Posted 12 November 2010 - 03:45 PM

Dengan nama Allah yang Maha Pembazir dan Maha Pemboros, ya'ni, bazir dengan sifat pemurahNya dan boros dengan sifat penyayangNya.

Innal Allah ha hua waliul 'alamin.

Ana pernah dengar juga modal macam nie...
"Juga Bacaan talkin mengapa perlu dibaca,walhal orangnya telah mati".

Kisahnya berlaku dalam 20-30 tahun lampau apabila datang kepada Tuan Guru Haji Ahmad Padang Siam, seorang lagi (ulama') yang lain berkata kepadanya,
"orang dah mati, mengapa kita perlu pesan lagi kepada dia(si mati). Tidakkah itu adalah kijaan(pekerjaan dlm bhs kelantan) sia-sia ? Beliau lagi menyambung dengan kiasan " kalau pokok mati doh(dah) bakpo(kenapa) kita nk siram air lg atas pokok tu? "

Ini adalah jawapan drpd Allayarham Tuan Guru Haji Ahmad Padang Siam setelah beliau ditanya oleh rakannya yang juga seorang ulama' namun berbeza ikhtilaf.

"Oh? kijaan sia-sia? ohh... ore(orang) mati tokleh baca(dibaca) talkin ? Pahtu(selepas itu) bakpo 2 orang malaikat gi(pergi) kepada orang mati untuk menanyo(menyoal) soale(soalan) nyo ? tidak dia mati doh(dah) eh? Pahtu malaikat tu(munkar nakir) buat kijaan(pekerjaan) sia-sia lah ? Pahtu sapo(siapa) yang suruh malaikat tu gi(pergi) situ? Tidokke(tidakkah) Allah ? Pahtu Allah buat kijaan sia-sia lah ?"

Beliau(Tuan Guru Haji Ahmad) berhenti dekat situ je ulasan beliau, maka kawannya pun senyum kepadanya dan beredar dari situ.
0

#3 User is offline   nk_nangis 

  • Group: Members
  • Posts: 1,167
  • Joined: 09-May 09

Posted 12 November 2010 - 04:03 PM

ku kirakan satu pembaziran menabur bunga di atas pusara..
apakah pengaruh hindu masih menyelubungi orang kita(islam)

dan juga kepentingan menyiram air..apakah kelebehannya?
adakah boleh membawa manfaat pada si mayat.

ku kirakan juga menanam pokok diatas kuburan..telah diulas oleh banyak ulamak.
sebilangannya menyatakan boleh dan sebahagianya menyatakan tidak memberi manfaat.
sedang hadis nabi ada menyebut mengenai pelepah tamar.

apa yg saya ingin tekan kan diatas ialah kehausan manusia untuk memfitnah.
sedang saya peratikan banyak kisah di kuburan yg memfitnah pada si mati.
kononnya pokok yg hidup segar bugar diatas kubur itu orangnya baik dan terlepas seksa.
sedang dikuburan yang pohonya mati difitnah pula orangnya pasti menerima azab.
apakah yang saudara2 lihat di sini?
0

#4 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 12 November 2010 - 04:24 PM

salam...

bro nangis yang dihormati..

sekadar inginkan kepastian, tajuk anda dan pertanyaan kelihatan bercanggah..

Tajuk anda bermaksud

Quote

Bolehkah Talkin, Siram Air Dan Tabur Bunga Di Kubur?


manakala post pertama anda berbunyi

Quote

apakah hukumnya berbuat demikian?




sekiranya bro bertanyakan boleh atau tidak, maka topik ini akan dikekalkan di dalam kategori ini.

Namun sekiranya bro bertanyakan hukum, maka topik ini akan dipindahkan ke ruangan Tanya Ustaz.
0

#5 User is offline   nk_nangis 

  • Group: Members
  • Posts: 1,167
  • Joined: 09-May 09

Posted 12 November 2010 - 04:30 PM

View Postthekatyusha, on 12 November 2010 - 04:24 PM, said:

salam...

bro nangis yang dihormati..

sekadar inginkan kepastian, tajuk anda dan pertanyaan kelihatan bercanggah..

Tajuk anda bermaksud



manakala post pertama anda berbunyi





sekiranya bro bertanyakan boleh atau tidak, maka topik ini akan dikekalkan di dalam kategori ini.

Namun sekiranya bro bertanyakan hukum, maka topik ini akan dipindahkan ke ruangan Tanya Ustaz.

sori bro...kira hukum tuh kita ganti dengan ayat yg lebih sesuai?
gimana bro? :D

kita ganti dengan "kebaikannya"

This post has been edited by nk_nangis: 12 November 2010 - 04:31 PM

0

#6 User is offline   thekatyusha 

  • Group: Members
  • Posts: 10,061
  • Joined: 15-October 08

Posted 12 November 2010 - 04:44 PM

Quote

sori bro...kira hukum tuh kita ganti dengan ayat yg lebih sesuai?
gimana bro?

kita ganti dengan "kebaikannya"


terserah kepada ko bro..
We're here just to observe the technicalities of the forum based on the statement, para mod hanya menyelaraskan apa yang patut..

Namun, sebagai pembuka topik, ko jugak bertindak sebagai perantara (salah satu soft-function di ILuvIslam yang baru) sekiranya terdapat 'perbincangan keras tahap langit' memandangkan ia berkaitan dgn isu agama.

So, it's up to U..

This post has been edited by thekatyusha: 12 November 2010 - 05:18 PM

0

#7 User is offline   pendakyahraya 

  • Devil's Advocate
  • Group: Members
  • Posts: 999
  • Joined: 05-January 10

Posted 12 November 2010 - 05:15 PM

Perihal talkin, menyiram air dan juga menabur bunga, ini ada berkait dengan hukum. Dan ada beberapa pendapat disana. Aku tak berani nak masuk campur kerana soal hukum bukan wilayah aku.

Adapun dengan itu, aku melihat wujudnya elemen melampau-lampau dalam masyarakat kita. Nabi hanya meletakkan pelepah tamar, namun ada segelintir kita (kisah benar berlaku depan mataku) yang melampau-lampau hingga meletakkan berbagai jenis bunga (dalam pasu) di atas kuburan. Warna kuning, warna merah, warna-warni. Macam-macam jenis bunga diletakkannya. Perkuburan itu tempat tanam mayat, bukan nursery tempat tanam bunga.

Begitu juga, jika dahulu bunga dalam air yang disiram itu adalah bunga-bunga yang dipetik dihalaman rumah, atau ditepi-tepi jalan (maknanya ia percuma), namun ada segelintir kita yang melampau-lampau hingga 'membazir' dengan membeli bunga-bungaan, termasuklah yang mahal harganya (seperti bunga mawar dan bunga mahal yang lain).

Begitu juga dengan kenduri arwah. Mengadakan kenduri arwah itu sendiri ada khilaf, tetapi ada segelintir daripada kita yang melampau-lampau dalam perkara ini. Dibuatnya 40 hari, atau 70 hari, atau 100 hari.

Sikap melampau-lampau inilah yang mendatangkan banyak masalah dalam kita mengamalkan Islam. Yang mudah disusahkan, yang senang dirumitkan, yang tiada diada-adakan, yang ada diberat-beratkan.
0

#8 User is offline   nk_nangis 

  • Group: Members
  • Posts: 1,167
  • Joined: 09-May 09

Posted 12 November 2010 - 05:18 PM

View Postpendakyahraya, on 12 November 2010 - 05:15 PM, said:

Perihal talkin, menyiram air dan juga menabur bunga, ini ada berkait dengan hukum. Dan ada beberapa pendapat disana. Aku tak berani nak masuk campur kerana soal hukum bukan wilayah aku.

Adapun dengan itu, aku melihat wujudnya elemen melampau-lampau dalam masyarakat kita. Nabi hanya meletakkan pelepah tamar, namun ada segelintir kita (kisah benar berlaku depan mataku) yang melampau-lampau hingga meletakkan berbagai jenis bunga (dalam pasu) di atas kuburan. Warna kuning, warna merah, warna-warni. Macam-macam jenis bunga diletakkannya. Perkuburan itu tempat tanam mayat, bukan nursery tempat tanam bunga.

Begitu juga, jika dahulu bunga dalam air yang disiram itu adalah bunga-bunga yang dipetik dihalaman rumah, atau ditepi-tepi jalan (maknanya ia percuma), namun ada segelintir kita yang melampau-lampau hingga 'membazir' dengan membeli bunga-bungaan, termasuklah yang mahal harganya (seperti bunga mawar dan bunga mahal yang lain).

Begitu juga dengan kenduri arwah. Mengadakan kenduri arwah itu sendiri ada khilaf, tetapi ada segelintir daripada kita yang melampau-lampau dalam perkara ini. Dibuatnya 40 hari, atau 70 hari, atau 100 hari.

Sikap melampau-lampau inilah yang mendatangkan banyak masalah dalam kita mengamalkan Islam. Yang mudah disusahkan, yang senang dirumitkan, yang tiada diada-adakan, yang ada diberat-beratkan.

bro yg lilit kain putih atau kuning d nesan tuh bgaimana?
0

#9 User is offline   pendakyahraya 

  • Devil's Advocate
  • Group: Members
  • Posts: 999
  • Joined: 05-January 10

Posted 12 November 2010 - 05:28 PM

Quote

bro yg lilit kain putih atau kuning d nesan tuh bgaimana?

Aku tak pasti tempat lain, tapi Kerajaan johor dah keluar fatwa mengharamkan amalan tersebut. Dah lama jugak la keluar. Bertahun juga.
0

#10 User is offline   Jabariyah 

  • Group: Members
  • Posts: 134
  • Joined: 15-September 10

Posted 18 November 2010 - 09:49 PM

mengikut apa yang aku ingat lah:

tamar yg ditanam itu beserta doa yang baik-baik untuk si mati.
pokok dan batu-batu sungai(yang hidup dan membesar) boleh diletakkan/ditanam kerana mereka berzikir dan meredupkan tanah si mati.
-firman-firman tuhan(ayat Al-Quran) pula makruh dibaca di tempat-tempat kubur kerana ia menjadikannya masjid dan ada terdapat hadis melarang menjadikan kubur itu umpama masjid/rumah.
-yang lebih sesuai adalah penghayatan pada si mati dan doa kepada tuhan untuk mereka.

Apa-apa firman tuhan, sampai sekarang saya tak baca lagi di kubur dan kalau ada pun ianya dikaitkan doa tanda berbicara kepada Allah akan apa yg pernah diberitakan-Nya dalam buku yang Maha Pemurah.Hidup dan agama itu subjektif dan jika ada yang mengambil pendirian di atas satu sahaja, maka janganlah berlebih-lebihan.

Itu hati lah. tak tahu orang lain.

Allah lebih pengetahuan-Nya.
0

#11 User is offline   Ad-Dean 

  • Group: Members
  • Posts: 189
  • Joined: 23-January 10
  • LocationJohor, Malaysia.

Posted 18 November 2010 - 09:59 PM

talkin itu ada khilaf sesetengah salafussoleh mengamalkannya..

sedangkan menyiram air dan tabur bunga itu hanyalah sekadar adat yang tiada asasnya sama sekali..nabi hanya meletakkan pelepah bukan siram air dan bunga...
0

#12 User is offline   iqbal86 

  • Group: Members
  • Posts: 2,904
  • Joined: 03-May 08

Posted 21 November 2010 - 04:30 PM

jadi kita letak pelepah sawit gantikan pelepah kurma. baru ada asasnya. ye tak ? heh.
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic