Assalamu'alaikum..Bagaimana caranya untuk membayar fidyah untuk si mati jika kita tidak tahu berapa jumlah puasa wajib yang ditinggalkannya?Bagaimana pula dengan solat?Perlu ka untuk membayar fidyah untuk si mati jika si mati tidak solat?

Page 1 of 1
Fidyah Dan Ganti Solat Untuk Si Mati
#2
Posted 24 November 2010 - 04:41 PM
Assalamualaikum Warahmatullah.
Saya kira persoalan ini berkaitan dengan ibubapa yang telah meninggal dunia akan tetapi tidak sempat menggantikan puasa mereka. Jadi bolehkan anak atau orang lain mengqadhakan puasa bagi pihak si mati berkenaan?
Harus bagi anak atau saudara si mati untuk mengqadhakan puasa si mati berkenaan. Bahkan Imam Nawawi di dalam kitabnya al-Majmuk Syarah al-Muhazzab menyatakan harus juga bagi orang lain (yang bukan ahli keluarganya) seperti kawannya untuk berpuasa bagi pihak si mati dengan syarat mendapat keizinan dari ahli keluarga si mati.
Jika tiada sesiapa pun yang berpuasa bagi pihak si mati berkenaan, hendaklah dikeluarkan fidyah bagi setiap hari yang ditinggalkan si mati itu. Fidyah ini wajib dikeluarkan dari harta peninggalan si mati. Jika si mati tidak meninggalkan harta maka harus dikeluarkan oleh orang lain yang bersimpati dengannya.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sesiapa yang mati dan tertanggung atas dirinya qadha puasa bulan Ramadhan maka hendaklah diberikan makanan bagi pihaknya seorang miskin bagi setiap hari (yang ditinggalkan si mati).
(Riwayat al-Tirmizi).
Manakala solat yang ditinggalkan dengan sengaja oleh si mati, kebanyakkan ulama mazhab Shafie berpendapat solat yang ditinggalkan dengan sengaja oleh si mati tidak boleh diganti atau dibayar fidyah baginya (sila rujuk Ianah al-Tolibin). Namun sebahagian ulama yang lain pula berpendapat sebaliknya.
Wallahualam.

Share this topic:
Page 1 of 1

Help