sekali lagi ana membuat cerpen..harap antum antunna memberi komen yang sewajarnya agar penulisan yang seterusnya dapat dibaiki lagi..
insyaAllah..
3 Oktober 2010
Dear diary,
Ya Allah…dengarkan rintihan hambaMu ini Ya Allah..
Ya Tuhan ujianmu singgah lagi..menguji tabahnya sekeping hati milik insan yang kurangnya serba serbi..namun datangnya kali ini benar-benar menyentak sanubariku…
tidak pernah kurasakan seberat ini..
Ya Tuhan, dugaan apakah ini?
Ya Tuhan..Kau maha mendengar setiap bait doaku kepadaMu…
tidakku nafikan apa yang Dia mahu…tidakku berpaling dariMu tatkala musibah ini menimpa diriku..
Aku akan tetap berjuang..berjuang mengembalikan keadaan kepada sedia kala..tapi..adakah aku mampu Ya Allah? Kerna aku hanyalah insan lemah yang sentiasa mengharapkan pertolonganMu..
namun datangnya ujian jauh dari jangkaan..
hadirnya menggugat ketenanganku..menyentap perasaanku..
hingga lidah terkelu tidak berlisan..membuatku buntu fikiran..
tak tersangka ini dugaannya Tuhan..
tetapi siapalah aku untuk menghalang ujian untuk bertandang dalam hidupku..bahkan Rasulullah kekasih Allah pun diberikan mehnah dan ujian..inikan pula aku yang penuh dosa noda..
Ya Allah…kuyakin sepenuhnya pasti ada hikmahMu..pasti ada..
sedikitpun tidak pernah kuragu..sekelumit sangsi tidak bertapak di hati ini..
aku terimanya dengan qada’ dan qadar..
mampukah aku untuk terus gagah menyusuri jalan ini..?
Apakah jalan yang terbaik buatku?
Apakah jalan terbaik untuk hubungan yang kian retak ini?
Semuanya hanya kerana ukhwah ini..
Tiada yang lain melainkan untuk ukhwah kerana Allah..
dan aku harus redha dengan apa yang menanti..jalan di hadapannya pasti sukar..
Untuk diriku yang lemah..
yakinlah Allah sedang menguji hambaNya..
apakah benar mereka redha dengan ketetapanNya..
apakah benar mereka ikhlas berada di jalanNya..
apakah benar mereka yakin dengan janjiNya..
walau apapun jawapannya nanti dari sang Pencipta,doaku, janganlah ada hati lain yang terluka..
takkanku izinkan dia kecewa berselimut duka..kerana kuyakin dengan seikhlas hati bahawa menyakiti itu lebih menyakitkan dari disakiti..dan melukai itu lebih melukakan dari dilukai..
Bersyukurlah atas apa yang pernah berlaku dalam hidupmu,Alya..
kerana Allah yang maha mengetahui setiap sesuatu..
Diarinya ditutup perlahan.Air matanya masih lagi bercucuran mengalir laju dari lopak matanya yang kian gersang dengan air mata.Diputusnya untuk menghadap Allah dalam solat dhuha agar hatinya tenang.Usai solat,ditatapnya kitab Allah di sisi katilnya,lalu mentadabbur satu ayat.
“Hai orang-orang yang beriman,jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu,sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah,2:153)
Hatinya yang berkecamuk kembali tenang.Terlelap seketika dengan linangan air matanya yang kian mengering disapu angin kipas yang sepoi-sepoi bahasa.
Pintu bilik di kuak sedikit,perlahan.Kelihatan roomatenya,Safia Humaira terpacul di muka bilik.Dia merenung sayu wajah Alya yang nyenyak tidur.Masih berpakaian telekung solat sambil mendakap Al-Quran di dadanya.
“Kesian Alya..tabahnya hatinya..”,getus Humaira dalam hati.Dia mengetahui musibah yang menimpa insan yang bernama Alya Balqis binti Abdul Rahman itu.
Humaira bergerak perlahan agar Alya tidak terjaga dari tidurnya.Dibukanya laktop kesayangan untuk melayari internet seketika.Website kegemarannya ditekan dan sudah menjadi bookmark agar senang untuk dicari tanpa perlu menaip alamat website itu.
www.iluvislam.com
Website ini sudah menjadi tempat untuknya berkongsi ilmu sesama sahabat maya yang lain.Dan dengan website itu jugalah,dia dapat berubah sedikit demi sedikit ke arah kebaikan.Walaupun hanya website yang biasa,namun dapat memberi impak yang besar dalam hidupnya.Namun tidak lupa juga ditekannya laman Facebook untuk keep in touch dengan sahabatnya yang lama dan yang hampir-hampir loss contact.
Log in: mawarberduri91@yahoo.com password: ************
Sudah lama dia tidak menjengah laman Facebooknya.Setelah meng’log in’,dia meneliti banyak notification yang diterima,begitu juga dengan mesej.Dibuka satu per satu mesej yang diterimanya.Tersentak seketika.
Subject: salam rindu
Message: salam ya Humaira..sudah lama tidak mendengar khabar anti..anti sihat? Ana rindulah kat anti.Jom kita keluar makan tengahari nanti.Ajak Qistina sekali!.Kat tempat biasa yer..Restoran Mujahid.pukul 12.30 tengahari.Ana yang belanja tau! K.Ketemu nanti.Wassalam.Sayang Humai.
Sender: Nur Aisya
Air matanya membasahi pipi secara tidak sedar.Dilihatnya tarikh yang telah lama berlalu. 4 Oktober 2009.Sudah setahun berlalu.Namun peristiwa pahit tetap segar di ingatan,malah merasakan baru semalam ianya berlaku.
Alya yang nyenyak tidur terjaga.Ditatap wajah sahabatnya.Sayu.Dia menuju ke arah Humaira dan menenangkan perasaannya.
“kenapa ni Humai?...”,soal Alya lembut sambil mengelus rambut Humaira yang lurus.
Airmata Humaira masih lagi mengalir.Tidak henti.Perlahan-lahan dia menunjukkan sesuatu di skrin laktopnya.Alya hanya mampu mengeluh,tidak tahu lagi untuk memujuk sahabatnya.Buntu.Hanya Allah sahaja yang boleh merubah seketul hati insan yang bernama Humaira itu.
bersambung..
This post has been edited by mawarberduri91: 24 November 2010 - 06:26 PM

Help














