Komuniti iluvislam.com : Hukum Meluruskan Rambut Bagi Lelaki - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Hukum Meluruskan Rambut Bagi Lelaki

#1 User is offline   remaja_bingung 

  • Group: Members
  • Posts: 13
  • Joined: 03-July 10

Posted 24 November 2010 - 08:18 PM

assamualaikum

bru2 ini saya telah meluruskan rambut sy kerana rambut sy sukar untuk diuruskan apakah hukum meluruskan rambut?? sy ingin menyimpan rambut panjang untuk mengikut sunnah rasulullah... diharap dpt membantu saya yg sedang bingung ini.?
0

#2 User is offline   princess_islam 

  • Group: Members
  • Posts: 2,200
  • Joined: 24-May 08
  • LocationaTaS BuMi ^__^

Posted 24 November 2010 - 11:26 PM

assalamualaikum..^_^

salam ukhwah dari komuniti iLuvislam..=)

persoalan ini pernah ditanya pada web iLuvislam dahulu.. dan ini jawapan dari ustaz buluh pada thread ini :
Hukum Meluruskan Rambut Bagi Lelaki?

Quote

ustaz buluh wrote:
Assalamualaikum Warahmatullah.

Meluruskan atau mengkeringtingkan rambut sama ada bagi lelaki ataupun perempuan merupakan perkara yang menjadi perselisihan di kalangan para ulama. Sebahagian ulama mengharuskan dan sebahagian lagi mengharamkan.

Bagi yang mengaruskan, mereka berpandangan bahawa perbuatan itu bukanlah terdiri daripada perbuatan mengubah ciptaan Allah Taala memandangkan rambut tersebut akan kembali seperti biasa selepas beberapa ketika. Mereka juga mengatakan tiada dalil khusus pengharaman mengenai perkara ini melainkan dalil-dalil berbentuk umum sahaja. Bagi yang mengharamkan pula, mereka berpandangan perbuatan itu termasuk di dalam perbuatan mengubah ciptaanNya memandangkan rambut itu akan kekal di dalam tempoh yang agak lama sebelum ia kembali seperti biasa. Mereka membawakan dalil-dalil umum tentang mengubah ciptaan Allah Taala dengan mengqiaskan perkara ini kepada dalil-dalil tersebut.

Kedua-dua pendapat ada kebenaran dan hujjah masing-masing. Sebagai orang awam, apabila berlaku khilaf seperti ini, kita disarankan keluar daripada khilaf dengan mengambil pendapat yang lebih berat daripada semua pendapat yang dikemukakan. Oleh itu, saya cenderung untuk mengatakan bahawa lelaki juga tidak diharuskan meluruskan rambut tanpa sebarang tujuan tertentu.


Wallahualam.


insya-Allah, smga ada yang membantu akhi..

wallahua'lam...

jazakillah...
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic