Komuniti iluvislam.com : Bagaimana Seorang Ayah Melahirkan Rasa Sayangnya ? - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Bagaimana Seorang Ayah Melahirkan Rasa Sayangnya ? Abah sayang saya

#1 User is offline   Nisa_88 

  • I am a stargazer
  • Group: Members
  • Posts: 4,083
  • Joined: 20-February 08

Posted 15 December 2010 - 11:16 AM

Assalamualaikum kawan2.. :lol:

Saya terkenangkan kasih seorang ayah time tengok scene ni:



Menaip ketika mata terjaga, hati berkata,”Aku anak abah jua..”

Selalunya, saya atau mungkin sesiapa saja to whom this thread may concern lebih banyak meluangkan masa bersama2 mama,ummi,ibu or mak.. Abah, abi, papa atau ayah ke mana? Kerjalah.. Sibuk.. Sibuk.. Seseorang yang bergelar bapa memang selalu sibuk.. Tapi, pernahkah diri ini ambil beberapa detik ketika untuk merenung balik masa2 silam, kenangan2 lama, yang mungkin saja akan menghilang. Ya, menghilang.. Namun kukira, hilangnya kenangan dari memori seseorang adalah disebabkan empunya diri itu sendiri. Wahai hati dan juga sanubari, janganlah kau lupa.. Janganlah kau lupakan perasaan dan belaian kasih, sayang dan cinta dari seorang abah.. Walau sesibuk mana pun dia, segarang mana pun dia, seletih mana pun dia.. Perasan dia yang dulunya still masih ada.. Masih ada.. Insyaallah.. Actually, saya tersentuh, tersedih, terimbau kenangan lama, ternakmenangis 100 hinggit, bila baca luahan hati seorang bapa ini:

Quote

Father Forgets
by W. Livingston Larned

Listen, son; I am saying this as you lie asleep, one little paw crumpled under your cheek and the blond curls stickily wet on your damp forehead. I have stolen into your room alone. Just a few minutes ago, as I sat reading my paper in the library, a stifling wave of remorse swept over me. Guiltily I came to your bedside.

There are things I was thinking, son: I had been cross to you. I scolded you as you were dressing for school because you gave your face merely a dab with a twoel. I took you to task for not cleaning your shoes. I called out angrily when you threw some of your things on the floor.

At breakfast I found fault, too. You spilled things. You gulped down your food. You put your elbows on the table. You spread butter too thick on your bread. And as you started off to play and I made for my train, you turned and waved a hand and called,
"Goodbye, Daddy!" and I frowned, and said in reply, "Hold your shoulders back!"

Then it began all over again in the late afternoon. As I came Up the road, I spied you, down on your knees, playing marbles. There were holes in your stockings. I humiliated you before you boyfriends by marching you ahead of me to the house. Stockings were expensive - and if you had to buy them you would be more careful! Imagine that, son, form a father!

Do you remember, later, when I was reading in the library, how you came in timidly,
with a sort of hurt look in your eyes? When I glanced up over my paper, impatient at the interruption, you hesitated at the door. "What is it you want?" I snapped.

You said nothing, but ran across in one tempestuous plunge, and threw your arms around my neck and kissed me, and your small arms tightened with an affection that God had set blooming in your heart and which even neglect could not wither. And then you were gone, pattering up the stairs.

Well, son, it was shortly afterwards that my paper slipped from my hands and a terrible sickening fear came over me. What has habit been doing to me? The habit of finding fault, of reprimanding - this was my reward to your for being a boy. It was not that I did not love you; it was that I expected too much of youth. I was measuring you by the yardstick of my own years.

And there was so much that was good and fine and true in your character. The little heart of you was as big as the dawn itself over the wide hills. This was shown by your spontaneous impulse to rush in and kiss me good night. Nothing else matters tonight, son. I have come to your bedside in the darkness, and I have knelt there, ashamed!

It is a feeble atonement; I know you would not understand these things if I told them to you during your waking hours. But tomorrow I will be a real daddy! I will chum with you, and suffer when you suffer, and laugh when you laugh. I will bite my tongue when impatient words come. I will keep saying as if it were a ritual:
"He is nothing buy a boy - a little boy!"

I am afraid I have visualized you as a man. Yet as I see you now, son, crumpled and weary in your cot, I see that you are still a baby. Yesterday you were in your mother's arms, your head on her shoulder. I have asked too much, too much.

Source: LINK
0

#2 User is offline   Nisa_88 

  • I am a stargazer
  • Group: Members
  • Posts: 4,083
  • Joined: 20-February 08

Posted 15 December 2010 - 11:18 AM

Pernah ada sorang member di ym bertanyakan saya.

Temanku: Maaf ya nisa, saya nak tanya. Ayah nisa dah tiada ke?

Me: Haaaaaaaaaaaa... Mana ada.. Ayah saya still ada la..

Temanku: 0oooo.. Hihihihi.. Sebab nisa tak pernah sebut pasal ayah nisa..

Then, baru cek sedar, yang mulut ni sering kali tersebut pasal mama saya je.. Bukankah bila mulut ni selalu melafazkan perihal seseorang itu, tandanya dia sentiasa mengingati orang tersebut kan? True to speak, agak terasa bersalah la jugak. Hehe.. Nape jarang citer dan sebut pasal abah? Tak sayang abah ke? Tak ingat kat abah ke? Tak.. Mestilah sayang.. It just.. Abah tak banyak cakap.. Abah kurang mesra.. Abah macam tak peduli.. Abah macam taknak mendengar.. Wait a minute! Yakin sungguh ya..
Sedapnya mulut tu mengata.. Ni la pompuan.. Nafsu amarahnya tinggi.. 9

Dah lupa ya.. Dah lupa ya.. Ok2.. Jom kita pi balik ke zaman lampau.. Pinjam pintu suka hati dan mesin masa doraemon jap.. Jeng.. Jeng.. Jeng..

Dari apa yang diceritakan mamaku; masa itu kita dan adik2 tengah tido.. Abah lapar, baru balik kerja di tengah malam. Nasi dalam rice cooker tinggal sikit.. Abah makan sikit je.. Then,mama tanya, “Nak tambah ? Nasi ada lagi..” Abah pun berkatalah,”Takpelah.. Takut tengah2 malam nanti, anak2 bangun nak makan nasi, tapi nasi dah habis pulak..”

Ada lagi..

Setiap kali diri ini bercakap dgn mama di handset, sedar tak diri tu, sape yang ada di sebelah mama masa tu? Lupa lak.. Tak nampak ek.. Memanglah tak nampak dah dok kat lain...Kui3.. Sian..Meh la nak cakap.. It is your father.. You daddy.. Tapi.. Tapi.. Nape abah tak cakap pun dgn kita? At least cakaplah sepatah.. Hek eleh budak ni~ Ngada2 pulak.. Kok kamu lupa lagi? Haih~

Perangai abah camne? Abah seorang yang tak banyak cakap.. Seorang yang tak pandai mengekspresskan perasaan.. Seorang yang tak pandai nak mendamaikan hati.Tapi jauh di lubuk hatinya, semua perasaan yang kita anggap tak wujud atau tak ada itu sebenarnya tersemat rapi dan setiap hari mekar mewangi.. Lelaki memang rata2nya camtu.. Jenis yang tak luahkan apa yang mereka rasa.. Memendam itu lebih baik..
Pelik kan?

Hey! Nape muka tu blurr lagi.. Tak ingat la tu.. Jom imbas balik:

Masa hang form 2, cedera teruk kat kaki, masuk spital 6 hari, tak boleh jalan, kena pakai tongkat sebulan lebih, sape ek.. Sape ek yang setiap masa dok angkat hang? Sape lagi.. Cam lagu simple plan, “Hey dad, look at me.. Think back and talk to me.. Do you know that you used to be my hero..” Yeah~ Abah yang angkat.. Abah la heroku.. Tak terlawankan oleh superman, goku, batman or ultraman.. Sebab abah adalah yang real.. Sentiasa real..

Lagi dan lagi...

Masa diri tu dok merungut2 pasal kulit muka yang kering tak sihat kat mama.. Sape yang dok kat tepi setia mendengar? Abah la... Abah ada cakap apa2 tak masa tu? Takde pun.. Pastu, bila pi shopping satu family, abah lesap lama jugak.. Ntah ke mana..
Nape ya? Balik je umah, abah terus bagi satu bag plastik.. Bila kita tengok kat dalam bungkusan tu, rupa2nya, produk penjagaan kulit.. Hehe.. Ingat tak? Abah siap tunjuk demo lagi.. Abah siap amik krim tu dan terus gosokkan kat lengan kita.. Abah cakap,”Gosok camni.. Biar selari je..” Sakit betul abah gosok tangan kita.. Kasar.. Hehe.. Tau apa abah kata lagi? “Tadi, promoter kat situ wat demo kat muka abah.. Kejap je, memang nampak kesannya.. Kulit abah putih dalam sekelip mata..”
Haha.. Kok abah lupa ya.. Hee.. Abah kan hitam manis, memang terang lagi bersuluh la akan kesannya produk tu.. Ngengeee... Abah ni.. Kita bukannya nak produk putihkan muka, kita nak produk yang sihatkan kulit muka.. Kuikui.. Nway, thanks jiddan abah.. Kerna abah cuba memahami..

Abah seorang yang baik hati.. Pernah abah beli sebungkus plastik kecik, pulut bersama ikan kering masa waktu pagi. Hari tu, mama bukan main gembira lagi. Katanya mama,”Wah, dah lama mama tak makan pulut ni. Mama suka sangat makan masa kecik2.. Sangat sedap..” Kita tak tahu dan malas nak tahu apa rasa pulut itu.. Tak pernah tengok pun.. Takmo rasa, tapi terpaksa gak rasa.. Mama bersungguh2 suh kita makan sikit, rasa sikit.. Nak taknak makan la jugak,tu pun mama suapkan.. Hehe.. Bermanja sekali sekala je..Ahaks~ Abah tengok kejadian yang menyentuh perasaan tu.. Haha.. Esoknya dan 3 hari berturut2, ingat tak lagi apa abah buat? Abah belikan 3 bungkus pulut.. Apa reaksi mama ya? At 1st memang la mama suka.. Selang 2,3 hari, nak termengamok jugak mama.. Ye la.. Kita dgn adik2 yang lain bukannya makan.. Semua tu mama sorang yang kena makan.. Sian kat abah kena marah.. Katanya mama,”Membazir je..”

Satu hari bila abah balik keje, abah belikan sharpener sebesar tapak tangan yang comey ntuk 2 orang adik perempuanku.. Yang tengah dan yang bongsu.. Apa reaksi kita masa tu ya? Hee.. Kita cakap masa tu,”Comeynya..” Abah ada masa tu dan abah dengar kan? After that abah tanya,”Kakak nak? Esok abah belikan ya..” Hehe.. Abah ni.. Kita kan bukan budak kecik lagi.. Kita dah besar.. Namun, sebab ianya comey, still mulut ni berkata,”Nak..Nak..” Esoknya, abah belikan sharpener yang berbentuk garfield dan pastu kita bawak kat uni.. Apa teman2 baik kita cakap ya pas tengok sharperner tu? Heee.. Sharperner tu setia menemani diri ini, di meja study, juga di samping 2 bingkai gambar, gambar mama dan abah..

Sekarang.. Di saat ini..

Abah dah tua.. Makin tua.. Berapa kali ya kita pernah urut betis abah? Mama takyah cakaplah.. Hehe.. So many times.. Berapa kali ya dok teman abah makan nasi bila mama takde? Sangat jarang kan? Dah la balik umah kekadang je, nak luangkan masa bercerita dgn abah pun susah.. Betis abah lembut je kan? Macam baby.. Kurus je.. Ye la.. Abah sangat menjaga kebersihan.. Setiap sekali seminggu mesti mandi dgn limau nipis.. No wonder kulit abah lembut camtu.. Sejuk je.. Haih~ Mengalahkan kulit kita sendiri..

Dah bape bulan ya.. Kucing yang abah sayang tu hilang? Ya,putih namanya.. Abah nampak sunyi.. Sampai satu kampung kecoh akan si putih tu.. Mau tak nya.. Sesiapa je yang abah jumpa kat jalan2 kg, mesti abah tanyakan mereka,”Ada nampak putih tak?” Sampai pernah ada kawan abah kol kat umah,”Dah jumpa blom putih?” Takpe abah.. Kucing2 lain kan ada.. 10 ekor lagi kat luar rumah tu.. Haih~ Banyak sangat.. Setiap hari sebelum pi keje mesti abah bagi makan kat kucing dulu, bila balik keje pun camtu, nak malam hari pun camtu.. Sampaikan pas balik keje, kami serumah dah sedia maklum apa abah akan tanya terlebih dahulu bila sampai je kat muka pintu rumah dgn kasut yang still tak terbukak lagi.. Abah takkan cakap camni,”Dah makan semua anak2 abah? Mama pun dah makan ke?” Hehehe.. Sebetulnya,abah akan cakp camni,”Kucing2 dah makan ke? ” Muahahaha.. Abah ni.. Heeee..

Abah jugak seorang yang sentimental.. Kihkih.. Pernah kan kita tengok abah dok termenung sorang2 kat sliding rumah.. “Abah tengah buat apa ?”, terdetik hati ni. Pastu terdengar abah dok soksek2 sorang2.. Bila je kita tahu butir bicara abah yang sayup2 tu.. Haih~ Terasa nak gelak je.. Abah ni.. Apala.. Ada ke dok cakap dgn kucing2 kat luar rumah tu.. “Meow2 dok kat luar je ye.. Meow2 takleh masuk rumah, nanti mama marah.. Tido leklok ya..” Adoiya, abah ni.. Kan abah dah siap pasang ubat nyamuk kat luar rumah tu, ntuk kucing2 tu.. Toksah risau la.. Everything will be fine.. Abah ni lawak la.. Heee..

In short, abahku yang satu itu memang camtu.. Setiap yang tersurat mengandungi yang tersirat. You can see some’in, if and only if you wanna see it.. Tak tunjuk tak bermakna tak sayang.. Tak.. Sebetulnya, dah tunjuk cuma mata tak dapat melihat dan menilai kehalusan cara luahan perasaan itu.. M sorry.. Saya tetap anak abah sampai bila2.. Even kalo dah berkeluarga, saya tetap saya yang dulu,insyaallah.. Saya tetap anak abah yang masih kecil itu.. Saya tetap sayang abah, insyaallah.. Tanpa abah, mama akan kesunyian, semangat mama tidak lagi utuh, mama akan kemurungan.. Tanpa abah dgn izin Allah, saya takkan lahir di dunia ni.. Terima kasih abah..
Kakak sayang abah macam kakak sayang mama..

** Penggunaan ‘kita’ denotes that tengah bercakap dgn diri sendiri..

Please tell the whole world who is your father.. What is so special about him? Can you see and feel his love towards you? How is that? Let’s remember it again.. Let’s think about it.. Hopefully, we’ll never forget him and we’ll always speak about him as much as we speak about our beloved mother. Insyaallah..Do you still have your father? If not, I’m so sorry to hear that. But, deep inside my heart.. I’ll be glad if you can share something about your father here. Coz in your typing, insyaallah.. Everyone else and I, will be able to see your love towards him.. Maybe not fully, but at least we do.. Once, there was a friend told me, ”Everyone is good for something.” As for that, I’m quite sure.. Your father will be proud of you as who you are, because you are good for something and he knows it very2 well.. Insyaallah.. He loves you.. He cares about you.. Let’s see..Hurmmm.. In your eyes right now.. I can see it.. Your love towards him.. Masyaallah.. This is love.. The true love ever after.. Alhamdulillah.. May Allah bless all of us here.. The One who give us this kind of love.. Thanks Ya Allah and I love You too, deeply, madly.. Insyaallah..

Renew topic from: LINK

Wallahu'alam
0

#3 User is offline   Ena Athirah 

  • Group: Members
  • Posts: 155
  • Joined: 19-March 10

Posted 16 December 2010 - 11:51 AM

terpikir lak semua ayah camni ye?Sebab ayah saya pun macam abah Kak Nisa gak..huhu

masa kecik2 dulu,saya selalu tertidur kat ruang tamu n sebab malas nak masuk dalam bilik,jadi Ayah lah yang dukung hahaha best sangat,,really miss the moment Posted ImagePosted Image

lama dah tak peluk Ayah,last time peluk Ayah masa darjah 6 =_=..isk2

ya,Ayah memang macam tu,tak ekspresikan kasih sayang dia..Ayah saya balik keja lewat dalam 7:25 baru balik..lepas tu mandi and solat Maghrib terus start kereta and hntar saya p tusyen..ya Allah..

semalam,masa tengah study ibu saya cakap "Belajarlah elok2,jangan hampakan harapan ibu ayah..."

Dush!Saya xleh dengar dialog ni,tak semena-mena airmata ni akan mengalir..sedih dahlah masa tu tengah buat soalan yang memang susah gilerr r..

hurmm,,walaupun saya tahu Ayah takkan baca punya apa yang saya tulis ni tapi saya nak Ayah tahu yang saya sayang Ayah!walaupun tak mampu diungkapkan dgn kata2 segala pengorbanan Ayah membesarkan kami,malah kami tak mampu nak balas semua tu tapi Allah ada..kami memohon pada Allah.moga Ayah tergolong dalam kalangan orang2 yang beriman dan calon penghuni syurga kelak..AmeenPosted Image
0

#4 User is offline   adijagat 

  • Group: Members
  • Posts: 71
  • Joined: 29-November 10

Posted 17 December 2010 - 08:55 AM

Saya lahir sebagai lelaki tunggal dalam lapan adik beradik. Ayah cenderung menunjukkan kasih sayangnya pada saya kerana katanya saya nanti punya banyak tanggungjawab ke atas keluarga memandangkan yang lain perempuan.Adik perempuan dan kakak2 saya walaupun cemburu terpaksa menerima hakikat itu. Kasih sayang ayah tak pernah pulak menjadikan saya anak manja yang terlampau dalam keluarga. Waktu ayah kena strok akibat darah beku di kepala dan menunggu saat ajal, saya sempat juga menjaga ayah, membersihkan badannya dan menukar lampin . Terima kasih ayah dengan kasih sayang yang pernah kautumpahkan untukku.
0

#5 User is offline   as-syuhada 

  • Group: Members
  • Posts: 225
  • Joined: 21-March 08
  • LocationTapah,Perak

Posted 18 December 2010 - 10:54 PM

erm...sayang jugak kat abah..

abah sy seorang yg sgt sporting..alhamdulilah~...dia memang suka sgt bergurau..

ade satu hari tu,first time msk pengedil..ingtkn dah ckup elok bentuk dia..tiba2,wktu msk ia terburai plak..mse tu jgk,abah bru balik..pas2,abah
kata "apa kena dah terburai ni ?"..pd wktu tu,abah nak kenakan mak sy..pas2,sy pun ckp "ni org yg msk tau,jgnlah kutuk"
abah kata: "la,ye ke..abah nk kenakn mak kau tu..hehe"

tapi kalo sekali abah dah mrh....jgnlah smbg dgn dia..nnti kena tempiasnye..huhu...tapi yg pasti,setiap lelaki yang bergelar ayah pasti
ada cara tersendiri mengekspresikn kasih syg mereka..
mcm bapa sedara sy..dia memang pendiam orgnya..dgn anak2 dia pun..tapi dia sentiasa cukupkan keperluan rumah dan seisi keluarga dia..
0

#6 User is offline   masyimaloo 

  • Group: Members
  • Posts: 7
  • Joined: 14-October 10

Posted 20 December 2010 - 11:07 AM

Salam..Kisah nisa lebih kurang sama dengan kisah sy..Ayah sy juga seorang yg kurang bercakap dengan anak2..klw dulu waktu kecik2 sy dan adik beradik semua takut kepada ayah kerana ayah agak garang n jarang nk bermesra dengan kami adik beradik...keadaan ini secara tidak langsung telah menjarakkan lagi hubungan kami adik beradik dengan ayah..Tp sy tahu ayah sygkn kami adik-beradik..Ayah tak pernah abaikan kami adik-beradik..Ayah cuma tidak tahu bagaimana nk tunjukkan kasih syg ayah tu..Kadang kala apabila sy menonton drama-drama kekeluargaan kt tv pernah juga terbit perasaan cemburu dalam hati sy melihat kemesraan seorang ayah dgn anaknya..tp cepat2 sy tepis perasaan itu kerana sy tahu ayah sy adalah ayah yg terbaik dalam hidup sy..I love my dad.......
0

#7 User is offline   bunga tulip 

  • Group: Members
  • Posts: 146
  • Joined: 21-March 10

Posted 20 December 2010 - 07:04 PM

ayah sentiasa di hati kami...luv u dad.sguh byk budimu yg x mampu kami balas.kasih sygmu tidak dpt kami ukur dr harta benda yg ayah limpahkan, tp dr tulus ksh sygmu bt kami anak2mu ;)
0

#8 User is offline   djaa 

  • Group: Members
  • Posts: 1
  • Joined: 27-October 10

Posted 24 December 2010 - 05:33 PM

trase sayu bile bace thread ni..sbb ayah sy pn cmtu jg..
skrg ktorg da besar2. jrg sembg2 ngn ayh. wlupn kdg2 rs terign jg. tp sll nye klu kitorg tny, sepath je ayh jwb..tu kdg2 penat jg nk sembg ngn ayh ni..hehe..
dl ms kecik2, ayah la yg rajin lyn ktorg. adk beradik 7 org, sume kecik2. sy igt lg, dl ayh sll gaul nasi+isi ikan goreng+kicap pastu suap ktorg mkn..sedap~~ ktorg 3,4 org duk keliling die. pastu die gumpal2 nasi tu sebj2..n suap ktorg. dl klu kecik2 bile nk tdo, ayh akn pangku ktorg time die bersila. pastu bc "lailahaillah..lailahaillah.." smbil die gerak lutut cm org dikir..smpai kotrg ttdo. best..nnti da tdo die agkt ltk kt katil. ayh mmg manjekan ktorg ms tu..klu nangis pn die yg pujuk..

dl, bile da mlm pas mkn, besela rmai2 tgk tv kt ruang tamu. sll jg tgk cite smpai ttdo..x pn sj tdo. haha.. sbb nye, klu ktorg tdo dpn tv, tpakse la ayh agkt ktorg g bilik. dl umah dua tgkt. kgkdg bile ayh da agkt nek tangge, tjage jg..tp ttp gk mate sbb xnk bgn. best tau bile kne dukung. tp klu sorg xpe lg, klu da 3,4 org tdo dpn tv tu..jenuh jg kn.heee.. tp ayh agkt jg ktorg..smpai la sume da berat2, lame2 die kejut je suh nek tdo ats..haha

ms umah ktorg dekat ngn kawasn bendang padi. ayah sll ajar wt layang2. kgkdg klu die btul2 rajin, wau pn die wt. sbb ayh org kelantan, jd besela sume tu mainan traditional dr die kecik. ktorg ske la tgk die lurut buluh, potong kertas warne, ikat buluh sume. pastu g men time angin kuat. ayah kate wau yg bgs, wau yg bleh nek tggi n terbg nye ats kepale kte. btul kot..sbb pnah skali je ayh dpt wt wau yg bleh trbg cmtu..tu pn adk tpijak smpai pth. pastu da xleh terbg..sori ayh..ayh bad mood je ms tu sbb wau die rosak..

klu nk di ikutkn, ayah mmg grg..tp sy tau die syg ktorg. die la yg ajr ktorg ngaji..wlupn setlh penat seharian bekerja. plg kurg, pas slt maghrib, die suh dtg ngaji depan die. kdg2 kne mrh jg. tp spt kate org tua2..marah tanda nye sayang..

smpai la bile masing2 da sekolah asrama, komunikasi ngn ayh makin kurg. byk perkare kitorg sll mnta ngn mak..wlupn last2 ayh jg yg akan approvekn. contoh nye mnta duit ke, kebenaran nk g rombongn ke, ckp ngn mak dl..nnti mak pas kt ayh. ktorg pn x fhm nape kitorg x tny ayh trus..hurrmm..

igt lg ms sy msk kawad dl..da hari2 jemur tgh panas, muke pn da kne sunburn. blk umah, ayh bsing..nape muke merah2 ni? siap pegang lg pipi sy. sy ckp, mestla sunburn..da kawad..hehe..pe la ayh ni.. pastu die suh mak bli sunblock..

byk lg sbnr nye memori best psl ayh ni. bleh dikatekn bile da brumur skit ni, ayh makin cool..wlupn sy dgn ayh x rapat to sy sentiase igt yg ayh cume x reti nk tunjuk je. sy syg ayh..time kasih ayh..tuk segale nye.. =)u r the best..
0

#9 User is offline   Nisa_88 

  • I am a stargazer
  • Group: Members
  • Posts: 4,083
  • Joined: 20-February 08

Posted 27 December 2010 - 05:20 PM

Assalamualaikum kawan2.. :lol:

Alhamdulillah, terharu baca kisah kawan2 sume.. :)

Memangnya seorang lelaki tu memang sukar dan tak pandai meluahkan perasaan sayang.
Seorang ibu lebih berterus terang, sebab tu seorang ibu dan ayah tu saling memerlukan
antara satu sama lain dan diperlukan oleh anak2. :lol:

How perfect they match each other.. Subhanallah..
Kadang2, ada si isteri yang lembut hati, suaminya keras hati. So that, bila ada orang buli isterinya, dia boleh back up.
And vice versa.. Allah cipta sume sangat cantik dan molek.

Bila pk2 rasa nak senyum kuci2 ja.. Hahaha..

Klu seorang ibu mengekol anaknya, hambuih3~ Banyak sungguh ni nak citer..
Sume benda nak citer.. Seorang perempuan tu kan suka banyak cakap.
Sebab tu klu nak kurangkan or nak redhakan marah seorang ibu, just b silent, wat muka insap sikit,
n angguk2 pale penuh takzim lalu mintak maaf. Yang lagi best tahan je la kena bebelan 360 das. 98 das tersasar.

Abah pulak, kol. "Duk kat mana? Wat pe tu?"
Tu ja soklannya. Kita ni terpinga2,"Nape abah?"
Abah said,"Saje ja nak kol.. "

N then, senyap.. Haha.. So kena la tanya2 sikit,"Abah sihat? Kucing2 sihat?"
Hahaha.. Comel lah abah niiiiiiiiiiiiii..

Biasanya, nape kita asik ingat camni, klu mak kol ntuk sembang macam2, klu abah kol ntuk sembang benda penting2 ja?
Walhal, abah pun cuba ntuk bercakap dan tunjukkan kasih sayangnya.. It just, tak seexpert seorang mama~~~
But then, owh abah.. Bila tahu seorang abah sedang mencuba menunjukkan, terasa cara seorang abah tu sangat comel dan sweet.. Heee..

Ada seorang sahabat saya berkata,"Tak cakap tak bermakna tak sayang.."

Seorang abah, lebih banyak pendam dari luah..

-------------------------------------------------

Pape pun, jum wat dirinya rasa kita sangat sayang abah. Kita kena interak dgn abah so that dirinya tahu kita menyayanginya.

Contoh: Klu nak pi kem di uni, just tell him. Bila dah habis program, n sampai dgn selamat kat bilik di uni, tell him too.

Biarlah abah tak balas sms ke apa pun.. Snarnya, wlu abah tak balas, tapi abah peduli. Tak caya?
Ce mesej tengok camne,"Abah, bas tersekat, pemandu bas hilang.. Uwaaa.."
Insyaallah, tak sampai beberapa min nset kita akan berdering kerana dikolnya,
bukti betapa risau dan pedulinya abah pada kita.

------------------------------------------------

Lastly, nak buat sharing lagi. Terilham daripada sharing Kolonel Hamdan dalam Dk3 & B2B iLuvislam.com, dulu2..

Kolonel, berkata.. Ibu bapa dan anak2 seharusnya kena berkomunikasi secara konsisten. Beliau ada citer camne beliau berkomunikasi dgn anak2nya. He said, kalau anak nak pi mana2, just inform ja ibu bapa. Tu dah memadai. ‘Dah sampai hostel.’ ‘Kat shopping complex.’ Hanya semudah itu, just tell.. Apa yang saya nampak dari kisah beliau, adalah.. Hee.. Again, cam thread saya yang dulu, ‘Bagaimana Seorang Ayah Melahirkan Rasa Sayangnya?.’ Ibu, rasanya tade masalah sangat ntuk berhubung dgn anak2. Biasanya bapalah yang punyai prob nak berhubung dgn anak2 ni. Ni disebabkan kerja. Even ibu kalau bekerja pun, biasanya instinct beliau pada anak2 kuat. Kalau ada je perkara buruk yang berlaku kat anaknya, mesti beliau boleh rasa even anaknya tak cakap. Kalau bab2 ni, saya rasa bapa tak berapa kot.. Mungkin sebab hati ibu dah terlebih dulu diikat pada hati anak2 masa si anak tu duk dalam kandungannya.. ;p

Memangnya, cara seorang ayah melahirkan rasa sayangnya camtu. Tak terlihat atau tersurat seperti ibu. Just nak share, kalau mama saya, if saya tak wish besday tru nset masa hari lahir beliau, beliau akan kol saya.. Dan menangis terasa hati cakap camni,
”Ni tak keja lagi, kalau dah keja tak tau la.” Tet! Talian di seberang sana telah diputuskan. *Mama saya putuskan tanpa sempat saya mencipta alasan.* Phewww~ Klu saya mati time tu, ntah2 saya cium neraka. Inilah dia, betapa sensitipnya hati seorang ibu. Ni tak masuk tarikh2 penting yang lain; Hari Ibu, Hari Guru, Wedding Annivesary, Hari Raya, Bulan Ramadhan ++++ (-_____________-)

Bukan itu saja, kalau hari lahir adik2 yang lain dan abah saya juga, beliau akan bertanya pesan,”Dah mesej wish dah?” Sebab tu saya setkan pengera peringatan pada adik saya pada hari2 penting beliau,”Klu hari2 penting mama sampai, jangan lupa gitau mesej kakak~” Tapi kan, tengok camne tersuratnya rasa sayang beliau pada seorang anak. After saya dah wish, beliau akan mesej,”Thanks my dear, love you.”

Heeee.. Klu abah? Lambat lagi kot. Klu saya wish besday, selalu dapat reply camni daripada beliau,”Terima kasih.” Seolah2 beliau tak kisah kan? Seolah2 wish kita tu tade makna. :angry: Ekceli, saya tak penah dapat wish besday daripada abah saya sepanjang umo saya meningkat 21. Tak penah dapat, even saya selalu wish beliau. Tapi kan, selalunya abahlah yang beli kek besday saya. Belikan kek even tak wish. Bila dah berjauhan ni, tadelah keknya.. Dah duk jauh.. Saya ingatkan beliau tak penah kisah nak wish, hinggalah my besday tahun ni. Hey, I got the message,“Maaf lambat wish. Selamat Hari Lahir, kakak.” Abah wish besday saya is my concern, but then.. Apa yang mengharukan saya, adalah.. His late wish to me is his concern.

Seorang bapa, abah, ayah tu selalu senyap seolah2 cam tak kisah kalau kita sayang beliau ke tak.. Seperti kisah teman baik saya sedari matrik till now.. Satu hari dia tanya saya,”Penah peluk bapak tak?” (Orang india muslim memang panggil ayah, bapak kot..) Lepas saya jawab, dia pun sambung.. Dia tak penah peluk bapaknya. Dulu, masa maknya masih ada, dia selalu peluk maknya saja. Bapaknya tak dipeluk. Sampailah, masa hari pertama beliau masuk matrik.. Time tu before nak berpisah jauh dgn family, dia cium tangan bapaknya dan peluk bapaknya.. Saat tu lah, bapaknya menangis.. Dan saat tulah dia terkejut, dan bertanya, “Bapak menangis.. Kenapa bapak menangis?” Tengok apa jawapan bapaknya,”Takde lah.. Mata bapak masuk habuk..” :)

Saya rasa, mesti beliau menangis sebab tu 1st time dia peluk bapaknya.. N beliau menangis sebab terpaksa berpisah dgn anaknya.. N after maknya meninggal masa kami mula2 masuk uni, bapaknya still survive ntuk sara dirinya dan adik2nya.. Kaum kerabatnya ada yang suh bapaknya kawen, tapi ni apa yang bapaknya kata,”Takpa la.. Tunggu anak2 bapak kawen dulu..” :) Sweet laaa.. Saya selalu dengar kisah pengorbanan bapaknya darinya.. Suka dengar dan dalam masa yang sama tumpang rasa sayang.. Rasa nak cakap ja, ‘Terima kasih bapak.. Allah kenang jasa bapak.. ‘

Bapaknya kerja jadi tukang masak kat restoran kaum kerabat diaorang.. Pulangan gaji yang sedikit saja, tapi insyaallah diberkati.. N Alhamdulillah, awal sem ni saya dapat jumpa bapaknya secara face to face.. Wajahnya lembut sangat, redup.. Klu tak kerana batasan agama, dah lama saya pi bersalam dgn beliau… Heeee.. Salam kerana sayang..

Sekian pandanganku dan pengalamanku pada hamba Allah, berpangkat abah, bapak..

Wallahu'alam..

This post has been edited by Nisa_88: 27 December 2010 - 05:22 PM

0

#10 User is offline   Deslim 

  • It's not that I'm insensitive, I just don't care
  • Group: Members
  • Posts: 929
  • Joined: 10-June 10

Posted 27 December 2010 - 05:35 PM

Macamana?

Pukul2..

"Sayang-sayang anak, tangan-tangan kan"
0

#11 User is offline   naurah alwani 

  • 143734,4344?
  • Group: Members
  • Posts: 2,743
  • Joined: 13-May 09
  • LocationPenang

Posted 27 December 2010 - 05:57 PM

OMG kak Nisa.. post akak buat mata saya beranak sungai.
0

#12 User is offline   akrimimathwa 

  • Group: Members
  • Posts: 3,150
  • Joined: 07-November 08

Posted 27 December 2010 - 10:36 PM

mungkin kadangkala ayah atau emak kita silap dalam melahirkan keprihatinan mereka ketika mendidik kita.sesuatu yang kita fikir, tak sepatutnya pun mereka lakukan, apatah lagi kalau kita membandingkan cara mereka dengan cara ibu bapa kawan-kawan kita.

walau apa pun alasannya, emak dan ayah kita memang sayangkan kita, anak-anaknya.mungkin caranya saja berbeza, atau mereka sebenarnya tidak pandai dalam mengekspresikan perasaan mereka.

berdoalah, semoga emak dan ayah kita dilindungi Allah selalu, diberikan pengakhiran yang baik, dan kita gunalah kesempatan yang ada ini untuk berbakti sebanyak-banyaknya kepada kedua ibu bapa kita.

saya sayangkan emak saya, dan saya juga sayangkan ayah saya. itu saja yang saya tau.
0

#13 User is offline   Abu Hurairah 

  • http://hariaruhuba.blogspot.com/
  • Group: Members
  • Posts: 6,513
  • Joined: 28-April 08

Posted 27 December 2010 - 11:32 PM

Seorang ayah melahirkan kasih sayangnya dgn menyediakan kecukupan pada anak-anaknya selain melindungi mereka drp mara bahaya, sesuai dgn fitrah seorang lelaki yg memiliki fizikal yg kuat serta ketahanan mental yg tinggi.

Jarang ayah dijadikan tempat mengadu perasaan sbb kaum wanitalah yg lebih pakar mengendali perasaan.
1

#14 User is offline   nuraishah_abuhasan 

  • Group: Members
  • Posts: 105
  • Joined: 23-September 10

Posted 28 December 2010 - 01:04 AM

ayah tak menunjukkan kasih sayangnya seperti ibu..
caranya lain sedikit..
lihat saja pengorbanannya sudah cukup..
0

#15 User is offline   kakoru 

  • Group: Members
  • Posts: 315
  • Joined: 11-November 09
  • LocationKL

Posted 04 January 2011 - 11:36 PM

Ayah tak pernah missed bagi duit belanja setiap bulan walaupun tak mintak.
Ayah tak pernah tanya nak buat apa dengan duit yang dia bagi setiap bulan. (walaupun guna untuk berjoli).
Ayah tak pernah marah kalau ambil barang banyak2 masukkan dalam troli. (utk barang2 tak penting).

Ayah pernah tanya father's day tak nak bagi apa2 ke?

Saya senyum dan diam sebab saya terlupa father's day tapi saya ingat mother's day (tahun lepas).

Saya tau dia kecil hati. Saya diam lagi. InsyaAllah tahun ni saya belikan hadiah untuk dia.
walaupun hadiah saya tak mampu membalas semua pengorbanannya.

Kami lebih banyak diam daripada bercakap. Dua-dua pun pendiam. Kadang2 dia tanya how's school? how's your studies now? do you have a boyfriend?

Every year, bila nak angkut semua barang dari hostel ke rumah, ayah kira berapa tahun lagi saya belajar.

"Oh, lagi 3 tahun."
"Oh, lagi 2 tahun."
"Oh, lagi 1 tahun."
"Oh, you'll graduate soon. How's your pointer?"

Terima kasih ayah. Walaupun kita jarang meluangkan masa bersama, I always love you, as much as my love to mom.
0

Share this topic:


Page 1 of 1
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic