Komuniti iluvislam.com : Dimana Jodohku.. - Komuniti iluvislam.com

Jump to content

  • 3 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic

Dimana Jodohku..

#1 User is offline   cqin 

  • Group: Members
  • Posts: 368
  • Joined: 21-December 10
  • Locationkemaman. mcri rzki....Qedah tmpt tdo..hehe..

Posted 27 December 2010 - 04:16 PM

salam

dimana jodohku..

itulh perkara yg sering bermain dlm fikiran sy.

perlukah mencari?

jika ya, bagaimana sy perlu mencari sdgkn sy hanya wanita biasa.

atau hanya perlu menanti?jika menanti, sampai bila?

atau juga perlu buka jalan utk ia dtg tp bagaimana?

stiap org memg tlah dtentukan jdohny cma lmbat atau cepat jer tp bagaimana hrus sy lakukan spy xtlalu memikirkn soal ini...

tolonglh beri pndapat.

tq

This post has been edited by Wan Ct Eyesyah: 27 December 2010 - 06:18 PM
Reason for edit: Salam wbt.. Saya moved ke topic Perkahwinan ye.. Syukran=) ~Dr.Cinta Muslimah~

0

#2 User is offline   izwatul jannah 

  • Group: Members
  • Posts: 266
  • Joined: 10-October 10
  • Locationgo straight, don't belok- belok

Posted 27 December 2010 - 06:11 PM

View Postcqin, on 27 December 2010 - 04:16 PM, said:


stiap org memg tlah dtentukan jdohny cma lmbat atau cepat jer tp bagaimana hrus sy lakukan spy xtlalu memikirkn soal ini...


saya rasa saat itu pasti akn datang, sbb Allah cipta lelaki dan perempuan utk berpasangankan. klau awk x nak terlalu memikirkan perkara ini, lebih baik awk sibukkan diri, jgn dilayan perasaan itu nanti makin teruk plak
0

#3 User is offline   islamnajla 

  • Group: Members
  • Posts: 19
  • Joined: 08-December 10

Posted 27 December 2010 - 06:14 PM

ana jga sesekali pernah terfikir di mana jodoh ana..... perlukah dcari jodoh itu atau ia dtang dgn sndrinya???
slalunya ana cuba utk mnyibukkan dri supaya tdk trlalu memikirkannya... ana slalu ingat jodoh dan pertemuan dtangan tuhan...:rolleyes:
0

#4 User is offline   cqin 

  • Group: Members
  • Posts: 368
  • Joined: 21-December 10
  • Locationkemaman. mcri rzki....Qedah tmpt tdo..hehe..

Posted 28 December 2010 - 09:41 AM

itulh jgk yg sy slalu lakukn.sibukkn diri.tp kdg2 terpikir jgk nk tahu saper...hehe
1

#5 User is offline   aftiey 

  • Group: Members
  • Posts: 103
  • Joined: 12-April 10

Posted 28 December 2010 - 10:40 AM

Salam..

Dulu agak teruk jugakla fikir benda-benda macam ni, sampai ada kawan tegur 'Ko ni banyak fikir sangatla'

Pastu, adala terjadi sesuatu kat sy.. Hehe, tak boleh ceritalar.
Kadang-kadang benda yang kita minta, tak semestinya termakbul, meskipun benda yang kita mintak tu jadi kat kita.
Oleh itu, kalau datang benda-benda macam ni, mintalah sesuatu dari Allah, minta Allah fahamkan kita apa yang sebenarnya yang kita nak, dan kita fikir.

Bila dah sedikit sebanyak ada pengalaman tentang benda² mecam ni, yang semestinya kita sendiri alami, insya-Allah..
Kita akan lebih matang, dan tahu jalan urus diri kita sendiri.

Dulu bila ada masalah dengan benda² macam ni.. Selalu gak buntu, kdang² rasa pelik dengan diri sendiri 'apasallar duk fikir benda² yang semulajadi macam ni'..

Pengalaman mematangkan fikiran..

Dan sy tak fikir dah soal jodoh, dan sudah tahu bahagikan antra kasih sayang untuk keluarga dan kasih sayang untuk diri sendiri.
Everyone boleh dapat bahagia, tapi yang penting kita kena cari apa yang kita ada.

*Abah selalu pesan : Jangan fikir yang tak ada, tapi fikir yang ada je. Insya-Allah, semuanya sebenarnya dah cukup ! =)

0

#6 User is offline   sei_souichiro 

  • Group: Members
  • Posts: 7
  • Joined: 24-March 08

Posted 28 December 2010 - 12:35 PM

Sekiranya sudah bersedia untuk berkahwin.. ada baiknya di usahakan.. Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum.. melainkan kamu berusaha mengubahnya... ada baiknya di khabarkan pada ibu bapa... mahupun naqibah... Saya banyak berjumpa wanita yang tidak berkahwin sampai telah berusia... apakah kamu mengira semua orang ditentukan jodohnya... bagaimanakah dengan orang yang tidak berkahwin sehingga ke akhir hayatnya... Maka atas alasan apakah kamu tidak mahu berusaha? Janganlah kamu tergolong dalam golongan Jabariah... Saya hanya sekadar memberikan nasihat.. Saya tidak begitu arif.. maka seandainya ada kesilapan.. mohon di maafkan..
0

#7 User is offline   Zunita Mohd Nasir 

  • Group: Members
  • Posts: 475
  • Joined: 22-December 10
  • LocationSelangor

Posted 28 December 2010 - 12:38 PM

Kalau sudah sampai masa keinginan untuk bernikah, apa salahnya ibu bapa cqin carikan. Selalunya ibu bapa akan pilih yang terbaik untuk anaknya. Saya harap andainya ibu bapa telah dapatkan pasangan untuk cqin, harap cqin ikut cara islam, janganlah dekati couple..couple itu menghampiri kepada zina. Segeralah bernikah. Dan juga marilah kita selalu mengamalkan doa yang diajarkanNYA, moga dipercepatkan jodoh.

Ertinya : " Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh kami dan keturunan kami
sebagai penyenang hati ( kami ), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang
bertakwa. "
Q.S Al-Furqaan : 74

'pesanan untuk diri sendiri juga' :(
0

#8 User is offline   cqin 

  • Group: Members
  • Posts: 368
  • Joined: 21-December 10
  • Locationkemaman. mcri rzki....Qedah tmpt tdo..hehe..

Posted 28 December 2010 - 12:39 PM

xper...sgla nsht n pandgn dtrima. :P :)
0

#9 User is offline   Rasailul Ashwaq 

  • Group: Members
  • Posts: 1,019
  • Joined: 03-May 08
  • LocationMalaysia

Posted 28 December 2010 - 12:52 PM

Kalau cukup berani dan berkeyakinan, cari je la. Kalau tak berani, tunggu je la. Posted Image
0

#10 User is offline   Suami Setia 

  • Group: Members
  • Posts: 650
  • Joined: 08-April 10

Posted 28 December 2010 - 01:14 PM

View Postcqin, on 27 December 2010 - 04:16 PM, said:

salam

dimana jodohku..

itulh perkara yg sering bermain dlm fikiran sy.

perlukah mencari?

jika ya, bagaimana sy perlu mencari sdgkn sy hanya wanita biasa.

atau hanya perlu menanti?jika menanti, sampai bila?

atau juga perlu buka jalan utk ia dtg tp bagaimana?

stiap org memg tlah dtentukan jdohny cma lmbat atau cepat jer tp bagaimana hrus sy lakukan spy xtlalu memikirkn soal ini...

tolonglh beri pndapat.

tq


suruh keluarga & saudara mara tolong carikan.itu juga satu usaha untuk berjumpa dengan jodoh kita.
0

#11 User is offline   Ikhwan 

  • *-HablumminALLAH wa hablumminanNAS-*
  • Group: Members
  • Posts: 1,560
  • Joined: 12-April 08
  • Location*-Universiti Of Tarbiyyah(UTeM-*

Posted 28 December 2010 - 03:23 PM

View Postizwatul jannah, on 27 December 2010 - 06:11 PM, said:

saya rasa saat itu pasti akn datang, sbb Allah cipta lelaki dan perempuan utk berpasangankan. klau awk x nak terlalu memikirkan perkara ini, lebih baik awk sibukkan diri, jgn dilayan perasaan itu nanti makin teruk plak

Betul tuh. Jgn difikirkan sangat. Teruskan berdoa,kan doa itu senjata yg tersembunyi. :)

View PostSuami Setia, on 28 December 2010 - 01:14 PM, said:

suruh keluarga & saudara mara tolong carikan.itu juga satu usaha untuk berjumpa dengan jodoh kita.

Salah satu saranan yg terbaik.
Kalau akak ada usrah ke,suruh la naqibah carikan..(sebaik2nya yg da kahwin la)
0

#12 User is offline   cqin 

  • Group: Members
  • Posts: 368
  • Joined: 21-December 10
  • Locationkemaman. mcri rzki....Qedah tmpt tdo..hehe..

Posted 28 December 2010 - 03:36 PM

em....btoi tu.

just terfikir je.

memg jdoh tu akn datng tnpa kita fikir n duga.

sj jer nk thu. :D

lg 1 hal,nk tny pndpt.
ada member sy ckp kalo nikh mak bpa carikan,mcm pmpuan tu 'xlaku' plak.
mknany xda org nk kt dia.
angin jgk sy dgar.
pndpt korg? ;)
0

#13 User is offline   Ikhwan 

  • *-HablumminALLAH wa hablumminanNAS-*
  • Group: Members
  • Posts: 1,560
  • Joined: 12-April 08
  • Location*-Universiti Of Tarbiyyah(UTeM-*

Posted 28 December 2010 - 05:28 PM

View Postcqin, on 28 December 2010 - 03:36 PM, said:

lg 1 hal,nk tny pndpt.
ada member sy ckp kalo nikh mak bpa carikan,mcm pmpuan tu 'xlaku' plak.
mknany xda org nk kt dia.
angin jgk sy dgar.
pndpt korg? ;)

Usah pedulikan kak pandangan orang..
Sedangkan dalam ISLAM tidak kata begitu..
MULUT orang ni kak susah nk tutup..
Pekakkan je telinga..
Yg penting,apa yang kita buat tuh yakni betul di sisi syarak,
Yg penting,MARDHOTILLAH yakni keredhaan ALLAH.
Xperlu keredhaan manusia andai keredhaan yang hakiki kita xambil kira..

sejarah dah membuktikan,kebanyakan zaman2 dahulu,mak n bapak diaorng yang carikan jodoh..
DAn jelas,tiada masalah penceraian dan lain2. ada ada juga,tp minima.
Rumah tangga mereka kukuh sehingga ke akhir hayat mereka..

Cinta lepas kahwin ni,insyaALLAH berkekalan sehingga akhir hayat.. :lol:

This post has been edited by Ikhwan: 28 December 2010 - 05:29 PM

0

#14 User is offline   musafir 

  • Group: Members
  • Posts: 33
  • Joined: 12-March 08
  • LocationBumi Allah..

Posted 29 December 2010 - 02:12 AM

Wahai saudari solehah sekalian,

Dalam Islam, kehidupan manusia bukan hanya untuk dunia fana ini saja, kerana masih ada akhirat. Memang, setiap manusia telah diciptakan berpasangan, namun tidak hanya dibatasi di dunia fana ini saja. Seorang yang belum menemukan pasangan jiwanya, insya'Allah akan dipertemukan di akhirat sana, selama dia beriman dan bertaqwa serta sabar atas ujianNya yang telah menetapkan dirinya sebagai bujang di dunia fana. Mungkin sang pangeran pun tidak sabar untuk bersua dan telah menunggu di tepi syurga, berkereta emas untuk membawamuke istananya.

Keresahan dan kegelisahan janganlah sampai merubah pandangan kepada Pemilik Cinta. Kalaulah rasa itu selalu menghantui, usah kau lara sendiri duhai saudaraku. Taqarrub-lah kepada Allah swt. Kembalikan segala urusan hanya kepada-Nya, bukankah hanya Dia yang Maha Memberi dan Maha Pengasih. Ikhtiar, munajat serta untaian doa tiada habis-habisnyacurahkanlah kepada Pemilik Hati. Tidak usah membanding diri dengan wanita lain, kerana Allah pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski dia tidak menyedarinya.

Usahlah dirimu bersedih lalu menangis di penghujung malam kerana tidak kunjung usai memikirkan siapa kiranya pasangan jiwa. Menangislah dengan air mata permohonan kepada-Nya di setiap sujud dan keheningan pekat malam. Jadikan hidup ini selalu penuh dengan harapan yang baik kepada Sang Pemilik Jiwa. Bersiap menghadapi pusingan waktu, hingga setiap gerak langkah serta helaan nafas bernilai ibadah kepada Allah swt. Tausyiah-lah selalu hati dengan tarbiah Ilahi hingga diri ini tidak sepi dalam bersendirian.

Bukankah kalau sudah saatnya tiba, jodoh tidak akan lari ke mana. Kerana sejak roh telah bersatu dengan jasad, siapa pasangan hidupmu telah pun dituliskan-Nya.
Sabarlah saudaraku yang solehah.

Bukankah mentari akan selalu menghiasi pagi dengan kemewahan sinar keemasannya. Malam masih indah dengan sinar lembut rembulan yang dipagar bintang gemilang. Kicauan bening burung malam pun selalu riang bercanda di kegelapan. Senyumlah, laksana senyum mempesona butir embun pagi yang selalu setia menyapa.

Hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati. Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini. Dengan kebesaran hati dan jiwa, dirimu akan menemukan apa rahsia di sebalik titian kehidupan yang telah dijalani. Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi riak kegelisahan dan keresahan saat sendiri, insya'Allah.

Serahkan semuanya pada ketentuan Allah yang Maha Mengatur, insya'Allah tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Yakinlah dengan Tuhan-Mu. Allahu Maha Tahu.




~Sumber
0

#15 User is offline   cqin 

  • Group: Members
  • Posts: 368
  • Joined: 21-December 10
  • Locationkemaman. mcri rzki....Qedah tmpt tdo..hehe..

Posted 29 December 2010 - 08:12 AM

btul2..skrgkn dh akhir zaman...
yg benar dipandang salah.. :huh: :unsure: :(
0

Share this topic:


  • 3 Pages +
  • 1
  • 2
  • 3
  • You cannot start a new topic
  • You cannot reply to this topic